1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Nilai Umat Islam dari kacamata Yahudi

Sebelum kita mengambil keputusan mempertimbangkan untuk menerima tawaran damai dengan Yahudi, adalah lebih baik kita mengetahui terlebih beberapa kenyataan dan ucapan para pemuka Yahudi dan rabai-rabai mereka terhadap isu umat Islam Palestin. Bagi mereka, umat Islam di Palestin langsung tidak ada nilainya kerana nilai dan world view mereka sangat memandang rendah dan hina umat Islam di Palestin. Nilai dan world view Yahudi adalah berlandaskan kitab Talmud yang 100% telah bertentangan dengan kitab Taurat. Kitab Talmud mengarahkan Yahudi untuk bersikap rasis terhadap bangsa lain. Di antaranya memandang rendah serta menggelar bangsa selain dengan gelaran yang hina seperti Goy atau Goyim yang membawa maksud manusia lembu. Ia bukan satu dakwaan semata-mata, bahkan ia telah dimanifestasikan melalui kenyataan seorang tokoh Yahudi yang berbunyi: “(Orang Palestin) tidak lain hanyalah binatang yang berjalan di atas dua kaki.” [Menahem Begin]. Yahudi memandangkan manusia khususnya umat Islam di Palestin sebagai seekor haiwan, oleh sebab itulah Yahudi dengan kejamnya membunuh rakyat Palestin tanpa rasa belas kasihan sama ada lelaki, perempuan, orang tua atau kanak-kanak. Tindakan kejam tersebut juga disokong dengan kenyataan seorang tokoh Yahudi yang berbunyi: “Kita harus menggunakan keganasan, pembunuhan, menggertak, penyitaan tanah dan pemutusan semua khidmat sosial untuk membersihkan tanah Galile dari penduduk Arab.” [Israel Koenig]. Ini membawa maksud, keinginan mereka untuk menguasai bumi Palestin telah menghalalkan semua cara sama ada dengan konspirasi licik mahupun tindakan keganasan yang melampaui akal fikiran waras manusia normal. Sejarah juga telah membuktikan betapa benarnya kenyataan ini, Yahudi dengan rakusnya menceroboh dan merampas bumi Palestin kemudian mendakwa tanah tersebut adalah milik dan hak mereka. Mengapa begini? Menurut kitab Talmud: “Jika seseorang Yahudi telah mengayunkan penyodoknya ke tanah milik Goy, maka ia telah menjadi tuan keseluruhan tanah tersebut” [Baba Batra, 55 a]. Doktrin ini bukan hanya di atas kertas kitab Talmud sahaja, ia juga telah dimanifestasikan melalui ucapan seorang tokoh Yahudi: “Kita nyatakan secara terbuka bahawa orang Arab tidak mempunyai hak untuk tinggal walaupun satu sentimeter pun di Erzt Israel” [Rafael Eitan]. Yahudi berusaha siang dan malam untuk merealisasikan penyataan tersebut, di antaranya dengan menghapuskan fakta-fakta, simbol-simbol sejarah di bumi Palestin. Contohnya, kawasan perkuburan para sahabat Nabi SAW telah dihapuskan dan dijadikan sebagai taman permainan kanak-kanak. Perbuatan biadab Yahudi tersebut dibahaskan oleh seorang tokoh Yahudi: “Perkampungan Yahudi kita bangun di atas bekas perkampungan Arab, bahkan kita tidak pernah tahu nama perkampungan Arab tersebut dan saya tidak dapat menyalahkannya karena buku-buku geografi sudah tidak lagi dibaca. Lagipun perkampungan Arab sudah tidak lagi ada di sana.” [Moshe Dayan]. Yahudi memang sangat tergila-gilakan bumi Palestin, bukan hanya kerana kononnya Palestin tanah tumpah darah mereka serta terletaknya Haikal Sulaiman, akan tetapi kerana juga sifat tamak mereka yang luar biasa. Ariel