1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Ada Muslim Yang Mendokong Perjuangan Zionisme?

Rata-rata kita  berpandangan yang Zionisme itu ialah trademark manusia berbangsa Yahudi. Daripada satu sudut, ianya betul terutamanya daripada aspek sejarah penubuhannya. Tetapi perlu diingatkan yang bukan semua yang berbangsa Yahudi menyokong Zionisme, bahkan bukan semua pendokong Zionisme itu berbangsa Yahudi. Ada manusia bukan Yahudi yang kurang atau tidak beragama, tetapi menjadi pendokong kuat Zionisme. Contoh yang paling hampir ialah pemimpin kedua-dua parti politik utama terbesar di Amerika Syarikat, semua mereka tunduk kepada lobi Zionist. Dengan sebab itulah kita tidak terkejut apabila kebanyakan draf resolusi Majlis Keselamatan PBB yang mengutuk negara haram Israel atau sebarang tindakan ketenteraan Zionist, akan dibatalkan dengan kuasa veto Amerika Syarikat. Yang menentukan siapakah memegang portfolio kanan di Rumah Putih juga adalah tertakluk kepada lobi Zionist yang amat berpengaruh di Amerika Syarikat.
Minbar Nuruddin/Salahuddin selepas dibakar pada tahun 1969Minbar Nuruddin/Salahuddin selepas dibakar pada tahun 1969
Ada juga yang beragama Kristian, tetapi menjadi pendokong Zionisme. Antaranya ialah Denis Michael Roha, seorang pelancong dari Australia yang merupakan penganut kuat pecahan Evangelical Kristian yang dikenali sebagai Worldwide Church of God. Beliau telah bertanggungjawab membakar satu monumen bersejarah simbol kemenangan Islam ke atas Crusades iaitulah minbar Salahuddin al-Ayyubi. Minbar ini asalnya telah dibina oleh Nuruddin Zinki ketika beliau telah menghidu kemenangan Islam semasa Perang Salib, akan tetapi Allah mentaqdirkan yang kemenangan itu berlaku di tangan Salahuddin al-Ayyubi. Salahuddin telah membawa masuk minbar tersebut ke dalam Jami’ al-Aqsa di dalam al-Masjid al-Aqsa setelah mengalahkan tentera Salibiyyah pada tahun 1187 M. Minbar itu bertahan sebagai pentas imam berkhutbah, sehinggalah ke tahun 1969 M, apabila Denis Michael Rohan telah menceroboh ke dalam al-Aqsa lalu membakarnya hingga musnah. Beliau beranggapan yang dengan membakarnya, akan mempercepatkan proses kembalinya Nabi Isa (mengikut kepercayaan Kristian) selepas Israel membina Haikal Sulaiman di atas runtuhan al-Aqsa. Selain itu, jangan terkejut sekiranya anda dapati segelintir Muslim yang mendokong perjuangan Zionisme. Sejarah telah membuktikan betapa atas semangat kebangsaan Arab, ada segelintir pemimpin Arab yang sanggup bersekongkol dengan pergerakan Zionisme. Mereka melihat Khilafah Uthmaniyyah, yang memimpin negara-negara Islam termasuklah di negara Arab sebagai penjajah tanah air mereka. Mereka yang tidak lagi dapat menerima kepemimpinan Islam di bawah manusia bukan Arab (ajam) daripada Khilafah Uthmaniyyah banyak menunjukkan simpati terhadap Zionisme, dan tidak kurang juga yang memberikan sokongan. Contoh surat sokongan antara pemimpin Arab kepada pemimpin Zionist boleh dilihat di capaian ini. Ada juga laporan menyatakan segelintir penduduk Palestin sanggup menjual tanah kepada pendatang-pendatang haram Yahudi. [caption id="attachment_3229" align="alignleft" width="109" caption="Dr. Tawfik Ahmad"]Dr. Tawfik Ahmad[/caption] Pada zaman moden ini, antara yang menjadi tokoh Muslim yang mendokong Zionisme ialah Dr Taufik Ahmad dan Professor Abdul Hadi Palazzi. Dr Taufik Ahmad adalah seorang bekas ahli kumpulan al-Jama’ah al-Islamiyyah, kumpulan yang dilabekan sebagai kumpulan pelampau di Mesir. Kecewa dengan kumpulan yang disifatkan sebagai radikal itu, akhirnya beliau keluar dan kini menetap di Amerika Syarikat. Beliau kini aktif memenuhi jemputan diskusi dan forum mengenai Islam radikal, serta ‘keamanan’ menurut perspektif dirinya sendiri yang sama dengan pemikiran barat. Beberapa kali keluar di dalam CNN dan Fox News, kerap menulis di dalam akhbar barat, beliau kini merupakan fellow kanan Study of Islamic Radicalism di Potomac Institute for Policy Studies. Kata-kata yang kerap beliau ungkapkan, ialah “Saya ialah Islam daripada sudut kepercayaan, Kristian daripada sudut kerohanian, Yahudi daripada sudut hati, dan lebih daripada itu saya merupakan manusia biasa”.
