HALUAN Pasang Elektrik Surau Orangasli

HALUAN Pasang Elektrik Surau Orangasli

HALUAN Pasang Elektrik Surau Orangasli

GRIK, 20 Feb 2018 – Surau usang berdinding dan berlantaikan buluh bukit di kampung orangasli Kampung Kabil berdekatan sini telah menerima sumbangan wang daripada HALUAN membolehkan elektrik dimasukkan untuk kegunaan ibadah 18 buah keluarga suku kaum Jahai di situ.

Penempatan yang agak baharu itu berbanding perkampungan lain di sana didiami lebih 70 orang penduduk, majoritinya Islam, yang diketuai tok batinnya, Encik Analek Gagap. Menurut penggerak dakwah daripada JAKIM yang bertugas di situ, Ustaz Azizan Hashim, kemasukan terus kuasa elektrik daripada sumber tiang Tenaga Nasional akan membolehkan penduduk mengimarahkan lagi surau berkenaan yang dibina dengan gotong-royong oleh beberapa NGO dan penduduk di situ sebelum ini.

Namun, struktur bahan binaan asas kawasan musolla surau berkenaan sangat dhoif dan tidak dapat menampung terlalu ramai pengunjung kerana dikhuatiri akan patah lantainya. Ustaz Azizan berkata, buat masa ini beliau sedang berusaha mencari dana tambahan untuk memasang rasuk bawah surau dengan bahan yang lebih kuat untuk menampung jamaah orang kampung yang semakin ramai datang beribadah, termasuk wanita dan kanak-kanak. JAKIM melaksanakan kelas fardhu ain dan tauhid di situ.

Bantuan daripada HALUAN itu bukan hanya sekadar memasukkan elektrik tetapi juga mampu membekalkan beberapa peralatan perlu.

“Sumbangan kecil kami itu membolehkan Ustaz Azizan membeli dua buah kipas dinding untuk ruangan solat dan belajar di kawasan depan. Juga memasang lampu kalimantang dan beberapa soket elektrik untuk kegunaan alatan tambahan. Ia juga membolehkan dipasang satu kipas siling di kawasan dapur surau,” menurut Ketua Biro HALUAN Fitrah, Dr. Basir Towil.
“Kita tidak dapat berada di lokasi dakwah ini sentiasa kerana komitmen yang berbeza. Tapi kita masyarakat awam boleh membantu HALUAN untuk menyalurkan infaq dan derma ikhlas kita kepada usaha murni dakwah ini. Kami di HALUAN bersedia membantu sesiapa sahaja yang ingin mengambil bahagian pahala akhirat. Kami yang akan masuk dan sampaikan kepada mereka yang memerlukan di beberapa buah kampung orangasli di sekitar Tasik Banding ini,” ujar beliau.

Antara lain, surau berkenaan memerlukan persalinan lantai, dinding, tandas yang lebih sempurna untuk lelaki dan perempuan, serta pili tambahan untuk berwuduk.

Jika anda ingin membantu, walaupun sedikit, silalah hulurkan derma ke akaun kami dan nyatakan bersama “Dakwah Orangasli”.

Nama akaun: Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia
Akaun Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor Akaun: 123 000 1000 2365

Emailkan slip bank-in atau resit sumbangan (#Dakwah Orangasli) kepada unit.kewangan@haluan.org.my atau whatsapp ke Hotline HALUAN di talian 010-3005141.


Laporan Biro HALUAN Fitrah Kedah

Pintu masuk utama ke surau. Dindingnya buluh dan bemban
Kerja pemasangan pendawaian bermula
Sebahagian daripada kerja penyambungan elektrik
Dua buah kipas dinding dan lampu siap dipasang
Uzur. Bahagian bawah lantai surau yang sangat lemah kerana menggunakan bahan asli hutan sahaja
Spread the news! ‘Like’ and 'Share'
Whatsapp