1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Sejarah Kongres Yahudi (1)

KONGRES ZIONIS

Sebelum Herzl, tidak ada keupayaan bagi Yahudi mengadakan pertemuan-pertemuan umum gerakan nasional Yahudi. Tujuan Herzl mengadakan Kongres pertama Yahudi adalah untuk merapatkan barisan Zionis, mewujudkan sikap saling faham memahami di antara orang-orang Zionis dan untuk mempersatukan usaha mereka. Kongres tersebut cuba untuk memperjelaskan apa itu Zionis dan keinginan-keinginan mereka.

Antara tujuan lain Kongres tersebut adalah untuk mendirikan ”Dewan Nasional Masyarakat Yahudi” yang diwujudkan dalam pelbagai Kongres yang telah diadakan. Kongres-kongres telah diadakan di pelbagai lokasi seperti di Basle, London, Den Haag (the Hague), Hamburg, Wina, Carslbad, Zurich, Prague, Lucerne dan Geneva. Namun bermula pada ke Kongres ke 23, kesemua Kongres tersebut telah diadakan di Jerusalem.

Kongres Pertama

Kongres Pertama pada mulanya dirancang diadakan di Munich Jerman, tetapi kerana adanya bangkangan dan tentangan dari masyarakat dan kelompok rabbi Jerman (Protestrabbiner 24), Kongres tersebut kemudian dipindahkan ke basle dan telah diadakan pada 29 – 31 Ogos 1897.

Nilai penting pada Kongres tersebut ialah perumusan Program basle dan pembentukan Organisasi Zionis, yang menyatukan orang-orang Zionis Eropah Barat dan Timur. Di dalam Kongres Pertama ini jugalah mereka telah sepakat untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang di sebut sebagai Erez Israel (Tanah Israel). Mereka bersetuju perlunya imigrasi dan pembentukan pemukiman dalam skala besar di Erez Israel yang hanya akan mampu tercapai dengan bantuan dan pengakuan antarabangsa.

Kongres Pertama juga menentukan suatu program kerja yang diteruskan pada setiap Kongres mendatang dan membahaskan tentang laporan dari projek pemukiman Yahudi di Diaspora. Diasporan bermaksud orang-orang Yahudi yang hidup di luar Erez Israel.. Secara bahasa, Diasporan bermaksud penyebaran atau kawasan pemukiman Yahudi di Luar Erez Israel.

Dalam Kongres Pertama, Max Nordau menyampaikan pidatonya yang terkenal, ceramah tentang Erez Israel dan masalah pemukiman, serta perdebatan tentang budaya. Dalam Kongres Pertama ini, Herlz bertindak sebagai Ketua Kongres ( beliau terus menjawat jawatan tersebut pada setiap kongres-kongres yang lain sehinggalah beliau meninggal dunia). Akhirnya Herlz terpilih sebagai Presiden Organisasi Zionis.

Kongres ini juga memberikan daya tarik yang luar biasa bagi Yahudi mahupun non Yahudi di seluruh dunia. Herlz sendiri telah membuat satu kesimpulan penting dari Kongres Pertama tersebut melalui tulisan beliau:

” Saya tidak perlu lagi untuk menulis sejarah masa lalu kerana hal ini telah ditulis oleh orang lain... Jika saya ringkaskan, Kongres Basle dalam sebuah kata yang tidak boleh dinyatakan secara terang-terangan, saya di Basle ini telah mendirikan Negara Yahudi.” (Catatan Harian Herlz, 30 Ogos dan 3 September 1897, Complete Diaries, di sunting oleh R. Patai, 2, 580-581).

Sebuah daftar lengkap para peserta Kongres Pertama dengan perincian bibliografi telah di susun oleh H. Orlan dalam Herlz Year Book, 6 (1964-65), 133-52. Banyak literatur yang membahaskan tentang Kongres Pertama ini di antaranya adalah Warum gingin wir zum erten Zionistenkongress? (1922) yang di dalamnya berisi 32 catatan peserta tentang motivasi yang mendorong peranan mereka dalam mengikuti kongres ini. Literatur yang lain adalah Sefer ha Congress (1923, 1950) yang di sunting oleh Leib Yaffe.

