1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Video Polis Israel Berlaku Biadap Terhadap Keluarga Palestin Tersebar di Youtube

Sabtu (15 Okt)  kelmarin tersebar video di youtube yang mempertontonkan kebiadaban polis Zionis menganiaya sebuah keluarga Palestin di kota Yafa yang terletak di tanah Palestin 1948. Polis Zionis itu telah menendang dan memukul keluarga Palestin secara kejam, termasuk menganiaya perempuan dan anak-anak tanpa belas kasihan walaupun mereka terus menangis dan menjerit-jerit. Dalam video itu, polis Zionis menarik secara paksa seorang anak dari dakapan orang tuanya, dan anak itu menjerit dengan sangat kuat. Ibunya berusaha untuk menghalangi penganiayaan itu akan tetapi pasukan polis Zionis itu menghalanginya dan memukul wanita tersebut sehingga jilbabnya terbuka. Wanita itu pun akhirnya hanya mampu menangis. Diakhir video itu memperlihatkan ditangkapnya seorang pemuda Palestin, kemudian dibawa ke dalam kenderaan polis pasukan khas Zionis, dengan kedua tangan dibelakang digari. (msy/alj/knrp)    

Israel berusaha supaya UNRWA ditutup

Rejim pengganas Israel akan mengusulkan petisyen di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) supaya Agensi Bantuan dan Kerjaraya PBB (United Nations Relief and Works Agency - UNRWA) ditutup. Menurut laporan yang telah diterbitkan oleh akhbar Israel Hayom semalam, Rabu 23 November 2011, usul ini merupakan satu usaha rejim tersebut untuk menghentikan perdebatan masyarakat dunia mengenai isu pelarian Palestin. UNRWA yang telah ditubuhkan pada tahun 1949 merupakan salah satu agensi utama yang memberikan bantuan keperluan asas, pekerjaan, guaman dan kesihatan kepada lebih 5 juta pelarian Palestin di serata dunia. Inisiatif untuk menutup UNRWA ini diketuai oleh seorang menteri Israel bernama Einat Wilf, yang mewakili parti politik pimpinan Menteri Pertahanan, Ehud Barak. "Agensi ini tidak diperlukan," sebut Einat Wilf kepada akhbar Israel Hayom. "Pelarian-pelarian lain di seluruh dunia tidakpun diiktiraf sebagai pelarian sejak dari generasi ke generasi. Saya sokong bantuan pendidikan dan kesihatan oleh PBB kepada rakyat Palestin, tetapi tidak harus melalui agensi yang mengganggu proses perjanjian damai," sambung menteri rejim pengganas itu lagi. Mengikut penafsiran PBB, mana-mana rakyat Palestin yang dipaksa meninggalkan kampung halaman mereka pada tahun 1948 adalah merupakan seorang pelarian, begitu juga anak-cucunya. Israel merupakan satu-satunya negara di dunia ini yang mempertikai penafsiran tersebut. Israel juga mendakwa bahawa jumlah pelarian Palestin hanyalah seramai 250 ribu orang. Dalam pada itu, UNRWA telah mengumunkan bahawa agensi tersebut akan membuka dua buah pusat kesihatan baru di Gaza, iaitu di kem-kem pelarian Jabaliya dan Nuseirat. Menurut kenyataan media UNRWA yang dikeluarkan pada hari Rabu 23 November, kedua-dua pusat tersebut dibiayai oleh kerajaan Jepun, dengan jumlah sumbangan sebanyak USD 2juta. Seramai 175,000 pelarian akan mendapat manfaat daripada pusat-pusat baru tersebut. Terdapat lebih kurang 1.1 juta pelarian di lapan buah kem pelarian di Gaza, iaitu tiga per empat daripada penduduknya. Pengarah Kesihatan UNRWA, Dr Akihiro Scita, berkata, "saya merasa gembira kerana walaupun begitu banyak kesusahan yang kami hadapi di Gaza, UNRWA dapat mengumumkan pembukaan dua buah pusat ini yang memberikan khidmat yang sangat penting kepada mereka yang malang di Timur Tengah ini. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat dan kerajaan Jepun di atas kemurahan hati mereka." Jepun merupakan negara yang ke-9 terbesar memberi bantuan kepada UNRWA, di mana sumbangan tahunan lebih dari USD 20 juta. ------------ Sumber maklumat: UNRWA, Israel Hayom, Palestine News Network