palazziwnd Syeikh Palazzi
Professor Abdul Hadi Palazzi pula ialah seorang ahli akademik Itali yang menubuhkan Islam-Israel Fellowship. Beliau berasal dari Rome, dan pernah belajar di Universiti al-Azhar. Bapanya sebelum memeluk Islam merupakan seorang penganut Kristian tempatan, manakala ibunya pula berasal daripada keturunan Syria. Kini, beliau merupakan pemimpin Italian Muslim Assembly, dianggap sebagai ‘Mufti Itali’, serta sering memenuhi jemputan ceramah mengenai pengiktirafan terhadap negara Israel, ‘keamanan’ dunia dan juga Islam radikal. Kedua-dua mereka adalah penyokong kuat Zionisme. Mereka tanpa segan silu secara terbuka dan berulang kali menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada penubuhan negara haram Israel. Sokongan mereka, walau bagaimanapun, bukannya tanpa hujjah, tetapi mereka menggunakan ‘kecerdikan’ mereka menafsirkan beberapa ayat al-Quran. Antaranya ialah ayat 104 daripada surah al-Isra’: وَقُلْنَا مِنْ بَعْدِهِ لِبَنِي إِسْرَائِيلَ اسْكُنُوا الأرْضَ فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ الآخِرَةِ جِئْنَا بِكُمْ لَفِيفًا (١٠٤) Dan Kami katakan kepada Bani Israil, sesudah Firaun (dibinasakan): “Tinggalah kamu di negeri itu kemudian apabila datang tempoh hari akhirat, kami datangkan kamu (ke padang Mahsyar) dengan bercampur-aduk”. Dengan tidak mengambil kira ayat-ayat lain yang menceritakan bagaimana Allah mengarah Bani Israel untuk memasuki Palestin, Tawfik Ahmad dan Abdul Hadi Palazzi kerap menggunakan ayat di atas sebagai hujjah utama keabsahan tindakan Yahudi moden menceroboh, menjajah dan merampas tanah milik orang Arab Palestin. Mereka memahami yang ayat di atas sebagai satu pemberian yang diwartakan oleh Allah SWT menganugerahkan tanah Palestin kepada Bani Israel. Secara ringkas, metodologi yang mereka gunakan untuk memahami ayat di atas adalah salah. Di dalam memahami nas al-Quran, seseorang tidak boleh beriman dengan sepotong ayat, tetapi mengingkari ayat yang lain. Sekiranya merujuk kepada ayat-ayat al-Quran lain mengenai sejarah Bani Israel dan Palestin, kita akan secara mudah memahami yang Palestin itu hanyalah diberikan oleh Allah kepada Bani Israel yang beriman dengan Allah SWT. Allah tidak sewenang-wenangnya memberikan negara itu kepada mereka tanpa syarat. Sebagai contoh, ayat 20-24 daripada surah al-Ma’idah: وَإِذْ قَالَ مُوسَى لِقَوْمِهِ يَا قَوْمِ اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ جَعَلَ فِيكُمْ أَنْبِيَاءَ وَجَعَلَكُمْ مُلُوكًا وَآتَاكُمْ مَا لَمْ يُؤْتِ أَحَدًا مِنَ الْعَالَمِينَ (٢٠)يَا قَوْمِ ادْخُلُوا الأرْضَ الْمُقَدَّسَةَ الَّتِي كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ وَلا تَرْتَدُّوا عَلَى أَدْبَارِكُمْ فَتَنْقَلِبُوا خَاسِرِينَ (٢١)قَالُوا يَا مُوسَى إِنَّ فِيهَا قَوْمًا جَبَّارِينَ وَإِنَّا لَنْ نَدْخُلَهَا حَتَّى يَخْرُجُوا مِنْهَا فَإِنْ يَخْرُجُوا مِنْهَا فَإِنَّا دَاخِلُونَ (٢٢)قَالَ رَجُلانِ مِنَ الَّذِينَ يَخَافُونَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمَا ادْخُلُوا عَلَيْهِمُ الْبَابَ فَإِذَا دَخَلْتُمُوهُ فَإِنَّكُمْ غَالِبُونَ وَعَلَى اللَّهِ فَتَوَكَّلُوا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ (٢٣)قَالُوا يَا مُوسَى إِنَّا لَنْ نَدْخُلَهَا أَبَدًا مَا دَامُوا فِيهَا فَاذْهَبْ أَنْتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلا إِنَّا هَا هُنَا (٢٤) 20. Dan (ingatkanlah mereka Wahai Muhammad), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: “Wahai kaumku! kenanglah nikmat Allah (yang diberikan) kepada kamu ketika ia menjadikan dalam kalangan kamu beberapa orang Nabi, dan ia menjadikan kamu bebas merdeka (setelah kamu diperhamba oleh Firaun dan orang-orangnya), dan ia memberikan kepada kamu barang Yang tidak pernah diberikan kepada seseorang pun dari umat-umat (yang ada pada masa itu)”. 