Bahasa rasmi yang digunakan pada Kongres Pertama adalah bahasa Jerman ( rincian laporan tentang Kongres tersebut diterbitkan dalam bahasa Jerman sehinggalah awal tahun 1930an, kemudian ke dalam bahasa Inggeris). Selama beberapa tahun, bahasa yang digunakan dalam pidato rasmi hampir semuanya menggunakan bahasa Jerman. Ini adalah kerana ramainya delegasi yang berbicara dalam bahasa Jerman terpengaruh dengan bahasa Yiddish, maka kongres tersebut dinamakan ”Kongressdeutsch”.

Sumber adalah petikan dari tulisan Prof. Jacob Katz.

Fakta Kezaliman Bangsa Yahudi

Disenaraikan antara sejarah kekejaman Yahudi yang tidak akan dapat dilupakan bangsa Palestin sebelum dan sesudah wujudnya negara Israel? KAUM Yahudi mengaku mereka keturunan Nabi Daud. Mereka percaya kawasan sekitar Bukit Zion atau Palestin adalah bekas kerajaan Nabi Daud yang telah ditawan dari Bani Al-Yabusiyyah. YAHUDI memilih segi tiga terbalik sebagai lambang mereka, yang bermaksud materialisme, manakala segi tiga betul adalah spiritualisme. Gabungan kedua-duanya segi tiga betul dan terbalik membentuk berbucu enam yang menjadi lambang agama Yahudi hingga kini. YAHUDI menganggap mereka bangsa pilihan dan bangsa-bangsa lain mereka panggil kafir atau goyem. Agama Yahudi hanya untuk mereka cenderung untuk bersikap ekskusif, menolak orang lain kerana berasa bangsa lain tidak setaraf dengan mereka. PERKATAAN Zionisme diambil sempena nama Bukit Zion. Pertubuhan Zionis Sedunia diwujudkan pada tahun 1897 dengan matlamat menguasai seluruh alam khas untuk bangsa mereka di Zion (Palestin). KONGRES pertama Pertubuhan Zionis Sedunia berlangsung di Basle, Switzerland pada 1897. Usul Protocols of Zion mengandungi perancangan terperinci untuk menguasai Palestin dan seluruh dunia telah diterima tanpa bangkangan. Antara strateginya ialah menyebar fitnah, mencetuskan perbalahan dan permusuhan di kalangan negara-negara Eropah. ISRAEL wujud pada 1948 dengan keluasan 20,770 kilometer persegi, terletak di antara Mesir, Semenanjong Gaza, Jordan, Lebanon dan Syria. Ia sebenarnya adalah sebahagian daripada bumi Palestin yang dirampas melalui perang dengan sokongan Britain dan Amerika. BANGSA Yahudi tidak menggalakkan perkahwinan campur. Pada mereka bangsa lain tidak layak berkongsi hidup dengan mereka. Malah mereka juga memberikan pelbagai gelaran negatif kepada Yahudi yang memilih pasangan bangsa lain. KANAK-KANAK Yahudi diajar supaya menyumpah seranah dan memaki hamun tatkala melintasi kawasan perkuburan bangsa lain terutama Islam. KESALAHAN orang Yahudi paling besar adalah membunuh banyak nabi, antaranya Hizrial, Asyia, Armia, Zakaria dan Yahya. Mereka juga cuba membunuh Isa dan Muhammad tetapi gagal. ORANG Yahudi telah menyelewengkan Taurat dan Talmud. Mereka melakukan kekejaman, membunuh serta merampas harta benda orang lain kononnya mengikut ajaran kedua-dua kitab itu. Antara yang diselewengkan: "Orang Israel patut membinasakan orang Arab Kanan dan tidak akan memberi kehidupan pada mereka walaupun mereka memeluk agama Yahudi kerana Yahudi untuk Israel sahaja." Manusia lain selain Yahudi adalah anjing. Kami tidak mengambil tanah milik orang-orang Arab dan tidak menguasai sesuatu pun milik orang lain akan tetapi ia adalah warisan nenek moyang kami yang telah dikuasai musuh dan zalim. Manakala dalam Talmud yang diselewengkan ialah: "Semua bangsa selain Yahudi adalah laknat. Penguasaan Yahudi atas apa yang dimiliki al-quwaiin (selain Yahudi) adalah benar dan usaha menjaganya terus menerus dan abadi". DENGAN berpegang kepada kitab yang diselewengkan itu juga mereka bebas melakukan keganasan di mana saja bumi dipijak. Sebenarnya orang Yahudi telah melancarkan operasi sapu bersih ke atas rakyat Palestin sejak sebelum penubuhan Israel lagi. Mereka mahu menjadikan negara itu seratus peratus Yahudi. Antara kekejaman yang mereka lakukan ialah: 13 Disember 1947 - Sebuah perkampungan orang Islam Palestin, Yehida berhampiran Petah Tekva (penempatan pertama Zionis yang dibina pada 1878 diserang. Sekumpulan Yahudi yang menyamar sebagai tentera peronda British telah melepaskan tembakan dan mengebom rumah penduduk perkampungan itu. 1 Januari 1948 - Kira-kira 200 pelampau Yahudi bersenjata mesingan dan bom tangan menceroboh kampung Al-Sheikh (5 km di tenggara Haifa) lalu membunuh wanita dan kanak-kanak. 9 - 10 April 1948 - Dalam Operation Unity, pengganas Haganah, Irgun dan Stern bersatu mengepung kampung Deir Yassin selama dua hari. Dalam tempoh itu 250 orang Arab dibunuh dan dengan kejam dan wanitanya dirogol. Seramai 25 orang wanita hamil dibelah perutnya dan bayi mereka disembelih, 52 kanak-kanak dikudungkan kaki dan tangan. 11 Julai 1948 - Batalion ke-89 komando Yahudi yang diketuai Moshe Dayan menawarkan pengampunan kepada penduduk Islam Lyadd dan Ramle setelah berjaya menawan perkampungan tersebut. Seramai 100 menerima itu dan berkumpul di Masjid Dahmash seperti di janjikan. Namun malang, perlindungan yang diharapkan rupanya bala yang tiba, mereka semua mati. 15 - 18 September 1982 - Seramai 3,000 kanak-kanak dan wanita Palestin disembelih di khemah di Sabra dan Shatila di Lebanon. Ketua tukang sembelih itu ialah Ariel Sharon, Perdana Menteri Israel sekarang. src : http://www.ukhwah.com/print.php?sid=2565

