1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Fatwa Yahudi Larang Mahasiswanya Belajar Bersama Non-Yahudi

[caption id="attachment_4637" align="alignleft" width="304" caption="Rabbi Yahudi bernama Zelman"][/caption] Seorang Rabbi Yahudi Israel mengeluarkan fatwa yang kembali mencetuskan ketegangan masyarakat antarabangsa. Dalam fatwanya, rabbi itu melarang mahasiswa Yahudi untuk belajar dengan orang-orang non-Yahudi, samada Muslim atau Kristian di dalam institusi akademik dan universiti. Beliau mendakwa fatwa itu bertujuan untuk memelihara kemurnian dari pemikiran Yahudi. Akbar Maariv melaporkan seorang Rabbi Yahudi bernama Zelman telah mengeluarkan fatwa rasis setelah seorang mahasiswanya bertanya kepadanya, apakah dibolehkan dirinya belajar di sebuah institusi akademik yang di dalamnya ada umat Islam. Kemudian rabbi itu menjawab seraya mengeluarkan fatwa; "Jika anda menyedari apabila bersama dengan non-Yahudi boleh mempengaruhi keyakinan yahudi anda, maka lebih baik anda tidak berada bersama mereka dalam rangka menjaga kemurnian keyakinan Yahudi anda." Beliau menambah kampus-kampus sebaiknya bersih dari orang-orang non-Yahudi, kerana akan mengakibatkan kesan yang tidak diingini.(fq/imo/em)

Indeks Rasuah Israel Antara Tertinggi Kalangan Negara Barat

Satu kajian yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Transparency International pada hari Selasa (26/10), melaporkan bahawa Israel menjadi salah satu negara paling tinggi kadar rasuah di Dunia Barat. Penyelidikan bagi  tahun 2010 itu melibatkan 178 buah negara. Israel  disenaraikan di tangga ke 30. Keputusan kajian menunjukkan bahawa Israel menerima skor 6.1 dari 10 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI), di mana penilaiannya dilakukan terhadap sektor awam. Menurut CEO Transparency International Israel, Gaul Sagi, negara-negara lain telah berjaya melakukan penambahbaikan sejak tahun lalu, tetapi skor CPI (Indeks Persepsi Rasuah) Israel masih belum meningkat secara signifikan sejak tahun 2007, dan semenjak itu perkembangannya semakin memburuk. Menurut laporan akhbar Haaretz, Sagi berkata, "Walaupun rasuah dibahaskan dan dikutuk dalam parlimen Israel, namun ahli politik Israel tidak melakukan usaha yang cukup untuk mengatasinya. Jika pemimpin politik tidak memberi keutamaan kepada masalah ini, ianya tidak akan berubah." (imo)

Ribuan Yahudi Ethiopia Akan Di Bawa Masuk Ke Israel

Israel memutuskan untuk mengizinkan sekitar lapan ribu Yahudi dari Ethiopia untuk berimigrasi ke Israel, demikian dilaporkan oleh laman web Al Jazeera pada hari Ahad (14/11). Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengatakan kepada wartawan, "Ada sekitar lapan ribu di antaranya wanita, lelaki dan anak-anak yang menuntut reaksi keprihatinan kemanusiaan yang serius dari Israel. Sebagai respon kemanusiaan dari kami dan orang-orang Israel, maka kami perlu  menemukan solusinya. " Lebih dari seratus ribu orang Yahudi dari Ethiopia (Falasha) hidup di Israel, dan ramai dari mereka tiba di Israel saat konflik politik di Ethiopia, dimana mereka dibawa menggunakan pesawat melalui operasi yang dikenali sebagai Operasi Musa dan Sulaiman, masing-masing antara tahun 1984 dan 1991, termasuk tiga puluh ribu dari Falasha Mura. Para Falasha Mura adalah sekelompok orang Yahudi Ethiopia yang dipaksa untuk masuk agama Kristian pada abad kesembilan belas, dan bakinya dari mereka (kini hidup di kem-kem transit di Ethiopia) dipercaya sebagai kelompok yang berhak untuk berimigrasi ke Israel Begitulah sikap tidak adil dan talam dua muka Israel terhadap isu kemanusiaan, rakyat asal penduduk Palestin dihalau dari tanah air mereka dan sebaliknya bangsa Yahudi dari luar dibenarkan menetap di tanah haram yang mereka rampas dari warga Palestin.(milyas/aljzr)