21. (Nabi Musa berkata lagi): “Wahai kaumku, masuklah ke tanah suci (Palestin) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya); dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi (di dunia dan di akhirat)”. 22. mereka menjawab: “Wahai Musa bahawasanya di negeri itu ada kaum yang gagah perkasa, dan sesungguhnya kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar daripadanya; kemudian jika mereka keluar daripadanya, maka sesungguhnya kami akan masuk (ke negeri itu)”. 23. berkatalah dua lelaki di antara orang-orang yang takut (menyalahi perintah Tuhan), lagi yang telah diberi nikmat (taufik) oleh Allah kepada keduanya: “Seranglah mereka melalui pintu itu, kerana apabila kamu memasukinya maka sudah tentu kamulah orang-orang yang menang; dan kepada Allah jualah hendaklah kamu berserah (setelah kamu bertindak menyerang), jika benar kamu orang-orang yang beriman” 24. mereka (Menolak dengan) berkata: “Wahai Musa, Sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah Engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu”. Begitu juga dengan ayat 58 daripada surah al-Baqarah: وَإِذْ قُلْنَا ادْخُلُوا هَذِهِ الْقَرْيَةَ فَكُلُوا مِنْهَا حَيْثُ شِئْتُمْ رَغَدًا وَادْخُلُوا الْبَابَ سُجَّدًا وَقُولُوا حِطَّةٌ نَغْفِرْ لَكُمْ خَطَايَاكُمْ وَسَنَزِيدُ الْمُحْسِنِينَ (٥٨) 58. dan (kenangkanlah) ketika kami berfirman: “Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah dari benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai. dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri); dan (mintalah ampun dengan) berkata: ‘ Ya Allah ampunilah dosa kami ‘; supaya kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik”. Dua petikan Firman Allah di atas, hanyalah sebahagian daripada beberapa ayat lain di dalam al-Quran yang menceritakan betapa Palestin itu diwarisi dengan bersyarat. Syarat utamanya ialah, mereka yang diberikan hak ke atas Palestin itu mestilah terdiri daripada mereka-mereka yang beriman, serta tunduk kepada arahan Allah. Sekiranya mereka kufur dengan arahan Allah, maka hilanglah hak berkenaan. Beriman serta tunduk kepada Allah, ini ialah kualiti yang hilang daripada bangsa Yahudi sekarang. Selain itu, Syeikh Mutawalli Sha’rawi juga berpandangan ayat 104 daripada surah al-Isra’ di atas tidak bermaksud yang Allah memberikan negara Palestin kepada orang Yahudi. Ini kerana yang dimaksudkan dengan al-Ard di dalam ayat di atas ialah tanah atau mana-mana negara secara umum sahaja, tanpa dikhususkan kepada Palestin, dan ini terbukti yang orang-orang Yahudi walaupun jumlah mereka sedikit, tetapi berselerakan di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia. Ini disokong dengan ayat 168 daripada surah al-A’raf yang membawa maksud Allah menyelerakkan bangsa Yahudi ini ke seluruh dunia. Kesimpulannya, kita perlu memahami yang Zionisme itu adalah satu pergerakan politik untuk kepentingan bangsa Yahudi yang diperjuangkan bukan oleh orang Yahudi semata-mata. Telah terbukti yang penganut agama lain termasuk Islam sendiri menjadi penyokong kuat Zionisme. Dalam konteks yang lebih khusus dalam kehidupan kita, berhati-hatilah daripada menjadi penyokong Zionisme secara tidak sedar. Kita boleh menjadi kumpulan ini sekiranya kita bersikap tidak peduli dengan kezaliman yang berlaku di Palestin, mengikut hiburan tajaan Zionist, serta terus menerus membeli produk syarikat-syarikat yang menyokong Zionisme. Oleh: Ustaz Ahmad Irfan Ikmal Hisham (abidfana.com)