Mengenang Tokoh: As Syahid Nizar Rayyan

Beliau menjadi korban pertama serangan udara Israel. Tokoh Hamas, Nizar Abdul Kader Mohammad Rayyan, lahir, 6 Mac, 1959, di kem Jabaliya, Jalur Gaza. Tokoh yang memimpin sayap militer Hamas ini, memiliki latar belakang pendidikan yang sangat baik, di mana asy-syahi pernah mengeyam pendidikan di Universiti di Saudi Arabia, Jordan, dan Sudan, dan mendapatkan gelar Phd, dibidang Islamic Studies. Usai menyelesaikan pendidikan di sejumlah Negara Arab, Rayyan kembali ke Gaza, dan menjadi seorang da’i, dan memberikan ceramah di banyak masjid di Gaza, dan sambil masih terus memperdalam ilmunya, sampai ia mendapatkan pangkat Profesor dibidang undang-undang Islam (Islamic Law) di Universiti Islam di Gaza. Di usianya yang masih belum terlalu tua itu, Rayyan dikurniakan enam orang anak laki-laki, enam orang anak perempuan, dan dua orang cucu. Dan, tokoh gerakan Hamas ini, menikahi empat orang muslimah. Rayyan memiliki pandangan yang sama dengan seluruh pemimpin Hamas, yang secara tegas menolak Negara Israel, kerana Negara Zionis-Israel, tak lain adalah penjajah, yang harus dihapus. Maka, Rayyan menegaskan : “Kami tidak akan pernah menerima Israel. Apa yang disebut kata : ‘Israel’ adalah tidak ada, baik sebagai sebuah fakta atau imajinasi”, tandasnya. Tokoh yang memiliki tubuh tinggi besar ini, beberapa kali ditahan pemerintah Israel dan Otoritas Palestina (PA), dan dibebaskan ketika Hamas mengambil alih control seluruh wilayah Gaza dari tangan al-Fattah, Jun, tahun 2007. Rayyan sangat dikenal kerana pendiriannya yang keras melawan Zionis Israel. Seorang datuk dari dua cucu, yang baru berumur 50 tahun itu, pernah menjadi pendiri Parti Penyelamat Islam (The Islamic Salvation Party), ketika terbentuk Autiriti Palestin di tahun 1994. Prof.Rayyan mempunyai peranan yang sangat penting, ketika Hamas harus berunding dengan berbagasi faksi yang ada di jalur Gaza, yang akan menentukan kepemimpinan di wilayah itu. Tokoh Hamas, yang menjadi pemimpin Briged Izzuddin al-Qassam, di wilayah kem Jabaliya ini, sangat dikenal sebagai seorang da’i yang sangat berpengaruh, dan dikenal sebagai seorang imam di masjid ‘Masjid Syuhada’. Menurut Jerusalem Post, yang terbit 1 Januari, 2009, Sheikh Nizara Rayyan, termasuk pemimpin senior Hamas, syahid dengan seluruh keluarganya, empat isterinya dan anak-anaknya, hari Khamis, ketika pesawat tempur Israel, F.16, menjatuhkan bom diatas apartement, yang diduduki bersama keluarganya di Jabaliya. Rayyan, bukan hanya seorang yang sangat beragama (alim), tapi benar-benar seorang mujahid. Karena, Rayyan menjadi pemimpin sayap militer Hamas, iaitu Briged Izzudin al-Qassam.

