1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

10,000 Arab tinggalkan Israel setiap tahun

Sikap masyarakat Yahudi yang tidak bergaul dengan warga bangsa asing, khususnya bangsa Arab Palestin, membuatkan sebahagian warga Arab yang menetap Israel meninggalkan negara haram tersebut dan berhijrah ke negara lain. [caption id="attachment_4560" align="alignright" width="345" caption="Seorang wanita Arab yang rumahnya dirampas dan diduduki pendatang Yahudi berhadapan dengan pemuda-pemuda Yahudi di Sheikh Jarrah"]Seorang wanita Arab yang rumahnya dirampas dan diduduki pendatang Yahudi berhadapan dengan pemuda-pemuda Yahudi di Sheikh Jarrah[/caption] Israel tidak hanya diduduki oleh bangsa Yahudi sahaja, malahan turut didiami oleh keturunan Arab dan bangsa-bangsa dari Eropah. Namun oleh kerana banyaknya tindakan-tindakan diskriminasi yang dikenakan terhadap kaum bukan Yahudi, negara itu kini semakin kehilangan warga keturunan Arab. Yakub Feitelson, seorang pengkaji demografi di Institut Strategik Zionis mengatakan bahawa data Pentadbiran Awam menunjukkan antara 10, 000 hingga 20, 000 warga Israel keturunan Arab yang kebanyakannya pemuda meninggalkan Israel setiap tahun. Pada tahun 2007 misalnya, seramai 50, 000 orang Arab berpindah ke negara-negara lain yang dianggap lebih selesa sebagai tempat tinggal. (mn/ArutzSheva)

495 Warga Palestin Di Tangkap Sepanjang September

4 Okt, Jerusalem - Sebuah laporan statistik yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Tertinggi Nasional Palestin untuk menyokong tahanan penjara Israel mengatakan pasukan pendudukan Israel telah meningkatkan tindakan mereka di sepanjang September lalu dengan penangkapan terhadap warga Palestin, yang sehinggat setakat ini sejumlah 485 orang ditangkap, sebahagian besar dari Baitulmuqaddis yang diduduki. Laporan yang dikeluarkan pada hari Ahad (3/10) mengatakan tentera Israel pada bulan lalu menangkap 485 warga Palestin, termasuk tiga wanita dan sekitar  90 anak-anak di bawah umur. Seorang kanak-kanak berusia 13 tahun ditahan selama sepuluh hari terhadap keputusan ketenteraan untuk memisahkan dirinya dari rumahnya selama lima bulan. Aktivis asing juga dilaporkan telah ditangkap di Palestin. Seorang aktivis dari Amerika Syarikat dan seorang lagi dari Britain ditahan ketika berhimpun untuk memprotes dinding pemisahan dan perampasan tanah Palestin di Bil'in. Pengurus Jawatankuasa Media bagi tahanan Palestin, Riyadh Ashqar mengatakan kuasa penjara Israel terus melanggar kod hak asasi manusia bulan lalu kerana gagal untuk memberikan rawatan yang diperlukan untuk beratus-ratus kes penyakit yang telah merebak di antara tahanan Palestin. (pic)