Netanyahu Menolak Sebarang Usaha Kemerdekaan Tanah Palestin

Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel, memperingatkan para pemimpin Palestin terhadap setiap usaha untuk menyatakan secara sebelah pihak kemerdekaan untuk wilayah Jalur Gaza, Tebing Barat, dan Jerusalem Timur. Dalam ucapannya di radio pada hari Minggu malam kelmarin, Netanyahu berkata: "Tidak ada pengganti untuk perundingan antara Israel dan pihak berkuasa Palestin. Setiap tindakan sebelah pihak hanya akan mengungkap kerangka perjanjian antara kami dan hanya dapat mengarah pada satu keadaan iaitu langkah-langkah Israel kemudiannya." Netanyahu tidak menentukan apa "langkah-langkah" Israel yang akan diambil, tapi para pakar perundangan Israel telah mengatakan bahawa jika Palestin bergerak maju maka Israel akan membatalkan persetujuan damai. Dengan kenyataan keras ini jelas sekali menunjukan Israel sama sekali tidak menginginkan perdamaian ataupun berdirinya Negara Palestin. "Israel boleh mengatakan bahawa telah berlaku perlanggaran besar dan bahawa perjanjian itu tidak berlaku," Robbie Sabel, mantan penasihat perundangan Kementerian Luar Negeri Israel mengatakan kepada The Associated Press. (sa/paltel)

Bukit Golan: Pusingan Pertama Ahli Parlimen Israel Setuju Berundur

10 Dis - Parlimen Israel telah meluluskan bacaan pertama referendum rancangan undang-undang pungutan suara untuk meluluskan penarikan  pendudukan ke atas Baitulmuqaddis Timur dan Bukit Golan. Sekurang-kurangnya 31 ahli parlimen tidak hadir daripada pengundian tersebut, 68 yang meyokong dan 22 lagi menentang dan satu tidak menyatakan pendirian. Rancangan undang-undang tersebut mensyaratkan bahawa setiap perjanjian damai dicapai antara kerajaan Israel  yang memerlukan penarikan Israel dari wilayah-wilayah dijajah mestilah diluluskan terlebih dahulu oleh majoriti 61 ahli Parlimen Israel daripada  120 ahli parlimen yang ada.

Berlalunya pembacaan pertama  referendum tersebut dilihat sebagai dorongan kepada mereka yang menentang penarikan Israel dari Bukit Golan yang diduduki di bawah kesepakatan perdamaian masa depan dengan Syria. Referendum tersebut prihatin atas pelan strategik terhadap Dataran tinggi Golan dan Baitulmuqaddis Timur, yang diduduki Israel dalam Perang Enam Hari 1967 dan kemudian melakukan pendudukan haram yang tidak mendapat pengiktiran dari masyarakat antarabangsa.

Syria telah berulang kali menuntut penarikan Israel sepenuhnya daripada Golan dengan persetujuan keamanan dan Palestin pula mahu mengiktiraf Timur Baitulmuqaddis sebagai ibu negara mereka yang dijanjikan

Walaubagaimanapun, keputusan ini perlu disokong setelah melalui dua kali bacaan tambahan referendum tersebut di Parlimen sebelum boleh menjadi satu undang-undang. Jika diluluskan di parlimen, perjanjian harus diadakan pungutan suara kebangsaan dalam masa 80 hari. aj

