fbpx

Archive for December, 2013

Lepasan SPM 2013, Jom sertai JDK!

Lepasan SPM 2013, Jom sertai JDK!

HALUAN dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) akan menganjurkan Kursus Jati Diri dan Kesukarelawanan Remaja (JDK) buat kali yang kelima untuk pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013. Kursus ini antara lain bertujuan untuk membangun modal insan yang seimbang dan membentuk jati diri yang utuh. Sebanyak tujuh modul khas …

Relawan HALUANITA Turut Berbakti Kepada Mangsa Banjir

Relawan HALUANITA Turut Berbakti Kepada Mangsa Banjir

TIM3C-01KUANTAN, 8 Dis 2013 — Rentetan daripada bencana banjir yang berlaku di pantai timur Semenanjung, pasukan HALUANITA tidak melepaskan peluang untuk turun berbakti di lapangan bersama ratusan relawan yang lain. Misi Kemanusiaan Banjir 2013 (MKB13) membuka medan sebenar kepada relawan untuk mengaplikasikan aspirasi HALUAN iaitu berakhlak, mendidik dan berbakti dengan menyantuni masyarakat yang ditimpa musibah, …

Relawan HALUAN Jalankan Operasi Membersih Rumah, Masjid

Relawan HALUAN Jalankan Operasi Membersih Rumah, Masjid

kuantan-2-01KUANTAN, 6 Dis 2013 — Keadaan cuaca yang cerah serta paras air yang surut telah membolehkan ramai mangsa banjir pulang ke rumah walaupun kediaman mereka masih tidak boleh digunakan. Banjir di sebahagian kawasan di Kuantan bertambah baik di mana air mulai surut dan kerja-kerja membersih sebahagian daripada rumah kediaman dan bangunan awam mula dijalankan. Walau …

Peserta ProCAST Zon Timur 2013 Timba Ilmu Ikhtiar Hidup

Peserta ProCAST Zon Timur 2013 Timba Ilmu Ikhtiar Hidup

procasttimur-01BACHOK, 2 Dis 2013 — Bersempena cuti persekolahan yang panjang ini, Biro Pendidikan HALUAN Cawangan Kelantan melalui Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Zon Timur telah menganjurkan sebuah program khusus untuk pelajar tingkatan empat yang dinamakan sebagai Program Cemerlang Akademik dan Sahsiah Terpuji (ProCAST) Zon Timur 2013. Seramai 47 orang peserta yang terdiri daripada 21 orang lelaki …

HALUAN Lancar Misi Kemanusiaan Banjir 2013

HALUAN Lancar Misi Kemanusiaan Banjir 2013

BANDAR BARU BANGI, 4 Disember 2013 – Bilangan mangsa banjir di beberapa negeri Semenanjung Malaysia semakin meningkat sejak semalam lagi. Menurut laporan portal Majlis Keselamatan Negara hari ini, hampir 14,123 mangsa telah dipindahkan dan 132 pusat pemindahan telah diaktifkan. Demi berbakti kepada mangsa banjir, HALUAN melalui Biro Misi Kemanusiaan telah melancarkan Misi Kemanusiaan Banjir 2013. …

KASeH 6 Suburkan Cinta Allah Dalam Jiwa Peserta

KASeH 6 Suburkan Cinta Allah Dalam Jiwa Peserta

kaseh6-01PUTRAJAYA, 1 Disember 2013 — Kem Anak Soleh (KASeH) sekali lagi tampil khusus untuk pelajar sekolah rendah bersempena cuti sekolah hujung tahun ini bagi siri yang keenam. Program yang dianjurkan oleh Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Wilayah Tengah dengan kerjasama HALUANITA telah mendapat penyertaan dari 149 orang peserta yang terdiri daripada 70 peserta lelaki dan selebihnya …

Banjir Luar Biasa Di Kuantan

Banjir Luar Biasa Di Kuantan

kuantan-01KUANTAN, 4 Dis 2013 — Keadaan banjir yang melanda daerah Kuantan semakin buruk di mana lebih 12,000 penduduk telah dipindahkan dan semakin banyak kawasan perumahan serta laluan utama ditenggelami air. Paras air yang naik secara mendadak berikutan hujan yang berterusan menyebabkan ramai penduduk tidak sempat menyelamatkan harta benda. Bahkan ramai anggota keselamatan dan pihak berkuasa …

13 Rakyat Palestin Dibunuh, 374 Diculik Sepanjang November

13 Rakyat Palestin Dibunuh, 374 Diculik Sepanjang November

ahrar-01BANDAR BARU BANGI, 2 Dis 2013 — Rejim Zionis telah membunuh seramai 13 orang Palestin dan menculik 374 yang lain di Tebing Barat dan Gaza sepanjang bulan November lalu. Laporan bulanan yang diterbitkan semalam oleh Pusat Pengajian Tahanan dan Hak Asasi Manusia Ahrar turut mendedahkan bahawa 95 orang Palestin telah diculik dari wilayah Al Khalil …

KKH Khitan Murid Jalan Kebun

KKH Khitan Murid Jalan Kebun

khitan-01SHAH ALAM, 2 Dis 2013 – Rasa bangga. Begitulah ungkapan salah seorang murid sekolah rendah yang selamat dikhitankan oleh pasukan doktor daripada Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) dalam program berkhitan musim cuti sekolah Masjid An-Naim, Jalan Kebun dekat sini. Ditanya kenapa beliau merasa bangga, adik Ikhwan Syabil Ahmad Zawawi, 11 tahun, menjawab, “sekarang saya sudah dewasa.” …

Zionis Arah Tangkap Kanak-Kanak Berumur Empat Tahun

Zionis Arah Tangkap Kanak-Kanak Berumur Empat Tahun

zine-01BAITULMAQDIS, 28 Nov 2013 — Tentera Zionis menceroboh masuk ke dalam sebuah rumah rakyat Palestin di kawasan Saadia untuk menangkap kanak-kanak berumur empat tahun, Mohammed al-Majid. Operasi pada awal pagi itu merupakan rentetan dari penangkapan kanak-kanak sejak semalam di mana Ahmed Dahbour, sembilan tahun, Muhammad Hazeena, 16 tahun, Fadi Ghafari, 11 tahun dan adiknya Mohammed, …