1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Saat-saat Akhir Seorang Mujahid

yassin-00GAZA CITY Apr 28, 2012  -  Setiap rombongan luar yang datang menziarahinya, almarhum As-syahid Sheikh Ahmad Yassin akan sentiasa mengingatkan mereka bahawa isu penjajahan bumi Palestin ini wajib ditangani oleh semua umat Islam sedunia. Begitulah pesanan yang diulangi beliau, kata anaknya Abdul Hameed Ahmad Yasin ketika ditemui oleh pasukan HALUAN di rumah bapanya itu.

Register to read more...

Masyarakat Kristian Di Bethlehem Tertekan Dengan Tembok Pemisah Israel

Musim luruh yang lepas, saya meluangkan masa selama sebulan bekerja dengan sebuah organisasi Kristian, Arab Educational Institute di Bethlehem. Di sana saya menjalankan kajian dan temuramah dengan ramai rakyat Palestin beragama Kristian, bertanyakan keinginan mereka untuk kehidupan yang lebih selesa dan aman di luar. Hasil temuramah yang dijalankan jelas mengejutkan saya. Kesemua respon yang dikumpulkan menyatakan kesengsaraan hidup yang mereka lalui berpunca dari penjajahan Israel semata-mata, dan bukan kerana komuniti Muslim. Ini jelas bercanggah dengan komen daripada Archbishop of Canterbury minggu lalu yang mengatakan rakyat Palestin beragama Kristian ditindas dan diusir keluar dari Bethlehem oleh Muslim yang membentuk majoriti. Masalah terbesar yang harus ditempuh adalah kesukaran dan pengalaman dimalukan di pos-pos sekatan, sekatan masuk ke Jerusalem, dan kemerosotan hasil pelancongan kerana dasar penjajahan serta kawalan sempadan dan perniagaan oleh rejim Israel. Di sempadan antara Bethlehem dan penempatan haram Jerusalem yang semakin berkembang, protes-protes aman digerakkan bersama oleh seorang pemuda Kristian dan wanita Muslim di Walajeh. Kedua-dua mereka pernah ditangkap atas keberanian berarak dan melaungkan bantahan kepada pembinaan tembok pemisah dan rampasan tanah Palestin. Saya juga sempat bercakap dengan beberapa wanita Kristian yang tinggal hanya beberapa ela (yard) dari kem pelarian Aida. Yang menjadi rungutan di pihak mereka bukanlah jarak yang hampir dengan komuniti Muslim tetapi tembok Israel yang merentangi laluan mereka ke kawasan tradisi masyarakat Kristian ke arah utara Jerusalem. Kawasan ini juga disekat oleh satu daripada pos sekatan terbesar di Tebing Barat. Perkongsian dari Greg Wilkinson, beliau ialah seorang bekas wartawan dan guru. Bukunya, sebuah koleksi temuramah dan pemerhatian di Tebing Barat akan diterbitkan oleh Arab Educational Institute di Bethlehem

Usaha Meletupkan Terowong dan Membina Tembok Besi di Sempadan Gaza-Mesir Terus Berjalan

steel_wallPada hari Selasa (9/2) lepas, pihak Keselamatan Mesir telah meletupkan sebuah lagi terowong yang ditemui di sempadan Gaza-Mesir di Rafah, di sebahagian selatan Semenanjung Gaza. Sumber-sumber tempatan melaporkan bahawa pasukan keselamatan Mesir menemui sebuah terowong yang bermula di Kem Pelarian Palestin Yibna di Rafah. Mesir baru-baru ini telah mengenalpasti dan meletupkan beberapa terowong yang dijumpai di sempadan mereka dengan Gaza. Terowong Gaza menjadi sumber utama pembekalan barang dan makanan akibat pengepungan Israel yang telah berjalan sekian lama dan tindakan Mesir tidak membuka pintu persempadanan Rafah. Mesir saat ini sedang membina Tembok Besi di sempadan mereka dengan Gaza. Projek yang mencetuskan ketidakpuasan hati umat Islam ini disokong, di pantau dan dibiayai oleh Amerika Syarikat. Menurut laporan Akhbar Israel Haaretz, tembok besi itu di bina dengan kedalaman 20 – 30 meter bawah tanah, di sepanjang 9 – 10km untuk mengelakkan warga Gaza menggali terowong di persempadanan Mesir – Gaza selepas ini. Bahan yang digunakan untuk membina tembok itu adalah kandungan besi yang kuat bagi memastikan tidak ada yang boleh merosakan atau menebuk lubang pada tembok tersebut. haaretz/immec

