1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Israel Sudah Kalah Dalam Perang dan Hilang Kredibiliti

Richard Falks, seorang pengkritik politik Israel dan wartawan khusus PBB, mengatakan bahawa Israel sudah kalah dalam perang, dan hancurnya  kredibiliti. Apa maksudnya? Jawapannya ada dalam demonstrasi yang bertebaran semenjak serangan Israel ke atas Gaza bermula di seluruh dunia. Bagi semua orang,tindakan  agresif berdarah Israel atas Jalur Gaza telah menghancurkan semua kehormatan bangsa Yahudi dan nama baiknya (jika masih ada). Sebahagian besar aksi demonstrasi sentiasa ada yang membawa banner besar yang berisi kata-kata yang membandingkan Israel dengan Nazi Jerman. Pembantaian warga Gaza hanya menambahkan  wajah kejahatan bagi Israel yang telah menorehkan sejarah kematian di Deir Yassin, Lebanon, dan wilayah Arab lainnya. Ari Avnery, seorang Israel yang terus-menerus mengkritik pemerintahannya, ia telah menulis, "Apa yang akan diingati oleh dunia akan peristiwa ini adalah wajah “monster” Israel yang haus darah. Ini niscaya akan memberikan akibat jangka masa panjang bagi orang-orang Yahudi. Pada akhirnya, sikap agresif ini adalah kejahatan kepada kita sendiri, kejahatan terhadap negara Israel!" Seorang Israeli  lainnya, Avi Shalim, Profesor Hubungan Antarabangsa di Universiti Oxford mengatakan bahawa ia percaya Israel telah menjelma menjadi negara biadab. "Sebuah negara biadab selalu melawan hukum antarabangsa, menguasai senjata penghancur massal, dan melakukan terorisme, untuk semua tujuan politik. Israel memenuhi semua kriteria ini." Seorang rabbi Yahudi yang tinggal di Amerika, Michael Lerner, editor di majalah Tikkun, menulis, "Semua ini membuat saya patah arang. Israel benar-benar bodoh. Sebagai seorang Yahudi yang setia, saya melihat apa yang dilakukan oleh pemerintah Israel betapa begitu mudahnya mengubah nilai-nilai Judaisme menjadi pesanan kebencian." Barangkali, kecaman orang Israel terhadap Israel yang paling kejam datang dari Profesor Ilan Pappe, pengarang buku The Ethnic Cleansing of Palestine. "Zionisme adalah sebuah idelogi yang memakai pembunuhan etnik, pendudukan, dan sekarang pembantaian beramai-ramai. Apa yang dihasilkan oleh Israel di Jalur Gaza bukan saja mengutuk atas apa yang dilakukan Israel tapi juga menghilangkan semua nilai ideologi Yahudi." Zionisme, Pappe menguraikan lagi, telah diangkat menjadi sebuah 'ideologi rasis dan hegemonik. Ini, tentu saja, bukan berita baru buat orang Palestin, ataupun pada bangsa Arab dan Muslim lainnya. "Mudah-mudahan," ujar Pappe, "suara kecaman dari seluruh dunia akan mengubah Israel bahawa ideologi ini dan semua yang telah dilakukannya merupakan suatu hal yang tidak boleh lagi ditoleransi dan tidak dapat diterima. Israel akan diboikot dan terjerat diri sendiri." Apa yang dikatakan oleh orang-orang Israel ini menjelaskan bahawa Israel telah menderita kekalahan dalam perang membentuk kredibiliti dalam mata masyarakat dunia. Dengan mengubah Gaza menjadi reruntuhan, neraka dunia dan tapak pesta pembantaian warga yang tidak berdosa samaada wanita atau kanak-kanak, bukan saja hanya merosak citra Israel tapi juga memperlihatkan moral dan politik Israel yang rendah, malahan lebih teruk dari taraf binatang. Pertanyaannya; mengapa Israel melakukan hal ini? Israel boleh saja mendakwa mengalami trauma masa lalu yang atau kebimbangan terhadap serangan roket HAMAS yang kini mampu menjejak ke bumi mereka, namun perbuatan mereka kali ini sangat mengganggu dan di luar batasan kemanusiaan. Israel benar-benar gila dan terlalu berlebihan dalam menderita paranoid akan keamanan mereka. Sejak tahun 1948, lebih tepat sejak Deklarasi Balfour Inggeris tahun 1917, para pemimpin Israel selalu mempersempitkan Palestin, dan mereka ketakutan akan projek mereka ini. Yang menggelikan, Israel selalu bersikap bahawa tidak ada idea dua negara dalam sejarah Palestin; Israel menghendaki semua wilayah Palestin. Sebahagian pemimpin Israel, seperti Itzhak Rabin, membicarakan perdamaian, namun tidak ada satupun realisasinya. Siapapun parti yang berkuasa di Israel, baik Partai Buruh, Likud atau yang sekarang, Kadima, sama sekali tidak ada perbezaan. Sekarang, perang Gaza telah menenggelamkan semua harapan orang Yahudi akan adanya dua negara. Apa gerangan sekarang yang boleh menjadi alternatif? Jelas sekali, mereka ingin menimpakan semua kesalahan kepada Mesir yang tidak mahu membuka persempadanan Rafah. Ariel Sharon, mantan Perdana Menteri, menarik semua kaum Yahudi dari Gaza pada tahun 2008 untuk menumpu di Tepi Barat. Idea ini masih terus ada sekarang. Sekarang, para Yahudi Tepi Barat telah menjadi ramai dan mereka menginginkan lebih banyak lagi tanah Palestin. Mampukah Barack Obama menghentikan kecenderungan ini? Hillary Clinton, Setiausaha Negara Amerika yang baru telah mengatakan bahawa visi dua negara antara Israel dan Palestin tidak begitu saja diabaikan. Kita sudah mendengar ini sebelumnya. Tapi Hillary menegaskan bahawa AS tetap akan membanteras Hamas, dan ini menjadi kesalahan pertama pemerintahan AS yang baru yang baru hendak memulakan gerakerja mereka. Bagaimana AS mengharapkan kombinasi dua negara dalam satu wilayah sementara AS tidak mahu mendengarkan satu pihak lainnya? Patrick Seale/dah

