1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Israel Tidak Pernah Serius Berdamai Dengan Palestin

Akhbar "Palestine Papers" yang diterbitkan oleh Al Jazeera dan The Guardian menjemput mereka yang berminat dengan proses perdamaian untuk mengetahui bagaimana rundingan antara Israel dan Palestin dijalankan. Sebuah koleksi minit rundingan antara pihak berkuasa Palestin dengan kerajaan Israel telah diterbitkan buat kali pertama, dan mendedahkan bukan hanya jurang yang memang sedia dimaklumi, bahkan jenaka dan rancangan yang tidak pernah direalisasikan. Koleksi berkenaan mendedahkan pembohongan Israel yang seringkali menampilkan imej ‘tidak bersalah’ dan menjadi ‘mangsa’ melalui komitmen yang ditunjukkan Palestin dalam siri rundingan yang dijalankan. Tahukah anda bahawa Palestin telah mengutarakan rundingan yang serius tentang persempadanan negara yang merdeka, bahkan mengemukakan peta yang terperinci meliputi kawasan Tebing Barat dan BaitulMaqdis Timur? Sehingga kini, dunia mungkin diberitahu bahawa Olmert telah menawarkan Abbas pelan lengkap yang mengandungi peta negara tetapi Abbas tidak memberi jawapan, namun kini nyata, kumpulan rundingan Palestin yang diketahui oleh Ahmed Qureia lebih serius dan pantas bertindak berbanding Olmert. Peta berkenaan menjadi saksi mengapa persetujuan begitu sukar untuk dicapai, iaitu pertelagahan tentang kawasan penempatan haram yang semakin meluas. Pemimpin Israel mengulangi pendirian mereka kepada umum bahawa Ma'aleh Adumim, Gush Etzion, Ariel dan kawasan sekitar Baitulmaqdis akan menjadi wilayah Israel dalam apa jua rundingan yang akan diadakan. Kawasan ini merangkumi seratus atau lebih kawasan penempatan melangkaui sempadan kedua-dua negara. Masalah timbul berikutan pelan yang dicadangkan oleh Olmert dan Livni adalah jauh dari apa yang berhak diperolehi untuk Palestin. Kumpulan The Geneva Initiative sebelum ini berbangga dengan tawaran yang dilakukan dengan pihak berkuasa Palestin – penukaran Ma'aleh Adumim sebagai ganti pengosongan Ariel. Akhbar Palestine Papers menunjukkan bahawa Qureia dan anggotanya tidak pernah menerima tawaran tersebut dan mendesak sempadan timur Israel untuk mengelilingi Mount Scopus. Namun, hakikat yang lebih memalukan adalah berkenaan rakyat dan bukan persempadanan. Livni mencadangkan pemindahan ke perkampungan Arab Palestin di tanah Israel; manakala Qureia menawarkan pendatang di Ma'aleh Adumim untuk kekal di kediaman mereka dan diletakkan di bawah pentadbiran Palestin. Kedua-dua cadangan telah ditolak dan keduanya bertentangan dengan kedudukan rasmi kedua-dua pihak. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pasti menikmati penghinaan yang ditimbulkan oleh kedua-dua seterunya, Livni (seteru politik) dan Abbas. Namun, apabila dunia mula melupakan tentangnya, Palestin boleh menggunakan dokumen yang dibocorkan untuk mengukuhkan kenyataan bahawa merekalah yang keseorangan dalam rundingan yang dijalankan.