18 September - memperingati peristiwa penyembelihan di Sabra dan Shatila

Peristiwa pembunuhan dan penyembelihan beramai-ramai rakyat Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila dari 16 hingga 18 September 1982 tidak mungkin terpadam daripada sejarah kemanusiaan, walaupun media arus perdana seakan-akan tidak pernah tahu tentang hakikat peristiwa tragis itu. Serangan dan pembunuhan di Sabra dan Shatila itu merupakan salah satu daripada rentetan sikap keji yang dilakukan oleh rejim pengganas Zionis Israel atas arahan secara langsung oleh Menteri Pertahanan ketika itu, Ariel Sharon. Sharon menggunakan taktik jahat dan hina dengan mengambil kesempatan daripada krisis militia Palangist Kristian di Lubnan bagi menghancurkan rakyat Palestin yang terpaksa menumpang hidup di kem-kem pelarian berkenaan. Batalion Palangist ini menyerang, menyiksa dan membunuh secara kejam wanita, anak-anak dan warga tua sementara tentera Zionis yang mengawal perimiter kem-kem tersebut membiarkan sahaja keganasan itu berlaku dan menghalang pihak luar daripada memasuki kawasan. Serangan brutal dan tragis selama 3 hari itu telah mengorbankan seramai 3,500 pelarian Palestin. Ramai lagi dilaporkan hilang dan terkubur di bawah runtuhan bangunan. Ratusan mangsa serangan yang masih hidup telah dibawa menaiki trak menuju ke tempat misteri, yang sehingga ke hari ini tidak diketahui nasib mereka. Bukan sahaja tentera Zionis tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghalang serangan dan pembunuhan, malahan mereka membantu puak militia Palangist dengan tembakan-tembakan cahaya ke udara supaya pembunuhan dapat diteruskan pada waktu malam. Siasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Kahan di bawah arahan pemerintah rejim Zionis pada bulan Februari 1983 memutuskan bahawa Sharon telah bersalah secara langsung kerana membenarkan puak Palangist masuk ke kem-kem tersebut dan seterusnya gagal menghalang pembunuhan ribuan orang awam. Tentera Sharon juga membekalkan senjata dan peralatan kepada Palangist dan menyediakan pengangkutan untuk membawa masuk militia. Walaupun sikap keji Zionis ini mendapat kutukan dunia, termasuk negara-negara Barat sendiri, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan juga Majlis Keselamatan PBB terus menunjukkan sikap dingin terhadap desakan supaya menghukum mereka yang ternyata bersalah. PBB mengutuk tindakan zalim Zionis ini melalui Resolusi 521 (19 September 1982,) namun tidak pernah ada sebarang hukuman dikenakan terhadap Sharon, pemerintah mahupun tentera Zionis. Malahan ramai daripada keluarga mangsa-mangsa pembunuhan itu terpaksa membuat dakwaan secara sendirian ke atas Sharon. Pada bulan Februari 2003, Mahkamah Tinggi Belgium memutuskan untuk membicara kes jenayah perang ke atas Sharon, tetapi Israel menuduh tindakan tersebut sebagai berbau politik. Pada bulan September 2003, memandangkan tidak seorangpun daripada mereka yang membuat dakwaan ke atas Sharon berbangsa Belgium, Mahkamah Tinggi Belgium terpaksa menggugurkan kes ini. Mereka yang bersalah terus bebas dan merencana kezaliman demi kezaliman ke atas kemanusiaan, khususnya ke atas rakyat Palestin. (mn/Maan)

