1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Cendekiawan Yahudi Pro Israel Protes Polisi Pendudukan Haram Israel

3 Mei -  Sekitar 3000 Cendekiawan Yahudi Eropah pro Israel mengeluarkan kenyataan pada akhir minggu ini menyeru agar Israel menghentikan pembangunan pemukiman di Tebing Barat termasuk di Jerusalem timur. Seruan tersebut akan disampaikan pada pertemuan Parlimen Eropah di Brussels pada hari Isnin (3 Mei) ini bertujuan untuk membolehkan suara Yahudi untuk didengar dengan jelas oleh negara Israel. "Israel menghadapi ancaman dari pelbagai sudut. Selain berdepan dengan ancaman dari musuh luaran, kita tahu bahawa ancaman itu juga tercatus akibat dari kependudukan haram ke atas penempatan di Tebing Barat dan di daerah Arab Baitulmuqaddis Timur. Dasar-dasar ini secara moral dan politik salah dan merupakan satu tindakan kepolitikan Israel yang tidak boleh diterima yang mengancam kedudukan.” Demikian diantara kenyataan yang dibacakan. Michael Warschawski, seorang penganalisis politik Israel, berkata tindakan para cendikiawan pro Israel tersebut merupakan perubahan positif oleh mereka yang menyokong Israel. Terdapat sekitar 470,000 penduduk Israel tinggal di pemukiman Tebing Barat dan Jerusalem Timur. Semua kependudukan tersebut adalah haram dan tidak sah mengikut undang-undang antarabangsa. Seruan para cendekiawan ini juga memberi amaran bahawa jika keamanan berdasarkan penyelesaian dua negara antara Israel dan Palestin tidak tercapai, negara Israel akan berhadapan dengan dua pilihan, menjadi negara yang akan kehilangan majoriti orang Yahudi, dan pilihan kedua adalah rejim Israel akan memalukan rakyat Israel dan menimbulkan konflik awam. Kenyataan itu dianggap sebagai ancaman nyata bagi kewujudan Israel. (PNN)

Kenyataan Angkuh Kementerian Luar Israel: Kapal-kapal Yang Menuju ke Gaza Tidak Boleh Membantu Apa-Apa

25 Mei - Israel terus memberi amaran akan menyekat perjalanan misi kemanusiaan yang membawa sembilan buah armada kapal yang mengangkut sekitar 700 aktivis pro-Palestin antarabangsa dan bekalan daripada menghampiri Gaza pada akhir bulan ini. "Kapal-kapal yang menuju ke Gaza tidak melakukan apa-apa untuk membantu orang di sana," kata Yigal Palmor, juru bicara Kementerian Luar Negeri Israel. Sebelum ini sudah ada usaha kecil dilakukan oleh aktivis tertentu, dan tindakan itu telah dicegah oleh kerajaan Israel pada tahun lalu. Dalam peristiwa itu seramai lima orang  telah menyusup ke Gaza dalam beberapa tahun terakhir melalui jalan laut. Palmor berkata misi maembantu Gaza tidak membawa kesan besar kepada usaha membantu rakyat Palestin, sebaliknya usaha ini adalah usaha memajukan agenda radikal mereka yang dibayangi oleh Hamas." Armada Kebebasan diadakan oleh kumpulan bantuan kemanusiaan Palestin yang diketuai oleh IHH, sebuah pertubuhan bukan kerajaan Turki. Misi ini adalah yang terbesar dalam membawa pelbagai bantuan kemanusiaan ke Gaza semenjak Israel dan Mesir mengenakan sekatan persempadanan ke atas Gaza. Konvoi kapal ini terdiri dari 9 buah kapal yang akan bergabung dari Turki, Eropah, Asia dan UK di mana pada pada hari Selasa (25/5) kelak akan bergabung di perairan Cyprus di Laut Tengah dan selanjutnya menuju Gaza. (haaretz)

Netanyahu Mempertahankan Tindakan Tenteranya Terhadap Serangan Ke Atas Konvoi Flotilla

31 Mei - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan kekesalan sehinga menyebabkan kehilangan nyawa kalangan aktivis antarabangsa selepas pasukan komando Tentera Laut Israel menyerang armada membawa bantuan ke Gaza, namun belia menegaskan pasukan Israel melepaskan tembakan yang dibenarkan untuk membela diri. Netanyahu, yang sehari sebelumnya membatalkan rancangan lawatan ke Washington di mana beliau sepatutnya bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, mengatakan bahawa Israel bersedia untuk membawa semua bantuan kemanusiaan yang dibawa oleh kapal-kapal flotilla kepada warga awam di Gaza. Beliau juga mengatakan bahawa kepungan Israel di Jalur Gaza akan terus berlanjutan. (haaretz/hp)

