1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Israel Bimbang Situasi di Timur Tengah, Mohon Bantuan Dana Tambahan Dari Amerika

Kerajaan Israel merancang untuk menemui kerajaan Amerika Syarikat bagi  merayu bantuan tambahan ketenteraan berjumlah US20b untuk "menempuh era perubahan baru di Timur Tengah". Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menyatakan bahawa adalah penting bagi Israel untuk meningkatkan anggaran militer di negara itu kerana perubahan terbaru di Timur Tengah yang menyebabkan tumbangnya regim diktator di Tunisia, dan yang terkini rejim Hosni Mubarak di Mesir. Kenyataan Netanyahu turut disokong dan diulas oleh Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak. Israel Yedioth Aharonoth melaporkan pada Selasa (8/3) bahawa Barak mengatakan sedemikian kepada Wall Street Journal. Barak merasakan Israel harus memiliki lebih banyak sokongan ketenteraan untuk menghadapi potensi ancaman yang mungkin akan terjadi di masa yang akan datang. Barak mengatakan bahawa Amerika Syarikat perlu memberikan Israel US20 bilion sehingga Israel dapat melindungi status keselamatan dan keunggulan ketenteraannya. Menteri Pertahanan Israel juga turut mengatakan bahawa dalam kepentingan AS dan kepentingan Tel Aviv, bantuan kewangan tersebut amat perlu. Beberapa media Israel sebelum ini melaporkan bahawa Perdana Menteri sementara Mesir, Dr. Ir. Isam Sharaf  yang baru dilantik digambarkan sebagai seorang "musuh Israel".. Mereka mendakwa bahawa Dr. Ir. Sharaf adalah dikenali sebagai “anti-Israel", menentang dasar Israel terhadap rakyat Palestin dan bersikap anti-Semitisme dengan memilih anti-Semit lain, iaitu Menteri Luar Negeri yang baru, Nabil Al Arabi ". Menurut beberapa laporan Israel, Dr. Ir. Sharaf dan kerajaan barunya "menimbulkan ancaman terhadap Israel dan kepentingan, khususnya dengan Mesir". (imc/haar).

Israel Bimbang Dengan Sikap Anti Israel di Mesir

JERUSALEM, 17 Apr  - Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengatakan kebimbangannya dengan beberapa kenyataan anti-Israel yang dibuat oleh ahli politik Mesir sejak beberapa minggu terakhir ini, demikan akhbar Haaretz melaporkan pada hari Ahad 17 Apr. "Saya sangat prihatin atas kenyataan Menteri Luar Mesir saat ini," katanya, merujuk ke atas diplomat Mesir Nabil Al-Arabi, yang kebanyakan pengkritrik di Israel menganggapnya memusuhi Israel. Menurut akhbar tersebut, kenyataan Netanyahu mencerminkan ketakutan Israel terhadap beberapa orang ahli politik kanan di kementerian luar Mesir dalam membuat kenyataan anti Israel dalam sebuah demonstrasi di luar kedutaan Israel di Kaherah di Alexandria. (mna)

Knesset akan bahas rang undang-undang mengharamkan laungan azan

Bethlehem - Parlimen Israel (Knesset) akan membahaskan satu rang undang-undang baru bagi mengharamkan laungan azan menggunakan  pembesar suara. Anastasia Michaeli, seorang ahli Knesset kelahiran Rusia mewakili parti politik Yisrael Beiteinu, telah menyerahkan satu cadangan rang undang-undang bagi menghalang penggunaan pembesar suara ketika melaungkan azan di semua masjid di negara haram Israel. Rang undang-undang yang dicadangkan itu membolehkan sesiapa yang melanggar peraturan baru itu dikenakan denda ataupun tahanan penjara. [caption id="attachment_5289" align="alignnone" width="500" caption="Masjid Putih di Nazareth"][/caption] Dalam satu lawatan beliau ke bandar Nazareth, Michaeli berkata bahawa dia menyokong kebebasan beragama, tetapi kebebasan itu tidak boleh mengganggu "kualiti hidup ribuan Yahudi dan juga kaum Arab yang menderita setiap hari." Parti Yisrael Beiteinu yang berhaluan kanan dan dipimpin oleh pelampau Avigor Lieberman ini juga mendapat kritikan hebat sepanjang kempen pilihanraya lalu kerana menimbulkan sentimen anti Arab secara berterusan. Sikap perkauman Israel tidak hanya ditujukan kepada penganut Islam sahaja. Ketika peristiwa Nakba, 100 ribu orang Kristian dihalau dari kampung asal mereka di Palestin. Mereka juga mengalami tekanan berterusan sehingga ke hari ini. ------------- Sumber berita: Palestine News Network, 15 May 2011