Israel Dalang Kempen Anti Islam di Perancis

islamophobiaDaniel Ben Simon, yang juga merupakan salah seorang anggota Parlimen (Knesset) Israel dalam satu artikelnya di laman sesawang berbahasa Ibrani Abdellah menyatakan bahawa orang-orang Yahudi Perancis lah yang berada di sebalik kempen anti pemakaian jilbab dan bertudung labuh melalui tindakan intimidasi, ancaman dan pelbagai lagi terhadap umat Islam Perancis. Tidak hanya itu, para Yahudi tersebut juga melancarkan kempen ide "Islamfobia" di antara warga Perancis, dengan tuduhan bahawa umat Islam di Perancis perlahan-lahan berusaha untuk menduduki Perancis dan akan berakhir dengan dominasi umat Islam di seluruh Perancis, terutama kerana pertumbuhan kaum muslimin di sana cukup pesat dan dianggarkan pada tahun 2050 hampir separuh penduduk Perancis adalah umat Islam,  sedangkan pada saat ini saja umat Islam di Perancis sudah mencecah sekitar 6-8 juta orang. Menurut Ben Simon, pihak yang berkomplot di Perancis percaya bahawa pembatasan pada beberapa komuniti muslim di Perancis, yang melarang pemakaian jilbab dan bertudung labuh, akan dapat menyekat pertumbuhan kekuatan Islam di sana, dan orang-orang Yahudi Perancis sangat menyokong pelarangan tersebut, mereka bimbang atas semakin meningkatnya kekuatan umat Islam di Perancis, yang mereka lihat sebagai ancaman terbesar bagi kehadiran mereka, dan ini salah satu alasan Yahudi Perancis banyak membeli apartmen di negara-negara lain, dalam upaya persiapan untuk hijrah dari Perancis pada setiap saat. Ben Simon dalam artikelnya juga menyatakan bahawa meningkatnya kepedulian orang Yahudi atas kekuatan pertumbuhan Islam di Perancis telah mendorong mereka untuk memprovokasi pihak berkuasa Perancis untuk bertindak melawan kaum Muslimin Perancis, terutama sejak Presiden Perancis Nicolas Sarkozy ketakutan terhadap pertumbuhan umat Islam di sana. Ben Simon mengakhiri artikel dengan menunjukkan bahawa Perancis saat ini berada di persimpangan jalan, pada satu sisi pemerintah Sarkozy ingin mempertahankan sekularisme di negeri Perancis, dan di sisi lain pemerintahan Sarkozy tidak ingin mendapatkan kritikan atas kebijakan mereka yang berimplikasi terhadap meningkatnya rasisme terhadap umat Islam Perancis.(fq/imo)

Ulang Tahun 22: HAMAS Semakin Matang

Hamas usia 22 TahunGerakan Perlawanan Islam Hamas kini sudah memasuki usianya yang ke-22 tahun. Sejak didirikan, gerakan yang mengakar dalam dan jauh di dalam masyarakat ini mampu mengatasi kesulitan-kesulitan yang ada di hadapannya. Penjajah Zionis Israel, sejak gerakan ini muncul, terus melancarkan penangkapan anggota-anggota dan pemimpinnya dan membunuh mereka. Menjadikan institusi-institusi Hamas sebagai target serangan dengan tujuan untuk menundukkan dan melemahkan peranan Hamas. Namun yang ditemui Israel hanyalah kegagalan. Selain dari serangan ganas Israel, Gerakan Hamas juga mengalami serangan yang sama di sebelah Tebing Barat, iaitu dari pihak berkuasa pimpinan Abbas.

Timur Islam dan Palestin, secara khusus, mengalami perkembangan jelas dan signifikan dalam pertumbuhan dan penyebaran kebangkitan Islam, seperti negara Arab yang lainnya. Hal ini yang membuatkan Hamas tumbuh dan berkembang secara pemikiran dan organisasi, terutama setelah pelbagai usulan berkompromi yang menyerukan melepaskan prinsip-prinsip dasar dalam konflik dengan projek Zionis. Di mana entiti Zionis diberi pengakuan hak untuk wujud di atas tanah Palestin yang diberkati, dan melepaskan sebahagian tanah Palestin untuk Zionis Israel, bahkan sebahagian besarnya, dalam keadaan strategi perjuangan bersenjata menurun, demikian juga perhatian Arab dan antarabangsa terhadap persoalan Palestin menurun.

