1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Ahli Parlimen Israel: Semua Penumpang Mavi Marmawa Wajar Dibunuh Kerana Mereka Pengganas

[caption id="attachment_4933" align="alignleft" width="276" caption="Ahli Parlimen Knesset Israel, Danni Dannon - Gambar:Wikpedia "][/caption] Sumber-sumber Israel melaporkan pada Rabu (15/12) bahawa Ahli Parlimen Knesset Israel dari Parti Likud, Dani Dannon, telah mengirim surat kepada Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, mengatakan kepadanya bahawa tentera Israel sewajarnya telah membunuh semua penumpang Kapal Mavi Marmara yang menuju ke Gaza untuk memberikan bantuan kemanusiaan. Selama serangan yang berlangsung pada tarikh 31 Mei, tentera Israel yang merampas kapal mavi marmara sebelum menariknya ke Asdod, menembak dan menewaskan sembilan aktivis Turki dan beberapa orang lainnya mengalami kecederaan. Dalam suratnya, Dannon mengatakan bahawa dia kecewa dengan komandonya kerana "punyai banyak kepakaran tetapi hanya menewaskan sembilan aktivis". Dia menambah bahawa "Israel tentu sudah mengetahui bahawa yang berada di atas kapal itu adalah pengganas, para askar patut menerima arahan untuk membunuh semua orang yang mengancam keselamatan mereka". Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, membantah laporan yang menyatakan bahawa Israel bercadang untuk membayar pampasan kepada para keluarga dari sembilan aktivis keamanan Turki yang terbunuh ketika tentera Israel menyerang kapal Mavi Marmara yang menyertai armada kebebasan yang menuju ke Gaza untuk memberikan bantuan kemanusiaan. (imc)

Tentera Zionis Telah Menyekat Ratusan Penduduk Bandar Jenin

Jenin-Nablus, 19/1/12-  Tentera Zionis telah melakukan beberapa pemeriksaan secara mengejut selepas Zohor tadi di jalan Jenin-Nablus, Palestin, dan telah menyekat ratusan penduduk untuk melalui jalan itu. Penduduk  berkata, sekatan itu  terbentuk daripada satu barisan kereta yang panjang di tepi-tepi jalan dengan beberapa orang tentera sedang menyekat jalan. Mereka melakukan sekatan ini di kawasan-kawasan yang terbuka. Penduduk juga berkata bahawa pegawai risikan zionis telah menyoal penduduk dengan pelbagai soalan dan juga memeriksa identi mereka dengan teliti serta memeriksa kenderaan mereka secara rawak.   Diterjemahkan oleh Muhammad Zulkarnain bin Ahmad Sumber :  palestine-info