Kanak-kanak Palestin disiksa secara seksual dalam tahanan

Pada bulan Ogos baru lalu, seorang jurnalis akhbar Israel Hareetz bernama Amira Hass telah menulis tentang tindakan tentera Zionis menangkap kanak-kanak dari sekolah mereka dan kemudiannya disiksa dan dihina ketika ditangkap dan berada dalam tahanan. Kanak-kanak ini kebanyakannya tangkap atas tuduhan melontar batu. Mereka lazimnya dikurung di dalam penjara tentera atas tuduhan memberi keterangan dan maklumat palsu di mahkamah tentera Zionis, termasuklah kerana enggan mengaku bersalah. Amira Hass, seorang jurnalis dan penulis Israel kelahiran Jerusalem merupakan seorang yang berhaluan kiri dan terkenal dengan laporan-laporan kritis, sehinggakan beliau pernah mendapat anugerah-anugerah jurnalism tertinggi. Antaranya, beliau pernah menerima anugerah Press Freedom Hero daripada International Press Institute pada tahun 2000, Bruno Kreisky Human Rights Award pada tahun 2002, UNESCO World Press Freedom Prize pada tahun 2003, dan juga Lifetime Achievement Award daripada International Women's Media Foundation pada tahun 2009. Beliau sendiri pernah ditangkap oleh tentera Zionis ketika dalam perjalan memasuki negara haram Israel setelah pulang daripada menyertai pelayaran solidariti ke Gaza pada awal bulan Disember 2008. Pada hakikatnya, sehingga 700 orang kanak-kanak Palestin ditangkap oleh tentera Zionis dalam tempoh satu tahun. Lazimnya mereka yang ditangkap akan didakwa atas tuduhan melempar batu ke arah kenderaan Israel atau tentera Zionis. Apa yang berlaku apabila kanak-kanak ini ditangkap dan ditahan? 97 peratus daripada kanak-kanak ini menjadi mangsa penyiksaan, bahkan 14 peratus daripada mereka menjadi mangsa gangguan seksual atau ancaman kekerasan seksual. Melalui kajian ke atas 100 orang kanak-kanak berumur di antara 12 dan 17 tahun yang telah ditangkap sepanjang tahun lepas, Hass memberikan statistik terperinci yang menggambarkan kezaliman dan perlanggaran hak-hak kemanusiaan oleh tentera Zionis. Menurut laporan Hass, penderaan ini berlaku dengan begitu ketara sejak dua tahun lalu apabila tentera Zionis menangkap sekumpulan kanak-kanak Palestin di kem pelarian Arroub atas tuduhan membaling batu ke arah kenderaan-kenderaan Zionis yang melalui kawasan tersebut. Tentera Zionis mendakwa kanak-kanak tersebut ditangkap ketika sedang membaling batu. Namun apabila diselidiki oleh seorang wakil Yayasan Hati Nurani rakyat Palestin, Mahmoud Hassan, dakwaan itu ternyata tidak benar. Beberapa orang saksi termasuk guru sekolah mengesahkan bahawa kanak-kanak tersebut sebenarnya telah ditangkap ketika mereka berada di pintu masuk sekolah. Dalam sesi terakhir perbicaraan kanak-kanak kem pelarian Arroub ini, mahkamah Zionis mengumumkan bahawa mereka akan membawa beberapa orang guru sekolah untuk memberi kenyataan di mahkamah. Guru-guru ini akan bersaksi bahawa tentera Zionis telah menangkap kanak-kanak berkenaan di sekolah, bahkan dari dalam kelas ketika mereka sedang belajar. Namun apa yang berlaku, mahkamah telah menarik balik pernyataan tersebut sebelum guru-guru hadir di mahkamah. Menurut Hass, ini hanyalah merupakan salah satu masalah yang menunjukkan peningkatan dalam penyalahguaan kuasa di mahkamah tentera Zionis terhadap kanak-kanak Palestin. Yang pasti, jumlah kanak-kanak Palestin yang ditangkap dalam tempoh setahun mencecah sehingga 700 orang. Dari penelitian kajian ke atas kanak-kanak yang pernah ditangkap, sekitar 65 peratus daripada mereka ditangkap di antara waktu tengah malam dan jam 4:00 pagi. Sejurus selepas ditangkap, mereka kemudiaannya akan berhadapan dengan berbagai bentuk penyiksaan dan penganiayaan. Hampir kesemua daripada mereka - 97 peratus, diikat pergelangan tangan dalam tempoh yang sangat lama, manakala 92 peratus daripada mereka ditutup mata untuk jangkasama yang lama juga. 69 peratus daripada mereka menjadi mangsa penderaan fizikal oleh askar dan juga penyiasat tentera, termasuklah ditampar, ditendang dan dihentak dengan menggunakan objek seperti senjata. 26 peratus daripada mereka dipaksa berada dalam keadaan atau posisi yang menyakitkan secara berterusan. Mereka juga tidak diberi makan dan minum. Seorang kanak-kanak menyebut bahawa dia telah diikat, ditutup mata dan dipaksa duduk di atas lantai sebuah jip atau kenderaan tentera sepanjang perjalanan dibawa menuju ke penjara. Selain daripada itu, 49 peratus dari kanak-kanak yang ditangkap telah diancam dengan kekerasan sekiranya mereka tidak mengaku bersalah. 32 peratus lagi mendakwa mereka dipaksa menandatangani surat pengakuan berbahasa Hebrew yang mereka sendiri tidak memahaminya. Bagi Hass, beliau agak terkejut dengan dakwaan penyiksaan berbentuk seksual. Menurut beliau, mereka yang ditahan biasanya akan mengambil masa yang agak lama untuk menceritakan perkara ini kepada peguam yang menyiasat. Namun, semua kanak-kanak yang disoal-siasat dalam kajian ini menceritakan semuanya sejurus selepas mereka dibebaskan daripada tahanan. 50 peratus daripada kanak-kanak ini mendakwa mereka telah di hina secara seksual dalam bentuk fizikal dan verbal. Seorang mangsa yang berumur 15 tahun telah ditampar dan disakiti kemaluannya apabila dia tidak mengaku bersalah atas tuduhan membaling batu dan bom Molotov. Menurut kanak-kanak ini, apabila beliau tidak mengaku membaling batu atau bom Molotov, askar yang bertanya akan menengking sambil memaki-hamun bahawa dia berbohong, dan seterusnya menyiksa kemaluannya selagi mana dia tidak mengaku berbuat kesalahan itu. Tidak tertahan siksaan, kanak-kanak ini akhirnya mengaku bersalah membaling batu. Kezaliman seperti ini berterusan tanpa ada sebarang dakwaan di buat ke atas pihak berkuasa Zionis kerana ibupada atau wakil-wakil kanak-kanak ini tidak mempunyai keyakinan terhadap sistem pengadilan Israel yang akan dilalui. Malahan mereka bimbang sistem pengadilan atau pihak-pihak tertentu di Israel akan bertindak balas sekiranya mereka membuat sebarang dakwaan. Undang-undang Israel mewajibkan semua proses interogasi oleh tentera Zionis dirakam. Namun ejen penyiasat Shin Bet dikecualikan daripada undang-undang ini. (mn/Hareetz/alqudspress)