Sharon pada tahun 1998 pernah berkata: “Setiap orang harus bergerak, berlari dan merebut puncak bukit sebanyak mungkin untuk memperluaskan penempatan, kerana apa yang kita rebut hari ini akan menjadi milik kita untuk selama-lamanya… Apa yang tidak kita rebut akan menjadi milik mereka.” Kerana sifat tamak inilah menyebabkan mereka cuba merampas bumi Palestin dengan pelbagai cara. Ternyata dalam sejarah manusia, cara yang digunakan oleh Yahudi tidak pernah bersifat toleransi, melainkan asas kekerasan dan keganasan menjadi pilihan mereka. Mengapa begini dan benarkah ia begitu? Yoram Bar Porath telah menyatakan sebagaimana dilaporkan dalam Haaretz pada April 1969: “Adalah menjadi kewajiban dari setiap pemimpin Israel untuk menjelaskan kepada masyarakat, dengan cara yang jelas dan berani, mengenai beberapa fakta tertentu yang telah dilupakan bersama berlalunya masa. Yang paling utama ialah bahawa tidak ada yang namanya Zionisme, kolonialisasi atau negara Yahudi tanpa pengusiran orang Arab dan penyitaan tanah mereka.” Inilah prinsip dan asas mereka, oleh yang demikian, masih bolehkah kita hanyut dalam mimpi dengan menyatakan bahawa perdamaian Yahudi adalah langkah yang baik? Tidak cukupkah beratus-ratus janji damai yang dikhianati Yahudi dijadikan pengajaran? Mari kita menilai sebuah kenyataan yang menggambarkan tindakan nekad dan konsisten Yahudi: “Kekuatan (ketenteraan) adalah satu-satunya yang mereka (rakyat Palestin) fahami. Kita akan gunakan kekuatan secara maksimum sehingga orang Palestin akan mendatangi kita dengan merangkak.” [Rafael Eitan]. Inilah tindakan yang akan terus digunakan oleh Yahudi selama-lamanya. Jika mereka berhenti bertindak, jangan disangka mereka telah menyerah kalah atau kecewa atau sudah berhenti bermimpi. Akan tetapi mereka sedang melaksanakan pelan dan tindakan yang lebih licik dan keji kerana inilah tekad mereka: “Kita harus membuat segala usaha untuk menjamin agar mereka (pelarian Palestin) tidak akan kembali (ke Palestin).”[Ben Gurion]. Di antara tindaka yng pernah mereka lakukan ialah menjatuhkan moral dan meruntuhkan motivasi umat Islam Palestin untk terus tinggal di bumi Palestin melalui tekanan-tekanan fizikal, psikologi dan sosial. Rabin dalam melaksanakan Rencana Dalet pada tahun 1960 berkata: “Kita akan mengurangkan peranan penduduk Arab (di Palestin) dengan menjadikan mereka tidak lebih hanya sekadar tukang potong kayu dan pelayan.” Yahudi terus mengamalkan dasar apartheid bagi tujuan merendah-rendahkan, menghina dan meruntuhkan semangat umat Islam Palestin untuk terus menetap di Palestin. Setelah menilai penyataan-penyataan tokoh-tokoh ekstrem Yahudi tersebut, adakah perlu kita pertimbangkan untuk berdamai dengan Yahudi? Perlukah kita sebagai umat Islam masih boleh berasa tenteram dengan propaganda Yahudi yang berupa janji-janji manis? Sebagai penutupnya, baik kita menilai pandangan Perdana Menteri Pertama Yahudi terhadap isu di Palestin: “Sekiranya saya seorang pemimpin bangsa Arab, saya tidak akan pernah membuat perdamaian dengan Israel. Ini wajar kerana kita telah merampas negeri mereka.” [David Ben Gurion] Sumber: palestinefolder.blogspot.com

ORDE BARU DUNIA siri 1

Fokus yang berikutnya ialah berkaitan dengan Order baru dunia (New World Order).
