fbpx

Archive for April, 2017

Lebih Seribu Berhimpun di MTP Ke-28

Lebih Seribu Berhimpun di MTP Ke-28

JITRA, KEDAH, 29 Apr 2017 – Dengan semangat kesukarelawanan yang tinggi, seramai 120 orang perwakilan serta 1,260 pemerhati terdiri daripada ahli-ahli HALUAN telah menghadiri Mesyuarat Tahunan Perwakilan (MTP) HALUAN ke-28 di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di sini dari 28 hingga 30 April. Tema MTP kali ini “MEMPERKUKUH ORGANISASI, MEMBANGUN KHAIRA UMMAH” menjadi teras …

ISMA Sedia Ganding Bahu Dengan HALUAN

ISMA Sedia Ganding Bahu Dengan HALUAN

JITRA, KEDAH, 30 Apr 2017 – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) bersedia berganding bahu bersama HALUAN demi pembangunan umat Islam di Malaysia. Menurut Setiausaha Agung ISMA, Dr. Ahmad Kamsani Samingan, kerjasama tersebut bukanlah suatu perkara mustahil kerana kedua-dua buah NGO Muslim berkenaan mempunyai visi dan misi yang hampir sama. Kerjasama kedua-dua pihak tersebut amat perlu demi …

Serahan Tajaan Halakat Al-Quran Anak Gaza

Serahan Tajaan Halakat Al-Quran Anak Gaza

GAZA, 26 Apr 2017 — HALUAN telah menyerahkan sumbangan masyarakat prihatin Malaysia bagi menaja halakat al-Quran anak-anak Gaza di Masjid Lama Al-Ajmi di sini, untuk bulan April 2017. Setiap tahun, Semenanjung Gaza melahirkan ribuan huffaz melalui kem-kem hafazan dan halakah al-Quran. Dengan program seperti ini, mereka dapat membentuk generasi yang berilmu, berakhlak baik dan bersemangat …

HALUAN Bantu Sara Hidup Anak Yatim Palestin-Syria

HALUAN Bantu Sara Hidup Anak Yatim Palestin-Syria

BEIRUT, 25 Apr 2017 — Seramai 100 orang anak yatim Palestin-Syria yang menumpang hidup di kem pelarian Ein El-Hilweh telah menerima wang sara hidup untuk bulan Mac dan April tajaan masyarakat prihatin Malaysia. Bantuan ini merupakan serahan dwi-bulanan yang disampaikan melalui kerjasama Al-Sarraa Foundation sejak tahun 2014, di mana setiap anak yatim menerima US$50 sebulan …

Kempen ‘Global Campaign to Break the Siege on Gaza’

Kempen ‘Global Campaign to Break the Siege on Gaza’

GAZA, 22 April 2017 — Hari ini, 22 April 2017 genap 11 tahun rejim penjajah Israel mengepung bumi Gaza. Tahun demi tahun kepungan semakin serius dan buruk, menyebabkan keadaan kehidupan dan sosio-ekonomi lebih 2 juta penduduk Gaza semakin teruk. Akibat kepungan semua laluan darat, laut dan udara dan penutupan pintu lintasan di sempadan Rafah oleh …

Ketakutan Akan Cair Bila Kita Bertindak

Ketakutan Akan Cair Bila Kita Bertindak

KOTA BHARU, 21 Apr 2017 – Para pendakwah tidak harus takut bila berada di pentas dakwah malah harus berani menyahkan rasa takut yang tidak bertempat. Untuk itu, mereka perlu dilatih untuk memahami seni pengucapan awam bagi dai’e, menanamkan keyakinan dalam diri untuk berucap dan membuat persediaan awal untuk pengucapan awam sebelum naik ke pentas. Itu …

Gabungan NGO Kemanusiaan Kecam Serangan Kimia di Syria

Gabungan NGO Kemanusiaan Kecam Serangan Kimia di Syria

KUALA LUMPUR, 6 Apr 2017 — HALUAN bersama Gabungan NGO Kemanusiaan Syria telah menyerahkan memorandum bantahan terhadap keganasan serangan gas sarin ke atas Khan Sheikhoun, Idlib, Syria pada 4 April lepas. Memo bantahan berkenaan diserahkan kepada pihak Kedutaan Syria yang terletak di Jalan U-Thant dengan himpunan sekitar 50 orang aktivis anti-keganasan bersama rakan-rakan media. Sebelum …