Himpunan Hamas ke 21Perkembangan ini mengundang berdirinya sebuah gerakan Islam yang mampu membawa obsesi bangsa dan warga negara, menentang projek Zionis. Di mana bersamaan dengan berakhir tahun 1987, situasi itu sudah cukup matang untuk munculnya projek Islam baru, menghadapi projek Zionis dan perluasannya. Sebuah projek Islam baru yang berdiri di atas dasar baru sesuai dengan perubahan dalaman dan luaran, maka berdirilah sebuah gerakan (islam) yang diberkati di Palestin, Gerakan Perlawanan Islam “Hamas”. Hamas menjadi duri dalam ketamakan penjajah Zionis dan menghentikan perluasan perampasan oleh musuh, serta memotong jalan bagi semua projek ke atas Palestin dan mengakhiri proses pelepasan tanah Palestin kepada Yahudi Zionis.

Berdirinya gerakan Hamas ini mulai mencemaskan sarang-sarang  Zionis Israel. Impian Zionis terus di bawah bayang-bayang ancaman perlawanan Islam yang dipimpin gerakan Hamas. Munculnya gerakan ini telah menimbulkan ketakutan di pihak Zionis. Badan-badan perisik Israel terus memobilisasi semua kekuatannya untuk memantau gerakan ini dan para pemimpinnya. Namun penjajah Israel mendapati respon masyarakat dengan melakukan demonstrasi, mogok dan kegiatan-kegiatan lain yang hanya diserukan sendiri oleh gerakan perlawanan sejak awal didirikan dan dikeluarkannya Piagam Gerakan. Sehingga akhirnya terjadi penangkapan terhadap para anggota dan para pendukungnya sejak saat itu. Operasi penangkapan terbesar dialami gerakan itu terjadi pada bulan Mei 1989, di antara korbannya adalah pemimpin dan pendiri gerakan Hamas, Syeikh Ahmad Yasin.

Hamas pun akhirnya menempuh jalur ketenteraan mulai tahun 1990 dan akhirnya melakukan perlawanan terbuka hingga ramai pemimpin gerakan ditangkap dan diasingkan dalam pembuangan (tahun 1994). Dan konfrontasi terbuka terus berlanjutan sehingga kemudian Hamas terlibat dalam kancah pertarungan politik dengan melibatkan diri dalam pemilihan legislatif pada Januari 2006.

Menang dalam pemilu legislatif, Hamas akhirnya berhasil membentuk pemerintahan Palestin. Keberhasilan Hamas ini semakin membuat Amerika dan Israel geram hingga melancarkan sekatan terhadap pemerintah yang dipimpin Hamas. Meski sudah terjun dalam perjuangan politik, Hamas sama sekali tidak pernah meninggalkan perlawanan bersenjata. Terutama dalam usaha membebaskan para tahanan Palestin dari penjara Zionis Israel, hingga akhirnya melakukan penangkapan terhadap askar Israel, Gilad Shalit. Dan Hamas pun terus mendapatkan tekanan dari dunia antarabangsa yang dipimpin pihak kuartet yang bersekutu dengan Israel. Namun gerakan ini tetap dengan jalan yang ditempuhnya, untuk mempertahankan prinsip-prinsip dan hak-hak rakyat Palestin. (seto/ip)

"Gaza 2009" Pemenang di Festival Filem Antarabangsa Kairo 2009, Sarat Dengan Nilai Kemanusiaan