Muqaddimah Apa yang ingin sentuh di sini ialah berkenaan suatu tajuk yang seringkali kita dengar di dalam media-media barat, iaitu berkenaan konsep New World Order atau Orde Baru Dunia. Kita ingin melihat, apakah sebenar maknanya, hubungannya dengan ummah muslim . Asal kewujudan orde dunia Pertamanya, konsep yang kononnya dikatakan world order atau orde dunia ini adalah satu konsep yang wujud diakibatkan oleh proses modenisasi atau pengaruh modenisma yang berlaku di Eropah Barat. Dengan wujudnya pembaharuan ini, negara-negara mempunyai pelbagai kuasa. Negara yang kuat pula ingin menguasai hal-ehwal dunia. Mereka mahu membentuk satu orde, satu sistem yang mana hal-ehwal dunia ini dikuasai bagi memasti dan melindungi kepentingan kuasa-kuasa besar atau negara-negara kuat. Peraturan-peraturan dan jalan kepadanya inilah yang diertikan sebagai world order. Peperangan dunia pertama dan akibatnva Contohnya, selepas perang dunia yang pertama, negara-negara yang menang iaitu Britain dan Perancis, dengan disertai oleh Amerika Syarikat, telah membentuk satu orde dunia yang bertujuan untuk memastikan penguasaan mereka. Orde dunia ini termasuklah sistem yang berasaskan kepada konsep new domination atau penguasaan baru. Penguasaan baru ini adalah sesuatu yang serupa dengan apa yang kita ada sekarang di Bangsa-Bangsa Bersatu cuma ia tidak lebih langsung. lanya lebih ringkas dan mudah bentuknya. Negara-negara yang tewas di dalam peperangan dunia pertama pula ialah muslim iaitu daulah 'Othmaniyah, Jerman dan Itali. Inilah kuasa dunia yang kalah di dalam peperangan tersebut. Daulah 'Othmaniyah telah dipecah-pecahkan. Sistem tersebut, walaubagaimanapun telah gagal kerana sebaik sahaja selepas perang dunia pertama, Jerman kembali naik sebagai satu kuasa dan menjadi negara yang kuat. Jepun, Jerman dan Itali telah menjadi kuat dan mereka meminta hak dan suara mereka di dalam hal-ehwal dunia. Hitler, pemimpin Jerman di ketika itu, menulis kepada Churchill dan pemimpin Barat, meminta untuk diadakan satu perbincangan tolak-ansur, tetapi mereka menolak kerana ini bermakna mereka terpaksa berkongsi kuasa dengan negara yang kalah. Mereka tidak mahu melakukannya kerana mahu Jerman tunduk kepada mereka.

Pertama : Siapa yang membina Masjid Al-Aqsa? (Bahagian 1)

Ketika membahas masalah al-Aqsa dari sisi sejarah, maka untuk pertama kali kita memerlukan jawapan, siapa yang membina Masjid Al-Aqsa ? Masalah ini menjadi perbincangan di antara para ilmuwan dan sejarawan muslim. Mereka mengetengahkan sejumlah dalil dan bukti-bukti dan penelitian terhadap hadits-hadits yang berbicara tentang Masjid Al-Aqsa. Setidaknya ada tiga pendapat mengenai hal ini; 1. Para malaikatlah yang membangun Masjid Al-Aqsa 2. Nabi Adam AS 3. Nabi Ibrahim AS Namun pendapat pertama yang menyatakan, bahawa para malaikat yang membangun Masjid Al-Aqsa dilemahkan oleh para ulama. Mereka lebih condong bahawa yang membangunkan Masjid Al-Aqsa adalah seorang manusia, bukan para malaikat. Ini adalah kerana para malaikat mempunyai rumah sendiri dan membinanya di langit, iaitu Baitul Makmur sebagai ganti Ka'bah di bumi. Oleh kerana itu, kami menghindari pendapat pertama ini dan kembali mengkaji pendapat kedua dan ketiga, iaitu Nabi Adam AS dan Ibrahim AS. Untuk itu marilah kita bahas hadits-hadits di bawah ini. 1. Hadits dari Abu Dzar Al-Gifari ia berkata, aku bertanya kepada Rasulallah SAW, masjid apa yang paling pertama dibangun di muka bumi ini ?. Rasul menjawab, Masjid Al-Haram. Kemudian apa ? Lalu Masjid Al-Aqsa. Abu Dzar bertanya lagi, berapa tahun antara keduanya ? Nabi menjawab, 40 tahun. (Muttafaq Alaih). Dari hadits ini dapatlah kita peroleh keterangan bahawa Masjid Al-Aqsa dibangun setelah Masjid Al-Haram berselang waktu 40 tahun. Kalimat وضع dalam hadits menunjukan secara jelas penamaan dan penentuan bahawa tempatnya di Makkah Mubarokah dan tempat yang berdampingan dengan Makkah. Pendapat pertama menyebutkan bahawa Ibrahimlah yang membangun Masjid Al-Aqsa, kerana yang membangun Ka'bah adalah Nabi Ibrahim AS. Dan jarak antara keduanya sangat dekat iaitu selang 40 tahun. Sementara itu Nabi Ibrahim tinggal di Baitul Maqdis (Palestin) sementara dalam sejarah disebutkan, Nabi Ibrahim masuk Masjid Al-Aqsa dan solat di dalamnya serta bertemu dengan Raja Kaum Yabus yang soleh, "Raja Jujur". Bersambung ... (asy)

