fbpx

Archive for November, 2015

Pendidikan Awal Kanak-kanak Warnai Konvensyen Wanita HALUAN

Pendidikan Awal Kanak-kanak Warnai Konvensyen Wanita HALUAN

PUTRAJAYA, 30 November 2015 — Konvensyen Wanita HALUAN 2015 yang berlangsung pada 21–22 November lepas menghidangkan kelainan. Ia mengimbau peserta tentang kepentingan penghayatan Al-Fatihah dalam kehidupan, sesuatu yang lumrah tetapi tidak di segi penerapan harian. Konvensyen mengajak peserta serta masyarakat amnya agar melahirkan keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah bersesuaian tema sambutan kali ini iaitu …

Bijak Matematik Tambahan Jadi Popular

Bijak Matematik Tambahan Jadi Popular

BANDAR BARU BANGI, 27 Nov 2015 — “Add Maths Wonderful!”. Inilah slogan yang dilaung-laungkan dalam program Bengkel Matematik Tambahan selama dua hari satu malam yang diadakan di Kolej Teknologi Darulnaim Cawangan Kuala Lumpur (KTDKL) baru-baru ini. Program yang dianjurkan oleh KTDKL dengan kerjasama Kelab Guru HALUAN Putrajaya ini disertai oleh 51 orang peserta calon SPM …

Ijtima Nisa Kupas Isu-isu Wanita Kontemporari

Ijtima Nisa Kupas Isu-isu Wanita Kontemporari

KAHERAH, 27 Nov 2015 — Kelab Siswa HALUAN Mesir (HALUANSiswa Mesir) telah mengadakan program Ijtima Nisa pada 27 November 2015 di Markas HALUANSiswa Mesir, Hayyu Sabi’, Kaherah. Program yang julung kali diadakan ini telah dihadiri seramai 50 orang peserta perempuan yang terdiri daripada ahli HALUANSiswa dan mahasiswa Malaysia yang menuntut di Mesir. Objektif program ini …

HALUAN Kata Jom Illustrator – Terbuka Untuk Semua

HALUAN Kata Jom Illustrator – Terbuka Untuk Semua

BANDAR BARU BANGI, 27 Nov 2015 — Ini peluang bagi mereka yang sentiasa cemburu bila melihat paparan cantik poster bikinan orang lain di media maya. HALUAN kata, “you too can be beautiful”. HALUAN dengan kerjasama Kolej Teknologi Darulnaim Kuala Lumpur (KTDKL) ingin mempelawa anda untuk berani jari menyertai kursus sehari suntuk ini dengan mereka. Sarapan …

Unisel Jemput HALUAN Program Amal

Unisel Jemput HALUAN Program Amal

BESTARI JAYA, SELANGOR 26 Nov 2015 — Universiti Industri Selangor (UNISEL) memupuk minat pelajar untuk berniaga sambil membuat amal kebajikan. Ia telah mengadakan Hari Pameran dan Jualan untuk pelajar UNISEL pada 26 November lepas di perkarangan Masjid UNISEL di kampusnya di sini. Ia dianjurkan oleh persatuan rakan masjid dengan kerjasama setiap persatuan dalam UNISEL. Kemeriahan …

Bagaimana Menjadi CEO & BerTakaful

Bagaimana Menjadi CEO & BerTakaful

KAHERAH, 24 Nov 2015 — Cara Menjadi CEO & Pengenalan Takaful di Malaysia menjadi tarikan kepada lebih 50 mahasiswa Malaysia di sini yang hadir ke program berkenaan hasil usahasama Kelab Siswa HALUAN Mesir (HALUANSiswa Mesir) dengan persatuan pelajar Sahabat Daulah (SD). Ia berlangsung pada 23 November lepas di Markas HALUANSiswa Mesir, Hayyu Sabie’. Sesi yang …

Anak Yatim di Kem Ein Al-Hilweh Berterima Kasih Atas Bantuan Sara Hidup

Anak Yatim di Kem Ein Al-Hilweh Berterima Kasih Atas Bantuan Sara Hidup

LUBNAN, 24 Nov 2015 — 100 anak yatim Palestin dan Syria yang menumpang hidup di Kem Pelarian Ein al-Hilweh di Lubnan menerima sumbangan tajaan sara hidup mereka bagi bulan November 2015, dengan penuh rasa syukur dan terima kasih. Program tajaan sara hidup US$50 setiap orang bagi anak-anak yatim Palestin dan Syria yang dilancarkan secara kerjasama …

Remaja Buru Syurga di KMK Zon Perak

Remaja Buru Syurga di KMK Zon Perak

CHANGKAT JERING, PERAK, 24 Nov 2015 — Kem Minda Kreatif (KMK) Perak telah berlangsung daripada 21 hingga 22 November lepas di Perasa Autocamp di sini. Program anjuran Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) dan Kelab Belia HALUAN Ipoh itu berjaya membimbing 41 orang peserta yang terdiri daripada 21 lelaki dan 20 orang remaja perempuan. KMK pada tahun …

Warmth Tiba Untuk Syria 2015

Warmth Tiba Untuk Syria 2015

AMMAN, JORDAN, 23 Nov 2015 — “Syukran Malaysia!” Inilah kalimat yang diucapkan pelarian rakyat Syria kepada HALUAN semasa Misi Kemanusiaan Warmth for Syria di Jordan. Pada tahun ini, HALUAN sekali lagi melancarkan kempen Warmth for Syria dengan kerjasama Kelab Siswa HALUAN Jordan dan juga Islamic Centre Charity Society (ICCS), sebuah NGO tempatan. Misi yang bermula …

HALUAN JB Tanyalah Ustaz

HALUAN JB Tanyalah Ustaz

JOHOR BAHRU, 22 Nov 2015 — Penceramah jemputan yang tidak asing lagi di kaca televisyen iaitu Ustaz Hanafiah Abdul Malek yang merupakan penceramah di rancangan Tanyalah Ustaz dan Halaqah di TV9 mengisi ruang dakwah HALUAN Johor Bahru pada 19hb lepas. Ini sebahagian daripada aktiviti kemasyarakatan NGO berkenaan yang telah diadakan di salah sebuah rumah aktivis …