1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Menelusuri Kejatuhan Khilafah Utsmaniyah: Sultan Abdul Hamid II (1842 - 1918)

"Anakku, ayah melihat orang-orang di sini sudah mulai memuji paras rupa dan kecantikanmu. Maka mulai hari ini ayah ingin kamu mengenakan hijab dengan sempurna, kerana kamu sudah menjadi wanita dewasa sekarang." [caption id="attachment_2086" align="alignleft" width="95" caption="Sultan Abdul Hamid II"]Sultan Abdul Hamid II[/caption] Ungkapan kata penuh kasih sayang itu dituturkan dengan suara lembut oleh Sultan Abdul Hamid II kepada anaknya Aishah saat mereka melintasi hadapan Masjid Hamidiye Yildiz yang terletak tidak jauh dari pintu masuk istananya. Di hadapan masjid ini, terlalu banyak kisah yang memilukan hati menimpa diri dan keluarga Sultan. Percubaan pembunuhan dengan meletakkan bom di dalam kereta kuda Sultan. Pengeboman itu terjadi selang beberapa saat seusai solat Jumaat. Allah masih menghendaki Sultan Abdul Hamid tetap bertakhta memimpin umat. Usaha khianat untuk menamatkan nyawa orang nombor satu di dunia Islam itu telah gagal. Di hadapan istana ini, Sultan sering melaksanakan solat dan keluar menemui rakyat yang selalu dekat di hatinya. Di situ juga, Sultan sesekali menunggang kuda ditemani anaknya Aishah, sambil menitahkan erti pentingnya menegakkan syariah bagi muslimah. Sejak saat itu anaknya mutahajibah (berhijab) sempurna, ini menandakan puterinya Aishah Osmanuglu telah memasuki usia aqil baligh. Istana Yildiz yang diperbuat dari kayu ini adalah tempat tinggal pilihan Sultan Abdul Hamid II, setelah beliau meninggalkan segala bentuk kemewahan kaum keluarganya yang sebelum ini di Istana Dolmabahce. Sultan Abdul Hamid II, lahir pada hari Rabu, 21 September 1842. Dengan nama lengkapnya, Abdul Hamid Khan II bin Abdul Majid Khan. Sultan adalah putera Abdul Majid dari isteri kedua beliau. Ibunya meninggal saat Abdul Hamid berusia 7 tahun. Sultan menguasai bahasa Turki, Arab, dan Parsi. Gemar membaca dan bersyair. Sebelumnya, kekhalifahan dipimpin bapa saudaranya iaitu Abdul Aziz yang berkuasa cukup lama. Sultan Abdul Aziz digulingkan kemudian dibunuh oleh musuh politik Khilafah Utsmaniyyah. Khalifah setelah Abdul Aziz adalah Sultan Murad V, putera Abdul Aziz. Namun kekuasaannya tidak berlangsung lama dan digulingkan setelah 93 hari berkuasa kerana dianggap tidak upaya menjadi khalifah. Sultan Abdul Aziz mewariskan negara dalam keadaan hiruk pikuk dan tidak terurus. Tunggakkan hutang luar negeri, parlimen yang tidak berfungsi, campur tangan asing di dalam negeri, tarik menarik antara pelbagai kepentingan Dewan Negara dan Dewan Menteri serta para ahli politik yang korup. Pada 14 Ogos 1876 (1293 H), Sultan Abdul Hamid dibai'at sebagai Khalifah. Saat itu usianya 34 tahun. Dia menyedari bahawa pembunuhan bapa saudaranya serta perubahan-perubahan kekuasaan yang terjadi saat itu merupakan konspirasi global melawan Khilafah Islamiyah. Namun Sultan Abdul Hamid II dapat menjalankan pemerintahannya dengan baik, sering berbicara dengan pelbagai lapisan masyarakat, baik kalangan ahli politik ,  intelektual, rakyat jelata mahupun dari kelompok-kelompok yang kurang disukainya (lihat Shaw, 1977:212). Kebijaksanaannya mengurusi urusan seluruh kaum Muslimin membuatkan ia semakin popular. Namanya sering disebut dalam doa-doa di setiap solat Jumaat di seantero bumi. Sokongan padu  kaum Muslimin dan kesetiaan mereka terhadap Sultan Abdul Hamid II ini berhasil  mengurangi tekanan Eropah terhadap Utsmaniyyah. Abdul Hamid mengembangkan amanah dengan memimpin sebuah kerajaan yang luasnya membentang dari timur dan barat. Di tengah situasi negara yang genting dan kritis. Beliau menghabiskan 30 tahun kekuasaannya sebagai Khalifah dengan dikelilingi konspirasi, mehnah, fitnah dari dalam negeri sementara dari luar negeri ada perang, revolusi, dan ancaman globalisasi dan tuntutan pelbagai perubahan yang senantiasa terjadi. Termasuk usaha jahat yang sistematik yang dilakukan kaum Yahudi untuk mendapatkan tempat tinggal tetap di tanah Palestin yang masih menjadi sebahagian dari wilayah kekhalifahan Utsmaniyyah. Pelbagai langkah dan strategi dilancarkan oleh kaum Yahudi untuk menembus dinding khilafah Utsmaniyyah, agar mereka dapat memasuki Palestin. Pertama, pada tahun 1892, sekelompok Yahudi Rusia mengajukan permohonan kepada Sultan Abdul Hamid, untuk mendapatkan keizinan tinggal di Palestin. Permohonan itu dijawab Sultan dengan ucapan "Pemerintan Ustmaniyyah memaklumkan kepada seluruh kaum Yahudi yang ingin hijrah ke Turki, bahawa mereka tidak akan diizinkan menetap di Palestin", mendengar jawaban seperti itu kaum Yahudi amat kecewa, sehingga duta besar Amerika turut campur tangan. Kedua, Theodor Hertzl, penulis Der Judenstaat (Negara Yahudi), pengasas negara Israel sekarang, pada tahun 1896 memberanikan diri menemui Sultan Abdul Hamid sambil meminta izin mendirikan perniagaan di al Quds. Permohonan itu dijawab Sultan: "Sesungguhnya jajahan  Utsmani ini adalah milik rakyatnya. Mereka tidak akan menyetujui permintaan itu. Sebab itu simpanlah kekayaan kalian itu dalam kantung kalian sendiri". Melihat keteguhan Sultan, mereka kemudian membuat strategi ketiga, iaitu melakukan Konferensi Basel di Switzerland, pada 29-31 Ogos 1897 dalam rangka merumuskan strategi baru menghancurkan Khilafah Ustmaniyyah. Oleh kerana peranan dan aktiviti Yahudi Zionis yang terlalu mendesak dan semakin menjadi-jadi, akhirnya Sultan pada tahun 1900 mengeluarkan keputusan pelarangan atas rombongan penziarah Yahudi di Palestin untuk tinggal di sana lebih dari tiga bulan, pasport Yahudi harus diserahkan kepada petugas khilafah yang berkaitan. Dan pada tahun 1901 Sultan mengeluarkan keputusan mengharamkan penjualan tanah kepada Yahudi di Palestin. Pada tahun 1902, Hertzl untuk kesekian kalinya mengadap Sultan Abdul Hamid untuk melakukan penyogokan (rasuah). Di antara sogokkan yang Hertzl tawarkan kepada Sultan adalah : 1. 150 juta poundsterling Inggeris khusus untuk Sultan. 2. Membayar semua hutang pemerintah Ustmaniyyah yang mencapai 33 juta poundsterling Inggeris. 3. Membangun kapal induk untuk pemerintah, dengan biaya 120 juta Frank 4. Memberi pinjaman 5 juta poundsterling tanpa bunga. 