Israel Rancang Bina 5000 Lagi Perumahan di Jerusalem

Jerusalem yang dijajah, 26 Disember - Menteri Perumahan Israel merancang untuk membina dan memasarkan hampir 5000 unit baru untuk penduduk Yahudi di Jerusalem Timur dan Barat yang diduduki. Peguam Qais Nasser Yousef, seorang pakar dalam bidang Pembinaan dan Perancangan Undang-Undang, menyatakan bahawa pada tahun 2010 Menteri Perumahan Israel telah menjual lebih dari 1400 unit di pemukiman di Jerusalem Timur dan Tebing Barat, sebahagian besar dijual di penempatan Shmoel Homat, Maaleh Adumim, dan Pisgat Zeev. Nasser juga menyatakan bahawa pada 25 November 2010, satu jawatankusa yang disebut "Pembangunan dan Perancangan Jawatankuasa" di Jerusalem menyatakan rancangan untuk pembangunan 1,230 unit di Jabal Abu Ghneim (Har Homa), Homat Shmoel dan Ramot. Pembinaan ini merupakan sebahagian daripada rancangan yang dicadangkan beberapa bulan yang lalu juga menganjurkan untuk pembangunan 1,961 unit di penempatan Shlomo Ramat di Jerusalem. Amerika Syarikat dan Presidennya, Barack Obama, menyatakan kegagalan mereka dalam cubaan meyakinkan Israel untuk melanjutkan pembekuan pemukiman sembilan bulan yang berakhir pada akhir September tahun ini, dan mengakui kegagalan dalam mencapai kemajuan dalam pembicaraan perdamaian Timur Tengah. Israel mendakwa bahawa kegiatan penempatan tidak menjejaskan usaha untuk meneruskan perbincangan keamanan dengan Palestin, sementara Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan kerajaannya itu mengatakan bahawa Palestin yang membuat alasan, dan sesungguhnya Israel mahu melanjutkan pembicangan. Palestin dengan jelas telah menyatakan pendirian bahawa perbincangan damai tidak dapat diteruskan selagi Israel terus membina penempatan Yahudi di wilayah-wilayah pendudukan, termasuk di Jerusalem Timur, yang bakal dijadikan ibukota negara Palestin di masa depan. Semua pemukiman di kawasan-kawasan-kawasan pendudukan adalah menyalahi undang-undang di bawah undang-undang Antarabangsa dan Konvensyen Geneva Keempat. (imc)

Persatuan Ulama Palestin: Masjid Al-Aqsa Akan Runtuh

GAZA, 12 Dis - Persatuan Ulama Palestin (LPS) telah memberi amaran kepada negara-negara Arab dan Islam akan tindakan agresif penghancuran Israel semakin meningkat di sekitar Masjid Al-Aqsa, begitu juga kegiatan penempatan haram dan yahudisasi di Baitulmuqaddis yang diduduki terutama di sekitar Masjid Al-Aqsa. LPS membuat kenyataan tersebut pada Sabtu (11/12) bahawa pihak kuasa Israel (tentera penjajah Israel) telah mulalan langkah agresif menghancurkan Masjid Aqsa dan sekitarnya. Bangsa Arab dan Islam harus bangun sebelum terlambat, demikian seruan LPS. LPS memberi amaran bahawa Masjid Aqsa akan runtuh, dan bertanyakan bilakah saatnya umat Islam akan bangkit mempertahankan Masjid Al Aqsa, apakah usaha Israel saat ini menghancurkan Al-Aqsa tidak cukup untuk menyedarkan umat. (pic)

