fbpx

Archive for January, 2016

Redah Salji Demi Amanat

Redah Salji Demi Amanat

AJLOUN, JORDAN, 26 Jan 2016 — Tiga orang relawan HALUAN yang diketuai oleh Encik Mohd Mukhlis Mohd Nazri telah menyampaikan bantuan kecemasan kepada sebuah keluarga pelarian Syria yang dalam kesusahan akibat peperangan saudara dan terpaksa mengharungi kesejukan salji di Ajloun sempena kempen yang dilancarkan oleh HALUAN iaitu Warmth for Syria 2016. Pihak HALUAN telah melawat …

Rancak Persiapan Pusat Rekreasi HALUAN Selangor

Rancak Persiapan Pusat Rekreasi HALUAN Selangor

HULU LANGAT, SELANGOR, 25 Jan 2016 — Lebih 50 ahli HALUAN di Selangor telah turun bergotong-royong di tapak pusat rekreasi pertama HALUAN negeri ini di Lembah Pongsun dekat sini pada 24 Januari lepas. Gotong-royong berkenaan berlangsung daripada pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Di antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah menanam benih pokok buah-buahan yang …

Bantuan Warmth 2016 Untuk Syria Mula Diagih

Bantuan Warmth 2016 Untuk Syria Mula Diagih

AMMAN, JORDAN, 23 Januari, 2016 — Sebanyak 350 buah keluarga yang melibatkan 1,750 orang pelarian Syria sekitar Jordan akan mendapat bantuan musim sejuk bagi tahun 2016 yang diagihkan oleh HALUAN dan Hands to Syria UTM dengan kerjasama Islamic Centre Charity Society (ICCS), sebuah NGO tempatan Jordan. Misi bantuan warmth yang bermula 22 Januari lepas mula …

Sertai Bengkel Fotografi Lanskap

Sertai Bengkel Fotografi Lanskap

BANDAR BARU BANGI, 22 Jan 2016 — Ingin tambah ilmu dan pendapatan dengan jualan hasil fotografi lanskap secara online? Tidak tahu kaedah terbaik untuk menangkap keunikan lanskap bernilai komersil untuk jualan stock photo? Biro Penerangan HALUAN melalui Kelab Fotografinya mengajak anda mengasah bakat dan menimba ilmu melalui Bengkel Fotografi Lanskap pada hari Sabtu, 20 Februari …

Jom rebut peluang ke SINAR !!!

Jom rebut peluang ke SINAR !!!

KOTA BHARU, 20 Jan 2016 — Seminar Dinamika Dakwah (SINAR) merupakan satu inisiatif baru yang perlu disertai muslimin dan muslimat terutama di pantai timur semenanjung demi memberanikan diri untuk bercerita tentang Islam khususnya kepada kelompok bukan Islam. Adakah anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perbandingan agama-agama, sejarah perkembangan agama Kristian, aliran atheism dan …

Misi Bantuan Musim Sejuk Syria Bakal Berlepas

Misi Bantuan Musim Sejuk Syria Bakal Berlepas

BANDAR BARU BANGI, 20 Januari 2016 — Setelah hampir lima tahun konflik politik di Syria berlaku, sehingga kini masih belum menampakkan bibit penyelesaian malah bertambah rumit dengan campur tangan kuasa-kuasa besar. Hal ini telah mengakibatkan hampir jutaan penduduk Syria kehilangan tempat tinggal dan berhijrah meninggalkan tanah air tercinta bagi menyelamatkan nyawa yang terancam menuju ke …

Aksi Sengit Kuala Lumpur Bertemu Selangor

Aksi Sengit Kuala Lumpur Bertemu Selangor

SHAH ALAM, 10 Jan 2016 — Perlawanan kedua Liga Bola Sepak HALUAN Wilayah Tengah telah berlangsung mengikut jadual di antara pasukan Selangor menerima kunjungan pasukan Kuala Lumpur bertempat di Pusat Sukan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Perlawanan pertama di antara Selangor berjersi merah menentang Kuala Lumpur berjersi hitam, bermula tepat jam 9.00 …

Anda Usahawan? Jom ke JUS

Anda Usahawan? Jom ke JUS

BANDAR BARU BANGI, 9 Jan 2015 — Anda menghadapi cabaran serta rintangan menjalankan perniagaan? Anda ingin lebarkan jaringan perniagaan? Anda ingin belajar bagaimana memperolehi dana untuk perniagaan? Jom kita ke Seminar Jaringan Usahawan Super (JUS) 2016. Program khas untuk usahawan ini akan diadakan pada Sabtu, 30 Januari di Auditorium Ibnu Sina, Masjid Putra, Putrajaya. Pertubuhan …

HALUAN Terima Sumbangan MAIS

HALUAN Terima Sumbangan MAIS

SHAH ALAM, 8 Jan 2016 — HALUAN Selangor telah menjadi salah sebuah daripada 75 buah NGO Islam di negeri ini yang menerima sumbangan khas daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 7 Januari lepas. Ia merupakan sumbangan kewangan sebanyak RM10,000 bagi membantu HALUAN melaksanakan program kerjasama dengan MAIS/JAIS dalam menggerakkan aktiviti dakwah dalam negeri. Sumbangan …

Sertai Rekacipta Logo JUS

Sertai Rekacipta Logo JUS

BANDAR BARU BANGI, 1 Jan 2016 – Anda mampu menghasilkan reka bentuk menarik? Kawan-kawan kata idea anda kreatif dan awesome? Anda lah yang kami cari! Curahkan kreativiti anda dalam menghasilkan sebuah logo bermakna. Sertai pertandingan rekacipta logo bagi Seminar Jaringan Usahawan Super (JUS). Pertandingan menawarkan wang tunai RM500 bagi pemenang yang terpilih. Penyertaan terbuka kepada …