Hakikat Pelarian Palestin

Seramai 4.8 juta penduduk Palestin telah menjadi pelarian di Negara sendiri atau di Luar Negara gara-gara rampasan tanah dan sikap apartheid zionis Israel laknatullah. Angka tersebut merupakan mereka yang berdaftar dengan ‘United Nation Relief and Work Agency’ iaitu satu badan di dalam Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu yang dipertanggungjawabkan mengurus hal ehwal pelarian Palestin.  [caption id="attachment_4246" align="alignright" width="400" caption="Keluarga Palestin di sebuah kem pelarian di Iraq"][/caption] Namun jumlah 4.8 juta hanyalah mereka yang berdaftar sahaja kerana ini tidak termasuk rakyat Palestin dan keturunan mereka yang telah mendapat penempatan di Negara-negara lain terutamanya Negara Eropah. Adalah dijangka jumlah sebenar keseluruhan rakyat Palestin dan keturunan mereka seramai 7.5 juta orang. Siapakah yang dimaksudkan sebagai penduduk Palestin yang menjadi pelarian? Mereka adalah yang tergolong di dalam salah satu 3 kategori ini: (1) Penduduk Palestin yang menetap di dalam wilayah yang telah dijajah oleh Israel. (Tebing Barat dan Gaza) (2) Termasuklah penduduk Palestin yang menetap di Timur Jerusalem. (3) Mereka yang menetap di daerah Bukit Golan, Syria yang kawasannya telah dijajah oleh Israel. Seramai 1,885,000 juta (lebihkurang 1.885 juta) dari 4.8 juta ini menetap di kawasan tanah Palestin yang dijajah oleh pengganas Israel. Ini adalah lebih dari separuh dari keseluruhan pelarian Palestin. Dari 1,885 juta ini, 1,106,000 juta orang (1.106 juta) menetap di Semenanjung Gaza sementara 779,000 ribu orang menetap di Tebing Barat. Terdapat sebanyak 27 buah kem pelarian di tanah yang dijajah oleh rejim pengganas Israel, 19 darinya berada di Tebing Barat dan 8 darinya di Semenanjung Gaza. Satu pertiga dari pelarian Palestin masih menetap di kem pelarian ini, iaitu 45.4% pelarian masih di kem-kem pelarian di Semenanjung Gaza dan 25.4% di Tebing Barat. Pada tahun 2009, pelarian Palestin yang berumur di bawah 18 tahun adalah seramai 37.6% di Tebing Barat dan 45.5% di Semenanjung Gaza. Tahap kelahiran 5 tahun yang lepas adalah stabil. Pada tahun 2008, tahap kelahiran adalah 4.5 di Tebing Barat dan 4.4 di Semenanjung Gaza berbanding dengan 4.2 di Tebing Barat dan 4.7 di Semenanjung Gaza pada tahun 2003. Akibat dari sekatan dan serangan rejim zionis laknatullah itu telah menyebabkan beban ekonomi sesebuah keluarga palestin meningkat. Tahap pengangguran juga meningkat dari 24.5% dalam tahun 2007 kepada 25.3% pada tahun 2008 dan ianya bertambah meruncing selepas serangan ganas rejim apartheid zionis itu di mana tahap pengangguran meningkat dengan mendadak dari 38% kepada 49%. Perkhidmatan kesihatan pula dari segi tahap imunisasi adalah menyeluruh di mana 95% dari pelarian ini mendapat imunisasi vaksin namun indikator tahap kesihatan tidak menunjukkan perubahan ke tahap yang baik di dalam tahun 2009. Paling membimbangkan adalah merebaknya penyakit-penyakit yang berkaitan dengan pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran yang berkaitan dengan sisa kumbahan. Sisa-sisa kumbahan di Semenanjung Gaza tidak terurus dengan betul. Ini adalah disebabkan sekatan ke atas Semenanjung Gaza yang melarang kemasukan bahan bakar yang akan menjalankan generator di pusat pengurusan sisa kumbahan tersebut. Telah jelas terbukti bahawa segala kesengsaraan yang ditanggung oleh rakyat Palestin ini adalah berpunca dari kejahatan syaitan pihak rejim zionis ini. Akibat