Konspirasi Yahudi Ke Atas BaitulMaqdis

al qudsPada masa Nabi Daud dan Sulaiman, para Yahudi semuanyaa taat kepada Allah. Nabi Sulaiman mempunyai satu mukjizat iaitu sangat kaya, menguasai angin, jin, mesgastua. Pada zaman tersebut jin tunduk kepada Nabi Sulaiman dan mereka banyak membawakan emas kepada Nabi Sulaiman sehinggakan di bawah laut pun Ifrit tolong ambilkan. Masa Nabi Sulaiman mengarahkan pembinaan Masjid Al-Aqsa, semua jin patuh dengan perintah tersebut dan mereka membuat dengan bersungguh-sungguh bersama dengan para Yahudi dan manusia lain sampaikan mereka tidak sedar kewafatan Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman wafat ketika berdiri atau duduk atas kerusi semasa memerhatikan jin dan manusia membina Masjid Aqsa. Sampai masa siap sepenuhnya, barulah kewafatan baginda dipertunjukkan dengan anai-anai makan tongkat baginda dan jasad baginda terjatuh. Ini nak menunjukkan bahawa jin juga tidak mengetahui perkara ghaib. Selepas kewafatan baginda, Yahudi telah berpecah belah dan kembali ke tabiat lama mereka, menyembah berhala dan melakukan penindasan. Ada juga yang masih taat menyembah Allah, namun banyak dari mereka kembali menyembah berhala Baal, berhala Dagon (seperti lambang Starbuck), berhala Jehovah, berhala Osiris dan ada juga yang menyembah syaitan (Baphomet dan Lucifer) Para penyembah syaitan ini telah membina satu lagi bangunan berdekatan Kompleks Masjidil Aqsa yang mana mereka namakan Solomon Temple untuk melakukan ritual penyembahan syaitan dan akan menjadi istana kepada al-Masih Dajjal. Ini diketuai oleh King Hiram the Thyre. Mereka mengangkut kebanyakan emas yang dipercayai banyak di Masjid Aqsa ke Solomon Temple tersebut. Selepas banyak melakukan penindasan, mereka diserang oleh kaum Assyria yang memusnahkan kota mereka dan mereka bangun semula. Selepas itu pula diserang habis-habisan oleh kerajaan Rom yang memusnahkan kota Yahudi sehingga menjadi padang jarak padang terkukur, tinggal satu dinding sahaja yang sekarang menjadi Tembok Ratapan (Wailling Wall) yang mana Barrack Obama dan George W. Bush serta bekas Presiden Amerika yang lain melakukan ritual menangisi di tembok tersebut. Selepas itu mereka berasimilasi dengan kerajaan Rom dan menjadi pembodek tegar kerajaan Rom. Selepas itu Nabi Isa diutuskan kepada mereka dan mereka rasakan Nabi Isa adalah ancaman terhadap kekuasaan mereka. Lalu mereka menghasut pemerintah Rom supaya membunuh Nabi Isa. Tetapi Nabi Isa diangkat ke sisi Allah secara hidup-hidup dan dengan jasad dan orang lain ditukarkan ke rupa Nabi Isa. nabi Isa akan turun semula menjelang kiamat. Yahudi sekarang terlalu inginkan Baitulmuqaddis disebabkan mereka percaya masih banyak lagi emas yang belum sempat diangkut oleh mereka sejak dulu. Mereka percaya bahawa dengan emas dan makanan mereka dapat menguasai dunia. Sila baca Protokol of Zion (dari buku The International Jews, Henry Ford) Protocol No. 22: The Power of Gold In our hand is the greatest power of our day-Gold: In two days we can procure from our storehouses any quantity we may please. Dan lagi satu misi yang lebih penting kenapa mereka mahukan sangat Baitulmaqdis adalah untuk membina semula Solomon Temple yang runtuh semasa serangan oleh Rom dahulu agar dapat menjadi Kiblat penyembah syaitan dan juga sebagai istana kepada Raja yang akan ditabalkan oleh mereka menjelang tahun 2020. Protocol No. 24: King of the Jews The king of the Jews must not be at the mercy of his passions, and especially of sensuality: on no side of his character must he give brute instincts power over his mind. Sensuality worse than all else disorganizes the capacities of the mind and clearness of views, distracting the thoughts to the worst and most brutal side of human activity. Kesimpulannya, Yahudi terlalu hendakkan baitulmuqaddis disebabkan EMAS, membina semula Solomon Temple dan menunggu penabalan Raja Yahudi iaitu al-Masih Dajjal yang akan bersemanyam di Solomon Temple tersebut. Penulis : Noor Muzammil Mohamad (milliodosis@yahoo.com) Sumber: http://ibnuyaacob.com