Remaja Palestin Berusia 12 Tahun Disiksa Di Penjara Israel

"Setiap kali kami cuba untuk tidur, mereka membangunkan kami dengan memukul kami menggunakan hujung senapang mereka selama tiga hari .. Mereka mengunci kami di dalam tandas dan membiarkan kami tanpa makanan atau air sehingga kami terpaksa minum air yang ada di dalam tandas. Mereka akan mencucuh putung rokok mereka ke kaki kami dan menjerit-jerit pada kami terus-menerus." Ini adalah kenyataan yang dilalui oleh anak tawanan di penjara Israel, Mohammed Tarik Mokheimer, yang berasal dari kampung Beit Oure, berdekatan Ramallah. Beliau ditangkap pada Julai 2010. Mohammed Tarik Mokheimer, yang baru berusia 12 tahun ditangkap bersama rakan sekelasnya Muhammad Ramadhan  atas tuduhan membaling batu terhadap pasukan rondaan tentera Israel. Mereka kemudian dibawa ke Pusat Tahanan Benjamin untuk disoalsiasat, mereka kemudian dikunci di dalam tandas selama tiga hari. Mereka telah ditelanjangkan dan tidak diberi makanan atau minuman. Ibu Mohammed berkata, "Pada hari penangkapannya, Mohammed lambat tiba di rumah, sehingga seluruh keluarga pergi mencari beliau, tetapi kami tidak menemuinya. Pada 1:30 tengahari, ayah rakan sekelas-nya memberitahu kami bahawa anaknya ( teman sekelas Mohammed) "Muhammad Ramadhan" telah ditangkap." [caption id="attachment_4773" align="aligncenter" width="450" caption="Ibu Mohammed"][/caption] Ibu Mohammed merasa sangat terkejut dan kebingungan. Kata beliau "Mohammed belum mencecah umur 13 tahun lagi, dan anaknya tidak mempunyai pengetahuan tentang apa itu penahanan dan bagaimana tahanan diperlakukan, jadi bagaimana mereka boleh menangkap anak-anak kecil ini?" Dia menambah, "Namun demikian, ahli keluarganya dan jiran telah meyakinkan saya bahawa penahanan itu tidak akan lama dan mereka akan segera dibebaskan." Keesokan harinya ibu bapa Mohammed ke pusat tahanan untuk mengetahui khabar berita anak mereka dan teman sekelasnya. Kata ibunya, “Saya tidak pernah terfikir saya akan melihat anak saya seperti itu, berdiri di belakang kandang tahanan dengan tangan dirantai, wajahnya penuh dengan ketakutan. Saya cuba untuk bercakap dengannya , tapi tidak dibenarkan. Dia akan memandang saya dan menangis sepanjang masa, dan setelah pertuduhan dibaca, mahkamah telah memanjangkan penahanannya.. " Ibu Mohammed tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi kepada anaknya, namun beliau merasakan bahawa sesuatu yang tidak diingini telah berlaku ke atas anaknya. Beliau cemas dan gelisah sepanjang masa mencari jawapan apa yang terjadi pada anaknya. Akhirnya sangkaan beliau ternyata benar, anaknya dan teman sekelasnya telah melalui saat ngeri dari penyiksaan yang dilakukan oleh tentera Israel. Perkara ini telah dibongkarkan melalui laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Tahanan dan Tahanan Yang Dibebaskan. Hiba Mosalha, peguam di Kementerian tersebut telah mengunjungi kedua-dua tahanan. Beliau mengatakan, "Pertamanya saya beranggapan bahawa cerita Mohammed berlebih-lebihkan, tetapi setelah saya melihat sendiri bekas-bekas penyiksaan di tubuh mereka seperti kesan cucuh puntung rokok pada kaki mereka, kuku kaki mereka tertanggal kerana pukulan keras." Beliau  menambah lagi, "Sementara kami berbincang, wajah anak-anak ini kelihatan seperti ketakutan kerana bimbang penyiksaan itu akan berulang lagi." Menurut Hiba lagi bahawa kejadian yang menimpa ke atas Mohamad Mokheimer dan Muhammad Ramadhan bukanlah yang pertama kali terjadi walaupun ianya adalah yang paling mengerikan. Dalam pernyataan peguam yang dilaporkan, Mohammed mengatakan, "Kami ditangkap di Jalan 443 berhampiran Dinding Pemisahan yang di bina Israel berdekatan kampung mereka, saat itu seluruh tubuh badan kami dipukul dengan senjata dan mereka menendang kami sampai kami jatuh ke tanah.” Setelah itu askar-askar itu merantai kami, mata kami ditutup, dan kami dibawa ke Pusat Tahanan Benjamin yang berhampiran dengan kampung ini." “Di pusat tahanan, kami dikunci di tandas dan dipaksa untuk membuka semua pakaian kami. Selama dua hari mereka dibiarkan tidak berpakaian di dalam tandas tanpa makanan atau minuman, dalam masa yang sama askar-askar itu memasang penghawa dingin sepanjang masa.” cerita Mohammed lagi Mohammed menceritakan lagi bahawa mereka menderita kehausan dan terpaksa minum air dalam tandas. Mereka menderita kesejukan yang amat sangat kerana mereka tidak berpakaian langsung selama dua hari, dan setiap kali mereka cuba untuk tidur, para askar akan kejutkan mereka. Mohammed juga menceritakan bahawa perkara yang paling mengerikan yang terjadi pada mereka adalah ketika tentera Israel masuk ke tandas untuk buang air kecil, mereka membuangnya di atas kepala dan muka Mohammed dan rakannya Ramadhan. Setiap kali mereka berbuat demikian, mereka tertawa dan mengejek-ngejek tahanan anak-anak kecil ini. Dalam masa yang sama, salah seorang dari tentera Israel sedang merakamkan gambar kejadian itu. Sebelum mereka di bawa ke mahkamah, mereka telah di paksa menandatangani dokumen dalam bahasa ibrani yang menyatakan mereka mengakui kesalahan yang telah mereka lakukan dengan tujuan untuk menahan anak-anak ini lebih lama lagi. Menurut Hiba Mosalha, penyiksaan terhadap para tahanan kalangan anak-anak telah menjadi dasar oleh tentera Israel untuk memastikan anak-anak ini mengaku atas tuduhan yang dikenakan ke atas mereka, sehingga mahkamah Israel akan memenjarakan mereka selama mungkin. Berkenaan dengan statistik rasmi, pihak berkuasa Israel telah menahan  lebih dari 6700 tahanan Palestin, di antara terdapat 287 orang anak-anak yang berusia di bawah 18 tahun. Dalam laporan dan kajian yang  dilakukan terhadap seratus orang tawanan kalangan anak-anak ini, didapati bahawa 81% dipukul dan ditendang dan 26% yang terkena penyakit Phantasmagoria (penyakit gila), sedangkan 12% diancam dengan kekerasan seksual, dan 4% dari mereka melalui kekerasan seksual. (wemo) Terjemahan: Halimah Jaafar (Sukarelawan HALUANPalestin)