dari yang di atas, insiden penyakit ‘acute hepatitis’  adalah 75.3 per 100,000 di Semenanjung Gaza dan 15.9 per 100,000 di Tebing Barat. Sementara insiden demam kepialu (Typhoid fever) adalah 12.4 per 100,000 di Semenanjung Gaza. Masalah-masalah kesihatan di atas telah menambahkan lagi beban kesihatan dan ekonomi yang perlu ditanggung oleh sesebuah keluarga Palestin. [caption id="attachment_4249" align="alignnone" width="500" caption="Kanak-kanak Palestin di kem pelarian Jabalia"][/caption] Masalah kekurangan zat pemakanan dan gizi (malnutrition)  samada kronik atau akut masih menjadi masalah utama terutamanya di Semenanjung Gaza. Ini ditambah dengan masalah di sektor pertanian yang terjejas dengan teruknya akibat dari serangan brutal oleh rejim Israel dan embargo atau sekatan yang masih dikenakan oleh rejim pengganas Zionis. Sekarang ini sukar untuk mendapatkan buah-buahan segar dan makanan yang mempunyai zat protein. Bekalan makanan berkurangan berbanding dengan tahun 2007. Kenyataan ini diperkuatkan lagi dengan kajian yang telah dijalankan oleh ‘Palestinian Central Bureau of Statistics’ yang mendapati selepas serangan oleh rejim pengganas zionis, terdapat kekurangan sebanyak 16.2% makanan yang boleh diperolehi dan dimakan oleh sesebuah keluarga Palestin. Masalah saikologi terutamanya stress atau tekanan yang berkaitan selepas trauma (Post Traumatic Stress Disorder) semakin menonjol terutamanya selepas serangan rejim zionis yang terkutuk itu. 36% dari kanak-kanak menyatakan mereka mempunyai tanda-tanda tekanan yang tidak dialami oleh mereka sebelum serangan ganas zionis itu. Kes-kes kematian bayi juga meningkat, direkodkan sebanyak 20.2/1000 dari kelahiran di Semenanjung Gaza dan 19.5/1000 di Tebing Barat. Sementara populasi Negara Israel yang ditadbir oleh rejim pengganas Israel zionis merekodkan kes kematian bayi sebanyak 4.0/1000. Jangka hayat juga sangat pendek di Semenanjung Gaza iaitu 73.4 tahun dan 74.5 tahun di Tebing Barat sementara jangka hayat penduduk Negara haram Israel mencecah kepada 80;73 tahun. Pelarian Palestin di Tebing Barat masih mempunyai harapan untuk mendapat khidmat kesihatan yang baik dan berkualiti di pusat-pusat kesihatan di Israel, berbanding dengan penduduk di Semenanjung Gaza yang berhadapan dengan sekatan dan embargo. Secara kesimpulannya, segala sesuatu yang berlaku di Semenanjung Gaza adalah disebabkan oleh rejim pengganas Zionis yang telah tuli telinga dan buta mata hatinya. Ianya ditambah pula dengan sikap zionis arab Mesir yang juga mengikut telunjuk Amerika dan sekutunya Israel mengadakan sekatan ke atas rakyat Gaza. Kesatuan Eropah juga patut dipersalahkan kerana telah ikut sama mempersetujui embargo ini. Namun setelah kejadian pembunuhan dan pembantaian sukarelawan yang tidak bersenjata di atas kapal Mavi Marmara telah mula menyedarkan rakyat seluruh dunia termasuklah Negara-negara Eropah akan sikap dan belang sebenar rejim zionis ini. Penghantaran bantuan demi bantuan dari pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan sama ada dari Malaysia atau Negara lain hanyalah bersifat sementara kerana bekalan bantuan itu akan habis dalam jangka masanya. Selagi embargo ini tidak diangkat maka selagi itu musibah ini tidak ada kesudahannya. Maka langkah yang paling utama adalah usaha kearah mengangkat atau memansuhkan sekatan atau embargo terhadap Semenanjung Gaza dan Tebing Barat serta dikembalikan segala hak dan kedaulatan Masjidil Al Aqsa dan rakyat Palestin amnya.