Kegigihan Isteri As Syahid Dr. Abdul Aziz Ar Rantisi

Kiriman ini adalah dari kawan yang bersama dalam program Puan Rasya Al Adlouni (Ummu Muhammad) yang merupakan isteri kepada As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi di Masjid Negeri Shah Alam pada 24 Mac 2009, Selasa lalu. Assalamualaikum, Alhamdulillah malam semalam, Selasa 24.3.09 saya dapat mendengar penyampaian dari Puan Rasya Al Adlouni (Ummu Muhammad) yang merupakan isteri kepada As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi di Masjid Negeri Shah Alam. Melihat kepada kekuatan ucapannya dengan suaranya yang begitu bersemangat sambil berdiri terasa seolah-olah yang berucap itu adalah As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi sendiri. Itulah tarbiyah yang telah dilaksanakan oleh Dr Abdul Aziz kepada isterinya yang akan meneruskan usaha-usaha dakwah dan jihad di Palestin walaupun beliau telah pergi menemui Allah swt dalam keadaan "Hidup Dan Mendapat Rezeki DariNYA". Puan Rasya Al Adlouni adalah simbol kegigihan wanita Gaza yang telah membuktikan bahwa semangat dan kekuatan wanita yang beriman benar-benar boleh kita jadikan contoh tauladan bagi kaum wanita di negara-negara umat Islam lain. Walaupun umurnya sudah 55 tahun dan kini mempunyai 20 orang cucu, beliau masih mampu berdakwah dan menyampaikan kebenaran tanpa ditimpa oleh perasaan lemah dan gentar. Marilah kita menelusuri jejak dan kekuatan wanita-wanita di Gaza yang sentiasa melahirkan pejuang-pejuang dan mujahid-mujahid yang akan membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Israel. Inilah kisah sebuah bangsa di atas sejengkal Tanah Suci. Penduduk Syam yang merangkumi Palestin, Lebanon, Syria dan Jordan memang penduduk yang mempunyai sifat keteguhan. Banyak peristiwa yang pernah berlaku di sana dan akan banyak lagi yang kelak akan berlaku di sana di akhir zaman ini. Semua kita harus belajar dari peristiwa ini terutama umat Islam. Semua segi harus menjadi pelajaran termasuk dari sisi kemanusiaan sebagai wanita. Tahun baru 2009 dimulai dengan kisah duka bagi umat Islam iaitu peperangan di Gaza. Pemandangan yang sangat memilukan. Namun Allah swt menjadikan peristiwa Gaza bukan sekadar untuk menjadi tontonan televisyen dan bualan para wartawan untuk bulan tersebut. Apa yang kita dengar dari berita: 1. Seorang ibu dari keluarga Samouni di Gaza melahirkan anaknya di tengah-tengah suasana pengeboman. 2. Seorang wanita mengatakan: "Tidak, tanah ini milik kami, apapun yang mereka lakukan tanah ini milik kami, kami akan tetap menentang mereka (Yahudi)." 3. Seorang wanita muda pergi ke kedai roti untuk membeli roti dan terpaksa beratur berjam-jam di tengah-tengah ledakan bom di Gaza. Ketika ditanya oleh wartawan mengapa ia tetap pergi ke kedai roti padahal ia dalam keadaan tidak selamat, ia menjawab: "Tinggal di rumahpun kami dibom sedangkan saya perlu membeli roti untuk keluarga di rumah, jadi saya perlu laluinya juga. kita hanya mati sekali." 