fbpx

Misi Kemanusiaan Pakistan-Kashmir (MKP)

Misi Kemanusiaan Pakistan-Kashmir (MKP)

Misi Kemanusiaan Pakistan-Kashmir (MKP)

11 Okt 2005: HALUAN Malaysia telah melancarkan misi bantuan kemanusiaan ke daerah bencana gempa bumi di Asia Selatan. Misi tersebut – Misi Kemanusiaan Pakistan-Kashmir (MKP) – dilancarkan sebagai menjalankan tanggungjawab HALUAN dalam berbakti dan membantu mereka yang memerlukan.

Pengalaman HALUAN dalam Misi Kemanusiaan Acheh yang baru lalu cukup mengajar relawan-relawan HALUAN betapa perlunya kita bersegera membantu mereka di Pakistan-Kashmir yang majoritinya adalah Muslim. Memandangkan bencana tersebut telah hampir seminggu berlalu, HALUAN akan menghantar pasukan dengan secepat yang mungkin.

Perkembangan Terkini

Bantuan masyarakat antarabangsa telah mula tiba di Pakistan. Walaubagaimanapun, kelemahan koordinasi dan perancangan dikatakan menyukarkan proses penyaluran bantuan. Bantuan awal hanya dapat dilakukan di sekitar bandar Muzaffarabad, sedangkan kawasan pedalaman dan pergunungan masih tidak mendapat bantuan sewajarnya. Masih terlalu ramai mereka yang tidak mendapat tempat berteduh. Hujan lebat dan ribut petir juga sering berlaku. AFP melaporkan peluang mereka yang masih terperangkap di bawah runtuhan atau masih hilang untuk selamat adalah kurang dari 2%.

Pakar-pakar dari World Health Organisation (WHO) meramalkan penyakit akan merebak di kawasan sekitar, dan mungkin angka kematian dari penyakit merebak akan melebihi angka kematian mangsa tsunami di Acheh. Musim sejuk yang semakin hampir akan lebih menyukarkan.

Objektif MKP
Antara objektif pasukan MKP ini adalah untuk:
Memberikan khidmat perubatan dan bantuan bekalan asas.
Memberikan bantuan am berkaitan pendidikan serta penyelarasan terus sumbangan kebajikan kepada mangsa.
MKP adalah kerjasama sukarelawan HALUAN dengan Kelab Kesihatan HALUAN yang akan membekalkan tenaga kerja dan alat-alat perubatan.
Sumbangan Masyarakat Diperlukan

Sehubungan dengan usaha ini, HALUAN menyeru masyarakat untuk sama-sama menyumbang kepada mangsa-mangsa gempabumi. Peluang beramal dan bersadaqah di bulan Ramadhan yang mulia ini seharusnya tidak dibiarkan begitu saja.
Anda yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui akaun berikut:

Nama Akaun: Tabung Kemanusiaan HALUAN
No Akaun: 14023010025718
Bank: Bank Islam Malaysia Berhad
Untuk maklumat lanjut, hubungi HALUAN melalui talian 019 230 4465 atau 013 206 5499.

Renungan

Sebagai motivasi untuk kita mengambil pengajaran dari apa yang berlaku di Asia Selatan, renungilah petikan ayat-ayat berikut:

”Apabila berlaku hari Kiamat, peristiwa berlakunya hari kiamat itu bukan satu pendustaan, langit akan runtuh. Apabila bumi digoncang dengan goncangan yang dashat, gunung dan bukit akan tercabut runtuh dan menjadi debu-debu yang berterbangan.” (Al-Waqi’ah 56:1-6)

”dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah. Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.” (Al-Ahzab :41)