fbpx

Archive for November, 2015

HALUAN Selangor Buka Bilik Gerakan Banjir

HALUAN Selangor Buka Bilik Gerakan Banjir

KUALA SELANGOR, 22 Nov 2015 – HALUAN Cawangan Selangor telah melancarkan bilik gerakan banjir negeri dan menghantar beberapa orang relawan ke pusat pemindahan banjir di Kuala Selangor bagi membantu mangsa banjir di sana. Lima orang relawan yang diketuai oleh Encik Muhammad Muzakkir Che Ani telah bergerak dari Shah Alam ke Pusat Pemindahan Banjir di SK …

Urban Survival 2.0 di United Kingdom

Urban Survival 2.0 di United Kingdom

SHEFFIELD, UK, 21 Nov 2015 — Program Urban Survival 2.0 telah berlangsung selama dua hari di Quaker Meeting House dan The Circle Sheffield baru-baru ini. Bertemakan “Back to the roots”, ia telah diadakan buat kali kedua membincangkan isu-isu permasalahan fiqh yang dihadapi pelajar muslim di United Kingdom umumnya dan di Sheffield khususnya. Program ini anjuran …

HALUANSiswa Mesir Anjur Ammi For Dentistry

HALUANSiswa Mesir Anjur Ammi For Dentistry

KAHERAH, 20 Nov 2015 – Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) Mesir telah menganjurkan program khas “Ammi for Dentistry” pada 20 November 2015 di Markaz HALUANSiswa Mesir di sini. Program ini telah dihadiri lebih 20 orang peserta terdiri daripada mahasiswa fakulti pergigian Universiti Al-Azhar. Antara objektif program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada mahasiswa pergigian tentang bahasa …

INSPIRASI Suntik Semangat Belajar

INSPIRASI Suntik Semangat Belajar

inspirasi-1KAHERAH, 20 Nov 2015 — Pastinya, terpancar cahaya kegembiraan serta kepuasan di wajah setiap graduan yang telah selesai menamatkan pengajian. Kejayaan yang diraih itu amat wajar dikongsikan dengan rakan-rakan yang lain bagi merealisasikan semangat perkongsian dan perjuangan di medan ilmu. Atas faktor ini, Kelab Siswa HALUAN Mesir (HALUANSiswa Mesir) telah menganjurkan program Majlis Perkongsian Graduan …

Kunjungan Hormat ke UNHCR

Kunjungan Hormat ke UNHCR

KUALA LUMPUR, 20 Nov 2015 – HALUAN telah melakukan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat United Nations High Commission for Refugees (UNHCR) Malaysia di Kuala Lumpur pada 19 November lalu untuk membina hubungan dua hala dalam soal kemasyarakatan. Wakil HALUAN diketuai Ketua Biro Misi Kemanusiaan HALUAN,Dr. Baharudin Suri serta Setiausaha Kerja Biro Relawan HALUAN, Encik Umar …

Relawan Selamat Pulang Dari Afghanistan

Relawan Selamat Pulang Dari Afghanistan

SEPANG, 19 Nov 2015 — Dua orang relawan HALUAN yang menyertai misi kemanusiaan gabungan NGO-NGO Islam ke Afghanistan selamat tiba di tanah air pada 18 November. Mereka disambut oleh beberapa orang perwakilan diketuai Ketua Biro Misi Kemanusiaan HALUAN, Dr. Baharudin Suri, dan pasukan mediaHALUAN. Encik Safiuddin Suruji, 25, dan Encik Abdullah Abrar Haron, 22, telah …

Tekad Menjadi Insan Rabbani

Tekad Menjadi Insan Rabbani

BANDAR BARU BANGI, 18 Nov 2015 — Program Intervensi Anak Yatim HALUAN dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri telah diteruskan dengan penganjuran bagi siri ke empat iaitu Modul Sahsiah. Tujuan utama program ini adalah –memupuk nilai diri peserta sebagai insan rabbani dan menjadikan Rasulullah SAW sebagai uswah hasanah. Objektif modul ini adalah …

Pelajar Tajaan HALUAN Sertai Kelas Bahasa

Pelajar Tajaan HALUAN Sertai Kelas Bahasa

BANDAR BARU BANGI, 17 Nov 2015 — HALUAN mengorak langkah dengan mengadakan kelas khas Bahasa Melayu untuk para pelajar Palestin di bawah tajaannya di Malaysia. Seramai lima orang pelajar berkenaan telah terlibat sejak 7 November lepas di Kolej Teknologi Darulnaim, Kuala Lumpur (KTD KL). Kelas ini diadakan sekali seminggu selama dua jam. Mengikut silibus yang …

7 Lulus Ujian Radio Amatur

7 Lulus Ujian Radio Amatur

BANDAR BARU BANGI, 17 Nov 2015 — Seramai tujuh orang relawan HALUAN telah lulus ujian tahap pertama sebagai pengguna radio amatur atau pun ham radio, enam bulan setelah mereka menjalani kursus asas untuk tujuan tersebut di Ibu Pejabat HALUAN di sini. Mereka adalah kumpulan pertama dalam sejarah NGO ini yang berjaya lulus ujian bertulis yang …

Hari Keusahawanan Sekolah Raja Muda Cakna Palestin

Hari Keusahawanan Sekolah Raja Muda Cakna Palestin

SHAH ALAM, 17 Nov 2015 — Jelas masyarakat Malaysia sentiasa peka dengan perkembangan nasib bumi dan rakyat Palestin, walaupun di peringkat sekolah sekalipun. Pada 14 November lepas, Biro HALUAN Palestin telah dijemput oleh Sekolah Kebangsaan Raja Muda di sini untuk bersama mengadakan pameran dan jualan bersempena Hari Keusahawanan untuk FIT JUNIOR mereka. Hari Keusahawanan tersebut …