Muzium "Kuil Ketiga" Akan Di Buka Berhampiran Masjid Al Aqsa

Kuil Yahudi di Palestin13 Dis - Yayasan al Aqsa dalam kenyataan kepada media, pada Khamis (10/12), menyatakan bahawa penjajah Israel dalam masa terdekat akan membuka apa yang disebut sebagai Muzium "Kuil Ketiga" yang mereka dakwa. Muzium ini berada di hujung barat kawasan al Buraq menghadap masjid al Aqsa dari arah barat, hanya sejauh puluhan meter dari Masjid al Aqsa. Yayasan al Aqsa menyatakan, "Muzium ini akan mencakupi ruangan-ruangan dan tempat-tempat pameran yang berfokus pada konsep-konsep pembangunan kuil yang mereka dakwa, serta pameran sejarah Ibrani di kota al Quds yang hanya ilusi mereka dan tidak benar.” Di antara bahagian yang terpenting dari muzium ini adalah ruang pameran besar yang di dalamnya adalah layar dan papan kaca besar menghadap ke Tembok Ratapan (al Burak) dan Masjid Al Aqsa. Melalui layar tersebut ditampilkan rakaman, filem-filem dan pemaparan-pemaparan dakwaan sejarah palsu Yahudi di kota al Quds. Selain pemasangan sebuah model besar kuil yang mereka impikan di atap bangunan menghadap ke masjid al Aqsa, yang telah dilakukan pada bulan lalu. Dua tahun yang lalu Yayasan al Aqsa telah mengungkapkan bahawa pembiayaan projek yahudisasi ini mencecah angka $ 20 juta. Yang sebahagian besarnya adalah sumbangan dari actor terkenal  Amerika, Kirk Douglas dan anaknya, pelakon hollywood, Michael Douglas. Untuk makluman bahawa bangunan ini pada awalnya adalah bangunan Islam yang terletak di kedua sisi di lorong Maghariba dan al Syaraf yang keduanya dihancurkan penjajah Israel pada tahun 1967. Selama bertahun-tahun di kedua lokasi ini dibuka pusat kajian Taurad dan Talmud dengan nama "Ish Hotrah”, yang bererti api Taurat. Yayasan al Aqsa mengatakan, berdasarkan pemantauan dan kunjungan lapangan yang dilakukan, aktiviti pembangunan ini dilakukan dengan cepat dan berjalan lancar. Dalam beberapa hari ini sudah dilakukan kerja-kerja di peringkat fasa akhir. Yayasan al Aqsa menjangkakan bahawa pembukaan dan perasmian muzium ini akan dilakukan dalam waktu dekat, terutama setelah ada pengumuman pembukaan pembukaan salah satu bahagian dari muzium ini pada Sabtu (12/12), iaitu bahagian yang ada di atap bangunan, yang dipasang di sana model kuil yang mereka dakwa, menghadap langsung ke masjid Al Aqsa. (seto/infopal/din)

Ahli Parlimen Israel Desak Lakukan Aksi Bunuh Terhadap Pemimpin HAMAS

Seorang perwakilan Parlimen Israel mengemukakan pandangan perlunya Israel menerapkan “kebijakan” pembunuhan dan mensasarkan sejumlah pemimpin gerakan perlawanan Palestin “demi keamanan Israel.”

Akhbar Israel, Yedioth Ahronoth, menyebutkan bahawa Israel Hasson, mantan Timbalan Ketua Shin Bet , menyerukan Israel untuk meneruskan “kebijakan” pembunuhan terhadap para pemimpin gerakan perlawanan Palestin.

al-aqsa-mosque-c-hlp-250hHal itu dilakukan untuk memberikan tekanan lebih besar terhadap para pemimpin Hamas agar bersedia berunding tanpa banyak bicara dalam kesepakatan pertukaran tahanan dengan Gilad Shalit.

Dalam sebuah simposium yang diadakan pada Ahad (3 Jan) di sebelah selatan Beersheba, beliau mendakwa bahawa tidak ada alternatif lain bagi pemerintahan Israel kecuali melancarkan “kebijakan” seperti itu.

Beliau mengatakan bahawa “kebijakan” tersebut akan membuat para pemimpin Palestin mengerti bahawa segala bentuk tindakan yang “mengganggu keamanan Israel” harus dibayar mahal, dan mungkin harus dibayar dengan nyawa.

Hasson mengatakan bahawa pembunuhan para pemimpin Palestin adalah satu tindakanl yang efektif dan mampu menghentikan tembakan roket dari Jalur Gaza terhadap kota-kota dan pemukiman Israel.

Pembunuhan pemimpin perjuangan Palestin, menurut Hasson, akan membuat para penembak roket mempertimbangkan kembali tindakan mereka, kerana tindakan mereka harus dibayar dengan nyawa pemimpin mereka. Hasson mengatakan bahawa hal tersebut akan “menyeimbangkan ancaman”.

Akhbar berbahasa Ibrani tersebut memberitakan mengenai pembunuhan tiga orang anggota gerakan Fatah yang dilakukan oleh ketenteraan Israel untuk membalas kematian seorang rabbi di pemukiman Yahudi di Tebing Barat, dan hal tersebut menjadi  petunjuk penggunaan kembali “kebijakan” pembunuhan pejuang Palestin oleh pemerintah Israel. Tiga orang itu adalah Ghasan Abu Sharkh, Raed Sarkaji, dan Anan Suboh.(dn/im/mp)

