Archive for November, 2013

PESONA Alumni Ber’xplorace’ di Putrajaya

PESONA Alumni Ber’xplorace’ di Putrajaya

PUTRAJAYA, 28 Nov 2013 – Bertemakan “Transformasi: Aku yang dulu bukan sekarang, dulu lain sekarang lain..”, Kem Personaliti Remaja (PESONA) kali ke-17 telah berjaya diadakan di Putrajaya pada 22 hingga 23 November 2013. PESONA kali ini merupakan program khas untuk alumni iaitu peserta-peserta yang pernah mengikutinya dan berkonsepkan outdoor. Peserta telah menginap di Masjid Putra, …

KMK Kelantan Mengeratkan Ukhuwah Remaja Kontemporari

KMK Kelantan Mengeratkan Ukhuwah Remaja Kontemporari

BACHOK, 18 November 2013 — Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Kelantan telah berjaya menganjurkan Kem Minda Kreatif (KMK) pada peringkat negeri dari 18 hingga 20 November di D’Muara Beach Resort, Tok Bali. Seramai 60 orang peserta telah menyertai KMK yang merupakan tahun ke-8 dianjurkan di negeri Kelantan. 30 orang tenaga penggerak hasil daripada gandingan ahli-ahli KeARAH …

Zionis Lancar Serangan Udara ke Atas Gaza

Zionis Lancar Serangan Udara ke Atas Gaza

gaza-strike-01GAZA, 19 Nov 2013 — Pesawat-pesawat perang rejim Zonis telah melancarkan sekurang-kurangnya tujuh serangan udara ke daerah Khan Younis di selatan dan juga Beit Hanoun di utara wilayah Gaza. Jet-jet F16 dan helikopter Apache menggempur ladang pertanian di Al-Manara, Khan Younis mengakibatkan kerosakan harta benda dan ternakan di situ. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Serangan juga …

Perjalanan Hati Menuju Allah SWT

Perjalanan Hati Menuju Allah SWT

Setiap kali bertambahnya kelahiran baru, maka setiap ketika itu ada pula yang dipanggil pulang menghadap Allah SWT. Ya, setiap manusia yang lahir akan menemui ajal kematiannya. Bila dan di mana? Kita tidak tahu. Sesungguhnya, keyakinan kita terhadap kematian yang pasti dan entah bila ini menjadikan kita belum tentu yakin akan bertemu dengan fajar pada keesokan …

Yahudi Ceroboh Masuk Masjid Al Aqsa

Yahudi Ceroboh Masuk Masjid Al Aqsa

aqsa-01BAITULMAQDIS, 13 Nov 2013 — Puluhan penduduk Yahudi yang diiringi oleh pasukan polis Zionis menceroboh masuk ke Masjid Al-Aqsa awal pagi ini. Yayasan Wakaf dan Warisan Al-Aqsa dalam kenyataannya menyebut bahawa lebih 60 orang Yahudi bersama sekumpulan ejen perisik Shin Bet menceroboh masuk ke plaza masjid dan kemudian memasuki masjid Marwani, masjid Alkibali dan Kubah …

Pepohonan Zaitun – Melambai Perjuangan

Pepohonan Zaitun – Melambai Perjuangan

Di sela-sela pepohonan tin dan zaitun, Merimbun hijau di tanah subur Syam, Di celahan bukit berbatu bumi keberkatan, Menzahir bebuah hijau dan ungu disapa malam. Anak-anak muda Suriah contoh ikutan, Bersama berhimpun berpakaian kusam, Mendidik pengertian deen dan melahirkan pengorbanan, Berusaha membuang kemelut jahiliyyah dan adat resam. Siang mereka hebat dan tangkas di perbatasan, Bukan …

Ayuh Bersama Memeriahkan HALUAN Youngstars Annual Gathering (STAR!)

Ayuh Bersama Memeriahkan HALUAN Youngstars Annual Gathering (STAR!)

Buat julung kalinya, Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) akan menganjurkan satu perhimpunan remaja yang dinamakan HALUAN YoungStars Annual Gathering (STAR!). Perhimpunan ini khusus untuk pelajar tingkatan satu hingga enam yang akan bercuti panjang tidak lama lagi. Bagi yang berminat untuk melancong ke utara tanah air sambil menambah ilmu, anda dijemput untuk menyertai perhimpunan ini yang dijadualkan …

KKH Santuni Masyarakat Desa di Baling

KKH Santuni Masyarakat Desa di Baling

baling-01BALING, 10 Nov 2013 – HALUAN terus menabur bakti kepada masyarakat desa dengan membawa profesionalisme kesihatan kepada mereka melalui program khidmat kemasyarakatan serta kem kesihatan. Perkhidmatan tersebut telah diadakan di Masjid Kampung Sungai Limau, Baling semalam bermula dari jam 9 pagi hingga 4 petang. Projek ini merupakan anjuran bersama HALUAN Cawangan Kedah dan Kementerian Kemajuan …

Nur Aisya Darwina – Sinar Hidayah di KOBAR 2013

Nur Aisya Darwina – Sinar Hidayah di KOBAR 2013

BANGI, 3 November 2013 — Tidak sedikit daripada hampir dua ribu hadirin di Dewan Konvensyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) yang menitiskan air mata keharuan ketika menyaksikan detik bersejarah bagi seorang saudara baru yang secara rasminya menuturkan syahadah di Konvensyen Belia Relawan HALUAN (KOBAR) pada hari ini. Jessica Darwina anak Jerom, 18, adalah nama gadis …

Sekatan Semakin Mencengkam Rakyat Gaza

Sekatan Semakin Mencengkam Rakyat Gaza

gaza-01Gaza, 9 Nov 2013 -– Sekatan ke atas Gaza berterusan sejak tahun 2007. Sepanjang tempoh tersebut, serangan dan tindakan agresif ketenteraan dari pihak Zionis terus mencengkam kehidupan 1.7juta rakyat Gaza dengan memusnahkan infrastruktur awam dan juga kebun-kebun tanaman yang menjadi sektor pekerjaan utama. Kini sekatan ke atas Gaza memasuki fasa baharu yang lebih dahsyat. Rakyat …