Ahli Parti Politik UK Menyatakan Israel Penyebab Keganasan Global

[caption id="attachment_4731" align="alignleft" width="253" caption="Jenny Tonge"][/caption] London, 16 November - Seorang ahli politik senior dari Parti Liberal Demokrat Britain menyatakan bahawa rejim Israel telah melakukan keganasan global terhadap Palestin. Jenny Tonge, ahli Parti Liberal Demokrat, mengatakan di House of Lords bahawa perlakuan buruk terhadap Palestin oleh Israel adalah akar dan punca keganasan di seluruh dunia, menurut laporan agensi berita tempatan. Tonge mengatakan sikap ketidakadilan  Israel terhadap Palestin  mungkin berpunca dari igauan buruk mereka terhadap peristiwa “Holocaust" atau "mungkin juga kerana pelobi mereka memiliki kekuatan hubungan dengan UK dan Amerika Syarikat yang pro Israel. House of Lords sedang membahaskan Pelan Kajian Strategik Pertahanan dan Keselamatan Negara bagi menyusun kembali penglibatan dan keutamaan mereka dalam strategi keselamatan negara pada masa hadapan. "Layanan kejam Israel terhadap Palestin menjadi contoh dan kayu pengukur bagaimana sikap Barat melayani Muslim," katanya.  "Dan hal ini menjadi akar penyebab terorisme berlaku di seluruh dunia.", tambahnya lagi. (ptv/afp)

"Penempatan Haram Israel Jenayah Perang" :Amerika Kecewa? Dunia Islam Membisu?

BETHLEHEM, Sabtu, 16 Oktober - Tindakan Israel meneruskan pembinaan penempatan haram Israel di Jerusalem Timur dan Tebing Barat mengancam hak asasi manusia Palestin, demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil serantau Pengarah Amnesty International (AI), Philip Luther pada Jumaat (15/10) kelmarin. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh organisasi hak asasi manusia tersebut menyeru  pada kerajaan Israel untuk menghentikan rancangan mereka untuk membina 238 unit rumah baru di Jerusalem Timur. "Diskriminasi atas dasar kebangsaan dan agama adalah ciri dominan dasar penempatan Israel, malahan AI telah berulang kali mendokumentasikan bahawa akibat pemukiman haram itu telah menyebabkan penghancuran rumah warga Palestin, kerosakan tanaman dan usaha pertanian warga Palestin. Ini memberi kesan besar kepada mata pencarian mereka." Demikian antara kenyataan yang disampaikan oleh Philip. AI mengatakan Israel telah merampas dan memaksa pengambilalihan tanah di wilayah Palestin yang diduduki dan telah menyebabkan kesan buruk dalam kehidupan warga Palestin. Ianya telah mencatatkan bahawa 40 peratus daripada Tebing Barat telah diklasifikasikan oleh Israel sebagai tanah "negara" mereka, yang sebelum ini merupakan kawasan untuk penempatan warga Palestin. Di Jerusalem Timur, 35 peratus daripada tanah yang diduduki Israel disita untuk penempatan, sedangkan lebih dari 250,000 warga Palestin diperuntukankan hanya 13 peratus dari wilayah yang diduduki. "Dasar Israel membina penempatan haram di wilayah yang mereka duduki melanggar Konvensyen Geneva Keempat dan dianggap sebagai jenayah perang, sesuai dengan undang-undang dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa," kata kenyataan itu. Sementara itu Amerika Syarikat menyatakan kekecewaannya terhadap Israel selepas Israel mengumumkan akan memperluaskan dua penempatan haram di Baitulmaqdis Timur sedangkan usaha perundingan keamanan masih dalam proses perbincangan dan tindakan Israel itu akan menggagalkan usaha tersebut. Jurucakap Jabatan Luar Negeri AS, Philip J Crowley mengatakan kelulusan daripada 240 unit perumahan di Ramot dan Pisgat Ze'ev adalah "bertentangan dengan usaha kami untuk meneruskan perundingan langsung antara pihak-pihak yang terbabit, dan kekecewaan AS telah kami sampaikan kepada Israel.” (mn/pnn)