Kumpulan Ekstrimis Yahudi

1. Temple Mount Rabbinical Court lanya merupakan sebuah pertubuhan pengganas Yahudi yang bermotifkan agama. Mereka bergerak di kalangan rabbi-rabbi Yahudi yang beriman dengan kewajipan menegakkan Haykal sebelum kedatangan Messiah dan bukan selepas kemunculannya. Mereka mempunyai pengaruh yang amat signifikan ke atas golongan terpelajar agama Yahudi. Ianya dianggotai oleh para rabbi yang begitu obsessed untuk mendirikan semula Haykal seperti Dov Lior, Nahman Kahane dan Israel Ariel. Pada bulan Ogos 2000, pertubuhan ini telah mengeluarkan fatwa mereka kepada orang-orang Yahudi untuk merempuh masuk ke dalam Masjid al-Aqsa yang mereka dakwa sebagai tapak Haykal yang dijanjikan Tuhan Yahweh untuk bangsa Yahudi. 2. Ateret Cohanim Merupakan sebuah "non-profit" NGO (Amutot) yang bertugas untuk membeli tanah-tanah dan segala hartanah di al-Quds dan juga kawasan sekitar "Mountof Temple" (Masjid al-Aqsa). Mereka berpusat di al-Quds dan aktif membeli hartanah dari kalangan warga Arab yang materialistik. Ditubuhkan oleh anggota kumpulan Yeshivat HaGolan pada tahun 1978 sebagai Yeshiva (pusat pengajian agama Yahudi) untuk mempelajari hukum hakam berkaitan dengan kohanim dan upacara penyembelihan. Dua kali dalam setahun, iaitu ketika perayaan"Passover" dan juga perayaan "Sukkoth'. Pertubuhan ini dan kementerian agama rejim Yahudi akan bersama mempelajari dan mengulang kaji semula hukum-hakam berkaitan dengan Haykal dan upacara ritual di dalamnya. Rabbi Shlomo Aviner iaitu rabbi di dalam pertubuhan ini mengatakan bahawa pengajian mengenai Haykal adalah untuk menjadikan Haykal itu sentiasa bersama dengan orang-orang Yahudi di dalam jiwa, spiritual dan intelektual mereka sebelum ianya dibina. 3. Shofar Benim Sebuah kumpulan pengganas radikal yang mempunyai persenjataan dan mengambil pendekatan yang radikal untuk membina semula Haykal. Kumpulan ini mempunyai rangkaian kerjasamanya dengan kumpulan-kumpulan radikal sepertinya, antaranya ialah kumpulan YESHA (singkatan dari perkataan Yehuda, Samaria dan Gaza), kumpulan Zo Artzenu, Mateh MAAMATZ dan juga beberapa kumpulan-kumpulan lain yang dianggotai oleh individu-individu dan juga para hakham Yahudi. Sambungan...
4. Shocharey HaMikdash (Temple Lovers Group) Ianya merupakan sebuah pertubuhan yang menghimpunkan beberapa pertubuhan Yahudi yang mempunyai aspirasi untuk membina kembali Haykal. Ianya juga dianggap sebagai pertubuhan yang paling berpengaruh dalam kalangan kumpulan-kumpulan radikal dan pengganas Yahudi yang bergerak dalam negara haram Israel. Pertubuhan ini diketuai oleh Profesor Hillel Weiss. Menurut Yehuda Etzion, seorang aktivis radikal Yahudi, cita-cita pertubuhan ini adalah untuk menghimpunkan semua kumpulan pengganas Yahudi yang bercita-cita untuk membina Haykal di bawah satu payung front yang besar agar semua usaha mereka dapat diselaraskan. Antara individu yang mempunyai pengaruh yang kuat dalam organisasi ini ialah Hakham Baruch Kahane, anak kepada Hakham Meir Kahane, pengasas kumpulan radikal dan pengganas yang paling agresif di dalam negara rejim Zionis, iaitu kumpulan “Kach”.
Logo kumpulan Kach
Ketika perhimpunan agungnya pada tahun 1999, kumpulan ini telah dibiayai oleh Kementerian Agama kerajaan rejim Zionis. Pada asal penubuhannya pertubuhan ini kurang mendapat sambutan, sehinggalah lima tahun kebelakangan ini, keahliannya meningkat secara mendadak dan mendapat sokongan dari ramai rakyat rejim. 5. TheTemple Establishment Movement Di awal penubuhannya ia diketuai oleh David Elbaum, Kini ianya diketuai oleh Rabbi Yosef Elbaum. Aktivisnya yang paling menonjol ialah Yoel Lerner. Pertubuhan ini ditugaskan khas untuk menjaga dan mengajarkan kepada para penjaga Haykal tatacara ibadat di dalam Haykal. Para penjaga Haykal dipilih berdasarkan keturunan mereka. Mereka juga pada asal penubuhannya telah mengkaji dan menyusun semula tatacara ibadat-ibadat yang sepatutnya dilakukan di dalam Haykal. Ini adalah sesuatu yang rumit, kerana orang Yahudi telah kehilangan apa yang mereka dakwa sebagai "Haykal" (kedua) semenjak hampir 2000 tahun yang lalu. Mereka juga pada waktu ini sedang mempersiapkan pakaian para kohanem (paderi) dan rabbi yang akan berkhidmat di dalam Haykal, menyiapkan segala perhiasan-perhiasan di dalam Haykal dan juga menyusun jadual kerja para kohanem.
