1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Bekerjasama mendidik dan berbakti kepada masyarakat

Ucapan perasmian oleh YBhg Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah JAKIM di Mesyuarat Perwakilan Haluan Malaysia pada 6 Jun 2009 di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum wbt.

Terima kasih kepada Yang Mulia pengerusi majlis, Yang Dihormati Dr Abdullah Sudin bin Abdul Rahman, Presiden Haluan Malaysia dan pimpinan Haluan, Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Sabbri bin Mohd Din, Pengerusi Jawatankuasa Program, para tetamu, para perwakilan, dan tidak tertinggal saya lihat di atas sana ramai anak-anak kita, barisan pewaris Haluan.

Register to read more...

Abdul Rahim Ngah: di antara kekurangan dan kelebihan

Kegigihan dan percaya boleh melakukan semua perkara adalah resepi kejayaan Abdul Rahim bin Ngah. Beliau dilahirkan tanpa kedua-dua belah kaki dan hanya mempunyai tangan kanan yang sempurna. Beliau merupakan pelajar cemerlang di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 13 agregat, seterusnya mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan diterima masuk ke Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Hidup sebagai seorang Orang Kurang Upaya (OKU) adalah cabaran yang sangat besar, namun liku-liku perjalanan hidup pada hari ini amat membangakan keluarga dan rakan-rakannya kerana Rahim adalah seorang yang berkemampuan besar melakukan semua perkara yang biasa dilakukan oleh manusia biasa.

Register to read more...

Bebaskan Wanita Islam

Menurut apa yang hebat diperkatakan oleh media barat dan sekutunya, Islam tidak mempunyai apa-apa untuk ditawarkan buat wanita kecuali penindasan, perhambaan dan kehidupan yang menyedihkan. Walaubagaimanpun jika mereka menghalusi ajaran Islam, mereka akan sedar bahawa Islam menawarkan banyak kebaikan untuk lelaki dan juga wanita.

Memang tidak dinafikan bahawa terdapat wanita Muslim yang ditindas dan didera di negara tertentu, mereka dinafikan hak yang dianugerahkan oleh Islam kepada mereka, hak mereka sebagai manusia dan wanita.  Akan tetapi kita harus mengasingkan ajaran Islam yang indah dan lengkap dengan penganutnya, kita harus memisahkan yang teori dan praktikal. Dalam Islam pengasingan ini dibenarkan-kerana Syariat Islam telah memberikan wanita kedudukan yang tinggi, walaupun terdapat penganut Islam yang tidak mempraktikkannya.

Register to read more...

Pembangunan Sosial Dalam RMK-9 : Analisis Awal

Pembangunan ekonomi Malaysia sedang berada pada landasan yang kukuh bagi memasuki fasa awal 15 tahun ke arah Wawasan 2020. Kesungguhan kerajaan melaksanakan Misi Nasional dalam RMK-9 dapat dilihat berdasarkan lima teras utama iaitu:

  • Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi.
  • Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk “minda kelas pertama”.
  • Menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif.
  • Menangani tahap dan kemapanan kualiti hidup.
  • Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.

Register to read more...

Pembangunan modal insan ke arah peningkatan kualiti yang bersepadu

"Kejayaan yang diperolehi pada masa kini adalah daripada kesungguhan, kerajinan dan kegigihan kita terhadap visi dan visi HALUAN," tegas Presiden HALUAN, ketika berucap di Seminar dan Mesyuarat Perwakilan Tahunan (MPT) HALUAN 2007 baru-baru ini. Dalam ucapan berkenaan, beliau mengulangi bahawa kita boleh merancang pelbagai program untuk ahli dan masyarakat tetapi tanpa sokongan dan kerjasama semua ahli HALUAN, ia tidak mungkin dapat dilaksanakan. Kita sekarang bukannya berada dalam era yang sama dengan 70-an, 80-an atau 90-an, malah realiti semasa adalah berbeza sama sekali. Kita harus membina jiwa dan semangat yang lebih kental, berani dan bersedia menghadapi cabaran yang datang dan tiba-tiba muncul dari pelbagai arah.

Register to read more...

Merealisasikan Penghijrahan Minda dan Tindakan

Melangkah ke tahun 1428 Hijrah adalah satu rahmat kerana Allah swt masih lagi memberi peluang kepada kita untuk meneruskan kehidupan dan perjuangan bagi menegakkan syiar Islam. Pengisian yang paling penting ialah kita menilai pencapaian setahun yang lalu dan merancang strategi terbaik bagi meningkatkan ketaqwaan kepada Allah, sumbangan kepada kejayaan Islam dan negara, pembangunan ilmu dan kemahiran diri seterusnya melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli masyarakat yang hidup dalam negara ini. Tentulah penilaian ini amat berkait dengan perubahan diri kita sendiri.

Perubahan sentiasa berlaku. Umat yang berjaya dan cemerlang ialah umat yang mampu menghadapi perubahan, menyerap dan menguasai cabaran-cabaran berkenaan dengan seribu cara dan seribu daya. Kesungguhan dan keazaman untuk menguasai perubahan akan memberi kepuasan yang tidak terhingga kepada orang yang telah mengecapinya.

Register to read more...