1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Ahli HALUAN Bantu Urus Dapur Kem Pelarian Calais

CALAIS, PERANCIS, 6 Mac 2016 -- Dua orang ahli HALUAN telah menjadi sukarelawan di Kem Pelarian Calais (Jungle) di sini untuk menguruskan dapur kebajikan, Kitchen In Calais, yang menyediakan makanan panas untuk para pelarian Syria dan Palestin.

Read more...

SKH Nurses Rangka RnD Khidmat KKH

skh-01KELANG, 29 Okt 2014 - Para jururawat relawan di bawah Sains Kesihatan HALUAN (SKH) yang semakin ramai telah sekali lagi bertemu untuk merangka beberapa strategi berkesan projek kemasyarakatan dengan penekanan kali ini kepada rawat dan dakwah (RnD).

Read more...

HALUAN Berbakti di Sarawak Pula

sarawak-01KUCHING, 30 Mac 2014 - Selepas beberapa tahun mencatatkan siri kejayaan menyantuni rakyat terpinggir di pendalaman Sabah, kini HALUAN Malaysia diberikan kepercayaan untuk melaksanakan program-program kemasyarakatan di Sarawak pula.

Projek di bawah geran Pembangunan Modal Insan yang dibiayai oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah membawa NGO ini ke beberapa kampung sekitar daerah Serian dan Samarahan di Sarawak. Rombongan Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) yang diketuai oleh Dr Wan Muhaizan Wan Mustaffa dengan kerjasama ahli-ahli dan relawan HALUAN di sekitar daerah Kuching telah mengadakan program pemeriksaan kesihatan yang julungkali diadakan di sini. Ianya berlangsung dari 14 hingga 16 Mac lalu dan melibatkan 15 orang ahli KKH yang terdiri daripada pakar perubatan, pegawai perubatan, pegawai farmasi, pegawai teknologi makmal perubatan dan penolong pembantu kesihatan. Seramai 23 orang relawan lokaliti dari Kuching turut serta menjadi penyelaras dan pembantu dalam menjayakan program tersebut.

“Pasukan yang agak besar ini membolehkan kami bergerak di lebih banyak lokasi. Selama tiga hari, sebanyak lima buah kampung telah kami lawati iaitu Kampung Melayu Tebakang, Kampung sekitar Masjid Daerah Serian, Kampung Melayu Balai Ringin, Kampung Pengkalan Kuap dan Kampung Baru Samarahan,” jelas Dr Wan Muhaizan, seorang doktor pakar konsultan patologi.

Di antara aktiviti yang dijalankan KKH termasuklah soal selidik kesihatan, pemeriksaan dan rawatan kesihatan, ujian darah untuk glukosa, kolesterol dan haemoglobin, ceramah kesihatan yang menyentuh bahaya merokok serta cabutan nombor bertuah.

Lebih 500 orang penduduk kampung telah menjalani pemeriksaan kesihatan percuma tersebut. Kebanyakan penyakit yang dihidapi oleh mereka adalah darah tinggi, kencing manis, tinggi kolesterol, anaemia (kekurangan darah merah) dan penyakit lain seperti sakit otot dan sendi.

Selain pemeriksaan kesihatan, aktiviti ceramah kesihatan dan cabutan nombor bertuah turut diadakan bagi memeriahkan kehadiran penduduk kampung. Lawatan ke rumah penduduk kampung turut dibuat bagi menyantuni penduduk warga emas yang sudah tidak berkemampuan untuk berjalan ke tempat pemeriksaan kesihatan. Seramai 28 orang dirujuk ke Hospital Umum Kuching dan klinik kesihatan terdekat kerana mengalami darah tinggi dan kencing manis yang tidak terkawal juga kadar kolesterol yang tinggi.

“Peluang kali pertama berbakti yang diadakan di Sarawak ini membolehkan HALUAN memberikan bantuan rawatan dan kaunseling kesihatan secara percuma kepada penduduk setempat di sini. Kami berusaha dalam menasihati mereka agar mencapai tahap kesihatan yang optima dan mengurangkan peratusan kegemukan dan obesiti. InsyaAllah, KKH akan meneruskan usaha bakti kami ini demi membimbing rakyat Sarawak ke arah kehidupan yang lebih bermakna,” tegas Dr Wan Muhaizan lagi.

Selain itu, relawan KKH juga memberikan peserta tips pemakanan dan riadah yang terancang terutama kepada mereka yang obese. Nasihat umum juga diberikan seperti cara pengambilan ubat yang teratur supaya penyakit mereka terutamanya kencing manis, darah tinggi dan kolesterol dapat dikawal sebaiknya.

sarawak-02Sukarelawan HALUAN Encik Razak Ahmad (kiri) temuramah penduduk kampung yang kunjungi lokasi pemeriksaan di Masjid Kampung Tebakang di daerah Serian.

sarawak-03Sukarelawan jururawat kanan Puan Aishah menjalankan pemeriksaan ujian haemoglobin, kolesterol dan tahap glukos ke atas seorang pengunjung.

sarawak-04Dr Diyana menguji tekanan darah seterusnya memberi kaunseling dan rawatan.

sarawak-05Pemberian ubat kepada pengunjung pemeriksaan kesihatan di Masjid Balai Ringin dilakukan oleh pembantu farmasi yang berpengalaman.

sarawak-06Lawatan pemeriksaan kesihatan ke rumah sepasang warga emas di Kampung Balai Ringin.

Seminar SKH Buka Lembaran Baharu

skh01-01KOTA BHARU, 3 Mac 2014 - Profesion sebagai ahli paramedik Sains Kesihatan HALUAN (SKH) yang terlibat secara langsung berbakti kepada masyarakat harus digunakan sebaik cara untuk mengejar kejayaan di dunia dan akhirat. Mereka harus bijak menggunakan kelebihan ilmu dan ruang masa berkhidmat untuk memastikan setiap langkah mereka membawa kepada ibadah yang bermakna.

Read more...

Si Gelandangan dan Sup Panas

Tidak ada perkataan yang tepat rupanya dalam Bahasa Melayu untuk menakrifkan golongan rakyat yang terpinggir dan merempat di jalanan tanpa bumbung di atas bubun mereka. Sehingga terpaksa menggunakan kataganti “gelandangan” daripada Bahasa Indonesia. Bahasa Inggeris sudah lama menakrifkan golongan ini sebagai “the homeless”, orang yang tiada rumah atau tempat berteduh yang tetap.

Read more...

Pepohonan Zaitun - Melambai Perjuangan

Di sela-sela pepohonan tin dan zaitun,
Merimbun hijau di tanah subur Syam,
Di celahan bukit berbatu bumi keberkatan,
Menzahir bebuah hijau dan ungu disapa malam.

Read more...