Sejarah Agama Yahudi (Siri 2)

BAHASA IBRIAH 19. Sepertimana yang diketahui Nabi Ibrahim telah meninggalkan Kota Babylon bersama dengan keluarga dan pengikutnya disekitar tahun 1750 sebelum masehi. Bumi yang pertama dipijak oleh Ibrahim dan pengikutnya ialah tanah Syria tempat tinggal orang-orang Aram. Kemudian mereka berpindah lagi menuju ke Selatan sehingga mereka menetap di Kan'an. Di sepanjang perjalanan tersebut sudah semestinya Nabi Ibrahim a.s dan pengikutnya bertemu dan bergaul dengan pelbagai kaum dan kabilah. Hasil daripada itu, lahirlah di Kalgu Bani Israel suatu bahasa yang mirip kepada orang-orang Aram yang menyerupai dengan bahasa Arab. Penggunaan bahasa ini kembali kepada tahun 1200 sebelum masehi kemudian ianya telah luput sebagai bahasa pertuturan dan diganti oleh bahasa Aram pada tahun 200 sebelum masehi. Selepas daripada itu bahasa Ibrani tidak lagi digunakan melainkan untuk tulisan dan upacara keagamaan sahaja. PENGASINGAN BANGSA YAHUDI 20. Jika diperhatikan pada orang-orang Ibrani (Bangsa Yahudi) selepas penghijrahan mereka daripada tanah Iraq, didapati mereka ini mempunyai satu ciri yang berbeza iaitu suka mengasingkan diri ke mana mereka pergi dan menetap. Mereka tidak suka bergaul dengan kabilah lain malah mereka lebih suka hidup sesama mereka di satu tempat yang berasingan di antara mereka dan kabilah lain. Mereka tidak akan membenarkan sesiapa pun samada di kalangan mereka sendiri atau orang lain untuk menembusi benteng ini. Sebab-sebab pengasingan ini terbahagi kepada dua perkara :- i. Perbezaan Aqidah, orang-orang Ibrani beriman dengan ajaran Tauhid  yang dibawa oleh Nabi Ibrahim. Akan tetapi setengah kabilah dan kaum  lain menyembah berhala. ii. Perbezaan Pemikiran, orang-orang Ibrani hidup berpindah randah dan  tidak bertamadun. Berbeza pula dengan kabilah lain yang hidup mene tap, mempunyai ilmu pengetahuan dan ketamadunan. 21.Tabiat mengasingkan diri dari orang lain telah menjadi satu kebanggaan kepada orang-orang Ibrani walaupun mereka mempunyai ilmu pengentahuan dan meninggal cara hidup lama mereka namun tetap mengamalkan tabiat mengasingkan diri dari masyarakat lain. Ini dapat dilihat di mana-mana tempat yang mereka tinggal. 22. Sikap mengasingkan diri ini telah melahirkan natijah yang negatif terhadap mereka dan bangsa lain. Setelah sekian lama sikap ini meresap ke dalam darah daging orang-orang Yahudi maka timbullah perasaan tidak tenang di dalam jiwa mereka terhadap bangsa lain. Mereka sentiasa merasa bahawa bangsa lain akan mengkhianati dan menghapuskan mereka. Lantaran itulah mereka berterusan merancang dan melaksanakan rancangan jahat untuk menghapuskan bangsa-bangsa lain demi mengembalikan ketenangan jiwa mereka. Daripada perancangan jahat mereka ialah ajaran Marxis, Darwin, Freemason dan lain-lain. 23.  Daripada sikap tersebut juga lahir dalam setiap jiwa orang-orang Yahudi, mereka tidak akan memberi ketaatan kepada mana-mana pemerintahan melainkan pemerintahan Yahudi sahaja. Mereka sanggup melakukan apa yang tidak terfikir di akal kita demi ketaatannya kepada bangsa Yahudi. BANI ISRAEL DI MESIR 24. Pada kurun ke-17 sebelum masehi Mesir diperintah oleh bangsa asing yang bernama Haxsos sepanjang tempoh 2098-1857 sebelum masehi. Di sepanjang tempoh pemerintahan Haxsos bangsa Yahudi telah masuk ke Mesir melalui salah seorang anak Nabi Yaacob a.s iaitu Nabi Yusuf a.s. Kedatangan Bani Israel ke Mesir telah disambut oleh pemerintah Haxsos pada ketika itu dengan penuh penghormatan. 