4. Selama 22 hari perang, Israel berjaya membunuh 600 orang anak-anak Gaza dari lebih 1,300 mangsa yang meninggal, tapi selama masa itu pula lahirnya 3,500 bayi baru. Ramai wanita Gaza yang melahirkan kembar samada kembar dua atau kembar tiga. Sungguh luar biasa, hanya sehari sesudah kedua pihak menyatakan gencatan senjatanya masing-masing, polis lalu lintas sudah bertugas di jalan-jalan di Gaza, bahkan sekolah dibuka kembali kurang dari seminggu sesudah itu. Para murid saling menyapa ketika pertama kali berjumpa: "Hai kamu masih hidup ya?" Wilayah ini sudah tidak mempunyai bangunan parlimen, tidak mempunyai balai polis (walaupun anggota polisnya bertugas) dan seluruh bangunan pemerintah sudah hancur dibom bahkan masjid-masjid dan hospital serta sekolah tidak luput dari pengeboman. Infrastrukturnya boleh dikatakan sudah hancur tetapi ternyata struktur masyarakatnya tidak hancur, sistem sosialnya tidak terhapus bersama bangunan-bangunanny a. Solat berjamaah tetap dilaksanakan di tengah-tengah hujan bom di antara runtuhan bangunan dan masjid. Bahkan masjid mengumpulkan dana dari sebahagian jama'ah yang masih mempunyai sesuatu untuk disumbangkan kepada jiran tetangganya yang lebih memerlukan. Inilah sebuah bangsa yang mempunyai daya tahan yang amat tinggi. Jangan lupa, sebelum peperangan, Israel sudah mencekik Gaza dengan sekatan selama hampir 2 tahun dan itu menyebabkan semua penduduk Gaza mengalami kekurangan makanan kerana sukarnya untuk mendapatkan bahan makanan di samping harganya yang melambung tinggi. Dengan berita-berita seperti di atas kita telah mendapatkan gambaran betapa anak-anak Palestin dari generasi ke generasi telah ditempa oleh ujian berat dengan pelindung mereka yang tetap teguh yang terdiri dari para ibubapa terutama para ibu yang tetap menggenggam prinsip kesabaran di tengah-tengah ujian yang amat berat itu. Kita boleh meninjau beberapa kriteria yang menambah kesabaran mereka iaitu: 1. Tidak lemah mental mereka 2. Tidak lemah penampilan mereka 3. Tidak lemah aktiviti mereka Dari berita-berita yang diterima, para wanita Gaza tidak lemah mental mereka dan tidak akan mengalah kepada penjajah Israel, di mana kebanyakan mereka berpandangan bahwa perjuangan menentang penjajahan tetap akan diteruskan. Tidak ada yang gementar ketakutan ketika mendengar deruan pesawat pengebom di atas kepala mereka. Jika ditanya, mereka berkata dengan nada tegas bahwa mereka tidak takut kepada tentera Israel dan akan melawan dengan senjata alat dapur, jika berhadapan secara terus. Inilah di antara tanda tidak wujudnya kelemahan mental di kalangan mereka. Selain itu mereka tidak lemah penampilan di mana nampak jelas bahawa mereka tetap tegak ketika diwawancara oleh para wartawan, bahkan mereka masih boleh menyuarakan kekecewaan mereka kepada para pemimpin Arab yang tidak membantu mereka. Bahkan ada yang menunjukkan tangan ke arah kamera. Sikap tubuh mereka jelas menunjukkan bahwa mereka tidak lemah penampilan walaupun sesetengahnya dalam keadaan cedera dan menanggung kesakitan. Mereka juga tidak lemah dalam aktiviti mereka di mana walaupun tersisa sedikit kesempatan, mereka terus menjalankan aktiviti mereka samada ke pasar berjual beli, memakamkan ahli keluarga dan kerabat sehingga sempat pula bersilaturahim sesama saudara mereka di pasar. Di tengah-tengah aksi pengeboman, mereka sanggup beratur untuk membeli roti dengan mempertaruhkan nyawa mereka. Bahkan ada seorang ibu yang melahirkan anak di tengah-tengah pengeboman dengan hanya dibantu oleh ibunya dengan menggunakan lilin di malam hari. Berikut adalah beberapa kesimpulan yang dapat dibuat: 1. Wanita Gaza adalah wanita yang sabar, ujian apapun yang menimpa tidak membuatkan mereka gentar ketakutan berbeza dengan wanita Yahudi di Selatan Israel yang sehingga perlu dibawa ke hospital kerana "stress" atau tekanan mental menghadapi roket2 Hamas. 2. Ketabahan mereka ternyata didasari oleh iman dan ketaqwaan kepada Allah swt. Kita melihat mereka mengekang perasaan kesedihan mereka dengan berdoa mengangkat tangan kepada Allah swt mengutuk kekejaman Israel ketika menghadapi keadaan di mana rumah mereka hancur dan ahli keluarga yang terkorban. 