1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Sifat Dan Karakteristik Yahudi

Maha Suci Allah, pencipta alam buana, pencipta segala makhluk di alam raya tidak kira alam wujud atau alam ghaib. Begitulah Maha Hebat Al Khalik yang amat takruf dan mengetahui tentang yang diciptakanNya. Bangsa Yahudi juga ciptaan Allah, maka sudah tentu Allah lebih arif tentang mereka dari kita yang amat jahil ini. Allah yang amat penyayang telahpun mengabadikan sifat-sifat, tingkah laku dan karakteristik bangsa Yahudi ini di dalam Al Quran yang telah diturunkan kepada Rasulullah, rasul junjungan kita sebagai mengajar rasul dan umat Islam agar lebih berhati-hati dengan orang dan bangsa Yahudi. Sejarah dari zaman Rasul dan juga dari zaman-zaman nabi sebelumnya telah terbukti sifat buruk bangsa ini. Mari kita selidiki asal-usul bangsa Yahudi dan timbulnya perkataan Israel. Perkataan Israel menurut terjemahan Hamka merupakan gelaran hormat yang Allah kurniakan kepada Nabi Yaakub. Dalam bahasa Ibrani il membawa maksud Allah maka Israel membawa maksud Amir pejuang bersama Allah. Nabi Yaakub mempunyai 12 orang anak. Anak kedua beliau bernama Yahuda. Yahuda mempunyai ramai anak dan membentuk sebahagian besar dari suku kaum bangsa Israel. Keturunan Yahuda berkembang sebagai bangsa dan agama yang dipanggil Yahudi. Menurut buku Al Mu’jam al Mufahras li al-fazh Al Quran tulisan Muhammad Fuad Abdul Baqi, Yahudi disebut sebanyak 9 kali dalam Al Quran, Israel sebanyak 43 kali dan bani Israel sebanyak 13 kali. Di dalam sirah dan perjalanan hidup Rasulullah beserta para sahabat, terdapat beberapa suku bangsa Yahudi disebut. Antaranya Bani Quraizah, Bani Nadir dan Bani Qainuqa. Allah di dalam Al Quran telah menggambarkan sikap dan karakteristik bangsa Yahudi begitu teliti. Hikmahnya amatlah banyak. Yang pertama sebagai amaran kepada kita umat Islam sedunia, akan kebencian dan niat mereka yang sentiasa bekerja untuk memusnahkan kita umat Islam. Yang kedua, sebagai amaran kepada seluruh umat manusia seluruh dunia supaya lebih berhati-hati dalam berurusan dunia dengan mereka seperti urusan perniagaan kerana cirri-ciri mereka bangsa Yahudi yang suka menipu dan memutar belitkan fakta. Dari khazanah yang tidak  ternilai di dunia ini, iaitu Al Quran maka inilah karakteristik bangsa Yahudi: (1)  Amat membenci orang-orang Islam: Yahudi amat-amat terperasan yang mereka adalah bangsa pilihan; bukan bangsa manusia yang lain. Kedatangan Islam yang membawa mesej bahawa semua umat manusia adalah sama rata kecuali mereka yang bertaqwa dan beriman dengan tidak mengira dari bangsa manapun mereka berasal merupakan halangan besar kepada tercapainya cita-cita bangsa Yahudi untuk