5. Membangunkan Universiti Ustmaniyyah di Palestin. Semuanya ditolak Sultan, bahkan Sultan tidak mahu menemui Hertzl, diwakilkan kepada Tahsin Basya, Perdana Menterinya, sambil menberikan pesanan, "Nasihati Mr Hertzl agar jangan meneruskan rancangnya. Aku tidak akan melepaskan walaupun sejengkal tanah ini (Palestin), kerana ia bukan milikku. Tanah itu adalah hak umat Islam. Umat Islam telah berjihad demi kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiraminya dengan darah mereka. Yahudi silakan menyimpan harta mereka. Jika Khilafah Utsmaniyah dimusnahkan pada suatu hari, maka mereka boleh mengambil Palestin tanpa membayar harganya. Akan tetapi, sementara aku masih hidup, aku lebih rela menusukkan pedang ke tubuhku daripada melihat Tanah Palestin dikhianati dan dipisahkan dari Khilafah Islamiyah. Perpisahan adalah sesuatu yang tidak akan terjadi. Aku tidak akan memulai pemisahan tubuh kami selagi kami masih hidup." Sejak saat itu kaum Yahudi dengan Zionisme melancarkan gerakan untuk menumbangkan Sultan. Dengan menggunakan pelbagai kempen dan istilah seperti "liberation", "freedom", dan sebagainya, mereka menyebut pemerintahan Abdul Hamid II sebagai "Hamidian Absolutism", dan sebagainya. "Sesungguhnya aku tahu, bahawa nasibku semakin terancam. Boleh saja aku berhijrah ke Eropah untuk menyelamatkan diri. Tetapi untuk apa? Aku adalah Khalifah yang bertanggungjawab atas umat ini. Tempatku adalah di sini. Di Istanbul!" Tulis Sultan Abdul Hamid dalam catatan hariannya. Pada malam 27 April 1909, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya didatangi beberapa orang tamu yang tidak di undang. Kedatangan mereka ke Istana Yildiz menjadi catatan sejarah yang tidak akan pernah dilupakan. Mereka datang atas nama perwakilan 240 anggota Parlimen Utsmaniyyah-di bawah tekanan dari Turki Muda-yang setuju penggulingan Abdul Hamid II dari kekuasaannya. Senator Sheikh Hamdi Afandi Mali mengeluarkan fatwa tentang penggulingan tersebut, dan akhirnya dipersetujui oleh anggota senat yang lain. Fatwa tersebut didapati sangat aneh dan setiap orang pasti mengetahui track record perjuangan Abdul Hamid II bahawa fatwa tersebut bertentangan dengan realiti sebenar yang berlaku di Turki dan empayar kerajaan Islam. Keempat utusan itu adalah Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Utsmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersamanya adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga panglima Ketenteraan Utsmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat daerah Daraj di Meclis-i Mebusan. "Bukankah pada waktu seperti ini adalah masa di mana aku harus menunaikan kewajibanku terhadap keluargaku. Tidak bolehkah kalian bicarakan masalah ini esok pagi?" Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tiba-tiba dan mendesak. Tidak ada simpati di raut wajah mereka. "Negara telah memecat Anda!" Esat Pasha memberitahu kedatangannya dengan nada angkuh. Kemudian satu persatu wajah anggota rombongan itu diperhatikan dengan saksama oleh Sultan. "Negara telah memecatku, itu tidak ada masalah,.... tetapi kenapa kalian membawa serta Yahudi ini masuk ke tempatku?" Spontan Sultan murka yang amat sangat sambil menudingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso. Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dialah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika ingin mendapatkan keizinan menempatkan Yahudi di Palestin. Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tempat pemukiman Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun. Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermukim di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat riwayatnya. Jelas terlihat bahawa saat tersebut adalah saat pembalasan paling dinanti oleh Yahudi, di mana Abdul Hamid II yang telah menolak menjual Palestin pada mereka, telah mereka tunjukkan di depan muka Abdul Hamid II sendiri bahawa mereka turut serta dalam penggulingannya dari kekuasaan. Mendung menyeluputi wajah Abdul Hamid II dan wajah Khilafah Islamiyah. "Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk menyampaikan berita penggulinganku malam itu." Sultan Abdul Hamid meluapkan derita hatinya di dalam catatan hariannya. Perancangan menggulingkan Sultan sebenarnya sudah dilaksanakan lama sebelum malam itu. Beberapa Jumaat belakangan sebelum peristiwa hitam itu, nama Sultan sudah tidak disebut lagi di dalam khutbah-khutbah. "Walaupun anda dipecat, kelangsungan hidup anda berada dalam jaminan kami." Esat Pasha menyambung pembicaraan. Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puterinya yang terpaksa menyaksikan pengkhianatan terhadap dirinya. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian yang memilukan malam itu. "Bawa adik-adikmu ke dalam." Sultan Abdul Hamid menyuruhh Amir Abdul Rahim membawa adik-adiknya ke dalam kamar. "Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma satu hal yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku sebagai ayah perlu menyekolahkan mereka." Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan. Sultan sedar akan tidak ada gunanya membantah keputusan yang dibawa rombongan itu. Itulah kerisauan terakhir Sultan Abdul Hamid. Membayangkan masa depan anak-anaknya yang ramai. Sembilan lelaki dan tujuh perempuan. Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-mentah oleh keempat orang itu. Malam itu juga, Sultan bersama para anggota keluarganya dengan hanya mengenakan pakaian yang yang di pakai pada malam tersebut di angkut di tengah gelap gelita menuju ke stesyen kereta api Sirkeci. Mereka diusir pergi meninggalkan bumi Khilafah, ke istana milik Yahudi di Salonika, tempat pengasingan negara sebelum seluruh khalifah dimusnahkan di tangan musuh Allah. Khalifah terakhir umat Islam, dan keluarganya itu dibuang ke Salonika, Yunani. Angin lesu bertiup bersama gerimis salju di malam itu. Pohon-pohon yang tinggal rangka, seakan turut sedih mengiringi tragedi memilukan itu. Di Eminonu, terlihat Galata di seberang teluk sedih. Bukit itu pernah menyaksikan kegemilangan Sultan Muhammad al-Fatih dan tenteranya yang telah menarik 70 kapal menyeberangi bukit itu dalam tempoh satu malam. Mereka menerobos teluk Bosphorus yang telah dirantai pintu masuknya oleh Kaisar Constantinople. Sejarah itu sejarah gemilang. Tidak akan pernah hilang. Terhadap peristiwa pemecatannya, Sultan Abdul Hamid II mengungkap kegundahan hatinya yang dituangkan dalam surat kepada salah  seorang gurunya Syekh Mahmud Abu Shamad yang berbunyi: "...Saya meninggalkan kekhalifahan bukan kerana