Aidilfitri Bersama Anak-anak Syria Di Bawah Cengkaman Kezaliman
BANDAR BARU BANGI, 23 Ogos 2013 -- Sudah lebih dua setengah tahun kehidupan mereka dibayangi peperangan dan kezaliman yang mengerikan. Begitu ramai dari kalangan mereka yang sudah tidak dapat lagi bersama ayah, ibu, saudara dan rakan tempat bermanja dan bergelak ketawa.
HALUAN Terus Bina Jaringan Antarabangsa
BANDAR BARU BANGI, 21 Julai 2013 -- Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) terus melebarkan capaiannya merentasi sempadan geografi, budaya dan bahasa dengan aktiviti-aktiviti pendidikan, kebajikan dan kemanusiaan di luar negara. Penglibatan ahli-ahli dan sukarelawan HALUAN dalam program-program yang dilaksanakan merupakan menifestasi moto ‘Berakhlak, Mendidik dan Berbakti’ dan merupakan bukti kemampuan HALUAN menyantuni masyarakat di mana sahaja ia diperlukan.
Korban Kita Warisan Amalan Anbiya’
SUBANG JAYA, SELANGOR, 3 Oktober 2012 -- Ramai pelajar muda dan dewasa pernah bertanya kepada ustaz dan ustazah – apakah amalan korban yang sering mengunjungi kita saban 10 Zulhijjah itu suatu tradisi yang diamalkan oleh baginda Rasulullah SAW, kaum keluarga dan para sahabat baginda? Adakah ianya suatu kesuburan amalan yang diteraptubi oleh baginda untuk ummatnya?
Doktor Muda Jinjing Uncang Prihatin Umat
BANGI, SELANGOR 16 Ogos 2012 -- Siapa kata jarak menyukarkan usaha mengumpul dana bagi membantu ummah yang dirundung malang? Seorang pelajar perubatan rakyat Malaysia yang berada di Indonesia telah melaksanakan “ibadah istimewa” sepanjang Ramadhan 1433H ini dengan mengumpul dana bukan untuk satu tetapi tiga sasaran sekaligus; Rohingya, Somalia dan Syria.
Jalinan ukhuwah di Semporna, Sabah
SEMPORNA, 24 Mac 2012 -- Berbakti adalah sifat mahmudah yang di dalamnya terkandung tebaran keberkatan, menyentuh jiwa-jiwa yang suci yang mendambakan sentuhan fitrah Islami. Datangilah dari sudut manapun, jalinan ukhuwah, pengukuhan akhlak Islami serta pendidikan dengan penuh kasih dan sayang pasti menghadirkan taufik dan hidayah, rahmah dan mawaddah malah seribu satu resam kehidupan yang mengharap keredhaan Allah.
Memperkasa Sistem Pendidikan Bagi Menangani Masalah Sosial
Permasalahan sosial yang sedang meruncing kini seharusnya mendapat perhatian semua pihak yang cintakan negara ini dan mereka yang mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju contoh. Samada secara sedar atau tidak, peningkatan kes-kes yang dikategorikan sebagai gejala sosial kini berada pada tahap yang agak membimbangkan, malah mungkin juga “mencemaskan”. Ini dapat dibuktikan melalui pendedahan dan laporan harian media massa mengenai peningkatan kes-kes berkenaan. Setiap hari kita akan mendengar atau membaca berita serta liputan mengenai kes-kes gejala sosial
More Articles...
- Bekerjasama mendidik dan berbakti kepada masyarakat
- Abdul Rahim Ngah: di antara kekurangan dan kelebihan
- Bebaskan Wanita Islam
- Pembangunan Sosial Dalam RMK-9 : Analisis Awal
- Pembangunan modal insan ke arah peningkatan kualiti yang bersepadu
- Merealisasikan Penghijrahan Minda dan Tindakan
- Mengumpul Wang Untuk Bersara
Ikuti HALUAN di: