1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

PM Itali: Masa Depan Israel bersama Kesatuan Eropah

2 Feb, Tel Aviv - Dalam kunjungan Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi ke Israel pada Isnin (1 Feb) lalu menyatakan dengan tegas bahawa masa depan negara Yahudi berada dengan Kesatuan Eropah. "Keinginan terbesar saya, selama saya menjadi protagonis dalam politik, adalah untuk membawa Israel ke dalam keanggotaan Kesatuan Eropah," kata pemimpin Itali itu di pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu. Berlusconi juga berbicara tentang "persahabatan dan cinta yang besar bagi Israel dan orang-orangnya." Netanyahu menyebut kunjungan bersama 8 menteri yang menyertai Berlusconi akan mengadakan perbincangan dua hala kabinet bersama pada hari Selasa (2 Feb), ianya sebagai suatu yang "bersejarah". "Saya memiliki hak istimewa untuk menjadi salah satu teman terbesar Israel," katanya. Situasi hubungan Israel dengan beberapa negara Eropah menjadi semakin dingin atas konflik yang terjadi di Palestin, hubungan dengan Itali jauh lebih hangat, didorong oleh persahabatan peribadi antara kedua pemimpin tersebut. Berlusconi, yang akan berpidato di Parlimen Israel, Knesset, pada hari Rabu nanti, mengatakan dalam satu majlis makan malam bagaimana kunjungan beliau ke kem kematian Auschwitz Nazi di Poland telah mempengaruhi dukungan beliau untuk Israel. "Sejak saat itu saya merasa menjadi sebahagian dari sejarah dan saya bertindak dengan cara yang saya fikir itu yang paling tepat dengan memberi dukungan kepada orang-orang Anda dan negara Anda," katanya. "Ini adalah tugas saya untuk bertindak sehingga para pemimpin Kesatuan Eropah tidak membuat kesalahan yang sama," katanya, menekankan bahawa "ketidakpedulian" adalah akar penyebab dari Holocaust. Kunjungan tiga hari Berlusconi ini adalah kunjungan luar negeri pertama sejak beliau diserang oleh seseorang pada bulan Disember yang lalu dan menyebabkan patah hidung dan dua giginya.(iw/alby/wp)

Dunia Semakin Membenci Israel: Reut Institute

Reut Institute, sebuah badan pemikir Israel dalam bidang keamanan, sosial dan ekonomi mengingatkan pentadbiran Tel Aviv agar sensitif dan serius dengan sikap anti-Israel yang semakin meluas di seluruh dunia. Dalam laporan yang dibentangkan kepada kabinet Israel pada Khamis (11/2), Reut Institute menyatakan bahawa Israel sedang menghadapi ancaman perundangan apabila semakin maraknya tindakan protes anti-Israel di kampus-kampus, aksi protes terhadap atlet Israel yang bertanding di luar negeri, gerakan boikot produk Israel di Eropah dan tindakan pengeluaran waran perintah penangkapan terhadap kepimpinan Israel oleh pentadbiran Britain. Kempen anti-Israel itu, kata Reut, dilakukan oleh individu dan organisasi berskala antarabangsa. Individu dan organisasi-organisasi anti-Israel ini bekerja berdasarkan kesamaan ideologi yang menganggap Israel sebagai negara zalim dan menolak kewujudan Israel. Pusat-pusat jaringan anti-Israel itu, menurut laporan Reut, tersebar di kota London, Brussels, Madrid, Toronto, San Fransisco dan Universiti Berkeley, California dan para aktivisnya kebanyakan dari kalangan anak-anak muda, dari kaum migran serta kalangan politikus yang radikal. "Meskipun jumlah mereka tidak ramai, profil jaringan anti-Israel ini bercambah kerana memanfaatkan kempen kepada umum dan liputan media massa," demikian laporan Reut. Reut juga menyatakan, jaringan individu dan kelompok-kelompok anti-Israel itu makin kuat dengan adanya organisasi seperti Amnesty International dan Human Rights Watch yang kerap mengkritik tindakan-tindakan Israel di Palestin. Keduanya bekerjasama untuk menumbuhkan sikap pro-Palestin di Eropah dan yang terlibat dalam gerakan ini bukan hanya orang-orang Palestin, Arab atau Muslim saja tetapi ramai diantaranya orang-orang Eropah dan aktivis-aktivis sayap kiri di Amerika Utara. "Kelompok-kelompok ini mengetengahkan simbol-simbol dan tokoh-tokoh pahlawan pro Palestin seperti Mohammed Al-Dura dan aktivis keamanan  berasal dadri Amerika Syarikat, Rachel Corrie. Mereka juga berpartisipasi dalam pelbagai program di peringkat antarabangsa, seperti Konferensi Durban," kata Reut Institute. Justeru Reut Institute mencadangkan agar kerajaan Israel membentuk sebuah pasukan untuk melawan siri kempen anti-Israel dengan menempatkan wakil-wakul kedutaan Israel di seluruh dunia di lokasi yang strategik untuk melawan kempen protes terhadap Israel. Reut Institute juga menyarankan agar badan perisikan Israel memantau serta mempelajari metodologi yang dilakukan oleh jaringan anti-Israel itu. (ln/hrz)

10 Pembohongan Besar Media Berkenaan Israel

Seorang jurnalis dan pengarang yang berasal dari Belgium, Michel Collon, mengecam media Eropah kerana sikap mereka yang telah berabad-abad berbohong kepada masyarakat awam semata-mata untuk memberi sokongan kepada negara haram Israel. Melalui buku beliau yang bertajuk "Israel, let's talk about it", Collon telah menyenaraikan "10 pembohongan besar" yang telah disebarkan oleh media Barat bagi "menjustifikasi kewujudan dan tindakan-tindakan kejam rejim Zionis Israel". Berikut adalah pembohongan-pembohongan yang dimaksudkan: 1. Pembohongan pertama adalah bahawa negara haram Israel tertubuh sebagai reaksi kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi ketika peperangan dunia kedua. Dakwaan ini sangat tidak betul, kerana penubuhan Israel pada hakikatnya adalah sebuah perancangan tirani yang kejam dan otokratik, yang telah dipersetujui oleh Kongres Zionis yang pertama di Basel, Switzerland pada tahun 1897. Dari sinilah puak-puak nasionalis Yahudi memutuskan untuk menakluk dan menzalimi Palestin. 2. Justifikasi kedua bagi mereka mendirikan negara haram Israel adalah bahawa kaum Yahudi kembali ke bumi nenek moyang mereka, dari mana mereka telah dihalau pada tahun 70 A.D. Ini hanyalah satu cerita dongeng! Collon telah berbincang dengan beberapa orang tokoh sejarah Israel, termasuklah Shlomo Sand, dan mereka semua percaya bahawa tidak pernah berlaku pemindahan beramai-ramai kaum Yahudi. Jadi "kembali ke bumi asal" adalah suatu yang tidak benar. Mereka yang menetap di Palestin pada zaman lampau tidak pernah meninggalkan bumi itu. Malahan keturunan Yahudi yang berasal dari Palestin adalah mereka yang sekarang ini tinggal di Palestin. Mereka yang mendakwa untuk kembali ke bumi Palestin adalah sebenarnya berasal daripada Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara. Shlomo Sand menegaskan bahawa tidak pernah wujud sebuah negara Yahudi. Malahan, puak-puak Yahudi tidak pernah mempunyai persamaan dalam sejarah, bahasa mahupun budaya. Satu-satunya perkara yang mempunyai persamaan antara mereka adalah agama, dan agama tidak membentuk sebuah negara. 3. Pembohongan ketiga adalah bahawa ketika pendatang-pendatang Yahudi memasuki dan menduduki Palestin, bumi tersebut merupakan sebuah negara yang "kosong' dan tidak diduduki. Sesungguhnya terdapat dokumen-dokumen dan bukti-bukti yang mengesahkan terdapat transaksi mengekspot barangan pertanian daripada Palestin ke negara-negara luar, termasuk Perancis, dalam abad ke sembilan belas. 4. Keempat, ada pihak yang mendakwa bahawa rakyat Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela. Ini adalah satu lagi pembohongan besar yang dipercayai ramai, termasuklah Collon sendiri, sehinggalah tokoh-tokoh sejarah Israel seperti Benny Morris dan Ilan Pappe menyatakan bahawa warga Palestin telah dihalau dan dihapuskan dari tanahair mereka melalui kekerasan, jenayah dan kekejaman. 5. Dikatakan bahawa negara Zionis Israel yang wujud hari ini adalah satu-satunya negara yang mengamalkan demokrasi di Timur Tengah, jadi negara itu harus dilindungi kerana ianya adalah sebuah negara yang menegakkan undang-undang. Tetapi menurut Collon, bukan sahaja Israel sebuah negara yang tidak menegakkan undang-undang, malahan Israel juga adalah satu-satunya negara yang tidak mempunyai undang-undang yang dapat menjelaskan di mana wilayah dan sempadan negaranya. Semua negara di dunia ini mempunyai undang-undang atau konstitusi yang memberi denifisi jelas berkenaan wilayah dan sempadan negara mereka, tetapi perkara ini tidak pernah wujud bagi negara Israel. Israel hanyalah sebuah projek penaklukan yang berkembang tanpa mengenal sempadan, dan undang-undang yang ada bagi negara tersebut benar-benar berbentuk perkauman. Menurut undang-undang mereka, Israel adalah sebuah negara untuk Yahudi dan penduduk Israel yang bukan daripada keturunan Yahudi tidak diiktiraf sebagai manusia. Adakah undang-undang seperti ini membentuk sebuah demokrasi? 6. Amerika dikatakan cuba menegakkan demokrasi di Timur Tengah dengan membantu dan mempertahankan negara Israel. Kita semua maklum bahawa bantuan kewangan tahunan Amerika kepada Israel mencecah sehingga USD 3 bilion. Dana ini sebenarnya digunakan untuk menghancurkan negara-negara yang berjiran dengan Israel. Amerika tidak pernah menegakkan demokrasi di Timur Tengah, mereka mungkin hanya membantu mengukuhkan pemerintah yang sedia ada dan penguasaan kekayaan minyak di wilayah tersebut. 7. Mereka mendakwa Amerika membantu usaha mencapai persetujuan dalam perjanjian antara Israel dan Palestin. Ini juga suatu yang tidak benar dan pembohongan. Mantan Ketua Polisi Luar Kesatuan Eropah, Javier Solana pernah menyebut bahawa Israel adalah negara yang ke-21 dalam Kesatuan Eropah. Industri pertahanan Eropah bekerjasama dengan industri pertahanan Israel dan malahan membantu mereka dari segi kewangan. Tetapi apabila rakyat Palestin memilih pemerintah kerajaan mereka, negara-negara Eropah tidak mahu mengiktirafnya dan membenarkan Israel menyerang dahsyat bumi Gaza. 8. Apabila seseorang bercakap tentang perkara-perkara seperti ini dan juga sejarah pergolakan Israel dan Palestin, apabila seseorang mendedahkan kepentingan Amerika terhadap isu ini, dia akan didakwa sebagai anti-semit untuk memberi tekanan supaya beliau menutup mulut. Tetapi kita harus menyebut bahawa bilamana kita mengkritik Israel, itu bukanlah suatu bentuk perkauman atau anti-semitism. Kita mengkritik sebuah kerajaan yang tidak mengiktiraf persamaan antara pemganut-penganut Yahudi, Kristian dan Islam, dan seterusnya menghapuskan keharmonian di kalangan penganut-penganut agama yang berbeza. 9. Media massa juga mendakwa bahawa rakyat Palestin melakukan jenayah dan keganasan. Kita percaya bahawa penaklukan secara kejam yang dilakukan oleh tentera Israel adalah sebenarnya satu jenayah dan keganasan, begitu juga dengan polisi mereka merampas tanah dan rumah-rumah milik rakyat Palestin adalah satu keganasan yang nyata. Rakyat Palestin hanyalah mempertahankan hak dan bumi milik mereka daripada jenayah dan keganasan Israel. 10. Ramai yang mengatakan bahawa tidak ada langsung harapan untuk menyelesaikan konflik ini, dan tidak akan ada penyelesaikan terhadap kebencian yang terbentuk akibat aksi-aksi ganas Israel dan sekutunya. Percayalah di sana ada satu penyelesaian. Salah satu perkaya yang dapat menghentikan konflik ini adalah dengan memberi tekanan terhadap Israel, Amerika, Eropah dan sekutu-sekutu mereka yang lain. Media massa perlu diberi tekanan supaya memberitakan apa yang benar dan menghentikan pembohongan. Gunakan internet dan apa sahaja media yang ada bagi menyebarkan perkara yang sebenarnya berkenaan Palestin dan apa yang berlaku di sana.

Rabbi Ovadia - Rakyat Palestin Harus Dihapuskan

Menjelang sesi rundingan damai antara pihak Zionis Israel dengan pemimpin Otoriti Palestin di Washington pada 2hb September, ketua agama Shas, Rabbi Ovadia Yosef menggelar bangsa Palesin sebagai musuh ketat kepada Israel dan harus dihapuskan dari atas mukabumi ini. Shas, sebuah parti keagamaan Sephardic yang ditubuhkan pada tahun 1984, dikenali sebagai sebuah gerakanvmenjaga kepentingan dan penyatuan golongan Sephardic, iaitu golongan Yahudi keturunan Timur Tengah, dan Yahudi Ashkenazis, iaitu keturunan Eropah. Dalam pilihanraya Israel pada tahun 2006, Shas telah memenangi 12 kerusi dan menjadi sebahagian daripada gabungan parti Kadima yang dipimpin oleh Perdana Menteri ketika itu, Ehud Olmert. Akhbar Hareetz memetik Rabbi Ovadia Yosef sebagai menolak usaha rundingan damai dengan pihak Palestin dan menghasut supaya pemimpin Otoriti Palestin Mahmoud Abbas dihapuskan daripada dunia ini. "Abu Mazen dan semua mereka yang jahat ini perlu dihapuskan daripada dunia ini", sebut Rabbi Ovadia dalam khutbah mingguan di sebuah sinagog berdekatan rumahnya di Bailtulmaqdis. "Tuhan harus serang mereka dengan sejenis wabak penyakit, mereka dan seluruh rakyat Palestin", kata Rabbi Ovadia sebagaimana dilaporkan oleh Hareetz. Rabbi Ovadia sebelum ini telah beberapa kali menyampaikan khutbah yang mencetus kontroversi. Pada tahun 2001, pemimpin ultra-ortodoks ini juga menyeru supaya semua kaum Arab dihapuskan. "Adalah terlarang untuk menunjukkan sebarang belas kasihan kepada mereka. Anda mesti melancarkan misil ke atas mereka, dan membunuh semua mereka. Mereka adalah golongan jahat dan hina", hasut Rabbi Ovadia. Pemimpin Otoriti Palestin menyelar kenyataan Rabbi Ovadia sebagai menghasut dan berbau perkauman. Menteri Luar negara haram Israel, Eli Yishai yang juga mewakili Shas, awal minggu ini menyatakan bantahan terhadap rundingan damai kerana usaha perluasan penempatan haram di Tebing Barat mungkin akan terus dibekukan. Yishai mencadangkan supaya Israel meneruskan pembinaan di blok-blok penempatan utama dan strategik, yang mungkin akan menjadi sebahagian daripada kerangka kepada persetujuan damai. Menurut beliau, pembekuan harus dikuat-kuasakan di kawasan yang kurang penting dan jauh dari kepentingan mereka. (mn/Hareetz)

Negara Yahudi Semakin Menjadi Kenyataan?

Sehari selepas rundingan yang penuh simbolik dan retorik di bawah perhatian Presiden Amerika Barack Obama di Washington, Benjamin Netanyahu dan Mahmoud Abbas masing-masing terus berkeras mempertahankan tuntutan-tuntutan mereka. "Kami berharap kamu sedia untuk mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara untuk kaum Yahudi," kata Netanyahu kepada Abbas ketika mereka berdua duduk di sisi Setiausaha Negara Amerika Hillary Clinton, dengan bendera negara mereka berdiri di belakang masing-masing. Manakala Abbas menuntut supaya negara haram Israel menamatkan embargo ke atas Gaza dan menghentikan semua perluasan penempatan haram pendatang Yahudi. "Kami menyeru kepada pemerintah Israel supaya bergerak maju dengan komitmen untuk mengakhiri semua kegiatan penempatan haram dan benar-benar menamatkan embargo ke atas Gaza," kata Abbas. Rundingan itu kemudiannya menjadi buntu seketika apabila mereka berbahas tentang aktiviti pendatang Yahudi yang membangunkan penempatan baru di Tebing Barat. Israel pernah berjanji untuk membekukan kegiatan itu, yang dijangka akan berkuat-kuasa mulai 26 Septembar akan datang. Malahan Abbas mengancam untuk menarik diri daripada rundingan kecuali jika Israel melanjutkan moratorium. Abbas pada hari Kamis, 2 September, sekali lagi mengatakan kepada Netanyahu bahawa dia akan menarik diri daripada rundingan jika pembangunan penempatan baru di Tebing Barat diteruskan. "Kami akan cuba yang terbaik, tetapi itu semua akan menjadi sia-sia jika Netanyahu kembali meneruskan penempatan," penasihat Otoriti Palestin, Nabil Shaath menyatakan kepada Reuters. Namun Netanyahu dengan tegas telah menolak sebarang kemungkinan untuk melanjutkan moratorium bangunan. Sebelumnya, Netanyahu pernah mengatakan bahawa tidak ada perubahan sikap Israel yang akan memungkinkan mereka membekukan sebahagian daripada pembangunan buat masa ini. Sikap pemerintah Zionis yang membenarkan pendatang Yahudi merampas tanah rakyat Palestin dan membina penempatan-penempatan haram baru di Tebing Barat jelas menunjukkan usaha dan komitmen berterusan mereka untuk menghapuskan tanah air Palestin. (mn/worldbulletin)

Ketua Pembangkang: Kerajaan Israel Seperti 3 Ekor Monyet

Ketua Pembangkang Israel, Tzipi Livni telah menyelar Perdana Menteri Benjamin Netanyahu kerana menipu rakyat. Beliau berkata demikian dalam sebuah sidang media khas oleh Parti Kadima untuk membantah kenaikan harga barang.

“Kerajaan ini telah menghapuskan semua harapan rakyat dan mencabuli kepercayaannya,” kata Livni. “Israel sedang tewas. Kerajaan ini seperti 3 ekor monyet yang setiap satunya tidak melihat, mendengar dan bercakap. Hakikatnya, yang mereka lakukan hanyalah bercakap.” Menurutnya, Perdana Menteri memutuskan untuk mengadakan perbincangan tentang isu berkenaan hanya apabila protes disuarakan, ancaman mogok oleh kesatuan sekerja Histadrut dan dikutuk oleh ahli partinya sendiri. “Mereka hanya berkata-kata apabila melihat ada kepentingan politik yang terancam – bukan kerana rakyat yang menderita, tetapi kerana kuasanya tergugat. Kuasa mereka bukan hanya perlu digugat, ia mesti dijatuhkan,” kata Livni. Dia juga menuduh kerajaan menyakiti rakyat. Setiap hari dibawah pentadbiran kerajaan ini, Israel semakin tewas dan rakyatnya juga tewas. Seluruh rakyat berasakan satu-satunya perkataan yang tidak terlaksana adalah kesaksamaan. Tiada beban yang ditanggung dengan saksama. “ Rakyat yang baik ini,yang bangun di awal pagi untuk bekerja, yang berkhidmat dengan tentera, yang berada dalam pasukan simpanan, yang mencari pendidikan yang baik, yang mahu bangun di awal pagi dan memandu ke tempat kerja atau dengan pengangkutan awam, dan yang mahu meminum air yang bersih. Kerajaan ini melonggokkan beban sehingga apabila rakyat mahu memakan roti, mereka terpaksa mengorek wang simpanan mereka.” Livni memperihalkan keadaan di Israel dua tahun selepas pilihanraya Knesset, “Untuk rakyat, petrol, air dan roti bukanlah barangan mewah. Kita mempunyai rakyat yang baik dan kerajaan yang teruk. Kerajaan ini mesti digantikan. Kadima akan menggantikannya.” Dia juga menafikan kemungkinan Kadima menyertai kerajaan. “Netanyahu enggan melakukan suatu yang betul untuk Israel, kami takkan membantunya bertahan,” katanya. ‘Ketua kerajaan cukai’ Ketua Bahagian Kadima, Dalia Itzik juga menyerang perdana menteri negara itu. Tiada yang telah disentuh Netanyahu dan tidak berakhir dengan kerosakan. Saya yakin Israel berhak mendapat kepimpinan baru. Rakyat telahpun bersuara hari ini – “enough is enough”. “Keadaan sudah benar-benar di luar kawalan. Dia mengetuai kerajaan cukai. Sebelum pilihanraya janjinya adalah mengurangkan kadar cukai. Tapi hari ini, dia menaikkan cukai melebihi mana-mana perdana menteri sebelumnya. Inilah kerajaan terburuk yang pernah memimpin Israel”, katanya. “Pendapat saya kuat mengatakan tahun ini akan menjadi tahun pilihanraya.” Dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan Selasa lalu, Parti Kadima menyelar Perdana Menteri Netanyahu berkenan kenaikan harga air, roti, petrol, cukai harta dan kediaman. “Netanyahu telah mengisytiharkan perang ke atas golongan kelas pertengahan dan masyarakat yang tertindas, sebuah peperangan yang akan menyaksikan beliau tumpas dan menyerah kalah.”