Mitos Israel

mythIsrael adalah sebuah entiti 'haram' yang mengamalkan ideologi pengembangan atau penjajahan (expansionist). Ia tidak pernah mengisytiharkan sempadan daerahnya dan berkeras untuk tidak melakukannya. Oleh yang demikian, penduduk Palestinlah yang akan menjadi mangsa kerana tidak ada seincipun tanah milik mereka yang selamat daripada diambil alih oleh Israel. Untuk menyembunyikan kesalahan dan jenayah yang dilakukan, mereka mencipta banyak 'fakta' palsu, mengubah fakta sejarah tertubuhnya negara Israel dan 'fakta-fakta' ini disebarluaskan di dalam buku-buku teks sekolah dan pelbagai saluran lain. Banyak mitos telah timbul akibat usaha ini dan ianya diguna secara meluas oleh mereka yang simpati dengan Israel sebagai alasan untuk meng'halal'kan tindakan Israel.  mitos 1: Palestin adalah tanah tak berpenghuni sebelum 1948 "Satu kawasan tak berpenghuni untuk mereka yang tiada tempat menghuni" – Israel Zangwill Kalimat tersebut menjadi kata-kata keramat bagi meyakinkan orang-orang yahudi supaya berpindah ke penempatan Zionist di Palestin. Sehinggalah tahun 1904 apabila Zangwill menyedari tentang kesilapannya. Di dalam ucapannya di New York, beliau menyatakan: " Terdapat.. satu permasalahan besar yang tidak berani disentuh oleh Zionist.. bumi Palestin telahpun mempunyai penghuni. Bandar Jurusalem mempunyai dua kali ganda kepadatan penduduk berbanding Amerika Syarikat, dengan 52 penduduk bagi setiap batu persegi, dan orang Yahudi tidak lebih daripada 25 peratus." - Israel Zangwill mitos 2: Zionist punya hak dari segi sejarah/agama terhadap bumi suci (Holy Land) Fakta: Yahudi Ortodoks percaya bahawa ajaran Taurat hanya membenarkan kepulangan ke bumi Palestin melalui bantuan langit (ketetapan Tuhan). Usaha manusia untuk menubuhkan kembali negara Israel adalah dikira bertentangan dengan ajaran agama (haretic) dan ramai rabbi yahudi ortodoks mengutuk Theodore Herzl dan Zionisme secara terbuka. mitos 3: Zionisme dan Judaisma (Agama Yahudi) adalah sama Fakta: Theodore Herzl (pengasas Zionisme) bukanlah orang yang beragama, dan Zionisme merupakan doktrin nationalis yang terpisah sepenuhnya daripada agama. Sebahagian petikan daripada dairinya termasuk yang berikut: '.. Aku tidak mengikut kehendak agama..' (Theodor Herzl: Dairies, Victor Gollanz, 1958) '.. Aku tak beragama (agnostic)..' (p54 Theodor Herzl Dairies, passim) '.. Bagi aku, persoalan yahudi bukanlah persoalan sosial maupun agama.. ia adalah persoalan kebangsaan.. Palestin adalah bumi bersejarah kita yang tak dapat kita lupakan.. namanya sahaja cukup berkesan sebagai mewakili suara orang-orang kita.' [Herzl, L'Etat Juif, p.209] mitos 4: Israel mendakwa dalam tahun 1948, penduduk palestin meninggalkan kediaman mereka secara sukarela dan pemimpin Arab menyeru penduduk berbuat demikian melalui siaran radio. fakta: Wartawan daripada Ireland menyiasat dakwaan ini dan mendapati ianya tidak berasas sama sekali. Walaubagaimanapun, terdapat bukti yang menunjukkan stesyen radio Zionist membuat siaran di dalam bahasa Arab menyuruh penduduk Palestin meninggalkan kediaman mereka. [The Spectator, 12 Mei 1961] Pengganas Zionist bertanggungjawab keatas pembunuhan beramai-ramai dan kekacauan yang menakutkan penduduk sehingga ramai yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka. Pembunuhan beramai-ramai di Deir Yassin pada 9 dan 10 April 1948 telah dirakamkan dengan terperinci. Berita pembunuhan ini disebarkan secara meluas untuk menakut-nakutkan penduduk yang masih belum meniggalkan kediaman. Strategi Zionis berjaya dan ribuan penduduk Palestin mula meninggalkan kediaman dan harta benda mereka - dan tidak pulang-pulang sehingga sekarang. mitos 5: Israel dijajah oleh orang Palestin fakta: Penggunaan terminologi 'teroris' dan 'militan' secara sengaja digunakan untuk merujuk kepada pihak Palestin dan 'autoriti' dan 'askar' digunakan untuk merujuk kepada pihak Israel telah berjaya mengelirukan ramai orang di dunia tentang hakikat konflik yang sebenar. Satu kajian pada tahun 2004 oleh Universiti Glasgow mendapati ramai orang British mempercayai, berdasarkan laporan berita, bahawa orang Palestinlah yang menduduki Israel. Dalam tahun 2006, sebuah akhbar melaporkan bahawa Israel diduduki oleh orang Palestin, menunjukkan betapa ceteknya kesedaran umum tentang isu. Adalah jelas Israel menduduki tanah Palestin. Resolusi Majlis Keselamatan PBB 446, 465 dan 484, antara lain, menetapkan Tebing Barat, Jurusalem Timur dan Gaza sebagai tanah jajahan dan peruntukan di bawah Konvensyen Geneva ke-empat  bagi tanah jajahan adalah terpakai. Tambahan lagi, Mahkamah Antarabangsa (ICJ) semasa membuat keputusan berkaitan pagar pemisah, menetapkan bahawa Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan Jurusalem Timur adalah sebuah tanah jajahan. Mitos 6: Arab memulakan perang 1967 fakta: "Konsentrasi tentera Mesir di perbatasan Sinai bukanlah bukti Nasser [Perdana Menteri Mesir] benar-benar akan menyerang kita. Kita mestilah berlaku jujur sesama kita. Kita membuat keputusan untuk menyerang dia." - Menachem Begin, Perdana Menteri Israel, Jun 1967 "Kita menghantar traktor pembajak ke kawasan yang tidak ada apa-apa di zon bukan militer (demilitarised area), dan kita sedar Syiria akan mula menyerang, sekiranya mereka tidak menyerang, kita akan arahkan traktor untuk terus maju, sehinggalah mereka rasa tergugat dan mula menembak. Kemudian kita akan menyerang balas menggunakan artileri dan juga tentera udara, dan itulah yang sebenarnya." - Moshe Dayan, Menteri Pertahanan semasa Perang 1967 - The New York Times, 11 Mei 1997 mitos 7: Kritikan terhadap Israel/Zionist adalah anti-Semitik Fakta: Anti-Zionisme sering kali disamakan dengan anti-Semitik oleh penyokong Israel yang ingin menutup mulut pengkritik Israel, walau bagaimana benar sekalipun. Sesiapa sahaja yang mengkritik tindakan Israel dan mendedahkan pelanggaran hak asasi manusia akan dilabel dan dituduh sebagai anti-Semitik. Hakikatnya, anti-zionisme adalah penentangan terhadap Zionisme sebagai gerakan politik antarabangsa yang ingin menubuhkan negara Yahudi secara eksklusif di bumi Palestin. Sifat negara tersebut adalah diskriminasi dan perkauman terhadap semua yang bukan berbangsa Yahudi, terutamanya kepada penduduk asal Palestin. Ramai para anti-Zionist menyokong kewujudan satu negara yang didiami oleh semua orang di sana, baik dari Israel atau Palestin tanpa diskriminasi. Definisi anti-Semitik mengikut New Oxford Dictionary of English sebagai; Semite: mereka yang bercakap bahasa Semitik, termasuk bangsa Yahudi dan Arab Berasal daripada Latin moden, Semita melalui Latin yang asal daripada Greek Shem, anak nabi Nuh (as) di dalam Bible, dimana mereka ini dipercayai keturunannya. Semitik: 1. berkaitan dengan atau merujuk kepada serumpun bahasa yang termasuk di dalamnya Hebrew, Bahasa Arab, dan Aramaic dan sebahagian bahasa kuno seperti Phonecian dan Akkadian, yang termasuk sebahagian daripada daripada rumpun Afro-Asiatic. Semitik: 2. berkaitan dengan atau merujuk kepada orang yang menggunakan bahasa berikut; terutamanya Hebrew dan Bahasa Arab. Adalah jelas bahawa Anti-Zionist dan anti-Semitik adalah sangat berbeza antara satu sama lain. Anti-Semitik adalah sesuatu yang terkutuk tanpa pengecualian, namun anti-Zionist adalah satu posisi yang dibolehkan.

