1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Ramadan menjelma lagi!

Ramadan akan menjelma lagi. Musim ibadah yang menjanjikan rahmat dan keberkatan kepada orang yang berpuasa. Setiap detiknya mengandungi keampunan dan keberkatan. Kedatangannya dinanti oleh orang yang bertaqwa.

Register to read more...

Puasa Dan Persediaan Balik Kepada Allah SWT

Bagi mereka yang merentasi perjalanan mencari keredhaan Allah SWT, inilah masanya untuk melatih diri dan membiasakan diri dengan kehidupan yang sulit dan payah. Mengasuh diri dengan menahan diri daripada sentiasa menikmati apa yang diingini dan disukai. Dengan itu diri mudah dikuasai (dikawal) dan dilentur.

Puasa adalah cara yang praktikal dalam Tarbiyah Rabbaniyah (pendidikan berteraskan ketuhanan). Ia adalah suatu pendekatan yang mempunyai kesan yang mendalam dalam pembentukan dan pemurnian diri manusia. Latihan seperti ini dapat menjadikan mukmin seorang hamba Allah SWT yang benar-benar patuh serta tunduk kepada Allah Rabbul 'Alamin.

 

Register to read more...

Bekalan ruhani daripada Ramadhan yang tersisa

Kini kita berada di ambang 10 hari terakhir daripadapada bulan Ramadhan. Pada 10 hari terakhir ini terdapat fadhilat yang cukup besar lantaran salah satu daripada malamnya merupakan malam yang lebih baik daripada seribu bulan, iaitu malam Al-Qadr (Lailatul-Qadr). Siapa yang mendirikan (qiyam) malam agung ini dengan penuh iman serta mengharapkan keampunan dan rahmat daripada Allah swt diampunkan dosa-dosanya (dosa kecil) yang terdahulu. Justeru itu Rasulullah saw amat mengambil berat dan memberi keutamaan kepada ibadah i’tikaf pada 10 hari terakhir ini.


I’tikaf adalah sunnah Rasulillah saw. Sayyidatuna A’ishah diriwayatkan pernah berkata, 
Adalah Rasulullah saw beri’tikaf pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan sehinggalah baginda wafat, kemudian isteri-isteri baginda terus beri’tikaf selepas ketiadaan baginda.”

Register to read more...

Pecutan Terakhir Meraih Taqwa

Marilah kita bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dipanjangkan umur dan diberi kesempatan kepada kita untuk terus ber’ubudiyah kepada Allah, khasnya di bulan Ramadhan yang kini telah masuk ke bahagian akhir bagi tahun ini.

Marilah kita terus berdo’a agar kita mendapat rahmat Allah, keampunan serta dibebaskan daripada azab di Hari Akhirat nanti. Di sepanjang Ramadhan, Rasulullah s.a.w banyak berdo’a di samping ibadah dan amal kebaikan yang ditingkatkan semata-mata mencari keredhaan Allah SWT. Rasulullah s.a.w juga menggalakkan umatnya berdo’a ketika berbuka puasa kerana do’a ketika itu tidak ditolak .

Maksudnya: “Abdullah Ibn Amru bin al ‘As berkata : Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda bahawa sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika ia berbuka puasa terdapat do’a yang tidak ditolak.” (Hadis diriwayatkan oleh Ibn Majah.)

Register to read more...

Bagaimana Menghidupkan Ramadhan

Aku memuji dan mensyukuri Allah yang mendekatkan kepada kita pintu-pintu kebaikan, yang telah membuka pintu-pintu taubat untuk hamba-hambaNya. Aku mengucapkan tahniah kepada kalian dengan kedatangan bulan yang diberkati, bulan penerimaan taubat, keampunan dan perlepasan dari neraka. Bulan kebaikan dan keberkatan. Bulan kemurahan dan ihsan.

Wahai Pemberi kebaikan-kebaikan berilah kepadaku hidayah.
Maka tidaklah bagi mereka yang tiada hidayah sebarang kebaikan.
Hapuskan salahku dengan kemaafan, kemesraan dan kasih-sayang.
Maka tiadalah keindahan bagi bersalaman dengan selainMU .

Register to read more...

Pasca Tarbiah Ramadhan: Bebaskah Kita Dari Api Neraka?

Allah SWT telah menentukan bahawa puasa, malah seluruh aktiviti yang Allah sediakan untuk kita dalam bulan Ramadhan adalah untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

Kini Ramadhan telah melabuhkan tirai.  Bagaimana keadaan kita?  Masih dalam pendakian menuju taqwa atau hari-hari menempuh Syawal yang berlalu begitu saja.  Kita melalui tarbiah Ramadhan adalah untuk meningkatkan keyakinan kita kepada janji dan ancaman Allah SWT.

Register to read more...