Rabbi Yahudi Seru Musnahkan Penempatan Palestin

Sebuah majalah Zionis, antara majalah popular di Israel telah mensloganlan agar penempatan Palestin dimusnah. Majalah mingguan yang diedarkan di rumah-rumah ibadat Yahudi di seluruh Israel telah menerbitkan sebuah pendapat daripada salah seorang penasihat rabi utama mereka yang mengatakan bahawa pemusnahan itu adalah "tugas yang sah", demikian laporan akhbar Israel Ynet pada Sabtu (14/1). Para rabi membuat kenyataan bahawa Palestin sebagai "raksasa", di mana dalam teks agama mereka mengatakan bahawa Tuhan memerintahkan bangsa Israel untuk membantai mereka, anak-anak mereka, wanita mereka, orang tua mereka, bahkan binatang ternak mereka sejak daripada dua ribu tahun lalu. Menurut rabi mereka, Taurat (yang teleh mereka selewangkan) mewajibkan orang Yahudi untuk menghapuskan jejak “raksasa” di era ini, merujuk kepada Palestin. Pemikir Yahudi, Audi Aloni berkata seruan untuk melenyapkan Palestin secara terbuka telah dilakukan di rumah-rumah ibadat Yahudi telah menjadi pilihan yang praktikal. (pic)

Perang Internet Israel Terhadap Masjid Al Aqsa

BAITULMAQDIS YANG DIJAJAH, —Kementerian Hal Ehwal Agama Palestin menyeru setegas-tegasnya untuk bertindak balas menentang perang internet yang diisytiharkan Israel terhadap kota suci Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa yang dijajah serta menggiatkan usaha melindungi tempat-tempat suci daripada konspirasi Zionis. Menterinya yang berucap dalam sebuah kenyataan akhbar pada minggu lalu menegaskan pentingnya laman-laman web Zionis yang mencurigakan untuk ditembusi dan ditentang berikutan peranannya dalam mencabar perasaan masyarakat Arab dan Muslim keseluruhannya. Beliau memberi amaran bahawa wujud kempen Zionis terbaru terhadap kota suci dan lapangan tembok Al-Buraq (tembok ratapan) yang memerlukan kempen internet seumpama itu. Yayasan untuk Bantuan dan Warisan Al-Aqsa pula menyatakan bahawa beberapa kumpulan Yahudi dan Zionis baru-baru ini melancarkan kempen internet yang bermatlamat mengantarabangsakan dan me’Yahudi’kan tembok Al-Buraq serta menyebarkan maklumat palsu tentang kota suci itu. Antara kempen tersebut adalah sebuah perkidmatan elektronik terbaru dikenali sebagai warisan tembok ratapan. Perkhidmatan ini memberikan peluang kepada pelayar dari seluruh pelusuk dunia untuk menjalani lawatan virtual dalam terowong-terowong di bawah Masjid Al-Aqsa dan lapangan tembok Al-Buraq, serta mengirimkan doa mereka kepada tembok tersebut. Yayasan Al-Aqsa menyatakan bahawa kumpulan-kumpulan ini berhajat untuk meluaskan aktiviti elektronik mereka dan melibatkan kawasan-kawasan lain dalam kota suci berkenaan. (PIC)

Pelampau Yahudi rancang serang Al Aqsa setiap hari

Yayasan Wakaf dan Warisan Al Aqsa di wilayah jajahan 1948 mengingatkan tentang perancangan sekelompok pelampau Yahudi untuk melakukan berbagai operasi terhadap kepentingan kaum Muslimin, di antaranya adalah menyerbu masuk Masjid Al Aqsa pada setiap hari. Yayasan meminta warga Palestin di Al Quds dan wilayah jajahan 1948 supaya bersiap siaga dan terus menziarahi Masjid Al Aqsa. Menurut siaran Infopalestina yang menerima sebuah kenyataan media pada hari Isnin 11 Oktober, Yayasan mengatakan sekelompok Yahudi melalui laman web mereka telah menyeru penyertaan ke konferens Yahudisasi Masjid Al Aqsa. Konferens yang bertemakan "Murid-murid Yahudi" itu akan diadakan pada hari Selasa di Salomo Al Quds. Laman web berkenaan turut menyebut tentang acara Ma'madut - iaitu perancangan menyerangan Masjid Al Aqsa secara bersama-sama pada setiap hari. Yayasan menekankan perlunya kaum muslimin bersiap-siaga di Masjid Al Aqsa dan berada di barisan hadapan untuk membela masjid yang suci itu dalam ketegangan seperti ini. (mn/InfoPalestina)