Sejarah Salibi Berulang Kembali

Bermula dengan keruntuhan Khalifah Uthmaniyah di Turki hinggalah kejatuhan Bosnia-Herzegovina, serta kejadian di rantau Teluk, semuanya mempersaksikan pakatan dan tujuan yang satu yang terselindung di sebalik peristiwa itu. Demikianlah pendapat penyelidik dan pengkaji Mesir-Perancis, Ibrahim Zahmul, yang disiarkan di dalam majalah Ad-Dakwah terbitan 28 Ogos 1995. Dugaan ke atas umat Arab dan Islam seluruhnya yang melingkungi mereka hari ini merupakan salah satu siri dugaan yang paling berbahaya di antara semua siri tribulasi yang menimpa mereka. Masalah perpecahan yang berlaku di kalangan negara Islam menyebabkan dunia terus mundur dan ketinggalan di belakang negara-negara lain. Mereka menanggung kesengsaraan dengan luka-luka akibat serangan yang bertubi-tubi yang tiada tandingannya, sama ada serangan yang datang secara terang-terangan mahupun secara tersembunyi. Sesetengahnya dalam  bentuk peperangan secara langsung seperti yang berlaku dalam Perang Teluk I dan II. Sebahagian lagi dalam bentuk fitnah yang ditimbulkan oleh bangsa Yahudi yang tidak pernah senang hati dengan Islam  kecuali apabila mereka dapat melaga-lagakan bangsa Arab dan umat Islam dengan saudara mereka sendiri. Dengan itu, kaum Yahudi dan kuncu-kuncu mereka yang terdiri daripada golongan Salibi berjaya mencapai tujuan dan matlamat mereka untuk melemahkan umat Islam dan memecah-belahkan perpaduan mereka. Kaum Yahudi dan puak Salibi merupakan tentera bersekutu yang sentiasa bersatu padu serta saling membantu antara satu sama lain. Mereka  sentiasa berusaha  dan bekerja untuk mencapai matlamat dan kemaslahatan bersama. Meskipun berbagai-bagai cara digunakan oleh mereka sepanjang sejarah silam dan pertengahan, pencapaian mereka adalah sama iaitu berjaya memfitnah bangsa Arab dan umat Islam. Sepanjang sejarah moden pula fitnah itu adalah dalam bentuk sokongan dan perjanjian yang dilakukan di antara mereka (Yahudi dan Salibi) dengan bangsa Arab.Sesetengah mereka menonjol di permukaan arus manakala sebahagian yang lain pula berlindung di sebalik tabir. Ini membenarkan sikap disraeli iaitu sikap yang menggabungkan dua personaliti - berahsia  dan  menonjol. Pada pertengahan abad ke-20, seorang tokoh veteran diplomatik Perancis, Cont Ugest De' San, cuba menjelaskan hubungan di antara dua perwatakan yang berlainan ini dengan katanya: "Sebenarnya dunia ini diperintah oleh peribadi-peribadi yang tidak dapat kita gambarkan keperibadian mereka. Mereka inilah yang berdiri di belakang pentas dan kita tidak dapat melihat mereka dengan pancaindera mata." Saya teringat satu gambaran yang pernah dibuat oleh sasterawan dan penyair Palestin, Ibrahim Tuqan (1905-1941), semenjak lima puluh tahun lalu. Syairnya berbunyi: "Di hadapan sana tragedi yang menggerunkan, Si muda menjadi tua lantaran kegerunan, Kamu seperti resam kamu yang tidak menghiraukan, Selain daripada sisa yang tidak berharga, Kesudahanmu dimusnahkan oleh golongan bawahan, Beritanya bertebar jauh ke sana, Tiada mahligai yang kekal abadi untuk penghuninya, Dan tiada juga walau sebuah pondok usang." Perang Teluk Kedua yang berlaku berikutan serangan Iraq ke atas Kuwait merupakan salah satu senario semasa sama seperti yang telah dibayangkan oleh penyair tersebut. Walaupun pelbagai faktor telah disabitkan oleh para penganalisis, memadai bagi kita untuk meyakini bahawa faktor utama yang mendorong kuasa Barat bergerak untuk menguasai rantau Teluk ialah kebangkitan  Islam yang bertambah pesat di bumi Arab dan bumi Islam lain. Inilah alasan sebenar Barat untuk menggerakkan tentera mereka ke sana bagi melancarkan gertakan mereka yang bertujuan