3. Kuatnya keganasan dan permusuhan Yahudi justeru membuatkan mereka tetap tegak, teguh dan menentang. Penentangan wanita Gaza bukan dengan mengangkat senjata, tetapi dengan menunjukkan keteladanan dalam sikap berani menghadapi kenyataan peperangan yang keras dan kejam ini di hadapan anak-anak mereka. Nampak dari raut wajah mereka yang meskipun terurai dengan airmata tapi tetap berwajah tegar manakala anak-anak mereka menatap setiap bentuk bahasa badan ibu-ibu mereka. Pendidikan apa lagi yang terbaik dan paling efektif selain dari pendidikan menzahirkan keteladanan dalam kesabaran?. Cubalah kita amati bahasa tubuh mereka ketika diwawancara oleh para wartawan, baik semasa perang mahupun sesudahnya di mana keadaan mereka cukup tenang ketika menceritakan pengalaman mereka. Kaum wanita di Gaza tidak sesekali menyukai peperangan, namun jika peperangan merupakan takdir bagi bangsanya, kaum wanitalah yang memikul beban berat sebagai mangsa korban. Merekalah yang pertama sekali merasakan sukarnya hidup seharian di tengah-tengah suasana perang bermula dari persoalan mencari keperluan sehari-hari hingga kepada usaha menenangkan anak-anak mereka yang ketakutan. Belum lagi ditambah dengan jumlah mangsa korban utama sebagaimana di Gaza ini kerana senjata perang Israel sentiasa mengejar wanita dan anak-anak walaupun di tempat-tempat penginapan mereka.. Bagi bangsa yang terjajah dan dizalimi seperti ini, masa depan bangsanya terletak di bahu mereka. Kaum wanita Gaza tidak seharusnya menunjukkan kelemahan mental, ketakutan yang menimbulkan perasaan menyerah kepada musuh atau kelemahan aktiviti yang menyebabkan mereka tidak lagi dapat bergerak menjalani kehidupan mereka. Jika sikap-sikap kelemahan tersebut yang dilihat oleh anak-anak mereka pada hari ini, maka kita dapat bayangkan bahwa dalam masa 10 tahun ke hadapan, wilayah yang sekarang ini bernama Gaza mungkin akan berdirinya bandar-bandar pelancongan Israel dengan nama Yahudi sebagaimana nama Ashdod, Ashkelon, Sderot, Kiryat Shimona dan lain-lain. Ini kerana jika mereka (kaum wanita Gaza hari ini) lemah, maka anak-anak mereka akan tumbuh menjadi penakut dan mempunyai sikap mudah menyerah tetapi Alhamdulillah sekarang mereka tetap teguh dan InsyaAllah sampai hari Qiamat pun bangsa Yahudi tidak akan dapat merasa tenang dengan kezalimannya kerana akan sentiasa ada yang menentang mereka dari satu generasi ke generasi Palestin yang baru. Inilah yang seharusnya kita belajar daripada mereka.

Palestin dan Keruntuhan Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah

[caption id="attachment_1887" align="alignleft" width="183" caption="Peta Kejatuhan Khilafah Uthmaniah"]peta-kejatuhan-khilafah-uthmaniah[/caption] Dahulunya Palestin adalah sebuah wilayah Islam yang dijaga oleh Turki Uthmaniyyah. Selepas era kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah, maka seluruh Negara-negara Arab yang dinaungi oleh Turki ketika itu habis ‘difara'idkan' sesama Negara-negara penjajah. Palestin di masuki oleh Israel. Mesir dijajah oleh Inggeris, Libya dijajah oleh Itali, Afghansitan dijajah oleh Inggeris dan Soviet Union dan sekarang Amerika dan sebagainya. Berikut adalah sedikit sebanyak sejarah keruntuhan Khilafah Uthmaniyyah dan pengkhianatan terbesar ke atas Daulah Islam: Kisah pengkhianatan terbesar dalam sejarah Islam moden ini, bermula ketika Sultan Abdul Hamid II menolak permintaan Theodore Hertzel (Ketua Zionisme Antarabangsa dan anggota tertinggi Freemasonry) agar Khilafah Uthmani menyerahkan Palestin sebagai wilayah baru untuk Yahudi. Sejak penolakan ini pula, kekuatan lobi Yahudi mulai bermain keras. Mereka mulai membangkitkan gerakan-gerakan anti Sultan Abdul Hamid II. Antaranya adalah penubuhan Ittihad wat Taraqiy dan Fatat At-Turk iaitu gerakan pemuda-pemuda Turki yang telah didoktrin dengan fahaman sekular. Keduanya adalah gerakan dan organisasi yang diasuh dan dibesarkan oleh Gerakan Freemasonry di Turki. Agenda utamanya adalah menentang dan melakukan pemberontakan atas Sultan Abdul Hamid II. Parti ini untuk pertama kalinya terbentuk dan muncul sekitar tahun 