1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Sepintas Lalu: Lima Rukun Pemikiran Islam Liberal

Sekularisme
Pemikiran Islam Liberal mengatakan sekularisme tidak bercanggah malah sebahagian dari Islam.

Plurarisme Agama
Semua agama adalah sama di mana semuanya menuju kepada tuhan yang satu. Perbezaan hanya pada cara sampai kepada tuhan tersebut. Agama Islam dan bukan Islam adalah setanding dan sama-sama benar.

Read more...

Penubuhan IFC

Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?
IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.

Read more...

Bagaimana Manhaj Islam Liberal?

Aliran Islam Liberal boleh dikenali melalui beberapa manhaj atau ciri-ciri yang semuanya mengarahkan kepada pembukaan dan pembebasan tafsiran agama. Berikut ini akan disenaraikan beberapa manhaj utama mereka yang penulis ringkaskan daripada pelbagai sumber mereka sendiri. Sebelum itu ingin penulis ingatkan para pembaca yang budiman sekalian bahawa sebahagian daripada manhaj yang bakal disenaraikan mungkin merupakan sesuatu yang tidak dapat digambarkan sebagai yang diusulkan oleh orang yang mengaku diri mereka sebagai umat Islam. Namun inilah yang dikatakan sebagai ‘Islam Liberal’, iaitu Islam yang “terbuka dan bebas daripada belenggu tafsiran lama ke arah tafsiran yang baru lagi segar demi kejayaan umat”.

Read more...

Isu-Isu Sentral Dalam Pemikiran Islam Liberal

Oleh Dr.Ugi Suharto
International Islamic University Malaysia

Pendahuluan

Istilah “Islam Liberal” pertama kali digunakan oleh para penulis Barat seperti Leonard Binder  dan Charles Kurzman.  Binder menggunakan istilah ‘Islamic Liberalism’, sementara Kurzman memakai istilah ‘Liberal Islam’. Secara tersirat kedua-duanya mempercayai bahawa Islam itu banyak; ‘Islam Liberal’ adalah salah satunya. Namun sebelum kita melanjutkan perbincangan ini, pertamanya kita mesti nyatakan dahulu bahawa Islam itu satu dan tidak banyak. Yang nampak banyak sebenarnya adalah ‘mazhab’ dalam Islam, bukan Islam itu sendiri. Jadi istilah ‘Islam Liberal’ yang kita maksudkan disini adalah “Pemikiran Islam Liberal” yang merupakan satu aliran berfikir baru dikalangan umat Islam.

Read more...