fbpx

Archive for November, 2012

Jom Sertai Forum Ceritakan Islam Kepada Rakan India Malaysia

Jom Sertai Forum Ceritakan Islam Kepada Rakan India Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Nov 2012 — Seramai 300 peserta dijangka akan menyertai suatu forum khas “Jom Cerita Islam Kepada India Malaysia” yang dianjurkan bersama oleh HALUAN Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 23 Disember nanti di auditorium utama Masjid Putra, Putrajaya. Majlis separuh hari bermula pukul 8.00 pagi tersebut akan mengumpulkan umat Islam …

Kunak Sensitif Sengsara di Palestin

Kunak Sensitif Sengsara di Palestin

KUNAK, SABAH 29 Nov 2012 — Masyarakat di Sabah tidak ketinggalan dalam mengikuti perkembangan mutakhir kesengsaraan rakyat Palestin Gaza yang dibunuh dan diserang dengan ganas oleh tentera zionis rejim Israel. Untuk itu, gabungan beberapa buah kelab pemuda di sini telah melaksanakan program Jualan Amal Palestin “Gaza Kami Bersama Mu” sebagai salah satu tindak balas terhadap …

Penghapusan Etnik di Rohingya Semakin Tenat

Penghapusan Etnik di Rohingya Semakin Tenat

BANGI, SELANGOR, 29 Nov 2012 — Penderitaan umat Islam Rohingya bagai tiada penghujungnya. Peristiwa pembunuhan dan penyiksaan terakhir oleh puak Rakhine serta pihak berkuasa Myanmar ialah semasa sambutan AidilAdha 1433H, dengan ratusan insan tidak berdosa dibunuh dengan kejam dan ribuan rumah penduduk Islam dimusnahkan. Namun sehingga kini, tiada penyelesaian yang konkrit dapat dicapai samada daripada …

JAKIM Sokong Kempen Bantuan Kecemasan Rakyat Gaza

JAKIM Sokong Kempen Bantuan Kecemasan Rakyat Gaza

PUTRAJAYA, 28 Nov2012 — Kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Palestin tidak pernah dilupakan oleh rakyat Malaysia. Bahkan tragedi serangan ke atas Gaza telah membangkitkan rasa persaudaraan dan kesatuan rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama untuk membantu, di samping kesepakatan mereka untuk mengecam kejahatan rejim Zionis. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Dato’ Othman Mustapha …

SABASUN HyperRuncit Bantu Kutipan Kecemasan Gaza HALUAN

SABASUN HyperRuncit Bantu Kutipan Kecemasan Gaza HALUAN

KUALA TERENGGANU, 24 Nov 2012 — HALUAN cawangan Terengganu telah memulakan kempen menyedarkan masyarakat mengenai pentingnya sumbangan segera kepada Palestin dengan HALUAN mengadakan satu kempen pelancaran di SABASUN HyperRuncit Sdn Bhd, sebuah pasaraya di bandar ini. SABASUN sebagai sebuah entiti perniagaan telah bersetuju memberikan ruang kepada HALUAN Terengganu untuk melancarkan majlis kutipan derma daripada pelanggannya …

KMK Kedah Membina Jati Diri Remaja

KMK Kedah Membina Jati Diri Remaja

MERBOK, 26 Nov 2012 – Hampir 40 orang relawan siswa dan siswi daripada Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) telah membantu menjayakan Kem Minda Kreatif (KMK) 2012 Kedah di Kem Merbok selama tiga hari bermula 23 November. Apa yang menarik dan menjadi kelainan adalah kem ini telah menampilkan barisan penceramah yang kesemuanya terdiri daripada pemuda dan pemudi …

Kekejaman Zionis Tiada Batasan – Yusuf Ghaben, TV Al-Aqsa

Kekejaman Zionis Tiada Batasan – Yusuf Ghaben, TV Al-Aqsa

SHAH ALAM, 25 Nov 2012 – Istilah berpada-pada dan berperikemanusiaan tidak pernah ujud dalam perbendaharaan kata zionis Israel, berkata Yusuf Ghaben seorang wartawan TV Al-Aqsa yang didatangkan khas oleh Biro HALUAN Palestin untuk memberi penerangan khusus kepada rakyat Malaysia tentang kekejaman perang lapan hari ke atas Gaza. Untuk membuktikan kenyataannya, beliau mempamerkan kepada ahli jamaah …

Pelajar dan Warga IKM Pekan Prihatin Isu Gaza

Pelajar dan Warga IKM Pekan Prihatin Isu Gaza

PEKAN, PAHANG, 23 Nov 2012 – Sempena memperingati peristiwa 10 Muharam 1434H, warga kerja dan pelajar-pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) Tan Sri Yahya Ahmad, Pekan, Pahang telah mengadakan majlis ceramah khas “Selamatkan Gaza” di Masjid IKM pada 22 November selepas solat maghrib. Seramai 400 orang pelajar termasuk kakitangan IKM telah hadir termasuklah Pengarah IKM, Feshol …

Kem Minda Kreatif Johor – Membina Kefahaman Islam untuk Remaja

Kem Minda Kreatif Johor – Membina Kefahaman Islam untuk Remaja

KOTA TINGGI, 16 Nov 2012 – Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) dengan kerjasama Sekretariat Urusetia dan Fasilitator, Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) telah menganjurkan Kem Minda Kreatif (KMK) di Kem Jeram Gunung Panti, Kota Tinggi. KMK Johor siri yang ke-8 kali ini mendapat respon yang amat positif dengan penyertaan lebih daripada 90 orang peserta remaja antara 13 …

HALUAN Salur Bantuan Kecemasan Pasca Gencatan Senjata

HALUAN Salur Bantuan Kecemasan Pasca Gencatan Senjata

GAZA, 23 Nov 2012 — Serangan ganas tentera zionis ke atas rakyat Gaza kini reda berikutan persetujuan gencatan senjata yang ditaja oleh negara Mesir. Namun kesengsaraan penduduk Gaza tidak berakhir di sini. Kemusnahan infrastruktur awam, rumah kediaman, bank, bahkan pejabat-pejabat kerajaan sudah cukup memberi bayangan betapa beratnya cabaran dan kesengsaraan yang akan dihadapi oleh mereka. …