suatu sebab tertentu, melainkan kerana tipu daya dengan pelbagai tekanan dan ancaman dari para tokoh Organisasi Persatuan yang dikenal dengan sebutan Cun Turk (Jeune Turk), sehingga dengan berat hati dan terpaksa saya meninggalkan kekhalifahan itu. Sebelumnya, organisasi ini  telah mendesak saya berulang-ulang agar menyetujui dibentuknya sebuah negara nasional bagi  bangsa Yahudi di Palestin. Saya tetap tidak menyetujui permohonan tersebut yang datang bertubi-tubi tanpa ada rasa malu. Akhirnya mereka menjanjikan wang sebesar 150 juta pounsterling emas. Saya tetap dengan tegas  menolak tawaran itu. Saya menjawab dengan mengatakan, "Seandainya kalian membayar dengan seluruh isi bumi ini, aku tidak akan menerima tawaran itu. Tiga puluh tahun lebih aku hidup mengabdi kepada kaum Muslimin dan kepada Islam itu sendiri. Aku tidak akan mencoreng lembaran sejarah Islam yang telah dirintis oleh nenek moyangku, para Sultan dan Khalifah Uthmaniah. Sekali lagi aku tidak akan menerima tawaran kalian." Setelah mendengar dan mengetahui sikap dari jawaban saya itu, mereka dengan kekuatan gerakan rahsianya memaksa saya meninggalkan kekhalifahan, dan mengancam akan mengasingkan saya di Salonika. Maka terpaksa saya menerima keputusan itu daripada menyetujui permintaan mereka. Saya banyak bersyukur kepada Allah, kerana saya menolak untuk mencoreng Daulah Uthmaniah, dan dunia Islam pada umumnya dengan noda abadi yang diakibatkan oleh berdirinya negeri  Yahudi  di tanah Palestin. Biarlah semua berlalu. Saya tidak bosan-bosan mengulang rasa syukur kepada  Allah Ta'ala, yang telah menyelamatkan kita dari aib besar itu. Saya rasa cukup di sini apa yang perlu saya sampaikan dan sudilah Anda dan segenap ikhwan menerima salam hormat saya. Guruku yang  mulia. mungkin sudah terlalu banyak yang saya sampaikan. Harapan saya, semoga Anda beserta jama'ah  yang anda dapat memaklumi semua itu. Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. 22 September 1909 ttd Pelayan Kaum Muslimin (Abdul Hamid bin Abdul Majid) Deru langkah tentara kedengaran melangkah menuju istana. Meriam ditembakkan sebagai tanda Sultan Mehmed V dinobatkan menjadi penguasa Utsmaniyyah. Rasmilah malam itu Sultan Mehmed V menjadi Khalifah ke 99 umat Islam sejak Abu Bakr al-Siddiq ra. Tetapi khalifah yang satu ini sudah tidak memiliki kekuasaan apa-apa. Hanya boneka pengumpan yang hanya akan mempercepatkan pemberontakan untuk pembubaran Khilafah Utsmaniyyah. "Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku merasa begitu tenang dan aman. Seperti sebuah gunung besar yang selama ini mengendap di dadaku, ketika diangkat terasa lega!" keluh Sultan Abdul Hamid Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan. Anak-anaknya yang lain turut menangis. Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju ke Salonika Yunani penuh misteri. "Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematian itu kesudahan untuk semua." Sultan Abdul Hamid memberi motivasi kepada seluruh kerabatnya saat keretapi sedang meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang. Sejarah kegemilangan 600 tahun Bani Utsman, berakhir malam itu. Balutan hitam yang mustahil untuk diputihkan kembali. Di tengah suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjurkan kakinya di atas bangku kereta api sambil dipicit-picit oleh anaknya Fatimah. "Sabarlah anakku, negara tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada umat Muhammad ini." Sultan mengusap wajahnya yang berlinangan air mata. Terlalu lama Sultan dan keluarganya dikurung di istana milik Yahudi itu. Mereka dikurung dalam kamar tanpa perabotan sama sekali. Pintu dan jendela dilarang dibuka. Hari demi hari, adalah penantian kematian sebelum mati bagi Sultan dan keluarganya. Akhirnya pada tahun 1912, Sultan Abdul Hamid dihantar pulang ke Istanbul, akan tetapi anak-anaknya dipisah-pisahkan, bercerai berai. Dibuang ke Perancis menjadi pengemis yang hidup meminta-minta di lorong jalan. Keadaan semasa di pembuangan Salonika atau di istana tua Beylerbeyi Istanbul sama saja bahkan lebih parah. Sultan dan beberapa anggota keluarganya yang masih tinggal tidak dibenarkan keluar sama sekali hatta sekadar pergi ke perkarangan istana kecuali untuk solat Jumaat di luar istana, tentunya dengan penjagaan yang amat ketat. Makanan untuk Sultan dan putera puterinya disukat sedemikian rupa, dengan kualiti makanan yang sangat rendah bahkan seluruh hartanya dirampas habis oleh tentera Ataturk. Hari-hari yang dilalui Sultan dalam pembuangan dan pengasingan sangat menyedihkan. Dia dan keluarganya selalu diancam akan dibunuh, istana tua itu akan diledakkan. Pada suatu pagi selesai solat Subuh, Sultan memanggil puteranya, Abdul Rahman. Dialah ahli waris terpenting setelah ketiadaan Sultan nanti. "Kita akan berikan semua harta kita kepada pihak tentera kerana mereka memaksa kita menyerahkannya." Keluh Sultan kepada Abdul Rahman dengan nada sedih. Puteranya itu menangis teresak hebat. Dia menjadi amat takut dengan para tentera yang bengis itu. Beberapa hari kemudian di lobi Deutche Bank, Istanbul, terjadi peristiwa penyerahan secara paksa semua harta Sultan, termasuk seluruh tabungan Sultan kepada pihak tentera. Sultan tinggal di istana tua sebagai penjara di Beylerbeyi selama 6 tahun dalam situasi yang sangat mengaibkan. Tubuh kurus kering dan mengidap penyakit paru-paru yang semakin parah. Sultan benar-benar dikuarantinkan dari dunia luar, sehinggakan untuk mengubati penyakit disukarkan oleh pihak tentera. "Maafkan saya, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal," doktor yang merawat Sultan Abdul Hamid sambil berbisik. Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asmanya semakin serius. Doktor sudah tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Sultan Abdul Hamid II menghembuskan nafas terakhir dalam penjara Beylerbeyi pada 10 Februari, 1918. Pemergiannya diratapi seluruh penduduk Istanbul kerana mereka sudah sedar. Akibat kebodohan mereka membiarkan Khilafah Utsmaniyyah dilumpuhkan setelah pelucutan jabatan khilafahnya, 10 tahun yang lalu. Menangislah... tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan itu. Wa...Islama!!! Sumber; Harb, Muhammad (1998). Catatan Harian Sultan Abdul Hamid II. Darul Qalam, ; Asy-Syalabi, Ali Muhammad (2003). Bangkit dan Runtuhnya Khilafah 'Utsmaniyah. Pustaka Al-Kautsar, 403-425. [email_link] [print_link]