menghentam umat Islam di samping merampas kekayaan dan harta benda bangsa Arab. Selain itu, Barat juga bertujuan untuk melangsaikan permasalahan Palestin yang merupakan perancangan yang telah diatur oleh Zionis Yahudi. Petugas yang melaksanakan perancangan dan perencanaan ini adalah kuncu-kuncu mereka yang terdapat di timur mahupun di barat yang telahpun diagih-agihkan tugas dan peranan masing-masing. Sudah memadai bagi setiap orang yang memahami hasrat itu dengan merujuk semula kepada perancangan Zionis Yahudi sejak dua dekad yang lalu dalam abad ke-20 ini untuk membuktikan kebenaran kenyataan ini. Pada 15 Januari 1982 sebuah akhbar Israel telah memuatkan kenyataan seorang jeneral angkatan tentera Israel yang sudah bersara, Mat Gazet yang kini menjadi rektor di Univeristi Ben Gorian, Barrsheba (sebut: Bi'ru Sab'ah) yang berkata: "Pada suatu hari kelak, bumi Israel mestilah menjadi milik dan berada di bawah kekuasaan Israel sepenuhnya serta tidak boleh lagi dipecah-pecahkan negara Yahudi ini. Oleh itu Israel mestilah membuat keputusan segera untuk menlaksanakan penyelesaian muktamad terhadap kehadiran bangsa Arab di bumi Palestin yang ada kaitan dengan sejarah silamnya." Tujuan utama yang dinyatakan di sini ialah menghapuskan bangsa Arab dan menghancurkan negara Arab yang berbilang itu. Kedua-dua tindakan itu merupakan perancangan Yahudi yang turut disiarkan semula oleh Pertubuhan Zionis Sedunia di dalam majalah Kefanim (Arahan atau Panduan) edisi ke 14 terbitan Februari 1982. Keadaan yang sama juga berlaku ke atas rakyat Bosnia-Herzegovina di atas nama 'politik berkecuali'. Rakyat Bosnia merupakan rakyat asli yang merdeka di bumi Bosnia. Apa yang berlaku di negara itu juga merupakan pelaksanaan terhadap perencanaan untuk memerangi Islam. Dengan memberi bantuan kepada pihak Serbia, tindakan itu akhirnya akan memaksa puak Islam Bosnia menyerah kalah atau sekurang-kurangnya terpaksa bertolak ansur terhadap sebahagian hak-hak mereka di bumi mereka sendiri. Kesudahannya mereka tidak akan mempunyai negara dan identiti tersendiri. Inilah sejarah perjalanan hidup kaum Yahudi dan puak Salibi yang tidak pernah berhenti memadamkan api hasad dengki mereka sejak zaman berzaman. Tindakan mereka kian hari kian bertambah buruk dan jahat. Kita menyangka tipu daya itu telah tamat, rupa-rupanya masa telah menunjukkan apa yang tersembunyi di dalam dada mereka. Pada 1887 mereka telah memberikan berbagai bantuan, termasuk ketenteraan, kepada Bosnia-Herzegovina dengan alasan menyingkirkan Kerajaan Uthmaniyah dari Eropah. Perancangan mereka ialah memusnahkan pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah seperti yang dirancang dan dipersetujui oleh mereka di Persidangan  Berlin pada tahun tersebut. Turut hadir dan memberi persetujuan mereka terhadap perancangan itu ialah pihak Khatolik, Protestan dan Ortodoks. Kini Barat telah berjaya dalam usahanya  untuk menghapuskan kekuatan Bosnia. Barat tetap dengan sikapnya yang tidak pernah jujur walaupun sehari dengan Islam. Oleh itu satu sikap berdiam diri Barat dalam kes di Bosnia merupakan suatu sokongan secara terang-terangan kepada pihak musuh yang menceroboh, membunuh serta menyekat bekalan senjata untuk rakyat Bosnia mempertahankan diri mereka. Kenyataan ini bukanlah sekadar sangkaan semata-mata, tetapi inilah realiti yang telah diperkatakan oleh tokoh-tokoh mereka. Antaranya ialah Kolonel Teodor Herzek dari angkatan tentera Slovanic yang telah membuat kenyataan kepada akhbar Perancis, The Cross pada 6 April 1993: "Sesungguhnya Barat tidak punyai keinginan untuk mepertahankan orang Islam di Eropah kerana kita tidak ingin mereka menjadi golongan yang kuat dan tersusun. Mereka ini hanya boleh diterima sebagai  puak minoriti dari segi budaya dan agama sahaja." "Anda boleh mengkagumi mereka sebagai satu bangsa dan umat yang mempunyai kekuatan hanya kira-kira  2 juta orang di tengah-tengah  Benua Eropah sedangkan di timur dan barat ratusan juta manusia (Kristian) mengelilingi mereka." Sewaktu melawat Washington pada 16 Mac 1995, Menteri Luar Croatia, Mat Garnek telah mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan orang-orang Islam sebelum kejadian 18 Mac 1994 sebagai mempunyai struktur yang amat rapuh sekali. Katanya: "... bukanlah suatu kerja yang praktikal untuk menegakkan sebuah  negara  yang  bebas  bagi umat  Islam di Eropah (negara Bosnia) kerana negara-negara Eropah pasti tidak menyokongnya, sebaliknya Persekutuan Croat Muslim haruslah menjadi matlamat dalam pandangan Barat." Kenyataan itu merupakan pengulangan kenyataan Presiden Crotia, Frant Trujman yang telah mengemukakan cadangan kepada  Barat yang mempercayai dirinya sebagai ketua Serbia. Cadangan itu adalah sebagai alternatif kepada pembentukan negara Islam di tengah-tengah Eropah. Inilah juga tugas persekutuan yang rapuh itu seperti yang telah diinspirasikan kepada Amerika Syarikat dan Eropah seperti yang termuat di dalam dua akhbar Perancis, Libersion dan La Cross, terbitan 10 Mac 1994: "Untuk itu kita harus memahami bantuan dan solidariti yang ditunjukkan oleh pihak Ortodoks terhadap Serbia serta Khatolik terhadap Croatia dan Slovenia ketika mereka mengisytiharkan  kemerdekaan dan pada masa yang sama semua pihak berdiam diri terhadap rakyat Bosnia. Ia adalah bahaya yang pernah diisytiharkan oleh siren ingatan (di dalam ungkapan Marsyal Perancis, Lois Luity (1934-1954) di Persidangan Kemuncak Dunia Islam itu seperti kotak berdengung. Pada Islam itu perasaan, gerakan, gambaran dan pemikiran  yang  bergolak  dari  satu sudut ke satu sudut di dalam satu detik)." Oleh itu tidak dapat tidak, pengajaran harus diberi kepada orang lain supaya mereka mengambil iktibar daripadanya sehingga mereka terpaksa meninggalkan rakyat Bosnia berjuang bersendirian untuk menentukan nasib mereka sendiri. Apa yang pasti mereka tidak dapat menolak kecelakaan  yang telah menimpa mereka dan tidak dapat pula meminta pertolongan daripada pihak lain untuk menolak bala yang sedang menimpa mereka. Kedua-duanya kini merantai leher mereka dan mereka tidak dapat membuka belenggu tersebut daripada leher mereka kerana kedua-duanya mempunyai kekuatan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memperakui kekuatan dan kejahatan Barat. Ia adalah kekuatan yang zalim yang amat bercangah dengan prinsip perundangan antarabangsa yang telah diterbitkan oleh Charter PBB. Seperti yang telah ditegaskan oleh pakar-pakar perundangan barat sendiri, ia adalah kezaliman yang didokong oleh ahli-ahli politik barat terutama Perancis, sama ada Kristian, Yahudi atau apa sahaja, sebenarnya sama sahaja. Sebahagian senario yang berlaku pada 1940 sebahagiannya adalah sama seperti yang berlaku hari ini. Hal ini pernah dirakamkan oleh penyair Mesir, Badwi Muhammad, pada 1946 dalam  syairnya yang begitu cemerlang, yang berbunyi: "Hairan! Mana, manakah Majlis Keamanan itu? Yang dikatakan menjadi pelindung kepada yang dhaif, ...kaku, Mereka melihat sembelihan korban, kezaliman dan tipu daya, Mereka sampaikan berita gembira keadilan dan kebenaran, Tetapi perbuatan dusta mereka amalkan, Kebenaran di tangan mereka dibuang ke tepi, Keadilan adalah umpama kecelakaan, Bilakah serigala akan menepati janjinya? Dan bilakah penganiaya bertindak mulia?" *Petikan dari majalah HALUAN Bil. 8,edisi 1996