International Conspiracy - Kajian Lyndon Larouche

Menurut Lyndon LaRouche, wabak AIDS adalah hasil perancangan jahat yahudi untuk mengurangkan jumlah penduduk dunia. LaRouche ialah bekas calon presiden US. Beliau sekarang sedang dipenjarakan dan telah dua kali beliau bertanding untuk jawatan presiden US dari dalam penjara. Beliau dipenjarakan kerana menentang Henry Kissinger, yang merupakan seorang yang cukup berpengaruh di US ini, dan dipercayai adalah salah seorang daripada 13 orang pimpinan yahudi itu.
LaRouche benar-benar anti Kissinger dan beliau banyak mendedahkan rancangan-rancangan jahat yahudi dan mengatakan itu adalah perancangan Kissinger. Lalu beliau dan beberapa orang pengikut beliau telah diperangkap untuk melakukan satu kesalahan dan kemudiannya dipenjarakan hingga sekarang. Beliau mempunyai pengikut-pengikut yang setia dan beliau mempunyai satu akhbar 'New Federalist' yang dikeluarkan dua minggu sekali. Melalui akhbar inilah LaRouche menyebarkan pandangan-pandangannya seperti ramalannya tentang Perang Teluk sebulan sebelum perang itu berlaku.
Menurut LaRouche lagi, wabak AIDS itu telah dirancang oleh Kissinger dan kuncu-kuncunya di bawah rancangan mereka, 'Project 2000', yang dirancang pada tahun 1973. Di bawah projek ini, mereka merancang untuk mengurangkan jumlah penduduk dunia kepada dua billion pada tahun 2000 dengan menggunakan kebuluran, wabak penyakit, peperangan dan Iain-lain lagi. Semua negeri-negeri sasaran mereka adalah negeri Islam. Antaranya ialah Nigeria, Mesir, Indonesia, India, Bangladesh, dan Turki. Menurut beliau lagi, Kerajaan US sengaja merahsiakan cara-cara sebenar AIDS boleh merebak supaya wabak itu boleh merebak dengan lebih teruk lagi. Perubatan juga adalah salah satu daripada cara mereka untuk mengurangkan populasi. Ini cukup mudah bagi mereka untuk melaksanakannya kerana bidang perubatan ini dikuasai sepenuhnya oleh yahudi. Mereka boleh mengenakan suntikan-suntikan yang boleh membunuh secara perlahan, suntikan yang membawa penyakit dan Iain-lain lagi. Apabila Stalin berpaling tadah menentang yahudi salah satu perkara yang dilakukannya ialah membunuh doktor-doktor yahudi. Kandungan fluoride yang tinggi di dalam air pun boleh membunuh sesiapa yang meminumnya. Penduduk-penduduk di sesuatu tempat boleh dibunuh dengan senang hanya dengan meninggikan kandungan fluoride dalam air minuman mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengetahui LYNDON LAROUCHE, anda bolehlah melawati web: http://en.wikipedia.org/wiki/Lyndon_LaRouche http://www.larouchepub.com/resume.html

