fbpx

Archive for November, 2015

NGO Muslim ke Misi Kemanusiaan Gempa Afghanistan

NGO Muslim ke Misi Kemanusiaan Gempa Afghanistan

BANDAR BARU BANGI, 10 Nov 2015 — Satu pasukan sukarelawan bantuan kemanusiaan dari Malaysia akan berlepas mulai hari ini untuk berbakti di kawasan bencana gempa di Afghanistan. Sukarelawan terdiri daripada gabungan beberapa buah NGO Malaysia seperti Yayasan Amal, HALUAN, MAPIM, Muslim Care dan beberapa NGO lain akan turut serta. Mereka yang terdiri daripada petugas logistik, …

Rumahku Syurgaku di KKTM Ledang

Rumahku Syurgaku di KKTM Ledang

MUAR, 10 Nov 2015 — Gabungan sahsiah terpuji dan akademik menjadi kekuatan membentuk pelajar techno daie. Seiring dengan itu, Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Ledang bersama HALUAN Johor telah menganjurkan seminar Mahligai Impian 2015 bertemakan “Rumahku Syurgaku” pada 10hb lepas di kolej berkenaan di Ledang, Muar. Seramai 270 peserta terdiri daripada kalangan pelajar IPT dan …

7 Pasukan Berentap Di Medan Tempur Paintball

7 Pasukan Berentap Di Medan Tempur Paintball

BUKIT LAGONG, 8 Nov 2015 — Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) UniKL Business School sekali lagi membawa ahlinya meneroka sambil menyahut cabaran dengan menyertai pertandingan paintball yang julung kalinya diadakan di Taman Rimba Bukit Lagong. Sebanyak tujuh pasukan berentap bagi menentukan siapa yang bakal bergelar juara. Menurut pengarah program, Saudara Mokhtarzam program ini diadakan bagi memupuk …

TOP Datang Lagi November Ini

TOP Datang Lagi November Ini

BANDAR BARU BANGI, 8 Nov 2015 — Untuk kesekian kalinya Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) akan melaksanakan Transition Orientation Programme (TOP), sebuah program khas untuk graduan muda khusus untuk ahli-ahli HALUAN di bidang perubatan, farmasi dan pergigian. Program sehari suntuk pada Sabtu 14 November ini akan menampilkan tajuk-tajuk yang sangat relevan untuk para housemen, first year …

Mahasiswa UIA Kuantan Bersama Intifadha 3

Mahasiswa UIA Kuantan Bersama Intifadha 3

KUANTAN, 7 Nov 2015 — Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) UIAM Kuantan telah bergabung tenaga bersama ‘front’ mahasiswa yang terdapat di UIAM Kuantan untuk menjayakan kempen “IIUMKwithINTIFADHA” yang bermula dari 20 sehingga 23 Oktober 2015 yang lalu yang mensasarkan seluruh mahasiswa UIA Kuantan sebagai target utama kempen. Kempen ini merupakan hasil kerjasama HALUANSiswa UIAM Kuantan bersama …

Jom ke Konvensyen Wanita 2015 – Percuma 22 November Ini

Jom ke Konvensyen Wanita 2015 – Percuma 22 November Ini

BANDAR BARU BANGI, 5 Nov 2015 — Muslimah serta pasangan tidak kira dari mana saja dijemput menghadiri Konvensyen Wanita 2015 pada hari Ahad 22 November ini di Auditorium Masjid Putra, Putrajaya. Program seharian penuh bermakna ini dianjurkan oleh Biro HALUANITA dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan tema “Keluarga Rabbani Keluarga Bahagia”. Kemasukan adalah …

Kelab Sebagai Platform Gilap Potensi Diri

Kelab Sebagai Platform Gilap Potensi Diri

KAHERAH, 6 Nov 2015 — Kelab Siswa HALUAN Mesir (HALUANSiswa Mesir) telah mengadakan program Pengenalan HALUANSiswa Mesir pada 6 November 2015 yang lalu di Markas HALUANSiswa Mesir, Hayyu Sabi’, Kaherah. Lebih 50 orang ahli HALUANSiswa Mesir telah menghadiri atur cara ini secara aktif serta penuh komited. Objektif utama program ini dianjurkan adalah bertujuan untuk memperkenalkan …

Ukhuwah Musim Luruh di Southampton

Ukhuwah Musim Luruh di Southampton

SOUTHAMPTON UK, 3 Nov 2015 – Musim yang silih berganti mempamerkan kekuasaan Allah SWT selaku Pencipta dan Pentadbir alam ini. Ketika musim luruh yang keemasan kunjung tiba, HALUAN UK EIRE telah mengadakan program bersama komuniti Malaysia Southampton, bertempat di University of Southampton, England pada 31 Oktober lepas. Program ini telah menghimpunkan lebih 50 peserta bersama …

Korban Palestin Dan Syria Dilunaskan

Korban Palestin Dan Syria Dilunaskan

GAZA, 2 Nov 2015 — Amanah korban sempena Aidiladha lepas yang telah diamanahkan oleh rakyat Malaysia melalui HALUAN telah dilunaskan di sekitar Gaza, Jabaliyah, Beit Hanoun, Deir Al Balah, Rafa dan Khan Yunis. Lebih 1,000 ekor kambing yang dikorbankan di Gaza melalui beberapa NGO dari Turki, Indonesia, Maghribi, Qatar dan UAE yang menyertai korban pada …

Intervensi Anak Yatim EPU-HALUAN di Kedah

Intervensi Anak Yatim EPU-HALUAN di Kedah

SUNGAI PETANI, 1 Nov 2015 — Satu lagi program di bawah kendalian HALUAN Cawangan Kedah telah dijalankan di Pusat Dakwah Islamiah Al-Muhammadi di sini pada 30 dan 31 Oktober lepas. Program keempat di Zon Satu ini merupakan modul kepimpinan di bawah kendalian Cikgu Shahid Amin Che Abdullah dan pasukannya yang merupakan tenaga pengajar di Maahad …