fbpx

Archive for November, 2015

Jom Riadah Untuk Sihat

Jom Riadah Untuk Sihat

PASIR GUDANG, 17 Nov 2015 — HALUAN Johor telah mengadakan program riadah di Taman Rekreasi Tasik Perdana, Taman Bukit Dahlia pada 14 November yang lalu. Program ini melibatkan ahli-ahli HALUAN yang berada di daerah berdekatan seperti Ulu Tiram, Kota Tinggi dan Pasir Gudang. Aktiviti ini bukan sekadar aktiviti riadah biasa malah seperti hari keluarga kerana …

Bakat Insan Gantian Modal di SEMAI 2015

Bakat Insan Gantian Modal di SEMAI 2015

BANDAR BARU BANGI, 16 Nov 2015 — Apa kata kalau istilah modal insan digantikan dengan “bakat insan” dalam melestarikan pencapaian yang lebih agung dalam penyelidikan dan kejayaan organisasi? Mantan Naib Canselor UTeM, Prof Dato’ Dr Ahmad Yusoff Hassan dalam ucaptama beliau semasa Seminar Pembangunan Modal Insan ke-7 (SEMAI VII) menyarankan cendekiawan, teknokrat dan ahli akademik …

HALUAN JB Anjur Bedah Buku Hartanah

HALUAN JB Anjur Bedah Buku Hartanah

TAMAN PULAI UTAMA, SKUDAI, 15 Nov 2015 — Ketibaan Cik Rohaniah Noor, seorang Perunding Hartanah yang semakin mendapat nama di negara kita, ke Pejabat HALUAN Johor Bahru disambut baik oleh para peserta ‘Sembang-Sembang Hartanah’. Tidak kurang juga para peserta yang mengambil peluang mendapatkan autograf beliau untuk disemadikan dalam buku nukilan Cik Rohaniah Noor sendiri yang …

TOP Orientasikan Kerjaya Pegawai Muda

TOP Orientasikan Kerjaya Pegawai Muda

BANDAR BARU BANGI, 14 Nov 2015 — Satu program yang dianjurkan khusus oleh Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) untuk membimbing pelajar tahun akhir dan graduan pasca-siswazah (HO, FYDO, PRP) yang mengambil jurusan kedoktoran, pergigian dan farmasi telah berjaya dilaksanakan buat pertama kalinya. Program yang diberi nama ‘Transition Orientation Program’ (TOP) ini direka khas untuk memperkenalkan sistem …

Pasukan HALUAN Selamat Tiba di Kabul

Pasukan HALUAN Selamat Tiba di Kabul

KABUL, AFGHANISTAN, 12 Nov 2015 — Dua sukarelawan HALUAN yang berlepas ke Afghanistan dalam misi bantuan kemanusiaan gempa bumi yang berlaku 26 Oktober lepas telah selamat tiba di ibu negara berkenaan setelah menempuh perjalanan hampir 24 jam dari Malaysia. Pasukan HALUAN yang menyertai gabungan NGO-NGO Malaysia tersebut selamat mendarat di Lapangan Terbang K. Rawash, Kabul …

Lawatan Rasmi HALUAN Johor Ke YADIM Zon Selatan

Lawatan Rasmi HALUAN Johor Ke YADIM Zon Selatan

JOHOR BAHRU, 13 Nov 2015 — Sekali lagi HALUAN Cawangan Johor telah melangkah satu tapak kehadapan membina hubungan kerjasama dengan sebuah agensi kerajaan yang menonjol dengan pelbagai gerak kerja dakwah di Malaysia pada 11 November 2015 yang lalu. Lawatan Rasmi HALUAN ke Pejabat Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) Zon Selatan di Tampoi, Johor telah disambut …

YoungStars (STAR!) Cabar Kreativiti Anda

YoungStars (STAR!) Cabar Kreativiti Anda

BANDAR BARU BANGI, 12 Nov 2015 — YoungStars Annual Gathering (STAR!) 2015 akan mengumpulkan para remaja lelaki dan perempuan dari seluruh pelusuk negara pada 5 Disember nanti. Ia usaha sama HALUAN dengan Masjid Putra, Putrajaya. Program sehari suntuk yang akan diadakan di Masjid Putra bertemakan “Mencorak Generasi Melalui Akhlak Terpuji” ini terbuka kepada remaja yang …

Silaturahim Mahasiswa Mesir Kian Erat di MESRA 2015

Silaturahim Mahasiswa Mesir Kian Erat di MESRA 2015

KAHERAH, 13 Nov 2015 — Kelab Siswa HALUAN Mesir (HALUANSiswa Mesir) telah mengadakan program Majlis Ramah Mesra (MESRA) buat julung kalinya di Markas HALUANSiswa Mesir, Hayyu Sabi’, Kaherah pada 13 November yang lepas. Majlis ini mendapat sambutan yang menggalakan dari lebih 60 orang tetamu yang terdiri dari kalangan mahasiswa Mesir. Antara objektif program ini dianjurkan …

Seminar Pembangunan Mantapkan Belia Perak

Seminar Pembangunan Mantapkan Belia Perak

SIMPANG PULAI, PERAK 12 Nov 2015 — ‘Bencana Yang Menimpa Umat Islam’ menjadi salah satu tajuk ceramah menarik pembuka minda pemuda-pemudi alumni Konvensyen Belia Relawan HALUAN (KOBAR) yang diadakan di Sekolah Rendah Al-Ihsan (SERI) di sini 8 November lepas. Penceramah Cikgu Azmi Bahari, seorang motivator terkenal dari RMC Training Centre, telah menekankan bahawa kejadian musibah …

HALUAN Hargai Penerima Anugerah Gemilang Cybernetics

HALUAN Hargai Penerima Anugerah Gemilang Cybernetics

SERDANG, 12 Nov 2015 — Seramai 1,449 graduan telah diraikan dalam Majlis Konvokesyen Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics pada hari Sabtu yang lalu di Dewan Besar, Universiti Putra Malaysia. Majlis konvokesyen sebegini diadakan bagi meraikan kejayaan para pelajar yang telah menjadi graduan setelah menamatkan pengajian mereka dengan jayanya. Bagi para pelajar Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics, Anugerah …