1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Penghayatan Nuzul Quran

Kita sekarang sedang berada di Bulan Ramadhan al-Mubarak, bulan agung, bulan berkat, bulan diturunkan al-Qur'anul Karim, bulan yang terdapat di dalamnya satu malam yang fadhilatnya melebihi seribu bulan, bulan yang Allah s.w.t mewajibkan Umat Islam berpuasa pada siang hari dan disunatkan Qiamullail pada malam harinya.

Register to read more...

Puasa: Kenapa badan tambah berat?

Puasa adalah menahan diri dari makan dan minum dari terbit fajar ke maghrib. Dari aspek fisiologi dan kesihatan, puasa bermula sekitar 12 hingga 24 jam dari ketika kita tidak makan dan minum.

Puasa belum bermula dari segi kimianya, sehinggalah karbohidrat dalam badan kita digunakan sebagai sumber tenaga. Puasa boleh berterusan sehingga semua karbohidrat dan lemak dalam badan kita dapat digunakan sebagai sumber tenaga.

Register to read more...

Menghidupkan 10 Malam Terakhir Ramadhan

Menghidupkan malam Qadr mempunyai fadilat yang amat banyak kerana Allah SWT menjadikan malam itu lebih baik dari seribu bulan. Sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda:

Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

Register to read more...

Tips Mempermudah Bangun Malam

Bangun malam dan berqiyamulail dengan melakukan pelbagai ibadah seperti solah tahajjud, solah witir, tilawah Al-Qur'an, berzikir dan berdoa adalah amalan para da'i yang mencontohi generasi awal Islam. Apatah lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini kita perlu mengambil peluang semaksima mungkin mengisi malam-malam kita dengan bertaqarub dengan Allah swt.

Allah swt. menyarankan orang-orang beriman agar bangun malam untuk membersihkan hati mereka, memurnikan tauhid mereka dan menguatkan iman mereka. Firman Allah Subhanahuwata'ala:

Register to read more...

Ramadhan Meninggalkan Kita...

Sama-samalah kita perteguhkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t dengan mempertingkatkan iltizam dan kepatuhan kepada perintah Allah, suruhan dan tegahanNya.

Marilah kita terus bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana kita dipanjangkan umur dan sudahpun berada di penghujung bulan Ramadhan al Mubarak. Walaupun kita sayang dan sedih untuk berpisah dengan bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, tetapi Allah s.w.t telah menentukan bahawa setiap yang bermula ada pula kesudahannya. Bulan Ramadhan akan tamat dengan menjelangnya Idul Fitri. Namun sewajarnya bagi setiap Muslim mukmin bersyukur kehadrat Allah s.w.t di atas segala nikmat yang telah dikurniakan Allah di dalam bulan Ramadhan; nikmat berpuasa, nikmat qiyamullail, nikmat tilawah al-Quran, nikmat zikrullah, nikmat menjauhkan diri daripada perbuatan keji dan mungkar.

Register to read more...

Seruan Ramadhan: Biarkan al Quran Menyentuh Jiwa Mu

Sejarah menyaksikan bagaimana generasi sahabat yang mendapat sentuhan keimanan dari Rasulullah SAW benar-benar tersentuh dengan al Quran. Kata Hassan Al Banna bagi mereka al Quran umpama arus elektrik, semakin sensitif jiwa mereka semakin terasa sentuhan al Quran.

Hati mereka benar-benar tersentuh sehingga tidak ada sesuatu yang membatasi antara keduanya. Hati mereka berhubungan dengan arus tersebut, menyerapnya, kemudian memancarkan cahayanya, bergerak dengan gerakannya, terpengaruh oleh daya pengaruhnya. Semua ini dihidupkan dan dimunculkan oleh arus tersebut, digerakkan oleh tenaga iman sehingga melahirkan amal dan kesungguhan.” (As Syahid Hassan Al Banna)

Register to read more...