1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Zionis Akhirnya Minta Maaf Serangan Maut Ke Atas Mavi Marmara

marmara-01ANKARA, TURKI, 22 Mac 2013 – Setelah hampir tiga tahun berdegil, berdalih dan beberapa siri perbicaraan mahkamah dan kecaman daripada pencinta keamanan antarabangsa, akhirnya rejim pengganas zionis Israel terpaksa akur dan memohon maaf di atas tindakan kejam jenayah mereka menyerang dan membunuh sembilan warga Turki dalam misi pelayaran kemanusiaan MV Mavi Marmara pada tahun 2010.

Read more...

Masjid al-Aqsa Memasuki Tahap Sangat Merbahaya Perancangan Zionis

aqsa-bahaya-01BAITULMAQDIS, 9 Feb 2012 -- Tindakan pihak berkuasa rejim pengganas zionis Yahudi merobohkan bangunan-bangunan Islam di sebelah utara Dataran Buraq adalah sebagai persediaan mereka untuk membina sebuah sinagog besar bersebelahan dengan Masjid al-Aqsa. Ini merupakan fasa keenam dan terakhir dalam perancangan zionis Yahudi untuk membina Haikal Sulaiman di atas runtuhan Masjid al-Aqsa.

Read more...

Zionis Luluskan Projek Penempatan E1

e1-01TEBING BARAT, 5 Disember 2012 -- Kementerian Pertahanan rejim Zionis telah meluluskan secara rasmi perlaksanaan projek membina penempatan baru peneroka Yahudi di kawasan East One (E1).

Read more...

Zionis Sasar Orang Awam Dengan Senjata Haram

gaza4-01GAZA, 17 Nov 2012 - Kesatuan Jawatankuasa Penjagaan Kesihatan (UHCC) mendakwa rejim Zionis telah sengaja mensasarkan kanak-kanak dan wanita di Gaza dengan menggunakan senjata yang dilarang oleh badan-badan antarabangsa.

Read more...

Zionis Sekat Ubat Ke Gaza

gaza-ubatBETHLEHEM, 16 Nov 2012 - Pihak Otoriti Palestin (PA) mendakwa rejim pengganas Zionis Yahudi menyekat usaha membawa bantuan perubatan ke Gaza di satu sekatan (checkpoint) di sini.

Read more...

Yahudi Israel Cuba Menutup Sejarah "Pembersihan Etnik Palestin"

26 Okt - Menteri Pendidikan di Israel telah memutuskan untuk menarik buku pelajaran sejarah kerana kandungan bahagian yang ada di dalam buku tersebut membicarakan tentang pengusiran warga Palestin pada tahun 1948 untuk pembentukan negara Israel, menggambarkan hal itu sebagai 'Ethnic Cleansing. " Sumber-sumber media Israel mengatakan, buku pelajaran, yang akan diajarkan kepada kelas menengah, akan diterbitkan semula selepas perubahan dilakukan. Memetik satu satu kenyataan di dalam buku tersebut menyatakan: "Orang-orang Palestin dan negara-negara Arab berpendapat bahawa sebahagian besar pelarian adalah warga awam yang diserang dan diusir dari rumah mereka oleh pasukan bersenjata Yahudi, yang melaksanakan dasar pembersihan etnik." Israel sering menuduh bahawa bangsa Palestin tidak dipaksa keluar dari Palestin, namun Israel mendakwa bahawa warga Palestin meninggalkan perkampungan mereka berdasarkan arahan tentera Arab yang berjanji untuk menyerbu daerah mereka. Sementara itu, sejarawan Israel, Ilan Pappe telah menerbitkan sebuah buku berjudul "Pembersihan Etnik Palestin." Buku Ilan Pappe telah mencetus kritikan  berskala besar di kalangan Zionis di seluruh dunia. Buku beliau adalah didasarkan atas dokumen-dokumen yang diambil daripada arkib Kementerian Pertahanan Israel. Buku ini menunjukkan bahawa Yahudi Zionis telah merancang untuk pembentukan Israel di tanah Palestin yang didiami oleh penduduk Palestin. Buku tersebut juga telah memberikan butiran yang ditetapkan oleh para pemimpin Yahudi tentang bagaimana untuk menyingkirkan penduduk Palestin yang ada. imm