25. Bani Israel bersama dengan bapa mereka Israel (Yaacob) seramai 70 orang telah mendiami satu kawasan yang bernama Ghasan terletak di bahagian Timur Mesir. Di sepanjang tempoh mereka berada di Mesir, mereka hanya melakukan pekerjaan yang senang lagi menguntungjkan seperti mengembala, membuat perhiasan emas dan perak dan berniaga. 26. Di sepanjang pemerintahan Haxsos ke atas bumi Mesir, Bani Israel mendapat pelbagai keistimewaan berbanding dengan masyarakat pribumi. Keadaan ini berterusan sehinggalah panglima yang bernama Ahmash berasal dari keluarga ke-18 kerajaan Mesir berjaya menghalau orang-orang Haxsos daripada bumi Mesir. 27. Apabila kerajaan Mesir diperintah kembali oleh penduduk asalnya.maka Bani Israel tidak lagi mendapat keistimewaan sebagaimana terdahulu semasa pemerintahan Haxsos. Orang-orang Mesir mula mencurigai Bani Israel disebabkan oleh :- i.   keistimewaan yang mereka kecapi di zaman Haxsos telah menim bulkan rasa dengki dan cemburu dihati orang-orang Mesir. ii.  Selepas kekalahan Haxsos, mereka terpaksa bekerja keras seperti  rakyat jelata Mesir dan tidak mendapat apa yang mereka perolehi di  zaman Haxsos iii sikap mereka yang suka mengasingkan diri dari masyarakat Mesir  telah menimbulkan rasa curiga di kalangan pemerintah. Ini menye babkan mereka bangkit memberontak dan menimbulkan kacau bilau terhadap kerajaan Mesir. 28. Orang-orang Mesir merasakan sikap masyarakat Yahudi yang suka mengasingkan diri dan pertambahan bilangan mereka telah menjadi ancaman terhadap keselamatan negara. Maka mereka merancang untuk menghalang perkara tersebut yang mana pada ketika itu Mesir diperintah oleh seorang Maharaja dari keturunan Diraja yang ke-19 bernama Ramsis II. Akhirnya kerajaaan Mesir telah mengeluarkan perintah agar mana-mana anak lelaki yang dilahirkan di kalangan Bani Israel supaya dibunuh bagi membolehkan perempuan-perempuan di kalangan mereka mengahwini orang-orang Mesir. Pada ketika itulah lahirnya Nabi Musa a.s. BANI ISRAEL KELUAR DARI MESIR 29. Setelah berlaku apa yang kita semua ketahui di antara Nabi Musa dan Firaun maka Nabi Musa a.s meminta daripada Firaun untuk membawa keluar kaumnya dari bumi Mesir menuju ke suatu tempat yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka. 30. Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli sejarah, mengenai keluarnya Nabi Musa dan kaumnya dari bumi Mesir. Setengah riwayat mengatakan bahawa Firaun mempersetujui akan permintaan Musa dan setengah yang lain mengatakan bahawa Firaun memaksa Musa dan kaumnya tinggal di bumi Mesir sebagai hamba. 31. Maka Musa dan kaumnya telah menuju ke arah timur. Apabila mereka sampai di persisiran Teluk Suez mereka dapati di hadapan mereka ialah lautan yang terbentang dan di belakang mereka, bala tentera Firaun mengejarnya. Maka Nabi Musa pun berdoa kepada Allah lalu berlaku satu mukjizat yang mengkagumkan. Bani Israel dapat menyeberangi lautan tersebut dengan selamat dan di waktu yang sama Firaun dan bala tenteranya mati di telan laut. 32. Apabila Musa a.s dan kaumnya telah menjejaki tebing semenanjung Sinai, maka bermulalah kehidupan baru bagi Bani Israel. Sudah semestinya kehidupan ini berbeza dari kehidupan yang lama. Di Mesir terdapat pelbagai kemewahan dan kenikmatan berbeza dari semenanjung Sinai. Kehidupan mereka boleh dikatakan lasak dan mencabar kerana di sekeliling mereka dipenuhi oleh batu batan yang panas  dan terdedah kepada bahang kepanasan matahari, lebih-lebih lagi sumber air yang jarang di dapati kawasan tersebut . 