Nyahkan kaum bukan Yahudi dari bumi Palestin - Rabbi Dov Lior

Sebilangan rabbi Yahudi berkefahaman Zionis menyeru supaya dihalau semua orang bukan Yahudi, terutama bangsa Arab, daripada bumi Palestin yang terjajah. Seruan itu dikatakan sebagai usaha untuk meneruskan "kehidupan beretika dan kejernihan agama masyarakat Israel." Dalam satu persidangan tahunan yang keempat Ramale (kelompok rabbi Yahudi) pada hari Selasa lalu, seorang rabbi bernama Dov Lior dari Kiryat Araba, iaitu sebuah penempatan haram berdekatan Hebron, menyebut "hari ini, begitu luas tanah di Arab Saudi, dan juga di Libya. Terdapat begitu luas tanah-tanah di tempat lain." Dalam syarahanya yang penuh dengan kata-kata kebencian, Dov Lior mencadangkan supaya Israel menawarkan insentif kewangan kepada bangsa Palestin supaya mereka meninggalkan bumi warisan nenek moyang mereka itu. Fokus perbincangan di persidangan tersebut adalah bagaimana untuk memaksa kaum bukan Yahudi meninggalkan bumi Palestin yang dijajah itu, demi memberi laluan kepada pendatang haram Yahudi, yang sebahagian besarnya tidak ada kaitan atau pertalian langsung dengan bumi Palestin. Dov Lior pernah menimbulkan kontroversi apabila memuji pengganas Baruch Goldstein yang membunuh 29 bangsa Arab ketika mereka sedang beribadah di masjid Ibrahim, Hebron pada tahun 1994. "Kedamaian di tanah suci ini tidak lagi menjadi persoalan kerana bangsa Arab tidak akan membenarkan Yahudi merampas tanah ini," kata Dov Lior. Antara pembicara lain dalam persidangan itu adalah rabbi Shmuel Elyahu, yang terkenal dengan kepercayaannya bahawa kaum bukan Yahudi adalah golongan yang rendah mental dan intelektual berbanding kaum Yahudi. Menurutnya, Israel telah berjuang dalam satu bentuk peperangan yang begitu berbeza daripada lazimnya. Shmuel Elyahu seterusnya berpendapat kaum Yahudi tidak harus bergaul atau berjiran dengan kaum-kaum lain. Yahudi juga tidak dibenarkan memberi sewa atau menjual harta kepada bukan Yahudi. Beliau turut menyebut bahawa secara umumnya fasisme adalah suatu yang menjijikkan, tetapi fasisme Yahudi adalah berbeza kerana ianya di tanzilkan oleh Tuhan. ---------------- Sumber berita: Palestine Information Center

Israel Terus Rakus Memusnahkan Penempatan Palestin

23 Jun, Tebing Barat - Sebuah kumpulan hak asasi manusia Israel yang dikenali sebagai B'Tselem dalam satu kenyataan mereka semalam (22/6) menyatakan bahawa tentera Israel setakat ini telah merobohkan 103 struktur perumahan penduduk Palestin. Angka baru menunjukkan peningkatan mendadak daripada 86 struktur yang dimusnahkan pada tahun 2010, menurut kenyataan itu. Israel mendakwa bahawa mereka hanya memusnahkan struktur yang dibina tanpa permit. B'Tselem berkata rakyat Palestin tidak mempunyai pilihan kerana Israel, yang menguasai Tebing Barat, Palestin jarang memberikan permit untuk membina. Pada hari Selasa (21/6), jentolak Israel memusnahkan rumah Palestin berhampiran bandar al-Khalil (Hebron) di selatan Tebing Barat. Israel menduduki Tebing Barat di samping wilayah Palestin yang lain Timur al-Quds (Jerusalem) pada tahun 1967 dan kemudian membina penempatan haram mereka dalam usaha yang tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Sementara itu, Human Rights Watch telah menggesa Tel Aviv untuk memberhentikan pencerobohan. HN / AGB / mgh

Israel rancang musnahkan Masjid al-Aqsa

Seorang bekas calon Kongres Amerika menyatakan bahawa objektif sebenar pihak Israel bersungguh-sungguh membina penempatan haram baru Yahudi di wilayah-wilayah Palestin adalah untuk memusnahkan Masjdi al-Aqsa. "Sudah lama saya berpendapat bahawa Israel tidak mahu lagi melihat kewujudan Masjid al-Aqsa," kata Mark Dankof sebagaimana dipetik oleh PressTV. "Secara dasarnya, saya percaya perluasan penempatan baru ini adalah sebahagian daripada perancangan sistematik untuk merampas seluruh al-Quds dan menggantikan... Masjid al-Aqsa dengan apa yang digelar sebagai kuil Yahudi bermodelkan kuil mereka yang termusnah pada tahun 1870," terang Mark Dankof. Khamis lalu, rejim pengganas Israel telah meluluskan pembinaan baru untuk 1,600 unit penempatan haram Yahudi di Timur Al-Quds. Israel juga merancang untuk meluluskan pembinaan 2,700 unit rumah lagi dalam masa terdekat, walaupun mendapat kecaman antarabangsa. Rejim Yahudi memberi alasan krisis ekonomi sebagai menjustifikasi tindakan terorisma mereka tersebut. Sejak pertengahan Julai lalu, penduduk Israel mengadakan protes terhadap kenaikan harga rumah dan ketidak-adilan sosial di negara haram itu. Antara lain, mereka menuntut sistem percukaian baru yang lebih adil, pengasuhan anak-anak dan pendidikan percuma dan lebih banyak pelaburan dalam perumahan sosial dan pengangkutan awam. Pada bulan September 2010, rejim Israel meneruskan usaha perluasan penempatan di wilayah-wilayah Palestin setelah 10 bulan bersetuju untuk menghentikannya kerja-kerja perluasan agresif mereka.