fbpx

Archive for December, 2014

MASkargo Angkut Barangan Bantuan Banjir

MASkargo Angkut Barangan Bantuan Banjir

SUBANG, SELANGOR, 28 Dis 2014 — Keperihatinan dan sifat dermawan rakyat Malaysia dalam menghulur pertolongan kepada mangsa banjir mengakibatkan barangan bantuan untuk mereka tidak mampu dihantar menggunakan pesawat kecil. HALUAN Cawangan Selangor telah menyiapkan sebanyak dua tan barangan bantuan kemanusiaan hasil derma dan sumbangan orang ramai di Selangor untuk dihantar ke kawasan bencana di Kelantan …

HALUAN & Firely Terbangkan Bantuan Kepada Mangsa Banjir

HALUAN & Firely Terbangkan Bantuan Kepada Mangsa Banjir

SUBANG, SELANGOR, 27 Dis 2014 — Satu tan barangan bantuan untuk mangsa banjir telah selamat dihantar ke Kota Bharu, Kelantan melalui penerbangan Firefly dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pagi tadi secara berperingkat bermula jam 7.00 pagi. Para relawan HALUAN telah bersengkang mata sepanjang malam untuk menyiapkan pek-pek barangan yang terdiri daripada keperluan …

JDK Zon Timur Berhenti Awal Kerana Banjir

BACHOK, KELANTAN, 26 Dis 2014 – Kursus Jati Diri Kesukarelawanan Remaja (JDK) bagi Zon Timur, telah melabuhkan tirai pada 26 Disember, enam hari lebih awal daripada jadual berikutan keadaan banjir yang semakin meruncing di Kelantan. Zon Timur menyaksikan seramai 60 orang peserta lepasan SPM 2014 yang datang dari negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan. JDK Zon …

Relawan HALUAN Salur Bantuan Kem Pelarian Lubnan

Relawan HALUAN Salur Bantuan Kem Pelarian Lubnan

lubnan-01BEIRUT, 14 Dis 2014 — Lubnan merupakan wilayah tumpangan pelarian Palestin sejak bermulanya tragedi Nakba pada tahun 1948. Lebih dua juta orang daripada empat setengah juta penduduk Lubnan adalah pelarian Palestin dan Syria yang tinggal di kem-kem utama seperti di sempadan Syria, Shabra dan Syatila, Ein el-Helwah dan Saida. Perjalanan enam relawan HALUAN menuju ke …

Amanat Dermawan Malaysia Dilunaskan

Amanat Dermawan Malaysia Dilunaskan

end-winter-01BANDAR BARU BANGI, 18 Dis 2014 — Enam relawan HALUAN yang menyertai Misi Bantuan Musim Sejuk 2014 Untuk Gaza Dan Syria telah selamat pulang ke tanahair. Misi mereka selama 10 hari telah berjaya menyampaikan amanah masyarakat Malaysia kepada pelarian Syria di sempadan Turki dan juga pelarian Syria dan Palestin di Lubnan. Ketika ditemubual oleh MediaHALUAN …

RISE Bersiaga Untuk Latihan JDK

RISE Bersiaga Untuk Latihan JDK

khf-01SUBANG, 10 Dis 2014 – HALUAN Reverts and Islam Information Centre (RISE) cawangan zon Wilayah Tengah telah melancarkan latihan penceramah (Training of Trainers – ToT) daripada kalangan ahli-ahli Kelab HALUAN Fitrah (KHF) seluruh negara bagi menjayakan slot KHF di kesemua empat lokasi kursus Jatidiri & Kesukarelawanan Remaja (JDK) 2014. Diketuai oleh pengerusi KHF, Dr Jamaludin …

Ramai Muslimah Syria Syahid Diseksa Syiah

Ramai Muslimah Syria Syahid Diseksa Syiah

TURKI, 17 Dis 2014 – Terdapat lebih dua juta pelarian Syria di Turki. Sungguhpun kehidupan sebagai pelarian memang sesuatu yang terlalu perit, apatah lagi apabila tidak dapat bebas berusaha mencari rezki untuk keluarga, keadaan mereka tidaklah seteruk penderitaan saudara mereka yang masih terperangkap di dalam wilayah Syria yang sedang diganyang rejim syiah Bashar Assad. Beberapa …

JDK Pesat Membangunkan Sukarelawan

JDK Pesat Membangunkan Sukarelawan

BANDAR BARU BANGI, 22 Dis 2014 — Kursus Jati Diri dan Kesukarelawanan Remaja (JDK) yang memasuki tahun keenam perlaksanaan sedang berlangsung serentak di seluruh negera di empat zon. JDK Zon Selatan bertempat di Kem Dayang, Pontian, Johor; Zon Tengah di Pusat Latihan YADIM, Hulu Langat, Selangor; Zon Timur di Pusat Latihan dan Rekreasi Sri Chat, …

RISE Utara Anjur Khitan Mualaf

RISE Utara Anjur Khitan Mualaf

PARIT BUNTAR, PERAK, 13 Dis 2014 – Satu program ceramah kesihatan dan sunnah berkhitan untuk golongan mualaf serta anak yatim telah dianjurkan oleh Kelab HALUAN Fitrah (KHF) melalui pusat bimbingan saudara baru dan informasi Islam ‘Reverts & Islam Information Center (RISE)’ di sini. Program ini yang julung kali diadakan seusia setahun jagung RISE adalah dengan …

Anak Pelarian Syria Tetap Diasuh Quran

Anak Pelarian Syria Tetap Diasuh Quran

HATAY, TURKI, 11 Dis 2014 — Pengalaman hari pertama mengagihkan bantuan kemanusiaan dirasakan begitu singkat sekali, mungkin kerana waktu siang di musim sejuk ini hanya sembilan jam. Pada hari kedua tugasan kami di Antakya, enam relawan HALUAN yang memikul amanah menyampaikan bantuan masyarakat Malaysia bertumpu di sekitar pekan kecil ini. Dalam perjalanan ke sebuah pusat …