33. Bani Israel begitu marah dengan kehidupan baru mereka  lalu berjumpa dengan Nabi Musa a.s dan meminta daripadanya untuk mengembalikan semula mereka ke Mesir . 34. Nabi Musa a.s telah dipanggil oleh Allah untuk bermunajat kepadaNYA selama 30 hari. Sepanjang pemergian Nabi Musa a.s untuk bermunajat dan menerima Kitab Taurat, Bani Israil telah dipimpin oleh saudaranya Nabi Harun a.s . 35. Apabila Nabi Musa a.s terlambat pulang dari bermunajat kepada Allah, Bani Israel mula meragui kenabian dan agama yang dibawa olehnya. Salah seorang dari pemimpin mereka yang bernama Samiri, telah menghimpunkan emas, perak dan barang perhiasan lalu membentuk seekor anak lembu dan membawa patung tersebut ke hadapan Nabi Harun a.s. Dia meminta daripada kaumnya supaya menyembah dan menyembelih korban kepada Tuhan baru mereka. 36. Sekembalinya Nabi Musa a.s dari bermunajat, dia membawa bersamanya kitab Taurat sebagai ajaran dan panduan kepada Bani Israil setelah dia mendapati kaumnya mensyirikkan Allah dengan menyembah berhala yang dibuat oleh Samiri.` 35. Apabila Nabi Musa a.s terlambat pulang dari bermunajat kepada Allah , mulalah Bani Israil meragui akan kenabian dan agama yang olehnya . salah seorang daripada pemimpin yang bernama Samiri telah menghimpun emas, perak, dan barang perhiasan daripada bani Israil dan membentuk seekor anak lembu lantas membawa patung tersebut ke hadapan Nabi  Harun a.s lalu dia meminta daripada kaumnya supaya menyembah dan menyembelih korban kepada Tuhan baru mereka . 36. Sekembalinya Nabi Musa a.s dari bermunajat dengan membawa bersamanya kitab Taurat sebagai ajaran dan panduan kepada Bani Israil, ia dapati kaumnya telah menyekutukan Allah dengan menyembah berhala  yang dibuat oleh Samiri, maka dia merasa begitu marah terhadap perbuatan mereka. 37. Nabi Musa a.s dengan perasaan penuh kecewa telah menghapuskan tulisan-tulisan Kitab Taurat yang diturunkan oleh Allah kepadanya dan meminta kepada kaumnya supaya bertaubat . 38. Nabi Musa a.s dan kaumnya merentasi semenanjung Sinai menuju ke Palestin iaitu bumi yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka. Bagi memenuhi janji tersebut mereka dituntut untuk memerangi orang-orang Kan'an iaitu penduduk Palestin tetapi mereka enggan dan takut untuk berperang kerana mereka telah sekian lama diasuh  dengan kehidupan yang senang dan hina. 39. Disebabkan keengganan mereka maka Allah telah menghukum mereka dengan mengharamkan mereka daripada memasuki tanah suci Palestin yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka. 40. Bani Israel telah disesatkan oleh Allah  di sebuah  padang yang luas bernama Tieh selama 40 tahun. Sepanjang tempoh tersebut Allah telah mematikan mereka yang ingkar terhadap suruhan Nabi-NYA dan diwaktu yang sama telah wafatlah Nabi Harun a.s kemudian diikuti oleh Nabi Musa a.s. 41. Setelah kewafatan Nabi Musa a.s, Bani Israel dipimpin oleh seorang muridnya yang taat dan berjiwa pahlawan  iaitu Yusha' Bin Nun. Dengan kepimpinan Yusha' dan ketabahan Bani Israel mereka berjaya memasuki tanah Palestin. Bersambung...