Fakta Kekejaman Yahudi Israel

Ini adalah senarai kekejaman Yahudi Israel. Hampir semuanya dilakukan sebelum gerakan intifadah pertama. 1.    Pembantaian Yehida, 1947: 13 orang Islam terbunuh. 2.    Pembantaian Khisas, 1947: 10 orang Islam terbunuh. 3.    Pembantaian Qazaza, 1947: 5 anak-anak Islam terbunuh. 4.    Pembantaian di Deir Yassin, 1948: Selama serangan ini, wanita-wanita hamil dirobek perutnya dengan bayonet senapang, anggota tubuhnya dipotong-potong, dan yang lainnya diperkosa. Sekitar 52 orang anak-anak disiat-siat tubuhnya di depan mata ibunya, lalu mereka dibunuh secara keji. Lebih dari 280 warga Palestin syahid di tangan zionis. 5.    Pembantaian Hotel Semirami, 1948: 19 warga Palestin terbunuh. 6.    Pembantaian Naser al-Din, 1948: Sekelompok pengganas Zionis berpakaian tentara Arab menembak penduduk kota yang meninggalkan rumahnya untuk menyambut mereka. Hanya 40 orang yang terlepas dari pembunuhan ini, dan desa tersebut terhapus dari peta. 7.    Pembantaian Tantura, 1948: 200 orang Muslim terbunuh. 8.    Pembantaian Masjid Dahmash, 1948: 100 orang Islam terbunuh. Sekitar 60,000 warga Palestin keluar dari negerinya, dan 350 orang lebih terbunuh dalam perjalanan kerana keadaan kesihatan yang parah. 9.    Pembantaian Dawayma, 1948: 100 orang terbunuh. Sebahagian besar yang terbunuh sedang berada di Masjid untuk melakukan solat Jumaat. Wanita-wanita Palestin diperkosa selama serangan ini, sementara rumah-rumahnya diledakkan dengan dinamit, padahal ada orang di dalamnya. 10.    Pembantaian Houla, 1948: 85 umat Islam Palestin terbunuh. Tentara Yahudi Israel memaksa 85 orang untuk masuk ke dalam sebuah rumah, kemudian rumah itu dibakar. Setelah itu, sebahagian besar warga yang merasa takut melarikan diri ke Beirut. Dari 12000 penduduk asli Houla, hanya 1200 orang yang masih ada. 11.    Pembantaian Salha, 1948: 105 orang Islam terbunuh. Setelah penduduk suatu desa dipaksa masuk ke Masjid, orang-orang tersebut dibakar hingga tidak seorang pun yang terselamat. 12.    Pembantaian di Qibya, 1953: 96 orang Islam terbunuh. Sebahagian besar mayat mengalami kecederaan akibat tembakan di belakang kepala, dan ramai yang tanpa kepala. Bersama orang-orang yang terbunuh di bawah runtuhan rumah mereka, ramai wanita-wanita dan anak-anak tidak berdosa dibunuh secara kejam. 13.    Pembantaian Kafr Qasem, 1956: 49 orang Islam terbunuh. 14.    Pembantaian Khan Yunis, 1956: 275 orang Islam terbunuh. 15.    Pembantaian di Kota Gaza, 1956: 60 warga Palestin terbunuh: 16.    Pembantaian Fakhani, 1981: 150 orang Islam terbunuh. 17.    Pembantaian Sabra dan Shatila, Lebanon, 1982: Meragut nyawa lebih dari 3000 warga Palestin. Pengarah pembantaian itu adalah Ariel Sharon yang bekerjasama dengan kelompok Phalangis Kristian, Lebanon. (Catatan: Setelah Perang 1967, Sharon telah menyebabkan 160,000 orang Palestin meninggalkan Jerusalem Timur dan menjadi mangsa di kem pelarian. Ketika Sharon menjadi penguasa keamanan di Jalur Gaza, 16,000 warga Palestin diusir untuk kedua kalinya). 18.    Pembantaian di Masjid Aqsa, 1990: 11 syahid dan 800 tercedera. 19.    Pembantaian di Masjid Ibrahimi, 1994: Lebih dari 50 orang Islam terbunuh dan 300 orang cedera. 20.    Pembantaian Qana, 1996: 109 terbunuh. Pemandangan mengerikan kerana pembantaian ini, termasuk anak-anak yang dipenggal kepalanya, tidak akan pernah dilupakan.