filem gaza(2)Filem berjudul "Gaza 2009" diumumkan sebagai pemenang pada Festival Filem Antarabangsa Kairo (Mahrajan al-Qahirah as-Sinima'i ad-Duwali/Cairo International Filem Festival) 2009 yang dilangsungkan pada minggu terakhir bulan November yang lalu. Filem produksi Syirkah Filasthin li al-Intaj al-I'lami (PMP), Gaza, memperoleh kejayaan setelah menyisihkan 400 filem Arab lainnya yang turut serta dalam festival tersebut. "Gaza 2009" merupakan filem yang sarat dengan nilai-nilai kemanusiaan. Kisahnya benar-benar mampu menitiskan air mata dan menggugah emosi siapapun yang menontonnya. Betapa tidak, filem tersebut menceritakan tentang potret kehidupan warga Palestin yang menyayat hati di bawah pendudukan Israel, khususnya di wilayah Jalur Gaza yang mengalami sekatan selama beberapa tahun terakhir. Di tengah keadaan yang serba melemahkan itu, terpottehlah kisah cinta seorang pemuda-Muslim dari Gaza dengan seorang gadis-Yahudi dari Nazaret, Israel. Pemuda Gaza itu bekerja di Nazaret, dan di kota kelahiran Isa al-Masih, lalu keduanya berkenalan dan saling memadu kasih. Keduanya pun lantas berumahtangga, setelah si gadis memeluk Islam dan ikut suaminya ke Gaza yang serba kekurangan. Tentu saja, seribu masalah perbezaan dua identiti menjuntai dan menghiasi liku-liku kehidupan mereka pasca pernikahan, dan setelah mempunyai cahaya mata seramai enam anak. Sebahagian dari anak-anak mereka mampu bercakap dalam bahasa Ibrani, belajar Talmud dan Taurat di Israel. Sutradara filem, Musthafa an-Nabih, berwarganegara Palestin, menyatakan jika kisah filem "Gaza 2009" sendiri diilhami dari kisah benar. Dikatakannya, permasalahan dan konflik mulai muncul dalam kehidupan dua sejoli itu setelah lapan tahun usia perkahwinan mereka. Permasalahan tersebut bermula dari keadaan kehidupan di Gaza yang serba sulit pasca sekatan Israel. Boleh dibayangkan, pasca sekatan itu, Gaza benar-benar seperti wilayah purba: tidak ada bekalan air bersih, bahan bakar, sumber makanan terhad, ubat-ubatan kehabisan, dan tiada sumber elektrik. Dapat dibayangkan betapa mengerikannya kehidupan di sana. Sang isteri rupanya merasa tidak memiliki motivasi hidup di tengah-tengan keadaan kehidupan yang benar-benar sengsara seperti itu. Lalu si isteri memutuskan untuk kembali ke Nazaret, kampung halaman asalnya. Dia pun tenggelam dalam kehidupan kesenangan bersama tiga orang anaknya, sementara tiga anak lagi tinggal bersama ayah mereka di Gaza. Dua dari tiga anak mereka yang tinggal bersama ayahnya adalah kembar-bongsu yang baru berusia 27 hari, salah seorangnya pula cacat. Di Nazaret, si isteri dan ketiga anak yang dibawanya, yang paling besar bernama Yasmin (9 tahun), menjadi salah salah seorang pelakon utama dalam filem tersebut, telah kembali memeluk agama Yahudi, bersama kesemua anaknya. Penderitaan sang suami tidak hanya berhenti sampai di sana saja. Unit Perisikan Israel telah memaksanya untuk meninggalkan semua anaknya, untuk dibawa kembali ke wilayah negeri itu dan menjadi warga negara Israel. Puncaknya, di hari terakhir penyerbuan Israel ke Gaza di awal tahun lalu, lelaki itu pun mati direjam peluru dan roket pesawat Israel. An-Nabih, sutradara filem tersebut, bercerita bahawa pasca berakhirnya agresif Israel ke atas Gaza di awal tahun yang lalu, pihaknya segera mengunjungi wilayah tersebut, untuk membuat filem dokumentari. Ketika itu, secara tidak sengaja beliau mendengar kisah Yasmin dan keluarga Gaza-Palestin dan Nazaret-Israel ini. Seniman kenamaan Palestin itu juga menyatakan antara mesej utama dari filem garapannya adalah nilai-nilai kemanusiaan. "Di filem itu, kami ingin mengetengahhkan kisah kemanusiaan, yang sangat nyata, dan sangat memukul. Betapa sebuah keluarga yang mulanya harmonis menjadi hancur dan menjadi terbelah," terang an-Nabih. Sebelumnya, filem "Gaza 2009" juga menjadi pemenang kategori filem dokumentari pada Festival Filem Arab yang diadakan di Tunisia sebelum ini. Untuk maklumat lebih jauh tentang filem Gaza 2009, dapat diakses di situs produser filem tersebut, yaitu www.pmptv.tv (ags)