6. Machon HaMikdash (Temple Institute) Ditubuhkan pada tahun 1983 oleh Rabbi Israel Ariel, Moshe Neiman dan Michael Ben Horin di kawasan penempatan Yahudi dalam kota Baitul Maqdis. Rabbi Ariel merupakan orang nombor dua dalam gerakan Kach pada tahun 70-an, namun pada 1980 beliau telah dikeluarkan dari pertubuhan tersebut kerana mengeluarkan idea yang radikal berkenaan pembinaan semula Haykal. Dalam Persidangan Haykal yang diadakan pada tahun 1998 di International Conference Center, Baitul Maqdis, beliau telah menyeru agar para peserta menyertai persidangan itu pada tahun berikutnya. Pada tahun berikutnya, beliau telah datang dengan memakai baju pekerja buruh binaan dengan katanya, “Saya bersedia untuk membinanya sekarang!”. Tindakan beliau ini didorong oleh ideanya bahawa Haykal mestilah dibina sekarang dan bukannya dibina oleh Messiah. Manakala Neiman dan Ben Horin merupakan bekas ahli pertubuhan Kach yang aktif, mereka turut mempunyai aspirasi yang sama dengan Ariel. Pertubuhan ini telah membina pasu (balang) untuk mengisi kitab suci (200 commandments), namun ia hanya boleh digunakan apabila terbinanya Haykal. Pertubuhan ini mendapatkan dana dari Kementerian Pelajaran, Kementerian Pendidikan rejim Zionis dan pertubuhan Sherut Leumi, iaitu pertubuhan wanita-wanita beragama Yahudi. Mereka juga menerima bantuan daripada pertubuhan-pertubuhan Kristian Protestan dari Amerika dan Eropah yang bercita-cita untuk menubuhkan Haykal. 7. Hai Ve Kayam (Enduring) Ditubuhkan pada tahun 1990 oleh sekumpulan aktivis radikal dan pengganas Yahudi bawah tanah. Di antara penggerak mereka ialah Yehuda Etzion dan sekumpulan ekstremis dari kawasan penempatan Yahudi di Bat Ayin, Gush Etzion. Kumpulan ini mendakwa bahawa mereka adalah kumpulan yang telah ditugaskan oleh Tuhan untuk membina semula kegemilangan “Negara Israel” dan mereka juga mendakwa bahawa kehidupan mereka adalah berdasarkan adat istiadat “Haykal ketiqa”. Di antara aktivis mereka yang terkenal ialah Yoav Lerner, orang yang bertanggungjawab menubuhkan gerakan radikal bawah tanah Yahudi ekstrimis yang bernama Gal. Kumpulan Gal mempunyai matlamat untuk menubuhkan sebuah negara “agama” Yahudi berdasarkan ajaran Halachah dan juga bercita-cita untuk meletupkan Masjid al-Aqsa yang didakwa sebagai sebuah bangunan “haram” yang didirikan di atas tanah Haykal. Beliau telah ditangkap sebanyak tiga kali oleh pihak rejim kerana percubaan meletupkan Masjid al-Aqsa dari tahun-tahun 70 an sehingga tahun 90-an. Di antara anggota lain kumpulan Hai Ve Kayam yang terkenal adalah dari kalangan tokoh-tokoh radikal dan pengganas Yahudi seperti Kapten Moti Karpel dan Noam Livnat (saudara Limor Livnat) yang merupakan seorang penuntut di sebuah institut pengajian agama Yahudi radikal yang terkenal iaitu “Joseph's Tomb Yeshiva” di Hebron. Ketika perhimpunan agungnya pada tahun 1999, kumpulan ini telah dibiayai oleh Kementerian Agama kerajaan rejim Zionis. Pada asal penubuhannya pertubuhan ini kurang mendapat sambutan, sehinggalah lima tahun kebelakangan ini, keahliannya meningkat secara mendadak dan mendapat sokongan dari ramai rakyat rejim. 5. TheTemple Establishment Movement Di awal penubuhannya ia diketuai oleh David Elbaum, Kini ianya diketuai oleh Rabbi Yosef Elbaum. Aktivisnya yang paling menonjol ialah Yoel Lerner. Pertubuhan ini ditugaskan khas untuk menjaga dan mengajarkan kepada para penjaga Haykal tatacara ibadat di dalam Haykal. Para penjaga Haykal dipilih berdasarkan keturunan mereka. Mereka juga pada asal penubuhannya telah mengkaji dan menyusun semula tatacara ibadat-ibadat yang sepatutnya dilakukan di dalam Haykal. Ini adalah sesuatu yang rumit, kerana orang Yahudi telah kehilangan apa yang mereka dakwa sebagai "Haykal" (kedua) semenjak hampir 2000 tahun yang lalu. Mereka juga pada waktu ini sedang mempersiapkan pakaian para kohanem (paderi) dan rabbi yang akan berkhidmat di dalam Haykal, menyiapkan segala perhiasan-perhiasan di dalam Haykal dan juga menyusun jadual kerja para kohanem.