Hadith Kejayaan Islam Memerangi Yahudi

Dari Abi Hurairah ra. bahawa Nabi SAW bersabda, "Tidak akan terjadi hari kiamat hingga kalian (muslimin) memerangi Yahudi, kemudian batu berkata di belakang Yahudi, "Wahai muslim, inilah Yahudi di belakangku, bunuhlah!" (HR Bukhari dan Muslim dalam Shahih Jami’ Ash- Shaghir no. 7414) "Tidak akan terjadi hari kiamat, hingga muslimin memerangi Yahudi. Orang-orang Islam membunuh Yahudi sampai Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon. Namun batu atau pohon berkata, "Wahai muslim, wahai hamba Allah, inilah Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuh saja. Kecuali pohon Gharqad (yang tidak demikian), kerana termasuk pohon Yahudi." (HR Muslim dalam Shahih Jami’ Ash-shaghir no. 7427)

Ulama Palestin: Kesatuan Umat Islam Satu-satunya Jalan Untuk Kemerdekaan Kota Suci dan Masjid Al-Aqsa

Syeikh Yusuf Jum’ah Salamah, salah seorang ulama Masjid Al-Aqsa al-mubarak menegaskan bahawa bangsa Arab dan Umat Islam perlu segera menyelesaikan pertikaian dan perpecahan yang terjadi di kalangan masyarakat Islam dan ianya merupakan satu-satunya jalan untuk mengembalikan kota-kota suci, memerdekakannya dan membersihkannya dari najis Yahudi pencinta kezaliman, terutama masjid Al-Aqsa yang suci.Dalam konferensi yang diselenggarakan di pejabat Persatuan Wartawan Mesir hari ini. Beliau menyeru kepada para ulama umat Islam agar berperanan dalam menjelaskan hakikat pertikaian dan perseteruan yang sebenarnya antara Arab dan Zionis, bahawa hal tersebut merupakan perang agama bukan perang politik belaka, dan memberikan peringatan bahawa perancangan dan konspirasi busuk Zionis hampir mencapai kesempurnaan untuk menyahudikan Al-Quds, yang mana pada akhirnya akan memberi kesan yang amat buruk kepada masa depan Masjid Al Aqsa. Terkini Yahudi telah mengeluarkan arahan agar memusnahkan 55 rumah orang Islam yang berhampiran dengan Masjid Al Aqsa. Beliau juga menegaskan bahawa entiti Zionis berusaha mengukuhkan kedudukan mereka ke atas kota Al-Muqaddasah (kota yang suci) dan menerapkan shibghah(acuan) Zionisme di atasnya serta menghilangkan pelbagai unsur dan simbol Arab, Islam dan Nasrani di dalamnya. Selain dari itu, beliau juga mengingatkan bahawa umat Islam pada hakikatnya memiliki banyak kekuatan untuk memperoleh kemenangan seperti ekonomi yang kuat, idea yang hebat dan sumber manusia yang aktif bekerja, namun yang kurang dari mereka adalah persaudaraan dan ukhwah. Syeikh Salamah juga mengatakan bahawa apa yang terjadi di Al-Quds saat ini bukan perkara yang baru, namun merupakan sebahagian dari rentetan perancangan Zionis yang diawali sejak munculnya Yahudi di kota yang suci ini setelah perang dan sikat agresif mereka pada tahun 1967, dan perkara yang pertama kali dilakukan Zionis pada saat itu adalah mendirikan tembok yang mereka namakan dengan “Tembok Ratapan” Beliau juga memuji atas sumbangan dan bantuan pelbagai bangsa di dunia, Arab dan Islam terhadap Al-Quds dan Gaza, namun beliau tetap meminta bantuan lebih dengan melakukan usaha untuk membantu dan memperjuangkan bersama warga Palestin di Al-Quds dan mendirikan hubungan baik dengan mereka di pelbagai sektor seperti dalam bidang perniagaan, pembinaan semula bangunan dan perumahan, membangunkan hospital dan melengkapinya dengan peralatan dan kemudahan yang memadai. Berkenaan tindakan menyahudikan al-Quds yang terus diusahakan oleh kerajaan haram Israel, beliau berkata: “Usaha penggalian dan penghancuran pada tiang-tiang asas Masjid Al-Aqsa bukan idea parti politik di Israel , namun itu semua merupakan strategi Zionis yang telah disepakati bersama oleh seluruh parti sekalipun masih terjadi perbezaan pendapat di antara mereka, dan setiap dari mereka memainkan peranannya sesuai dengan waktu dan kemampuan”. Beliau juga menegaskan bahawa fail penggalian tidak berada di tangan pemerintah namun terdapat pada tangan-tangan lembaga-lembaga ekstrim yang berusaha melakukan konspirasi pecah belah pertubuhan dan organisasi Islam di Palestin,  dan dalam masa yang sama sikap berdiam diri bangsa Arab dan warga antarabangsa turut menjadi sebab utama kepada tindakan Yahudi yang terus menerus menjayakan rancangan mereka. Salamah juga menekankan bahawa masjid Al-Aqsa dan kota suci bukan milik bangsa Palestin sahaja, namun merupakan milik umat Islam di seluruh dunia, sambil berkata: “Wahai saudara kami tercinta, Palestin adalah milik umat Islam, dan barangsiapa yang merasa memiliki sesuatu maka hendaknya ia menjaga dan mempertahankannya”. Beliau juga menjelaskan bahawa hubungan umat Islam dengan masjid Al-Aqsa adalah hubungan keyakinan dan aqidah. Ini kerana perjalanan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw. dalam peristiwa Isra dan Mi’raj merupakan mukjizat yang juga merupakan sebahagian dari aqidah dan keyakinan, selain itu Masjid al-Aqsa menjadi saksi akan perjuangan besar penegakkan agama Tauhid di kalangan para nabi dan rasul. Masjid Al Aqsa juga menjadi petunjuk kepada kita semua bahawa Islam memimpin semua umat tatkala Nabi saw. menjadi imam kepada semua para Nabi dan Rasul. Rasulullah saw. juga telah memberi peringatan dengan sabda baginda saw: “Umatku akan terus berada dalam kebenaran dan tetap berpegang teguh padanya serta tidak takut terhadap orang yang melecehkan dan menghinakannya. Para sahabat bertanya: Di manakah mereka wahai Rasulullah? Nabi menjawab: “Di Baitul Maqdis dan sekitarnya. Syeikh Salamah juga menegaskan bahawa bangsa Palestin masih tetap berpegang teguh dengan agama mereka, mempertahankan aqidah dan keyakinan mereka serta setia dengan bumi dan tanah air mereka, dan mereka tidak akan meninggalkan bumi Palestin sejengkal pun walau harus mati syahid kerananya.