Situasi Aktivis Flotilla: Israel Terus Berdolak Dalih

1 Jun - Aljazeera dalam laporan terbarunya terhadap serangan komando Zionis terhadap konvoi Freedom Flotilla, menyebutkan bahawa Israel masih melarang segala bentuk informasi bersangkutan dengan serangan tersebut. Sebuah jawatankuasa bernama "Kotrol" terhadap media-media Zionis melarang segala bentuk pemberitaan baik pengiriman rakaman video mahupun korespondens soal jawab perkembangan terbaru mengenai korban serangan tersebut. Beberapa saat sebelum berita ini dilaporkan, warga permukiman haram Zionis menyerang wartawan Aljazeera di pelabuhan kota Ashdod, dan menghina kaum Arab dan Muslim. (aljz/hc)

Pasca Mavi Marmara Berdarah: Netanyahu Bertegas Sekatan Ke Atas Gaza Tetap Diteruskan

2 Jun - Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengumumkan pada hari Selasa (2/6) bahawa Israel tidak akan menamatkan sekatan ke atas Gaza.  Beliau mengatakan bahawa sikap pentadbirannya terhadap Gaza tidak berubah,bahkan sekatan tidak akan ditarikbalik selama Hamas terus mentadbir Gaza. Hamas adalah parti yang menang besar dalam pilihanraya 2006 dalam dewan perundangan Palestin dan tempatan. Netanyahu menyebur askar Israel yang melakukan serangan terhadap armada Flotilla Kebebasan adalah kerana mereka berdepan dengan armada "kekerasan” dan bukan armada untuk perdamaian. Beliau juga mengatakan bahawa Israel mempunyai bukti bahawa para aktivis di kapal menggunakan "gergaji, kapak, pisau, besi," dan menambah “mereka mungkin membawa senjata." Netanyahu mengatakan bahawa "dia menyesal atas  kehilangan nyawa dalam serangan itu" tetapi katanya lagi "Israel tidak akan membenarkan kemasukan alat tempur ke Gaza." Netanyahu mengatakan dia sudah bercakap dengan Presiden Mesir Hosni Mubarak, Canselor Jerman Angela Merkel, dan Perdana Menteri Britain David Cameron. Satu-satunya bukti Israel yang mengatakan aktivis membawa senjata adalah sedutan video yang tidak berkualiti. Perlu dicatat bahawa kapak dan pisau dan beberapa senjata yang kononnya aktivis dituduh mengacukan, adalah alat yang biasa ditempatkan dalam sesebuah kapal yang belayar di laut. (immec)

Apa Motif Israel Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Serangan Kapal Flotilla?

14 Jun - Israel mengatakan akan melaksanakan penyiasatan sendiri ke atas serangan yang mereka lalukan yang menyebabkan kematian  pada sebuah konvoi kapal bantuan Gaza, panel tersebut turut melibatkan dua orang pemerhati asing. Sebuah pernyataan dari pejabat Perdana Menteri Israel, Binyamin Netanyahu, pada hari Ahad berkata suruhanjaya siasatan itu akan diketuai oleh Yaakov Turkel, bekas hakim mahkamah tertinggi Israel. Dua lagi kalangan bukan warga Israel, Ken Watkin, bekas ketua tentera di Kanada dan David Trimble, seorang ahli politik dan pemenang Hadiah Nobel Keamanan dari Ireland Utara, akan menjadi pemerhati dalam proses siasatan tersebut. "Suruhanjaya boleh meminta sebarang maklumat dari Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, menteri lain dan Ketua Angkatan Pertahanan Israel." menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat PM Israel. Akhbar Haaretz melaporkan pada Jumaat lalu suruhanjaya siasatan itu akan ditugaskan untuk mencari jawapan atas tiga pertanyaan tentang, apakah sekatan ke atas Gaza adalah sah menurut undang-undang antarabangsa? Apakah operasin yang dilakukan oleh angkatan laut Israel pada armada kebebasan itu sah mengikut perundangan? Dan apakah penggunaan kekerasan oleh tentara Israel yang menyerang kapal Marmara dibenarkan dan sesuai? Walaubagaimanapun Menteri Kehakiman Israel, Yaakov Neeman menyarankan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu agar tidak menubuhkan suruhanjaya tersebut. Ini kerana suruhanjaya itu akan memiliki kuasa yang luas untuk melakukan siasatan dan akan dapat memanggil para saksi serta memaksa mereka untuk membongkarkan sebarang dokumen yang berkenaan  kepada suruhanjaya tersebut. Analisis seorang pengamal undang-undang Israel, Ze'ev Segal menulis di sebuah akhbar Israel merasakan kewujudan suruhanjaya itu dilatarbelakangi keinginan untuk memuaskan Amerika, kerana pemerintah Israel tidak akan peduli dengan tuntutan seperti diminta pertanggungjawaban dari perdana menteri dan menteri pertahanan serta menteri lain Israel tentang persiapan sebelum dan selama armada kebebasan itu mendapatkan serangan dari Israel. Apakah suruhanjaya itu mampu berfungsi sebagai badan siasatan yang bebas? (ajzr / haaretz / krord)