Rabbi Avraham Sharman: Politik yahudisasi Israel bertentangan dengan asas agama (ushul ad-din) Yahudi.

[caption id="attachment_2693" align="alignleft" width="187" caption="Rabbi Avraham Sharman"]Rabbi Avraham Sharman[/caption] Seorang pendeta Yahudi terkemuka Israel, Rabbi Avraham Sharman mengatakan bahawa  para pendatang baru yang berhijrah ke Israel bukanlah orang Yahudi sejati, melainkan orang-orang kafir. Para pendatang baru itu, kata Sharman, datang ke Israel adalah bertujuan untuk mendalami agama Yahudi demi kepentingan peribadi mereka. Sharman juga mengatakan, para rabbi Yahudi yang terlibat aktif dalam politik yahudiasi kota Jerusalem dan kota-kota Israel lainnya adalah para pemuka agama yang memiliki pandangan singkat, dan salah memahami dan mengamalkan syariat agama Yahudi. "Mereka bukan ahli agama Yahudi sejati, mereka salah dalam memahami syariat dan ajaran agama Yahudi," kata Sharman sebagaimana dipetik dari akhbar Haaretz (20/6). Sharman dikenali sebagai tokoh rabbi Yahudi terkemuka yang vokal menolak politik yahudisasi kota-kota Israel-Palestin. Beberapa rancangan yahudiasi tersebut banyak yang gagal akibat suara lantang Sharman yang menentang usaha tersebut. Dalam sebuah pertemuan antara pemuka agama Yahudi di kota Jerusalem baru-baru ini, Sharman menjelaskan jika saat ini terdapat sekitar 320 ribu penduduk Israel yang bukan Yahudi, maka jumlah seramai itu tidak boleh diyahudikan. "Politik yahudisasi Israel bertentangan dengan asas agama (ushul ad-din) Yahudi," kata Sharman. (L2/hrt)