Rabbi Yahudi: Kami Berhak membunuh walau sejuta rakyat Palestin!

mordachi-elyaho2Sebuah laporan yang dikeluarkan oleh Akbar di Saudi, Al-Watan yang disiarkan, Sabtu lepas, seorang Rabbi Yahudi-Zionis telah mengeluarkan kenyataan yang mengizinkan membunuh perempuan dan anak-anak Palestin. Dan, menurut Rabbi itu, setiap orang Yahudi akan membebaskan mereka dari setiap tuduhan atas tindakan yang mengerikan itu bagi mereka yang sudah melakukan kejahatan pembantaian terhadap orang Palestin. Menurut akhbar Al-Watan, bahawa Rabbi itu menegaskan pandangannya, bahawa pembantaian Israel di Jalur Gaza amat sesuai dengan ajaran agama Yahudi yang menganggap pembantaian seperti itu sebagai: " Bentuk hukuman kepada musuh". Dalam kesempatan itu, pemimpin Rabbi Yahudi menyatakan bahawa tidak akan ada masalah sama sekali dalam hal pembantaian terhadap orang Palestin ,bahkan jika satu juta atau lebih dari mereka terbunuh di tangan pasukan pendudukan Israel, itupun tidak ada masalah, ujar Rabbi itu. Rabbi, Mordachi Elyaho, yang mengutip ayat dalam Kitab Talmud, yang merupakan pedoman dari agama yang sekarang popular di kalangan Yahudi-Zionist, dan Rabbi Mordachi telah mengirimkan pula surat kepada Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, yang berisi artikel yang memungkinkan orang-orang Yahudi, melaksanakan gagasan besar , tentang hukuman terhadap musuh sesuai dengan etika perang dalam Taurat. "Pandangan Rabbi Mordachi telah diterapkan terhadap penduduk Gaza, dan orang Palestin yang tinggal di Gaza harus menanggung akibatnya, dan mereka semua harus memikul tanggungjawab, kerana mereka tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan serangan roket yang dilakukan Brigade al-Qassam" kata Elyaho, dalam suratnya ke Olmert. Rabbi Yahudi, Mordachi meminta pemerintah Israel, terutama Olmert melanjutkan serangan ganas militer ke Gaza. Ini kerana menurut Mordachi, semua tindakan yang dilakukan oleh pemerintah Perdana Menteri Olmert, yang bertujuan untuk : "Menghancurkan orang-orang Palestin yang sudah bersalah, merupakan tindakan yang sah”. Yesrael Rozin, seorang panganut Talmud yang fanatik, juga mengatakan bahawa hukum Taurat menetapkan pembunuhan laki-laki, anak-anak, perempuan, tua, bayi, dan haiwan [dari musuh], tambahnya adalah wajar. Mengutip sebahagian dari Kitab Talmud, Rabbi Sholomon Elyaho menyatakan : "Jika kita membunuh 100 orang Palestin, tetapi orang Palestin itu tetap menolak untuk menghentikan serangan roketnya, kita harus membunuh orang Palestin 1000, dan jika kita membunuh orang Palestin 1000, tetapi orang Palestin tidak menghentikan serangan roketnya ke Israel, maka kita harus membunuh 10.000 orang Palestin, dan kami harus terus membunuh orang Palestin, meskipun jumlah orang Palestin yang dibunuh sudah mencapai satu juta, dan waktu harus dihabiskan  membunuh orang-orang Palestin ", tegas Rabbi Sholomon Dalam Mazmur mengatakan: " Aku harus terus membunuh musuh dan menangkap mereka, dan aku tidak akan berhenti sampai mereka benar-benar habis ", menurut Talmud. Jadi, orang-orang Zionis-Israel, tidak akan pernah berhenti membunuhi orang-orang Palestin. Mereka akan terus membunuh dan membunuh, sampai orang Palestin habis. Ini sudah menjadi keyakinan mereka. (M/Pic)