Tanah Berdaulat Palestin: Rabbi Yahudi Buta Sejarah

QATAR, Selasa, 19 oktober - Naib Presiden Kongres Yahudi Sedunia mengatakan ianya adalah  satu "penghinaan bagi kita semua atas tuduhan bahawa kami bertindak secara haram menduduki Jerusalem," demikian  kenyataan yang dibacakan pada hari Selasa(19/10). Pandangan Rabbi Marc Schneider itu dibuat pada Persidangan Doha Dialog Antara Agama Kali ke-8 di Qatar, yang bermula pada hari Selasa dan akan diadakan selama seminggu. "Baitulmuqaddis merupakan harapan dan impian Yahudi. Selama ribuan tahun, kami telah berdoa ke arah Baitulmuqaddis ... Baitulmuqaddis telah menjadi ibukota negara Yahudi, sejak dulu hingga saat ini. Oleh kerana itu suatu penghinaan bagi kami semua untuk menuduh kami secara haram menduduki Bandar tersebut, "kata Schneider. Kenyataan Schneider itu adalah reaksi beliau terhadap komentar yang disampaikan oleh Ketua Hakim Islam Palestin, Taysir At-Tamimi semasa dalam persidangan tersebut berkata bahawa Israel menduduki Jerusalem dan "menyahudikan" Bandar tersebut. Israel secara haram telah menceroboh Jerusalem Timur selepas perang tahun 1967, langkah yang tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Menurut PBB, Baitulmuqaddis Timur dianggap di bawah pendudukan. Pandangan Naib Presiden Kongres Yahudi Sedunia tidaklah dipersetujui oleh semua warga Israel. Pada Mei 2010 lalu, sekitar 3000 Cendekiawan Yahudi Eropah pro Israel mengeluarkan kenyataan menyeru agar Israel menghentikan pembangunan pemukiman di Tebing Barat termasuk di Jerusalem timur. “Israel menghadapi ancaman dari pelbagai sudut. Selain berdepan dengan ancaman dari musuh luaran, kita tahu bahawa ancaman itu juga tercatus akibat dari kependudukan haram ke atas penempatan di Tebing Barat dan di daerah Arab Baitulmuqaddis Timur. Dasar-dasar ini secara moral dan politik salah dan merupakan satu tindakan kepolitikan Israel yang tidak boleh diterima yang mengancam kedudukan.” Demikian diantara kenyataan yang telah mereka keluarkan. Sepatutnya Rabbi Marc Schneider memahami sejarah sebenar sebelum membuat sebarang kenyataan yang tidak relevan. Penderitaan rakyat Palestin bermula sejak Zionis menyerang Palestin pada 1948. Tanggal 15 Mei 1948 tertegaknya negara haram Israel di atas bumi Palestin . Sebelum kehadiran Zionis di Jerusalem, penduduk Muslim, Kristian dan Yahudi hidup dengan aman. Penghijrahan berpuluh ribu orang Yahudi dari negara barat dan pelosok Arab ke Jerusalem begitu pantas setelah Zionis bertapak di Palestin. Orang Yahudi dari Rusia adalah jumlah yang paling ramai berhijrah ke Palestin. Yahudi Zionis telah bertindak kejam dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800 ribu orang daripada sejumlah 1.39 juta) ke luar negara, manakala 30 ribu lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka. Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin. Pandangan Taysir At-Tamimi dalam kongres tersebut berkenaan usaha “menyahudikan” Bandar Jerusalem adalah begitu jelas dan selari dengan pandangan Dr. Ahmad Abu Halbiyyah,  Ketua Jawatankuasa Jerusalem dalam Dewan Perundangan Palestin yang juga ketua Lembaga al-Quds Antarabangsa yang berpusat di Gaza. Dr. Ahmad pernah menjelaskan bahawa perkembangan program yahudisasi kota Jerusalem yang dilakukan oleh pemerintahan Israel berjalan dengan sangat cepat dan signifikan, bahkan semakin hampir ke fasa terakhir. Menurut Abu Halbiyyah, pemerintahan Israel mensasarkan kejayaan program yahudisasi Jerusalem secara sempurna itu pada tahun 2020 kelak. “2020 adalah target Israel untuk menjadikan Jerusalem sepenuhnya Yahudi, dan menjadi ibu kota negaranya,” terang Abu Halbiyyah. (mnn/hp)