Fakta Tembok Besi Mesir-Gaza

FAKTA 01: TEMBOK KELULI DIBINA SEJAUH 11km, DAN SETINGGI 18-20 METER DARI PERMUKAAN TANAH.

Tembok keluli yang digunapakai oleh Mesir hampir menyerupai konsepnya dengan Sheet Pile Wall. Sheet Pile Wall ialah salah satu daripada pelbagai Tembok Penahan yang digunakan di Malaysia. Berikut ialah beberapa gambar berkaitan tembok penahan disekitar Lebuhraya di Malaysia.

Sheet Pile Wall ialah tembok cerucuk yang seringkali digunapakai dalam industri pembinaan, buat untuk menahan benteng-benteng yang dikorek, bagi mengelakkan tanah runtuh. Ianya mampu menahan tekanan bumi yang tinggi (high earth pressure) terutama sekali di kawasan tanah yang lembut. Kekuatannya terletak pada bahan dan ikatan diantara keluli dengan keluli yang lain. Sheet Pile Wall bukan sahaja terdapat dalam bentuk keluli (turut dikenali sebagai anchor sheet steel pile), tetapi boleh didapati dalam bentuk konkrit yang dibentuk di kilang. Kenapa dipanggil 'Sheet', ianya disebabkan kerana bentuknya seperti helaian kertas. Berikut merupakan sedikit gambar berkaitan sheet pile.

Sama bukan sepertimana yang dibina di Mesir, cuma yang bezanya adalah bahan yang digunakan.

FAKTA 02: BAHAN KELULI UNTUK TEMBOK DI MESIR MENGGUNAKAN BAHAN YANG DIKENALI SEBAGAI "SUPER-STRENGTH STEEL". KEKUATAN BAHAN YANG DIGUNAKAN MEMBOLEHKAN KELULI INI TAHAN DARI SEBARANG AKTIVITI PEMOTONGAN, PENEBUKAN DAN LETUPAN BOM.

Kelebihan menggunakan Sheet Pile ini adalah ianya mudah dipasang (tidak mengambil masa yang lama) dan murah. Cukup sekadar menanam cerucuk berkenaan di dalam tanah menggunakan kuasa hidraul atau hentakan. Teknik penanaman cerucuk ini menggunakan konsep 'jingsaw' - mengunci di antara satu sama lain. Kebiasaannya, cerucuk ini dipasang sebagai struktur sementara (tiada nilai estetik) sebelum struktur yang kekal siap sepenuhnya. Namun demikian, ada juga yang menjadikan sheet pile ini sebagai struktur tetap. Kenapa Mesir membina tembok berkenaan? Mesir menyatakan pembinaan tembok keluli itu adalah satu keputusan untuk mempertahankan kedaulatan yang bertujuan menghalang penyeludupan dadah menerusi terowong di bawah sempadan yang digali secara haram dan digunakan untuk menyeludup pelbagai bekalan dan senjata. Ulama Jordan melihat tembok berkenaan akan memburukkan lagi sekatan yang sedang dilaksanakan Israel ke atas Semenanjung Gaza dengan menghalang kemasukan bekalan makanan dan ubat-ubatan yang dibawa menerusi terowong rahsia berkenaan. Prof Dr Yusuf Garadhawi menyifatkan pembinaan tembok pemisah itu adalah 'haram di sisi syarak'. Tambah beliau lagi, "Benar, Mesir bebas dan haknya untuk membuat keputusan setiap yang berkaitan dengan kedaulatannya tetapi Mesir tidak berhak memberi bantuan yang berupa membunuh jiran malah saudaranya sendiri(penduduk Palestin di Gaza)". Tegas beliau, perkara seumpama ini tidak wajar bagi sebuah Negara Arab yang berhukum dengan undang-undang kebangsaan Arab, sekalipun ia Negara Islam .. biarlah di atas semangat persaudaraan Islam dan atas nama kemanusiaan lagi wajib sebagai saudara sesama manusia.

Sumber: sebuahbinaan.blogspot.com