menguasai dunia dan memperhambakan bangsa yang lain. Marilah kita menghayati wahyu Allah dari surah Al Maidah ayat 82: “ Pasti akan kamu dapati orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman, ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.....” Bagi merealisasikan cita-cita, mereka menubuhkan organisasi Freemasonry. ‘Freemasonry International’ bertujuan membina Negara Yahudi di atas runtuhan Masjid Al Aqsa. (2)  Umat yang paling banyak bertanya. Pepatah melayu mengatakan: “kalau tidak bertanya sesat jalan”. Bertanya adalah satu proses pembelajaran bagi mendapatkan panduan dan kebenaran bagi mencapai satu tujuan yang baik. Contohnya bertanya cara- cara membuat kek agar ianya lebih sedap. Malangnya sikap bertanya yang ada pada bangsa Yahudi ini begitu pelik. Pertanyaan mereka bertujuan untuk melambat-lambatkan perlaksanaan perintah Allah, sebagai ejekan kepada perintah Allah dan yang paling penting untuk tidak melaksanakan perintah Allah. Mereka adalah kaum yang engkar. Marilah kita hayati kisah orang Yahudi dengan Nabi Musa di dalam surah Al Baqarah bermula dari ayat 67 hingga 71. Pada akhir ayat 71 dinyatakan “.......Lalu mereka menyembelihnya dan nyaris mereka tidak melaksanakan perintah itu” Kisah ini merupakan perintah Allah kepada Bani Israel untuk menyembelih sapi. (3)  Umat yang suka mengingkari perintah Allah dan Rasul. Apakah kita semua aktivis-aktivis pembebasan Palestin hatta Bangsa-bangsa Bersatu yakin bahawa Israel dan bangsanya Yahudi akan menurut segala perintah dan amaran? Apakah kita akan percaya sekiranya Amerika sekutu kuat mereka memerintahkan agar Israel berhenti mengepung Gaza akan mereka patuhi? Maka inilah jawapan Al Quran di dalam Surah Al Baqarah ayat 91 dan 92. Nabi Musa memerintahkan mereka mengabdikan diri dan mematuhi segala perintah Allah tetapi mereka telah mengambil anak sapi sebagai sembahan mereka. Sedangkan perintah Allah mereka berani langgar dan cabuli, inikan pula perintah manusia. (4)  Mengubah dan memutar belitkan kebenaran. Berikut adalah kenyataan sikap mereka dalam ayat 75 surah Al- Baqarah. Tidak hairanlah mereka mengubah dan memutar belitkan fakta-fakta mengenai serangan ke atas kapal Mavi Marmara. Sudah terbukti sejak dari zaman nabi Musa lagi, dan yang ketaranya mengenai isu Palestin sewaktu perjanjian Oslo. Begitu juga sikap mereka yang semborono memusnahkan ladang zaitun milik turun temurun rakyat Palestin di tebing barat dalam tahun 2009 dengan alasan bahawa tuan yang menandatangi geran dalam Negara haram Israel telah meninggal dunia dan warisnya tidak punya kuasa atas tanah itu dan ianya menjadi milik Negara haram itu. Oleh: Dr Kursiah Mohd Razali. (HALUANPalestin)