Kajian ICRC: Kehidupan warga Palestin memeritkan angkara Yahudi

Al Khalil - “Kekerasan yang dilakukan para pemukim Yahudi dan pembatasan-pembatasan yang sangat keterlaluan telah menzalimi kehidupan seharian warga Palestin di bahagian selatan Tebing Barat yang diduduki, khususnya kota tua Hebron (AL Khalil),” menurut laporan yang telah dikemukan oleh Matteo Benatti, Pengerusi The International Committee of the Red Cross (ICRC) di Al Khalil dalam satu kajian mereka sejak September 2007. Benatti menjelaskan dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari Rabu oleh sesawang ICRC, “ Pemukiman-pemukiman Yahudi itu telah membuatkan banyak aspek kehidupan menjadi sulit bagi warga Palestin. Di kota tua Al Khalil, kira-kira 600 orang pemukim Yahudi tinggal di koloni-koloni, amat hampir dengan 30,000 warga Palestin. Pihak Berkuasa Israel melakukan langkah-langkah pengamanan yang sangat ketat dan membuat banyak pos-pos pemeriksaan di wilayah kota ini, termasuk di gua Patriarch, sebuah tempat penting untuk beribadah baik bagi orang Yahudi mahupun muslim. Banyak jalan ditutup bagi warga Palestin dan mereka dilarang membawa kenderaan di wilayah-wilayah di mana mereka tinggal.” “Pembatasan-pembatasan pergerakan terhadap warga Palestin yang dilakukan oleh Israel, bersamaan dengan kekerasan yang dilakukan para pemukim Yahudi, smemberi kesan yang amat buruk kepada kehidupan seharian warga Palestin,” tegas Benatti. Berikut ini adalah petikan laporan Benatti: “Ratusan keluarga Palestin perlu melalui pos-pos pemeriksaan hanya untuk membeli makanan, misalnya. Mereka sering ditindas oleh para pemukim Yahudi di pos-pos pemeriksaan. Wanita adalah yang paling kerap teraniaya terhadap bentuk kekerasan ini. Ini lebih banyak terjadi kerana warga Palestin tidak dibolehkan berkendaraan di sepanjang jalan-jalan itu, sehingga memaksa para wanita melalui pos-pos pemeriksaan dengan berjalan kaki. Disebabkan jalan-jalan ditutup, warga emas dipaksa untuk membawa bakul barangan dengan jarak yang sangat jauh. Ambulan-ambulan yang membawa warga Palestin dalam keadaan darurat kerap mengalami penundaan dan pemeriksaan yang lama di pos-pos pemeriksaan itu. Para keluarga pesakit terpaksa membawa keluarga mereka yang sakit dengan tandu atau keledai untuk sampai ke tempat dimana ambulan menunggu. Kehidupan ekonomi di kota tua itu hampir mati kerana pembatasan-pembatasan pergerakan yang dilakuakan Israel dan kekerasan para pemukim Yahudi. Sejumlah pemilik kedai diperintahkan menutup kedai mereka oleh tentera Israel. Banyak kedai yang lain tidak ada  pembeli, kerana warga Palestin takut mendekati pemukiman Yahudi. Kemelaratan bermaharajalela. Menurut penelitian ICRC pada isirumah di wilayah-wilayah yang dibatasi pergerakannya oleh Israel di kota itu, pada musim panas tahun lalu, 86% keluarga hidup dalam kemiskinan, kerana mereka hanya memiliki 97 dolar per kepala per bulan untuk makanan, pakaian dan semua keperluan lain. Sebahagian besar warga Palestin yang tinggal di kota tua itu terpaksa memasang kawat di hadapan jendela rumah mereka supaya jendela-jendela itu tetap tertutup kerana mereka sering dilempari air kotor, sayuran busuk dan batu melalui jendela-jendela itu oleh para pemukim Yahudi. Anak-anak ketika mereka ke sekolah, sering mendapat ancaman kelompok Yahudi dengan lemparan batu. Situasi ini amat menyiksa para keluarga Palestin ini, hidup dalam suasana yang tegang terus-menerus.”