fbpx

Archive for November, 2012

KMK Kelantan Meriah Beraktiviti

KMK Kelantan Meriah Beraktiviti

BESUT, 17 Nov 2012 – Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Kelantan telah menganjurkan Kem Minda Kreatif (KMK) pada 13 hingga 15 November di Kem Sri Keluang, Besut, Terengganu. Seramai 146 orang peserta, antaranya daripada SMK Machang, Maahad Sains Al-Quran Al-Amin, SMKA Melor, SMA Kampung Laut, Maahad Muhammadi Perempuan, telah menyertai kem pada kali ini. Antara objektif …

Keluarga di Gaza Berkumpul, Mengharap Keselamatan

Keluarga di Gaza Berkumpul, Mengharap Keselamatan

gaza6-01GAZA, 18 Nov 2012 — Lebih daripada 15 orang ahli keluarga Dalloul tidur dalam satu bilik di rumah mereka di kejiranan al-Zaytoun, kawasan berpenduduk padat di tenggara Bandar Gaza. “Pada waktu malam, semua kanak-kanak dan ahli keluarga kami yang tua terpaksa bersesakan di atas tilam-tilam ini,” kata Naeema Dalloul, ibu kepada tujuh orang anak, kepada …

PESONA Kembali Lagi !!

PESONA Kembali Lagi !!

BANDAR BARU BANGI, 11 Nov 2012 — Tahniah kepada HALUANITA kerana telah berjaya menganjurkan Kem Personaliti Remaja Putri (PESONA) kali ke-15 dengan kerjasama Masjid Putra, Putrajaya. Program yang berlangsung selama dua hari satu malam telah diadakan di Masjid Putra, Putrajaya bermula pada 10 November. Seramai 150 peserta terdiri daripada kalangan remaja puteri berumur 13 hingga …

“Program ini mantap, menyeronokkan dan tiada tekanan”

“Program ini mantap, menyeronokkan dan tiada tekanan”

JANDA BAIK, 11 Nov 2012 – Kem Jatidiri Wanita anjuran Masjid Hidayatul Muttaqin dengan kerjasama HALUAN melalui sayapnya iaitu HALUANita telah berlangsung di Kem Teratak Malaya, Janda Baik, Pahang. Kem ini telah disertai oleh 33 orang peserta yang terdiri daripada kaum ibu dan beliawanis yang tinggal di Kampung Bukit Lanchong. Penganjuran sulung ini membawa tema …

Masyarakat Dunia Bangkit Menentang Serangan Ke Atas Gaza

Masyarakat Dunia Bangkit Menentang Serangan Ke Atas Gaza

GAZA, 18 Nov 2012 – Masyarakat prihatin anti-keganasan dari lebih 50 buah negara telah mula melaksanakan demonstrasi besar-besaran menentang pembunuhan kejam dan pembersihan etnik yang sedang dilakukan oleh rejim Zionis ke atas penduduk awam dan hartabenda di Gaza sejak empat hari lalu tanpa hentinya. Dari Times Square New York ke Dataran Eifel Tower Perancis hinggalah …

Hospital Gaza Kehabisan Ubat – WHO

Hospital Gaza Kehabisan Ubat – WHO

GENEVA, 17 Nov 2012 — World Health Organization (WHO) menyatakan bahawa bekalan ubat dan alat perubatan di Gaza berada di tahap kritikal apabila dibanjiri mereka yang tercedera akibat serangan berterusan tentera Zionis ke atas masyarakat awam. Menurut WHO, sebanyak USD10 juta diperlukan untuk membekal keperluan ubat-ubatan bagi tempoh tiga bulan akan datang. Kenyataan itu turut …

Zionis Sasar Orang Awam Dengan Senjata Haram

Zionis Sasar Orang Awam Dengan Senjata Haram

GAZA, 17 Nov 2012 – Kesatuan Jawatankuasa Penjagaan Kesihatan (UHCC) mendakwa rejim Zionis telah sengaja mensasarkan kanak-kanak dan wanita di Gaza dengan menggunakan senjata yang dilarang oleh badan-badan antarabangsa. Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, UHCC menyebut bahawa sebilangan besar kanak-kanak yang terkorban dan cedera dalam keganasan berterusan tentera Zionis di Gaza menunjukkan dengan jelas …

Kenyataan Media HALUAN Terhadap Kenyataan Sisters In Islam

Kenyataan Media HALUAN Terhadap Kenyataan Sisters In Islam

Kenyataan Media Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) amat kesal dengan kenyataan yang telah dibuat oleh pertubuhan Sisters In Islam (SIS) dalam The Malaysian Insider bertarikh 9 November 2012. Kenyataan yang di buat bahawa, ‘Faith by compulsion may lead to hypocrisy‘ dan ‘Islam is not a one-way street’ membawa maksud bahawa orang yang sudah …

Gaza : Tiba-tiba Saja Tiada Lagi Senyuman Comelnya

Gaza : Tiba-tiba Saja Tiada Lagi Senyuman Comelnya

GAZA, 16 Nov 2012 — Serangan peluru berpandu Zionis ke atas Gaza pada hari Rabu meninggalkan satu kelopongan yang menyiksakan di rumah dan hati keluarga anak yang baru berusia 11 bulan, Omar Masharawi, yang syahid dibakar seluruh badan kecilnya. “Anak-anak saya bukan pengganas. Mereka bukan syaitan. Mereka orang-orang yang baik,” kata Ali Masharawi, 55, datuk …

Zionis Sekat Ubat Ke Gaza

Zionis Sekat Ubat Ke Gaza

BETHLEHEM, 16 Nov 2012 – Pihak Otoriti Palestin (PA) mendakwa rejim pengganas Zionis Yahudi menyekat usaha membawa bantuan perubatan ke Gaza di satu sekatan (checkpoint) di sini. Ma’an News Agency melaporkan bahawa Menteri Kesihatan Otoriti Palestin, Dr Hani Abdeen telah menghantar 15 buah trak membawa 200 kotak ubat-ubatan beserta peralatan perubatan ke Gaza. “Kami menghantar …