Kajian Mendalam Penderitaan Wanita Palestin di Bawah Pendudukan Israel

wanita1Kaunselor Misi Pemerhati Tetap Palestin ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Nadya Rasheed, membentangkan kepada PBB satu kajian mendalam berkenaan situasi yang dihadapi oleh wanita-wanita Palestin yang hidup di bawah pendudukan Israel.

Kenyataannya adalah berdasarkan kepada satu perbahasan Jawatankuasa Sosial, Budaya dan Kemanusiaan Perhimpunan Agung PBB yang membincangkan dalam agendanya berkenaan kemajuan wanita.

Rasheed berkata sepanjang enam tahun, kesemua sektor masyarakat Palestin di seluruh jajahan Palestin yang diduduki, termasuk Baitul Maqdis Timur, telah mengalami penderitaan akibat daripada tindakan kejam yang dilakukan oleh kuasa-kuasa Israel. Beliau menyatakan bahawa mana-mana siasatan atau analisa berkaitan keganasan terhadap penduduk Palestin akan mendedahkan satu situasi menjijikkan di mana hak-hak kemanusiaan mereka ditindas dan dilanggari dengan begitu serius oleh kuasa pendudukan tersebut, memijak maruah mereka dan mengawal hampir setiap aspek dalam kehidupan mereka. “Sepanjang waktu ini, kuasa pendudukan tersebut terus menerus membunuh, mencedera dan melukakan penduduk awam Palestin, termasuklah wanita dan kanak-kanak, memusnahkan rumah-rumah, harta benda, infrastruktur penting dan kawasan tanaman, merampas tanah, membina tembok pemisah, membina dan memperkembangkan penempatan-penempatan dan memintas jalan-jalan,” beliau berkata, “ menangkap, menahan dan memenjarakan beribu-ribu penduduk Palestin, dan menyebabkan kemerosotan yang lebih dahsyat kepada keadaan ekonomi dan sosial penduduk Palestin yang sememangnya sudah teruk dengan menambahkan lagi bebanan sekatan ke atas pergerakan, termasuk bantuan perubatan dan kemanusiaan, di seluruh jajahan Palestin yang diduduki, termasuk Baitul Maqdis Timur.” Rasheed menekankan bahawa tiada satu hari mahupun satu minit berlalu – ketika mana Israel, kuasa yang menduduki Palestin, tidak dengan sengajanya terlibat di dalam pelanggaran undang-undang kemanusiaan dan hak-hak asasi manusia di jajahan Palestin yang diduduki, terutamanya di Semenanjung Gaza. Kaunselor Rasheed memberitahu bahawa wanita Palestin telah menanggung keperitan sebenar polisi haram Israel dan dengan itu realiti seterusnya bagi mereka adalah merupakan serangan ke atas gangguan dan penghinaan, keganasan dan ketakutan, dan hukuman dan diskirminasi yang kejam ddan berterusan. “Akibat daripada beberapa pelanggaran hak-hak asasi manusia yang disebutkan di atas, misalnya pemusnahan rumah, wanita yang secara tradisionalnya adalah tenaga utama di rumah, menjaga anak-anak dan menguruskan urusan domestik di dalam rumah, tiba-tiba mendapati bahawa pusat kehidupan mereka selama ini diambil dari mereka,” beliau menekankan. Rasheed mendedahkan lagi bahawa wanita Palestin mendapati mereka sendiri bergantung kepada kebajikan daripada saudara-mara atau organisasi kemanusiaan antarabangsa untuk menyediakan makanan dan tempat berlindung untuk anak-anak mereka. Beliau turut memaklumkan kepada semua akan situasi kehidupan penduduk Palestin berkenaan sekatan pergerakan dan barang-barang Palestin, termasuklah pembebanan lebih daripada 600 unit kawalan di seluruh jajahan Palestin yang diduduki, telah melumpuhkan ekonomi Palestin, mengakibatkan kampung-kampung dan bandar menjadi seperti penjara yang terasing. “Sekatan sebegini bukan sahaja telah menjadikan mereka seumpama tahanan, malah telah menyebabkan banyak kematian para wanita dan kanak-kanak Palestin. Satu daripada kesan sekatan ini yang sangat mengerikan ke atas wanita Palestin: wanita-wanita mengandung dipaksa melahirkan anak di unit-unit kawalan tentera,” kata beliau. Rasheed menekankan bahawa wanita Palestin berhadapan dengan keadaan yang amat teruk, seringkali terpaksa bersalin di dalam kereta atau sebagaimana yang pernah diberitahu oleh seorang wanita