fbpx

Archive for May, 2017

Bakul Ramadan Idlib

Bakul Ramadan Idlib

BANDAR BARU BANGI, 28 Mei, 2017 – HALUAN sekali lagi menampilkan diri bersama masyarakat penyayang Malaysia untuk menyantuni krisis kemanusiaan di Syria yang sudahpun melewati enam tahun dengan lebih 700 ribu kematian. Tragedi kemanusiaan akibat tangan dan nafsu rakus manusia ini masih memerlukan pembelaan kita rakyat di Malaysia di mana mereka yang terselamat menjangkaui ratusan …

Ramadan menjelma lagi!

Ramadan menjelma lagi!

Ramadan akan menjelma lagi. Musim ibadah yang menjanjikan rahmat dan keberkatan kepada orang yang berpuasa. Setiap detiknya mengandungi keampunan dan keberkatan. Kedatangannya dinanti oleh orang yang bertaqwa. Rasulullah SAW biasa berdoa bermaksud, “Ya Allah berkati kami dalam Rejab dan Sya’aban dan sampaikan kami Ramadhan.” (Hadis riwayat at-Tabrani dan Ahmad). Apabila sampai Ramadhan para sahabat saling …

Kempen Rayuan Ramadan Anak-anak Yatim-Miskin HALUAN

Kempen Rayuan Ramadan Anak-anak Yatim-Miskin HALUAN

SHAH ALAM, 15 Mei 2017 – Bulan mulia Ramadan menjelma lagi dan Asrama HALUAN Penyayang (AHP) yang beroperasi di Jalan Klinik di sini sekali lagi menggamit keperihatinan anda untuk berlumba membantu. AHP adalah sebuah rumah perlindungan anak-anak yatim dan miskin di bawah pengurusan HALUAN. Asrama ini menempatkan seramai 30 orang pelajar sekolah rendah dan menengah, …

KENYATAAN MEDIA: HALUAN dan Yayasan Amal Bantu Projek Mikro Ekonomi Dan Bina Telaga Tiub di Kem Pelarian Rohingya

KENYATAAN MEDIA: HALUAN dan Yayasan Amal Bantu Projek Mikro Ekonomi Dan Bina Telaga Tiub di Kem Pelarian Rohingya

Untuk Siaran Segera, Mei 11, 2017 1) LAPAN relawan Malaysia selamat tiba di KLIA awal pagi ini setelah berada di kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh, bagi melaksanakan projek bantuan susulan Misi Food Flotilla For Myanmar Februari lalu serta kesinambungan misi-misi bantuan kemanusiaan yang dilakukan sebelum ini. Mereka adalah Sukarelawan HALUAN i. Abd Basir …

Ramadan Bersama Hufaz 2017 Kembali

Ramadan Bersama Hufaz 2017 Kembali

BANDAR BARU BANGI, 11 Mei 2017 — Bulan Ramadan yang istimewa kembali menemui umat Islam. Tibalah saatnya umat Islam merebut kesempatan menggandakan amalan kebaikan dan mengerat persaudaraan di kalangan mereka. Kami di HALUAN ingin menjemput anda untuk berlumba beramal selain amalan fardiyah untuk bekalan diri sendiri. Begini caranya. Untuk tahun ketujuh berturut-turut, HALUAN melalui kerjasama …

Perginya Serikandi Medikal HALUAN

Perginya Serikandi Medikal HALUAN

BESUT, TERENGGANU, 10 Mei 2017 — HALUAN mengucapkan takziah kepada ahli HALUAN Perak, Ustaz Ahmad Din serta keluarga atas kematian anakanda mereka Dr Nurul Huda yang dipanggil pulang ke rahmatullah akibat kemalangan di Kg Fikri, Setiu lewat petang semalam. Almarhumah dalam perjalanan pulang menemui keluarga yang menetap di Kuala Terengganu selepas menamatkan sesi on-call di …

Didikan Hakiki Perlu Seiring Didikan Haraki

Didikan Hakiki Perlu Seiring Didikan Haraki

JITRA, KEDAH, 2 Mei 2017 – Usrah ataupun himpunan ringkas orang yang berminat mempelajari sesuatu hal agama merupakan nadi utama dalam pendidikan asuhan jatidiri seorang Muslim. Ia perkara terpenting dan tidak boleh diabaikan sama sekali oleh para amilin Islam walau pada peringkat manapun seseorang itu berada. Di sinilah lahirnya perkenalan (taaruf), faham-memahami (tafahum) dan bantu-membantu …

Tingkatkan Dana Untuk Masa Hadapan

Tingkatkan Dana Untuk Masa Hadapan

JITRA, KEDAH, 30 Apr 2017 – NGO yang menyantuni masyarakat seperti HALUAN memerlukan dana yang besar untuk meraih kejayaan yang berkesan. Justeru itu, ahli HALUAN perlulah memberi perhatian sewajarnya untuk mempertingkatkan kutipan dana untuk kos pengurusan, bayaran imbuhan dan pembelian alatan untuk operasinya. Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman menegaskan bahawa jika HALUAN ingin …

Lima Perkara Bangunkan Khairu Ummah

Lima Perkara Bangunkan Khairu Ummah

JITRA, KEDAH, 30 Apr 2017 – Urusan membangunkan khairu ummah adalah tanggungjawab setiap muslim yang perlu dilaksana secara berjamaah. Menurut Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman, usaha pembaikan masyarakat ini tidak mungkin atau hampir mustahil dapat dicapai jika umat sekarang hanya mementingkan diri mereka sendiri. “Oleh itu, pembangunan khairu ummah ini perlulah dilakukan secara …

Sabah Mahu Gembleng Syabab Dinamis

Sabah Mahu Gembleng Syabab Dinamis

JITRA, KEDAH, 30 Apr 2017 – Kedudukan yang jauh tidak menjadi penghalang kepada perwakilan HALUAN Sabah untuk turut serta di Mesyuarat Tahunan Perwakilan (MTP) HALUAN ke-28 pada kali ini. Penglibatan yang membanggakan ini merupakan kali yang ke-3 bagi negeri tersebut. Mereka yang terdiri daripada lima orang perwakilan dan seorang pemerhati itu menghadiri MTP tersebut dari …