Dialog Kebangsaan Palestin

Pada 1 April 2009 yang lalu telah berlangsung dialog kebangsaan Palestin di Kaherah. Dialog ini membabitkan pelbagai fraksi yang berjuang bagi pembebasan negara Palestin dari pendudukan dan pencabulan berterusan rejim zionis ke atas hak rakyat Palestin.
Penegasan yang diutarakan oleh Perdana Menteri Ismail Haneyya amat menepati tujuan dialog tersebut iaitu menamatkan sebarang perpecahan dan pemerintahan satu parti, melahirkan satu pakatan yang tulen dan membina semula PLO di atas dasar yang menjamin penglibatan semua pihak yang berjuang bagi rakyat Palestin. PLO perlu digerakkan semula di atas prinsip nasional yang tidak boleh dipinda iaitu pembebasan bumi Palestin dan hak rakyatnya untuk berjuang menentang pendudukan asing zionis. Hasrat ini perlu dizahirkan dalam bentuk institusi keselamatan Palestin yang berupaya untuk melindungi tanah air dan bekerja untuk menyediakan unsur-unsur yang boleh memberi kekuatan dan semangat kental kepada rakyat Palestin.
Mewakili pergerakan Hamas, Perdana Menteri Ismail Hanneya menegaskan bahawa beliau mahu mengujudkan kesepakatan sebagai syarat penting untuk mencapai pembebasan tetapi tidak dengan menggadaikan prinsip-prinsip nasional. Untuk menjelaskan pendirian tersebut, beliau sekali lagi menggariskan bahawa Hamas menerima sebuah negara Palestin berdasarkan kepada sempadan 1967 sebagaimana yang diperuntukkan oleh Resolusi PBB 242 dan 338 sebagai timbal balik dari gencatan senjata jangka panjang tanpa mengiktiraf Israel. Selama mana matlamat nasional disepakati, Hamas tidak akan bertindak sebagai penghalang kepada pencapaian matlamat tersebut.

Pendirian Hamas seperti yang digariskan oleh Perdana Menteri Ismail Haneyya tidak pernah berubah semenjak Hamas mengemukakan formula penyelesaian politiknya. Bahkan inilah pendirian Hamas yang dipertahankan ketika memenangi pilihanraya legislatif Palestin yang pertama pada awal 2006. Prinsip-prinsip ini yang mengundang kemarahan US dan sekutu-sekutunya yang terus mendesak agar Hamas menghentikan penentangan untuk membebaskan Palestin dari pendudukan haram zionis, mengiktiraf Israel dan menghormati semua perjanjian damai yang dimeterai di antara regim zionis dan pihak berkuasa Palestin. Hakikatnya tunduk kepada ugutan-ugutan ini hanya membawa satu maksud iaitu berlanjutannya atau berkekalannya pendudukan zionis dan penafian berterusan hak rakyat Palestin. Prinsip-prinsip tersebut adalah ‘National Constant’ yang tidak boleh dipertaruhkan. Akibatnya berlakulah sekatan ekonomi yang komprehensif dan ini disusuli pula dengan kepungan yang melumpuhkan Gaza sejak tahun 2007 dan berterusan pula dengan serangan biadap dan kebinatangan Israel ke atas Gaza pada akhir tahun 2008 dan permulaan tahun 2009.