Palestin, “Di dalam semak, bersama debu-debu, tidak ubah seperti seekor binatang.” Sejak September 2006, sekurang-kurangnya 69 wanita Palestin telah mengalami keadaan yang dahsyat ini. “Banyak para ibu dan anak-anak mereka menderita akibat daripada komplikasi, termasuk kematian. Sebagai tambahan, kesan psikologikal ke atas wanita Palestin tidak wajar dipinggirkan, kerana kisah dan pengalaman traumatik yang dialami oleh wanita mengandung yang melalui unit-unit kawalan adalah diketahui ramai,” katanya lagi. Kaunselor Rasheed mengesahkan bahawa setiap kali kuasa Israel bertindak sedemikian terhadap seorang wanita mengandung, ianya adalah satu kesalahan undang-undang antarabangsa kerana tindakan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan ini sangat bertentangan dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang telah digubal di dalam Konvensyen Geneva Keempat dan Peraturan The Hague, yang boleh digunakan untuk jajahan Palestin yang diduduki, termasuk Baitul Maqdis Timur, dan yang juga merupakan satu obligasi kepada Israel selaku kuasa yang menjajah. Oleh Agensi Berita palestin (WAFA) Sumber : www.imemc.org

Siapa Yahudi? Siapa Islam?

SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa. Saya tidak ‘berkuasa’ lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa. Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini. Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi). Begini tulisan beliau: Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku? Siapa mereka ini? Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai ‘Manusia Abad ini’ ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman. Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian. Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular. Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia). Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang. Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam. Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman). Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi’s Jeans), Howard Schultz (Starbuck’s), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts). Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS). Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times). Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia. Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion. Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi. Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi? Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo’s Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi. Mempengaruhi Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan ‘membuat apa saja’ demi Israel. Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi. Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa? Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu. Mengapa umat Islam terlalu lemah? Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah? Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam. AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian ‘Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia’ - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500. Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf. Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam. Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta). Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya. Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan. Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat. Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20. Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan. Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion. Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion. Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa? Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran. Arkib Utusan Malaysia 14/01/2009