Israel Luluskan 625 Unit Penempatan Baru di Jerusalem Timur

Kerajaan haram Israel pada hari Rabu (1/12) telah meluluskan pembangunan tambahan 625 unit penempatan di Pisgat Zeev di Jerusalem Timur. Jawatankuasa Pembangunan Daerah  memutuskan untuk meluluskan rancangan pembangunan tersebut, yang pada awalnya diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri Israel lebih dari dua tahun yang lalu, tapi para pengasas projek pembinaan diminta untuk melakukan beberapa pengubahsuaian. Semenjak pembekuan pemukiman sementara berakhir pada tarikh 25 September penduduk Israel telah memulakan pembinaan lebih daripada 1,300 unit di pemukiman Baitulmuqaddis Timur, dan 1,000 unit lagi  di Tebing Barat. (imo)

10000 Ribu Berdemo Di Tel Aviv

TEL AVIV, 11 Dis - Sekitar 10,000 warga Israel, Palestin dan pemukim Israel di Tel Aviv mengadakan tunjuk perasaan pada Jumaat (10/12). Mereka memberi amaran bahawa tindakan sentimen perkauman Israel akan menyebabkan ancaman terhadap demokrasi di negara ini. Dalam demonstrasi tersebut turut melibatkan hampir 1,000 pelarian dan pencari suaka dari Sudan, Somalia dan bahagian lain dari Afrika. Lebih dari 120 kumpulan hak asasi manusia di Israel dan NGO bergabung sempena sambutan tahunan Hari Perhimpunan Hak Asasi Manusia kali kedua yang dianjurkan oleh Persatuan Hak-Hak Sivil di Israel (ACRI). Ketika mereka berbaris melalui jalan-jalan ke Rabin Square, demonstran mengangkat kain rentang bertuliskan "Hak asasi manusia adalah untuk semua orang" dan "Biarkan aku hidup dengan kebebasan dan martabat,". "Demo ini adalah kesatuan suara komuniti memperjuangkan hak asasi manusia di Israel yang menyokong hak asasi manusia, demokrasi dan kesamaan hak bagi semua warga Israel," kata Pengarah Eksekutif ACRI, Hagai El-Ad kepada media AFP. "Apa yang telah terjadi selama 18 bulan terakhir ini sangat serius dimanapun anda melihat terjadinya diskriminasi," kata beliau lagi. "Tahun yang buruk bagi hak asasi manusia" di Israel dengan meningkatkan usaha untuk menggalakkan rasis dan anti-demokratik. "Demokrasi sedang diserang di setiap penjuru dan serangan terhadap demokrasi yang datang dari dalam kerajaan itu sendiri .." (mna/afp)

Selepas Kebakaran, Ribut Melanda Israel

Akhbar berita online Israel Jpost melaporkan bahawa negara itu kini dilanda ribut kencang selaju 100 km sejam di bandar persisiran pantai Netanya. Ribut kencang disertai hujan lebat itu telah meranapkan pokok-pokok menyebabkan seluruh negara rejim itu terputus bekalan elektrik. Radio awam melaporkan, ribut turut menyebabkan seorang pelancong Rusia hilang manakala pihak berkuasa taman negara terpaksa menutup hutan simpan di selatan padang pasir Negev kerana kemungkinan berlaku banjir. Pihak polis masih gagal mengesan lelaki yang hilang kerana cuaca buruk dan ribut kencang di persisiran pantai itu, lapor radio rejim zionis.