1890. Digerakkan oleh mahasiswa Akademi Ketenteraan dan Kedoktoran Tentera. Mereka banyak melakukan gerakan rahsia untuk menjatuhkan kekuasaan Sultan Abdul Hamid II dari dalam terutama dari garis tengah tentera. Tahun 1897, gerakan ini terbongkar dan Sultan memerintahkan pembubarannya. Tanggal 4-9 Feb 1902, di Perancis dilakukan konferensi besar dengan agenda meruntuhkan Utsmani. Konferensi ini digerakkan oleh Ittihad wat Taraqiyy. Hasil dari konferensi tersebut, mereka meminta agar Negara-negara Eropah terlibat secara aktif untuk mengakhiri dan menyingkirkan Sultan Abdul Hamid II dari Daulah Turki. Bahkan mereka mendakwa diri telah menguasai sebahagian besar kekuatan ketenteraan di Negara Turki, termasuk pimpinan tertinggi ketenteraan, Mustafa Kamal Affandi. Dengan lantang Ittihad wat Taraqiyy mengatakan akan memimpin Turki dengan idoleogi Revolusi Perancis yang berdasarkan liberte, egalite dan fraternite. Peristiwa ini lebih dikenali dengan peristiwa 13 Mac. Sebuah aksi massa meledak dan menuntut penggulingan Sultan Abdul Hamid II, Pemuda-pemuda Turki yang berangkat ke Eropah saat itu, sebagaimana diberitahu oleh Sultan Abdul Hamid II, mereka mempelajari semua hal tentang Revolusi Perancis, kecuali satu hal iaitu siapa dibelakang Revolusi Perancis itu tidak dikaji. Lalu pemuda-pemuda secular Turki ini pulang ke Turki dan bergabung dengan segala pergerakan yang bertujuan untuk meruntuhkan Turki Uthmani. Akhir episode ini adalah keputusan yang ditandatangani dalam Perjanjian Lausanne, 20 Nov 1922. Dua pihak yang hadir adalah pemerintah baru Ankara (salah satu wilayah didalam Turki) yang disebut-sebut kononnya beliau mewakili kerajaan Turki Uthamniyyah dengan pihak Inggeris. Selama perundingan, Inggeris melalui Lord Curzon menetapkan beberapa syarat dan kondisi: 1) Penghapusan khilafah secara sepenuhnya. 2) Pengasingan atau halau khalifah keluar Negara. 3) Penyitaan semua kekayaan Khalifah. 4) Pengisytiharan pensekularan Turki. Dari pihak Turki Utsmani, mereka menolak dan menentang syarat-syarat yang diajukan kecuali beberapa tokoh sahaja termasuk Mustafa Kamal Afendi yang dunia lebih mengenalinya sebagai Mustafa Kamal Attaturk. Catatan: Artikel ini dipetik dari Majalah Sabili, Indonesia, edisi 18 Disember 2008 dan juga buku Gerakan Freemasonry-Musuh Dalam Menghancurkan Islam

21 Ogos 1969: Memperingati 39 Tahun Peristiwa Kebakaran Masjid al-Aqsa

kawasan-al-aqsaAdakah Masjid al-Aqsa pernah terbakar? Barangkali ramai lagi yang akan bertanya soalan yang sama. Di negara kita ini, gerak kerja dan usaha untuk menyedarkan umat Islam di Malaysia berhubung kesucian Masjid al-Aqsa dan kepentingan kota al-Quds masih agak ‘perlahan’ berbanding negara-negara dunia Islam yang lain. Justeru, siri penghinaan dan penodaan terhadap kesucian al-Aqsa al-Mubarak kurang mendapat perhatian berbanding isu-isu lain yang lebih sensasi. Cuba kita bayangkan sekiranya berlaku penjajahan di negara kita, lalu Masjid Negara atau Masjid Jamek secara tiba-tiba diserang dan dibakar! Adakah kita akan hanya melihat dan berpeluk tubuh? Tidak! Sudah tentu kita akan mempertahankannya dengan darah dan nyawa kita. Masjid adalah lambang maruah umat Islam, di mana di situlah mereka memperdengarkan laungan azan dan umat akan menyahutnya dengan mendirikan solat berjemaah. Ia sebagai simbol kesatuan dan kekuatan umat Islam. Apabila masjid mereka diceroboh dan dihina, maka maruah mereka juga telah diinjak dan dipijak-pijak. Namun, apakah sama nilainya Masjid Negara, Masjid Jamek K.Lumpur, Masjid Putrajaya, Masjid Shah Alam, Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid as-Syakirin KLCC atau mana-mana sahaja masjid di negara ini malah di atas muka bumi ini jika hendak dibandingkan dengan kemuliaan dan kesucian Masjidil-Haram, Masjid Nabawi dan Masjid al-Aqsa? Kesucian Masjid al-Aqsa sudah jelas melalui surah al-Israk, ayat 