12 Kejahatan Yahudi

hebronDalam buku Qabaih al-Yahud dijelas 12 kejahatan Yahudi yang termaktub dalam Al-Quran. Kejahatan itu adalah seperti berikut: 1.    Menuduh Nabi Musa punya penyakit kusta karena tidak mau mandi bersama mereka. (QS. 33:69) “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi) yang telah mencaci Nabi Musa, lalu Allah membersihkannya dari segala cacian yang mereka katakan; dan adalah Dia seorang yang mulia di sisi Allah.” 2.    Enggan melaksanakan Taurat, sehingga Allah mengangkat gunung Tursina untuk mengambil perjanjian yang teguh. (QS.2:93) “Dan (ingatlah) ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu semasa Kami angkatkan bukit Tursina itu ke atas kamu (sambil Kami berfirman): "Ambilah (dan amalkanlah ajaran Kitab Taurat) Yang Kami berikan kepada kamu itu dengan bersungguh-sungguh, dan dengarlah (Apa Yang diperintahkan kepada kamu dengan mematuhinya)". mereka menjawab: "Kami dengar, dan Kami menderhaka". sedang kegemaran menyembah (patung) anak lembu itu telah mesra dan sebati di dalam hati mereka, Dengan sebab kekufuran mereka. Katakanlah (Wahai Muhammad):" amatlah jahatnya apa yang disuruh oleh iman kamu itu kalaulah kamu orang-orang yang beriman".” 3.    Tidak mahu beriman kecuali jika melihat Allah langsung. (QS. 2:55 dan 4:153) “Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga Kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)". maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.” “Ahli Kitab (kaum Yahudi) meminta kepadamu (Wahai Muhammad) supaya Engkau menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. (janganlah Engkau merasa pelik), kerana Sesungguhnya mereka telah meminta kepada Nabi Musa lebih besar dari itu. mereka berkata: "(Wahai Musa) Perlihatkanlah Allah kepada Kami dengan nyata (supaya Kami dapat melihatnya dan percaya kepadaNya)". lalu mereka disambar oleh petir Dengan sebab kezaliman mereka (menderhaka kepada Allah); kemudian mereka pula menyembah (patung) anak lembu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (mukjizat), lalu Kami maafkan mereka dari perbuatan yang sedemikian itu (ketika mereka bertaubat). dan Kami telah memberi kepada Nabi Musa kekuasaan yang nyata (untuk mengalahkan kaum yang kafir itu).” 4.    Merubah perintah Allah. “Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: "Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah dari benda-benda yang ada di dalamnya Dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai. dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri); dan (mintalah ampun dengan) berkata: ' Ya Allah ampunilah dosa Kami '; supaya Kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik".” “Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka).” 5.    Menuduh Nabi Musa mengolok-olok mereka saat mereka disuruh menyembelih sapi betina. (QS. 2:67) “Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". mereka berkata: "Adakah Engkau hendak menjadikan Kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)".” 6.    Menulis Alkitab dengan tangan mereka, lalu mengatakan ini dari Allah. (QS. 2:79) “Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.” 7.    Memutar-mutar lidahnya untuk meyakinkan bahawa yang dibacanya itu adalah wahyu yang asli. (QS. 3:78) “Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (Ketua-ketua ugamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu. dan mereka pula berkata: "(Bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah", padahal ia bukanlah dari sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).” 8.    Mengubah Firman Allah. (QS.2:75) “(Sesudah kamu - Wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?” 9.    Menyembah patung sapi. (QS.2: 51 dan 92) “Dan (kenangkanlah) ketika Kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah ia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu, dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri).” “Dan sesungguhnya telah datang kepada kamu Nabi Musa membawa keterangan-keterangan (mukjizat) kemudian kamu menyembah (patung) anak lembu sepeninggalannya, dan kamu (dengan perbuatan itu) adalah orang-orang yang zalim.” 10.    Mengatakan Tangan Allah terbelenggu. (QS.5:64) ”Dan orang-orang Yahudi itu berkata: "Tangan Allah terbelenggu (bakhil - kikir)", tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (Nikmat dan kurniaNya luas melimpah-limpah). ia belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang ia kehendaki; dan Demi sesungguhnya, apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan dari mereka bertambah derhaka dan kufur; dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga hari kiamat. tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya; dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan.” 11.    Menuduh Allah itu faqir. (QS. 3:181) ”Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang (Yahudi) Yang mengatakan: bahawasanya Allah miskin dan kami(yahudi) ialah orang-orang kaya. Kami (Allah) akan menuliskan perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasanyYang membenarkannya, dan Kami akan katakan kepada mereka: "Rasalah kamu azab seksa Yang sentiasa membakar –” 12.    Menyuruh Nabi Musa dan Tuhannya berperang untuk mereka (QS.5:24) ”Mereka (Menolak dengan) berkata: "Wahai Musa, Sesungguhnya Kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah Engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. sebenarnya Kami di sinilah duduk menunggu".”

Persaksikan Kejahatan Israel

6 PALESTINIANS-ISRAEL/ MIDEAST-ISRAEL-PALESTINIAN-CONFLICT-GAZA 7 ghazza