Pendirian Hamas ini juga bukanlah sekadar slogan-slogan politik untuk menjuarai perjuangan pembebasan Palestin. Hamas tidak pernah melihat perjuangan mereka sebagai milik ekslusif Hamas dan sentiasa mencari ruang bagi meletakkan perjuangan mereka sebagai agenda nasional. Kerana itu langkah pertama setelah memenangi pilihanraya ialah mempelawa semua parti politik termasuk Fatah untuk membentuk kerajaan campuran. Pelawaan ini malangnya ditolak oleh Fatah yang lebih rela tunduk kepada tekanan luar. Meskipun pelbagai usaha dilakukan oleh US dan Israel untuk menggagalkan perpaduan di kalangan Palestin, terbentuk juga Kerajaan Perpaduan Palestin hasil dari Perjanjian Mekah 2007. Malangnya kerajaan perpaduan ini berakhir, sekali lagi akibat dari makar yang dirancang oleh US dan Israel melalui agen-agen upahannya di kalangan Palestin sendiri. Kini meskipun kerajaan Hamas menderita akibat serangan Israel di Gaza yang sekali lagi menyaksikan persekongkolan di antara regim zionis dengan sekutu-sekutunya dari pemimpin Arab samada di Tebing Barat dan negara-negara Arab yang berjiran, Hamas tidak berhenti dari menyeru kepada perpaduan seluruh rakyat Palestin.

Apakah ini tidak cukup sebagai testimoni murni perjuangan Hamas?

Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor

Pengarah PACE

Pusat Kecemerlangan Palestin

Mengenang Tokoh: As Syahid Sheikh Ahmad Yassin

ahmad-yasin1Mengenang Sheikh Ahmad Yassin 1938- 2004

Syeikh Ahmad Yassin telah dilahirkan di sebuah kampong bernama al-Jora, daerah Majdal di dalam wilayah Asqalan (Ashkelon) pada tahun 1938. Dia telah dibesarkan di sana sehingga tahun 1948 ketika pendudukan pengganas Yahudi ke atas bumi Palestin, dia dan keluarganya dipaksa berhijrah ke Semenanjung Gaza.

Membesar sebagai seorang pelajar yang cemerlang di dalam pelajarannya beliau amat disayangi oleh guru ? gurunya ketika berada di sekolah. Beliau juga merupakan seorang ahli sukan yang aktif di zaman persekolahannya. Di zaman mudanya beliau telah ditimpa kemalangan, di mana beliau telah terjatuh ketika sedang beriadah yang menyebabkan beliau mengalami lumpuh pada bahagian kakinya.

Keadaannya yang lumpuh itu tidak mengahalang beliau untuk meneruskan kecemerlangannya di dalam bidang pelajaran dan juga aktiviti ? aktiviti islam. Pada tahun 1964 beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Ain Shams di Kaherah. Pengajiannya di universiti tersebut walaubagaimanapun tidak sampai ke hujungnya apabila beliau telah dipenjarakan selama sebulan oleh pihak berkuasa Mesir kerana penglibatannya dengan pertubuhan Ikhwan Muslimin pada tahun 1966. Lebih dahsyat lagi beliau telah dihantar pulang ke Gaza oleh pihak berkuasa Mesir tanpa sempat menamatkan pengajiannya. Ujian yang getir ini tidak sedikit pun membunuh semangatnya untuk terus bergerak aktif dalam pertubuhan tersebut untuk memperjuangkan islam dan dakwah islamiyyah.

Kepulangannya ke Gaza telah menyaksikan bagaimana beliau bergerak aktif memperjuangkan islam sebagai guru bahasa Arab dan juga khatib di mesjid Gaza. Dalam tempoh yang singkat sahaja beliau telah menjadi terkenal di kalangan penduduk Gaza dengan khutbah ? khutbahnya terutamanya selepas pendudukan rejim Zionis ke atas Gaza pada tahun 1967.

Selain daripada dua tugas utama tersebut, Semenanjung Gaza juga telah menyaksikan jasa Ahmad Yassin sebagai pekerja kebajikan dan juga pendakwah yang gigih mendidik anak ? anak remaja dan para pemuda dengan didikan islam. Hasil dari usaha tersebut sekitar tahun 1969 dan 1970 pertubuhan Ikhwan Muslimin telah berkembang hebat di kawasan Gaza. Hasilnya pada tahun 1973 dengan bantuan anggota pertubuhan tersebut, Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya menubuhkan sebuah pertubuhan kebajikan yang menjaga kebajikan pelarian ? pelarian Palestin yang diberikan nama ?Mujamma al-Islam?.

Usahanya tidak terhenti setakat itu sahaja. Memandangkan keadaan di Palestin lebih memaksa umat islam di sana untuk berjihad, beliau dan beberapa anggota Ikhwan Muslimin yang lain telah menubuhkan sebuah gerakan jihad yang dinamakan sebagai ?al-Mujahidun al-Filastiniyun? pada tahun 1982 sebagai kesinambungan perjuangan ?Kataib Syuyukh? yang mengambil wasilah jihad sebagai landasan perjuangan mereka. Bagi Ahmad Yassin kelumpuhan dirinya tidak mengahalang dirinya dari usaha mendidik dan membina generasi mujahidin Palestin untuk berhadapan dengan penjajah Zionis yang telah menjajah bumi mereka dan juga Masjid al-Aqsa.

Pada tahun 1983, ketika beliau menjawat jawatan sebagai pengarah Pusat Islam di Gaza, beliau telah ditangkap dan dipenjarakan oleh pihak rejim Zionis diatas tuduhan memilki senjata api dan cuba untuk menggugat kerajaan Zionis Israel. Dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun melalui mahkamah tentera Israel, namun pada tahun 1985 hasil dari proses pertukaran tawanan di antara pihak PLO dengan rejim Zionis, beliau telah dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama 11 bulan.

