fbpx

Archive for December, 2012

Mahasiswa dan Wargakerja UM Cakna Palestin

Mahasiswa dan Wargakerja UM Cakna Palestin

KUALA LUMPUR, 24 Dis 2012 – Serahan pertama kutipan derma untuk Palestin oleh para mahasiswa dan wargakerja Universiti Malaya mencerminkan keluruhan sifat dan nurani kemanusiaan warga kampus tertua di negara itu bila RM2,111.35 berjaya disumbangkan kepada Tabung Palestin HALUAN pada 19 Disember di pejabat Kor Suksis UM. Penyerahan kutipan pertama itu dibuat oleh Koperal Abidin …

Perpustakaan Negara Prihatin Nasib Anak-Anak Gaza

Perpustakaan Negara Prihatin Nasib Anak-Anak Gaza

KUALA LUMPUR, 23 Dis — Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mengambil berat tentang nasib yang dialami oleh anak-anak Gaza dalam berhadapan dengan kekejaman berterusan dan serangan zalim rejim Zionis. Menyedari tanggungjawab kemanusiaan untuk membantu rakyat Gaza, PNM telah melancarkan Tabung Kemanusiaan Untuk Kanak-kanak Gaza yang akan digerakkan di semua lokasi PNM di seluruh negara selama sebulan. …

KKH Berlepas ke Sabah Rawati Penduduk Miskin

KKH Berlepas ke Sabah Rawati Penduduk Miskin

SEPANG, 21 Dis 2012 – Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) telah menghantar misinya untuk menyantuni masyarakat desa yang kurang berkemampuan di Sabah demi mempertingkatkan tahap kesihatan mereka. Satu pasukan 10 orang berlepas dari LCCT di sini semalam dengan penyertaan pasukan bedah dan pasukan pemeriksaan mata. Rombongan diketuai oleh Dr Zamrin Dimon yang juga Ketua Biro Profesional …

Penceramah Gaza Jelajah Utara

Penceramah Gaza Jelajah Utara

SEBERANG PERAI, 18 Dis 2012 – “Kerajaan Gaza tidak pernah dan tidak akan bersekongkol dengan Amerika Syarikat (AS) sampai bila-bila!”. Demikian penegasan yang dibuat oleh Sheikh Ibrahim Saqar Ismail az-Za’im di Surau Taman Pauh Jaya untuk menjawab persoalan yang dikemukakan oleh salah seorang ahli kariah surau pada malam Isnin. Sheikh Ibrahim Saqar, wartawan stesen TV …

Keinsafan Ziarah Rumah Orang-Orang Tua Al-Ikhlas

Keinsafan Ziarah Rumah Orang-Orang Tua Al-Ikhlas

PUTRAJAYA, 12 Dis 2012 – Biro HALUANITA telah menyertai program Ziarah Rumah Orang-Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong Selangor anjuran Masjid Putra, Putrajaya pada 12 Disember 2012. Seramai empat orang wakil HALUANITA menyertainya diketuai oleh Puan Siti Mahmudah Samingan yang juga merupakan Ketua HALUANITA Hulu Langat. Turut serta dalam program ini wakil dari Mawaddah, Saudara Baru dan …

KUIS Flash Mob Touches Hearts

KUIS Flash Mob Touches Hearts

BANGI, 30 Nov 2012 – It starts with hearts that care. A group of students from Selangor Islamic University College (KUIS) manifested this in their “Flash Mob” stint for Palestine and Syria at Al-Azhar Mosque KUIS in Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor. This creative initiative was organised to express the students’ concern and responsibility as …

Singa Dalam Perjuangan, Sahabat Dalam Ketaatan

Singa Dalam Perjuangan, Sahabat Dalam Ketaatan

GOMBAK PRIMA, 16 Dis 2012 – Sorakan takbir bergema menandakan kemenangan Tamega FC menewaskan Banana FC 4-1 dalam Kejohanan Futsal Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) Wilayah Tengah di Sinamax Sports Center semalam. Kejohanan anjuran HALUANSiswa Wilayah Tengah ini disambut baik oleh hampir 100 orang pemuda yang hadir dari pelbagai negeri. Tema yang cuba dibawa oleh HS …

Haluanita Mahu ‘HENTIKAN AIR MATA GAZA’

Haluanita Mahu ‘HENTIKAN AIR MATA GAZA’

SHAH ALAM, 11 Dis 2012 – Sifat keibuan dan kelembutan kewanitaan memang terserlah. Biro Haluanita yang merupakan sayap wanita HALUAN telah bekerjasama dengan Biro HALUAN Palestin dalam projek Tabung Kecemasan Gaza yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor. Bertemakan “Hentikan Air Mata Gaza” program ini telah mendapat sokongan padu daripada pihak pengurusan Plaza …

Peluang Keemasan Lepasan SPM Untuk Sertai JDK 2012/13

Peluang Keemasan Lepasan SPM Untuk Sertai JDK 2012/13

BANDAR BARU BANGI, 17 Dis 2012 – JDK atau popularnya program Jati Diri dan Kesukarelawanan Remaja kini tiba lagi untuk kali ke-empatnya. Program khas tiga minggu berkampung ini sudah menjadi sangat popular di kalangan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di masa lepas sehinggakan HALUAN Malaysia terpaksa melaksanakannya di tiga zon berasingan demi memenuhi permintaan yang …

HALUANSiswa Kedah Aktif Bantu Kutipan Palestin

HALUANSiswa Kedah Aktif Bantu Kutipan Palestin

SUNGAI PETANI, 14 Dis 2012 – Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) Negeri Kedah dengan kerjasama Biro HALUAN Palestin telah mengadakan kutipan dana bantuan kecemasan Palestin di beberapa masjid sekitar Sungai Petani. Antara masjid yang dituju ialah Masjid Al-Muttaqin, Taman Ria, Masjid Taman Intan, dan Masjid Padang Temusu. Objektif aktiviti ini adalah untuk menyebarkan maklumat terkini mengenai …