1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Serangan ke atas Gaza dari perspektif Yahudi-Zionis

Salah seorang pemimpin Yahudi yang terlibat dalam proses menyerang Gaza ialah Livni atau nama penuhnya Tzipora Malka ‘Tzipi’ Livni iaitu Menteri Luar Israel yang dikatakan bakal menjadi perdana menteri negara Yahudi itu selepas pilihan raya umum Februari depan. Usianya sudah separuh abad, merupakan anak kepada pendatang Yahudi dari Poland.

Beliau pernah bekerja dengan agensi perisikan Israel, Mossad selama dua tahun pada 1980-an dan berpengalaman dalam bidang ketenteraan kerana pernah menjawat pangkat leftenan ketika bersama Israel Defence Force (IDF).

Register to read more...

Kesukarelawanan mendekatkan kita kepada Allah

Marilah sama-sama kita berusaha untuk mempertingkatkan takwa kita dengan gigih melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.

Sifat menghulurkan sumbangan dengan ikhlas hati adalah sifat yang sangat terpuji di dalam ajaran Islam. Malahan, kita dapati dari sejarah, bagaimana aktiviti manusia terdahulu kebanyakannya beredar dalam suasana kerja sukarela, yakni kerja yang ikhlas mengharapkan balasan Allah s.w.t. dan keredhaanNya. Sebagai contoh, Al-Quran membawa kisah Nabi Nuh a.s, ketika mana Baginda menyeru umatnya kepada segala bentuk kebaikan.

 

Register to read more...

Sujud Kemerdekaan

Setiap dari kita terlalu inginkan kemerdekaan. Sekiranya diberi pilihan antara hidup mewah dan kemerdekaan maka manusia dengan jiwanya yang sihat akan memilih kemerdekaan. Kerana kemerdekaan itu terlalu berharga jika dibandingkan dengan kemewahan. Kemerdekaan menjadikan kita hidup bebas tanpa kongkongan. Kemerdekaan membenarkan kita memiliki diri kita sendiri, membina impian kita sendiri dan mengatur langkah untuk mencapai apa yang kita impikan. Kemerdekaan menjadikan bumi ini luas untuk diterokai dan menjadikan jiwa kita hidup, bergerak dan berkembang tanpa batasan.

 

Register to read more...

Menangkis serangan nilai dan budaya Barat terhadap umat Islam

Dalam realiti kini aktiviti-aktiviti maksiat telah dimanipulasikan menjadi simbol kemajuan dan kemodenan. Manusia yang bernama muslim tidak lagi berkesempatan untuk berfikir amal baik apakah yang perlu dipersiapkan untuk hari esok. Mereka sering berfikir aktiviti leka apakah yang hendak dilakukan untuk menghabiskan masa siang dan malam. Rata-rata yang mengaku muslim dibelenggu oleh nafsu syaithan. Keperibadian mereka larut dalam budaya dan cara hidup barat.

Register to read more...

Bersegera Lakukan Kebajikan

Syukur dan tahniah kepada sekretariat dan pasukan Misi Kemanusiaan Padang HALUAN yang diberi peluang mendidik dan berbakti di Pariaman, Sumatera Barat Indonesia akibat gempabumi. Segala perasaan dan pengalaman dikongsikan kepada ahli HALUAN dan masyarakat di sepanjang mereka di sana sehingga membangkitkan rasa tidak sabar kepada pasukan Misi seterusnya terjun ke medan amal.

 

Register to read more...

Sifat Kasih Sayang Seorang Muslim

altMuslim yang faham akan agamanya dan sebati dengan ajarannya yang mudah dan bertoleransi akan bersifat dengan sifat pengasih dan penyayang. Mata air rahmat sentiasa terpancar dari hatinya, kerana dia tahu bahawasanya mengasihi hamba-hamba Allah di bumi menjadi sebab untuknya menerima rahmat dari langit. Rasulullah SAW bersabda:



"Kasihanilah siapa yang di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh siapa yang di langit." (HR At-Tabrani).

Register to read more...