Melihatkan kepada kondisi Negara ? Negara Arab yang tidak lagi berminat untuk memerdekan bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa, begitu juga dengan gerakan PLO yang semakin bersikap lunak terhadap rejim Zionis, Yassin dan juga rakan ? rakannya di dalam pertubuhan Ikhwan Muslimin telah menubuhkan gerakan pembebasan islam yang dikenali sebagai HAMAS pada tahun 1987. HAMAS telah memulakan corak baru penentangan cara baru, iaitu dengan mengadakan demonstrasi jalanan dan pertempuran secara bersemuka dengan pihak tentera Zionis. Kebanyakan ahli pergerakan ini dihasilkan dari masjid ? masjid dari kalangan orang ? orang muda yang dikenali dengan nama ?Atfal Hijarah? (Kanak ? kanak Batu) kerana menggunakan batu untuk berhadapan dengan tentera Zionis. Penentangan yang mempunyai impak yang besar terhadap rejim Zionis ini dikenali sebagai ?Intifadah?. Kesan dari ?Intifadah? ini amat hebat, pihak tentera Zionis terpaksa mengambil tindakan ? tindakan drastik sebagai tindak balas terhadap kemaraan gerakan HAMAS.

Sebagai natijahnya, pada bulan Ogos 1988 pihak tentera Zionis telah merobohkan rumahnya dan membuangnya ke sempadan Lebanon. Tidak cukup sekadar itu sahaja, pada 18/5/1989 beliau bersama ratusan anggota pergerakan HAMAS yang lain telah dipenajarakan kerana kejayaan operasi ? operasi yang telah dilancarkan oleh gerakan tersebut dalam usaha membunuh tentera ? tentera dan komando ? komando Israel. Sekali lagi mahkamah tentera Israel pada 16 / 10 / 1991 telah menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara ke atas Syeikh Ahmad Yassin di atas sembilan pertuduhan yang disabitkan ke atasnya, termasuk tuduhan membunuh, menculik dan juga menyerang tentera ? tentera Zionis.

Kesan dari penahanan tersebut beliau telah mengalami lumpuh seluruh tubuh kecuali kepalanya sahaja. Beliau juga mengalami kehilangan penglihatan mata kanannya dan juga kekaburan penglihatan pada mata kirinya selain daripada masaalah pendengaran akibat tekanan dan deraan yang dikenakan ke atasnya. Sepanjang tempoh itu juga beliau dihidapi jangkitan pada paru ? parunya dan juga hidapan pada abdomennya. Keadaan kesihatannya yang semakin parah itu telah memaksa pihak penjara terpaksa membawanya berulang ? alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan..

Pada 13/12/1992 kumpulan komando HAMAS yang dikenali sebagai Kataib al-Qassam telah berjaya menculik seorang tentera Zionis dan menawarkan pertukaran tawanan dengan pihak rejim. Mereka menawarkan pertukaran di antara tentera tersebut dengan pembebasan Syeikh Ahmad Yassin dan beberapa tawanan HAMAS lain yang sakit dan yang telah berumur. Pihak rejim Zionis walaubagaimanapun menolak permintaan tersebut malah cuba menyerbu masuk ke rumah di mana tenteranya ditawan dengan harapan untuk membebaskannya. Percubaan mereka gagal, tentera Zionis yang ditawan itu mati dibunuh berserta dua tentera Zionis yang lain dan juga tiga pejuang Palestin telah mati syahid di tempat kejadian. Kejadian tersebut berlaku di Bir Nabala berdekatan dengan kota Baitul Maqdis.

Pada 1/10/1997, hasil dari perundingan pertukaran tawanan di antara kerajaan Jordan dengan rejim Zionis Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya dibebaskan. Kerajaan Jordan yang telah berjaya memberkas dua orang anggota perisikan rejim Zionis ketika mereka gagal dalam percubaan untuk membunuh ketua biro politik HAMAS, Khaled Mishaal di Amman, Jordan. Demi untuk mendapatkan kembali dua perisik tersebut, pihak rejim Zionis telah bersetuju dengan tawaran yang diberikan oleh mendiang raja Jordan, Raja Hussin yang meminta Syeikh Ahmad Yassin dibebaskan.

Sejurus pembebasannya Syeikh Ahmad Yassin kembali memainkan peranannya sebagai pemimpin agama bagi gerakan HAMAS yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Palestin dan juga semakin digeruni oleh rejim Zionis. September 2000 telah menyaksikan tercetusnya Intifadah kali kedua selepas perdana menteri rejim Zionis, Ariel Sharon telah mencemarkan Masjid al-Aqsa bersama 200 tenteranya. Sekali lagi Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya membangkitkan rakyat PAlestin untuk bangun berjuang menentang kegilaan rejim Zionis. Impaknya amat besar kepada rejim Zionis. Kerugian harta dan nyawa yang dialaminya adalah yang paling teruk dalam 50 tahun penubuhan Negara haram Israel. Penentangan berlaku tiap ? tiap hari tanpa menunjukkan rasa menyerah kalah. Hasilnya pelabagi usaha dilakukan oleh pihak rejim demi mengekang kemaraan rakyat Palestin. Antaranya menyerang Bandar ? Bandar, membunuh orang ? orang awam, membina tembok pemisah, membunuh pejuang ? pejuang Palestin dan pemimpin ? pemimpin mereka.

Hasil dari kegilaan tersebut, beberapa pemimpin pejuang Palestin telah berjaya menemui syahid dibunuh oleh rejim Zionis dengan menggunakan jet ? jet pejuang, helikopter dan juga kereta ? kereta kebal mereka. Antaranya Salah Shahadah, Ismail Abu Shanab dan lain ? lain lagi. Syeikh Ahmad Yassin juga tidkak terlepas dari usaha jahat tersebut, seperti yang berlaku pada 6 / 9 / 2003 bilaman sebuah helikopter Apache milih tentera Zionis telah membedil dan merobohkan rumah Ahmad Yassin, mujurlah beliau selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kanannya. Begitu juga apa yang dialami oleh Abdul Aziz Rantisi, orang nombor dua HAMAS yang telah dibedil keretanya ketika beliau di dalam perjalanan.

Namun, pada subuh 22 / 3 / 2004, mereka sekali lagi menyerang Syeikh Ahmad Yassin ketika beliau dalam perjalanan pulang dari mesjid setelah selesai solat subuh secara berjemaah. Tiga buah roket telah dilancarkan ke atas Syeikh yang lumpuh itu telah berjaya mengorbankan diri Ahmad Yassin dan empat yang lain termasuk anaknya.