6. Machon HaMikdash (Temple Institute)

Ditubuhkan pada tahun 1983 oleh Rabbi Israel Ariel, Moshe Neiman dan Michael Ben Horin di kawasan penempatan Yahudi dalam kota Baitul Maqdis. Rabbi Ariel merupakan orang nombor dua dalam gerakan Kach pada tahun 70-an, namun pada 1980 beliau telah dikeluarkan dari pertubuhan tersebut kerana mengeluarkan idea yang radikal berkenaan pembinaan semula Haykal.

Dalam Persidangan Haykal yang diadakan pada tahun 1998 di International Conference Center, Baitul Maqdis, beliau telah menyeru agar para peserta menyertai persidangan itu pada tahun berikutnya. Pada tahun berikutnya, beliau telah datang dengan memakai baju pekerja buruh binaan dengan katanya, “Saya bersedia untuk membinanya sekarang!”. Tindakan beliau ini didorong oleh ideanya bahawa Haykal mestilah dibina sekarang dan bukannya dibina oleh Messiah.

Manakala Neiman dan Ben Horin merupakan bekas ahli pertubuhan Kach yang aktif, mereka turut mempunyai aspirasi yang sama dengan Ariel. Pertubuhan ini telah membina pasu (balang) untuk mengisi kitab suci (200 commandments), namun ia hanya boleh digunakan apabila terbinanya Haykal.

Pertubuhan ini mendapatkan dana dari Kementerian Pelajaran, Kementerian Pendidikan rejim Zionis dan pertubuhan Sherut Leumi, iaitu pertubuhan wanita-wanita beragama Yahudi. Mereka juga menerima bantuan daripada pertubuhan-pertubuhan Kristian Protestan dari Amerika dan Eropah yang bercita-cita untuk menubuhkan Haykal.

7. Hai Ve Kayam (Enduring)

Ditubuhkan pada tahun 1990 oleh sekumpulan aktivis radikal dan pengganas Yahudi bawah tanah. Di antara penggerak mereka ialah Yehuda Etzion dan sekumpulan ekstremis dari kawasan penempatan Yahudi di Bat Ayin, Gush Etzion. Kumpulan ini mendakwa bahawa mereka adalah kumpulan yang telah ditugaskan oleh Tuhan untuk membina semula kegemilangan “Negara Israel” dan mereka juga mendakwa bahawa kehidupan mereka adalah berdasarkan adat istiadat “Haykal ketiqa”.

Di antara aktivis mereka yang terkenal ialah Yoav Lerner, orang yang bertanggungjawab menubuhkan gerakan radikal bawah tanah Yahudi ekstrimis yang bernama Gal. Kumpulan Gal mempunyai matlamat untuk menubuhkan sebuah negara “agama” Yahudi berdasarkan ajaran Halachah dan juga bercita-cita untuk meletupkan Masjid al-Aqsa yang didakwa sebagai sebuah bangunan “haram” yang didirikan di atas tanah Haykal.

Beliau telah ditangkap sebanyak tiga kali oleh pihak rejim kerana percubaan meletupkan Masjid al-Aqsa dari tahun-tahun 70 an sehingga tahun 90-an. Di antara anggota lain kumpulan Hai Ve Kayam yang terkenal adalah dari kalangan tokoh-tokoh radikal dan pengganas Yahudi seperti Kapten Moti Karpel dan Noam Livnat (saudara Limor Livnat) yang merupakan seorang penuntut di sebuah institut pengajian agama Yahudi radikal yang terkenal iaitu “Joseph's Tomb Yeshiva” di Hebron. Dipetik dari Maszlee Malik (2006). Kuala Lumpur: JIM International & JIMedia.