Israel & Amerika Merterai Perjanjian Bina Perisai Tercanggih

Jerusalem, 26 Julai 2010 - Israel dan Amerika Syarikat telah menandatangani perjanjian untuk membina perisai balistik Arrow II yang mampu menembak jatuh peluru berpandu di dataran yang lebih tinggi, demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan Israel pada hari Ahad (25/7). Arrow III akan membolehkan Israel "menangani ancaman peluru berpandu balistik dengan jarak jauh" dan akan memberi "kemampuan untuk menembak jatuh senjata pemusnah besar-besaran di luar atmosfera," kata kementerian itu dalam sebuah pernyataan. Israel menjelaskan bahawa sistem Arrow adalah sebagai persiapan pertahanan mereka terhadap ancaman Iran.  Amerika Syarikat, sekutu  baratnya dan Israel mengesyaki program nuklear awam Iran direka untuk menghasilkan bom nuklear. Namun Teheran telah menyangkal dakwaan tersebut. Arrow dihasilkan secara usahasama  oleh syarikat milik kedua Negara, iaitu Israel Aerospace Industries dan syarikat Amerika Boeing Co dan telah melibatkan  hampir  $ 1 bilion dana dari AS sejak awal tahun 1988 lagi. (Reuters/Haaretz)

Penyusunan Semula Kerakyatan Zionis Israel

Awal pagi semalam, Selasa 3 Ogos 2010, seramai 230 orang pendatang Yahudi daripada Amerika Utara tiba di Lapangan Terbang Ben Gurion. Mereka berlepas daripada Lapangan Terbang John F Kennedy di New York dengan menaiki kapal terbang sewa khas. Ini merupakan sebahagian daripada program membawa masuk pendatang Yahudi di bawah kendalian Nefesh B'Nefesh, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menguruskan penghijrahan Yahudi daripada Amerika Utara dan Britain ke Israel. Presiden rejim Zionis, Shimon Peres hadir ke upacara di lapangan terbang bagi menyambut ketibaan mereka dan seterusnya menyerahkan dokumen pengenalan diri kepada setiap pendatang itu. Seramai 85 orang daripada mereka adalah pemuda yang telah berikrar untuk menyertai pasukan keselamatan Israel. [caption id="attachment_4220" align="alignright" width="468" caption="Selamat datang: Perez bersama-sama pendatang Yahudi"]Selamat datang: Perez bersama-sama pendatang Yahudi[/caption] Suku pertama tahun ini menyaksikan peningkatan sebanyak 20% dalam penghijrahan Yahudi daripada Amerika Utara ke Israel, berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lalu. Pada tahun 2009, seramai 3,814 orang Yahudi daripada Amerika Utara berpindah ke Israel. Ketibaan mereka ini disusun hanya beberapa hari selepas Parlimen kerajaan pengganas Israel (Knesset) membuat ketetapan untuk mengusir seramai 400 orang anak-anak pekerja asing yang bukan berketurunan Yahudi. Ahad lalu, Knesset memutuskan untuk mengusir sehingga 1,200 orang anak-anak pekerja asing dan keluarga mereka yang bukan berketurunan Yahudi, terutama mereka yang berasal daripada Sudan, Russia, Thailand, Ukrain, Eritia dan Romania. Ramai dari kalangan penganut Yahudi ultra-ortodoks mendakwa kewujudan anak-anak pekerja asing ini di dalam masyarakat mereka akan mencemar 'sifat-sifat' Yahudi Israel. Editor akhbar The Herald menyebut, "sejarah telah mengajar kita bahawa elemen asing yang berhijrah ke negara yang menawarkan pekerjaan akan memusnahkan negara yang menerima mereka masuk, atau mengambil-alih negara tersebut". Beliau menambah, "ratusan orang asing beragama Kristian, Budha, Islam dan Hindu membahayakan karakter-karakter Israel sebagai negara Yahudi". Menurut seorang penulis Yahudi, A. Yitzhaki, anak-anak bukan Yahudi (dipanggil haredi) merupakan golongan yang perlu diperangi dalam rangka memusnahkan perkembangan mereka, dengan apa cara sekalipun, terutama sekali melalui kaedah membiarkan mereka kebuluran. (mn/YNet/Haretz) [caption id="attachment_4221" align="alignleft" width="450" caption="Menunggu deportasi: saya tidak ada masa untuk mendapatkan paspot"]Menunggu deportasi: saya tidak ada masa untuk mendapatkan paspot[/caption]

Kenyataan Netanyahu: Jerusalem adalah Negara Bagi Kami

Walaupun terus menerima kecaman antarabangsa yang datang bertubi-tubi akan tindakan Israel dalam isu pembangunan ribuan pemukiman baru di Jerusalem, namun kerajaan Israel terus bersikap tidak peduli dan ambil kisah. Sebaliknya, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, telah menegaskan hak Israel untuk melakukan pembangunan di Jerusalem, setelah berdiskusi dengan Amerika Syarikat berkaitan perancangan pembangunan rumah baru di kota tersebut. "Jerusalem bukan sekadar pemukiman, melainkan negara bagi kita," katanya di Washington pada Selasa lepas. (22/3). Namun Netanyahu tidak menyebutkan rancangan kontroversinya untuk membangunkan 1600 buah rumah baru di Jerusalem Timur dalam ucapannya di hadapan kelompok lobi Amerika pro-Israel. Sebelum itu, Menteri Luar Amerika Syarikat, Hillary Clinton, mengatakan dalam pertemuannya dengan pemimpin Israel bahawa mereka telah membuat pilihan yang sukar bagi usaha perdamaian. Di lain pihak, pihak berkuasa Palestin sangat marah terhadapIsrael atas desakan pembangunan baru di wilayah Jerusalem yang diduduki.(mirzah/bbc)