1. “Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Ianya juga ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis yang sahih: “Janganlah mempersiapkan diri untuk bermusafir melainkan ke tiga buah masjid, Masjid al-Haram, Masjid Rasul dan Masjid al-aqsa.” Sekiranya masjid-masjid di negara ini sanggup untuk kita pertahankan kehormatannya, maka sudah tentu ketiga-tiga masjid yang dinyatakan dalam hadis tersebut lebih utama lagi kedudukannya. Kita tidak dapat membayangkan sekiranya Masjidil-Haram ditakluk dan dikotori. Kita juga tidak rela Masjid Nabawi dicerobohi dan dinajisi. Maka atas dasar apakah kita berdiam diri selama lebih 41 tahun penaklukan kota al-Quds pada 7 Jun 1967 yang membawa kepada peristiwa pembakaran Masjid al-Aqsa pada 21 Ogos 1969 dan lawatan kontroversi Ariel Sharon memasuki dataran Masjid al-Aqsa pada 28 Sept 2000 dengan 600 tentera siap bersenjata dan lebih 3000 orang Yahudi untuk mengelilingi tempat suci itu? Kejadian tersebut meningkatkan kemarahan umum sehingga berlaku Intifadhah (kebangkitan) rakyat Palestin yang sehingga ke hari ini api perjuangan dan penentangan mereka masih belum dapat dipadamkan. Rakyat Palestin sudah cukup terseksa dengan pembunuhan dan kekejaman zionis saban hari. Kematian sudah menjadi perkara biasa di bumi jihad itu. Akan tetapi, mengapakah Intifadhah meledak pada saat itu? Jawapannya kerana kesucian Masjid al-Aqsa telah dinodai oleh tapak kaki Sharon yang mana merupakan Pemimpin Parti Likud yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri Israel , malah dia juga adalah watak utama dalam peristiwa berdarah Sabra dan Shatila (1982). israeli_police_attack_the_aqsa.jpg Begitulah kemuliaan dan keberkatan Masjid al-Aqsa, rakyat Palestin tidak boleh bertolak ansur lagi. Maka pada bulan ini, kita memperingati peristiwa pembakaran Masjid al-Aqsa dan hendaklah kita menanamkan rasa cinta dan semangat untuk membebaskan Masjid suci kiblat pertama umat ini. Tanggal 21 Ogos 1969 adalah salah satu tarikh hitam bagi umat Islam. Kerana pada tarikh ini kira-kira 39 tahun yang lalu, maruah umat ini telah tercalar dengan satu penghinaan. Seorang pelampau Yahudi bernama Micheal Denise Rohan telah menyalakan api di dalam Masjid al-Aqsa untuk membakar hangus lalu meruntuhkannya. Kejadian itu dianggap sebagai jenayah musuh yang paling menyakitkan bagi umat Islam. Keperitannya masih dirasakan sehingga ke hari ini. Rohan tidak bersendirian dalam jenayahnya itu. Dia mendapat sokongan dan koordinasi dari Rejim Zionis Israel yang mahu melihat Masjid al-Aqsa dihapuskan bagi memudahkan mereka membina Haikal Sulaiman di atas dataran suci itu. Dalam peristiwa tersebut, sebahagian besar masjid yang berkah itu mengalami kemusnahan termasuklah peralatan dalaman, dindingnya, Mimbar Salahuddin al-Ayyubi, Mihrab Zakaria, Masjid Umar bin al-Khattab, dan sebahagian serambi. Kemusnahan tersebut melebihi satu pertiga kawasan bangunan masjid iaitu kira-kira 1500 meter persegi daripada keluasan asal 4400 meter persegi. Malah bahagian atap masjid juga roboh menyembah bumi dan begitu juga dua tiang utama serta lengkungan yang menanggung kubah masjid. Tingkap-tingkap yang indah berwarna-warni serta hiasan ayat-ayat al-Quran turut musnah dalam kebakaran tersebut. Micheal Rohan ketika ditangkap telah berkata secara berterus-terang bahawa apa yang dilakukannya adalah satu kewajipan agama sebagaimana yang disebut dalam kitab Torah di sisi mereka. Dia juga mengaku telah berjaya dalam misinya yang menurutnya adalah merupakan perintah dari tuhan. Demikianlah, sekiranya ektremis Yahudi ini meyakini kerja-kerja jenayah itu adalah perintah tuhannya, maka adakah umat Islam tidak menganggap tanggungjawab mempertahankan kesucian Masjid al-Aqsa adalah satu tuntutan agama dan tanda seseorang hamba itu beriman kepada Allah dan Hari Akhirat? Oleh: Imran al-Malizi. penulis adalah wakil Institut Al-Quds Antarabangsa di Malaysia.