Israel Rancang Wujudkan Universiti di Tebing Barat Palestin

Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak, telah memutuskan untuk menaiktarafkan Institusi Perguruan Yudea dan Samaria, yang terletak di pemukiman Ariel di Tebing Barat, sehingga menjadi pusat universiti. Ini merupakan satu langkah maju untuk mendapat pengiktirafan sebagai universiti. Institusi Perguruan Tinggi ini juga akan diberikan tambahan dana yang signifikan, sehingga memungkinkannya untuk meningkatkan jumlah mahasiswa. Walaubagaimanapun, ratusan profesor dan pensyarah dari universiti terkemuka Israel telah mengecam keputusan pentadbiran mereka untuk mengakui universiti pertama yang dibangunkan di atas tanah Palestin yang diduduki di Tebing Barat. Kecaman juga keluar dari kelompok antarabangsa untuk boikot universiti Israel. "Perkara ini merupakan sebuah kesalahan untuk dapat membuat sebuah universiti Perguruan Tinggi di luar persempadanan Negara Israel dan ianya mahu diiktiraf oleh  Dewan Pendidikan Tinggi," antara kenyataan mereka dalam sebuah akhbar kepada Dewan Pendidikan Tinggi sebagaimana dilaporkan oleh Haaretz, pada hari Rabu (10/2). Institusi Perguruan Tinggi ini adalah institusi perguruan terbesar Israel dan telah wujud sejak tahun 1982 sebagai kampus Tebing Barat hasil kerjasama dengan Bar Ilan University di Ramat Gan, berhampiran dengan Tel Aviv. Kerjasama dengan Universiti Bar Ilan berlangsung pada tahun akademik 2004-2005 dengan keputusan pentadbiran institusi untuk menjadi beroperasi secara sendiri dan mengejar status universiti. Pada tahun 2007, lembaga pendidikan ini menyatakan institusi mereka sebagai 'pusat universiti', satu keputusan yang juga disokong oleh Kementerian Pendidikan dan Dewan Pendidikan Tinggi. (mirzah/palcron)

Tokoh Yahudi: Bayi Muslim dan Kristian Boleh DI Bunuh Jika Membahayakan Israel

Seorang Hakhom, panggilan untuk tokoh agama Yahudi, mengaku tidak ragu-ragu sanggup membunuh bayi kecil yang bukan Yahudi, yang masih menyusui, jika dianggap akan membahayakan. Kenyataan yang penuh kebencian itu diungkapkan oleh Hakhom Yetzak Shabera, salah satu pimpinan lembaga keagamaan Yahudi. Kenyataan itu ditulis beliau dalam buku Torat Malek, yang diterbitkan sendiri oleh dirinya yang berasal dari komplek pemukiman Yahudi Etshar, berhampiran Nablus. Buku yang terdiri dari 230 halaman itu isinya adalah kumpulan fatwa para tokoh Yahudi yang mengizinkan pembunuhan orang-orang bukan Yahudi. Meskipun buku itu tidak dimasukkan dalam perpustakaan umum, tapi kenyataan itu mendapat respon meluas dari pelbagai aliran kanan ekstrim Yahudi di Israel. Buku itu sendiri dijual secara umum dengan harga 30 sheikel dan dibuat dalam rangka memperingati kematian setokoh Yahudi ekstrim, Maer Kahana. Di samping dijual ecara bebas, isinya juga boleh dilihat melalui laman-laman sesawang kelompok ekstrim Israel di internet. Kekerasan dan kebencian Yetzak terhadap kaum bukan Yahudi, terutamanya Muslim dan Palestin. Selain kepada Muslim, mereka juga  menyeru agar pembunuhan juga dituju kepada warga Kristian, yang memiliki warga negara Israel lantaran dianggap merbahaya ke atas Israel. Dan yang paling mengerikan adalah kenyataannya, bahawa beliau tidak segan silu  membunuh anak anak yang dianggap menentang Yahudi atau membawa bahaya bagi Yahudi, walaupun anak itu masih menyusu.(mln/alqd)