1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Perkhemahan Musim Panas Pasca Serangan di Ghaza Untuk Wanita OKU

perkhemahan wanita ghazaHAMAS telah mengadakan program perkhemahan musim panas pasca serangan di Ghaza khusus untuk kaum Hawa yang menjadi mangsa akibat kekejaman serangan Yahudi Israel. Sasaran peserta adalah terdiri daripada kalangan para wanita yang mengalami kecederaan dan kecacatan di pantai Laut Ghaza akibat serangan Yahudi Israel. Dalam acara tersebut telah di isi dengan pelbagai pengisian, permainan dan kegiatan-kegiatan lainnya. Tahrir Shahin, ibu kepada tujuh orang anak, merasakan manfaat dari perkhemahan tersebut di mana beliau merasakan dirinya lebih yakin dan kuat untuk menghadapi hari-hari mendatang di banding sebelumnya. Shahin sendiri mengalami patah tulang di bahagian kaki kanannya akibat terkena roket Israel. “Perkhemahan iini sebuah sentuhan yang luarbiasa, yang dapat mengisi setiap wanita yang trauma akibat kecederaan serangan penjajah Israel. Kami tidak mungkin menafikan peranan besar yang dimainkan melalui program-program (perkhemahan) ini, kami melalui pengalaman yang membahagiakan hati kami di sepanjang program, sekurangnya mampu meringankan rasa tekanan jiwa kami yang belum juga reda,” ujar Shahin menjelaskan. Luahan seperti Shahin juga terpapar pada para wajah puluhan lagi wanita Ghaza lainnya yang meyertai perkhemahan tersebut. Setiap dari mereka memiliki kisah yang memilukan mirip cerita-cerita dramatik di sinetron-sinetron televisyen. Jamilah Salman (40 tahun) misalnya, wanita yang berasal dari Beit Lehiya Utara Ghaza itu merasakan manfaat dari program perkhemahan itu. Kedua kaki Jamilah mengalami patah tulang yang amat parah akibat terkena roket penjajah Israel. Namun, Jamilah tidak pernah mengeluh atas serangan itu. “Apapun yang dilakukan penjajah itu terhadap kami, berupa pembunuhan dan pengusiran, mereka tidak akan pernah menghentikan ketabahan kami. Kamilah yang telah mengorbankan suami-suami kami, anak-anak kami dan nyawa-nyawa kami di jalan Allah,” tegas Jamilah. Secara tegas Jamilah menolak jika dirinya merasa putus asa. “Melalui perkhemahan ini kami dapat nafas baru, iaitu kekuatan, kemahuan dan tekad. Kami terbiasa berhadapan hambatan dalam kehidupan seharian kami secara biasa-biasa saja,” tambah beliau Sementara itu fasilitator program perkhemahan, Ummu Shalah, menjelaskan, perkhemahan itu bertajuk ‘Kemuliaan dan Ketabahan’dan merupakan satu perkhemahan yang belum pernah diadakan sebelumnya di Ghaza. Acara itu diikuti oleh 40 wanita yang mengalami kecederaan akibat serangan Israel. Mereka semua berusia di atas 18 tahun dan berasal dari Ghaza di bahagian utara. Perkhemahan ini berlangsung selama enam hari. Berkaitan dengan objektif dan tujuan perkhemahan itu, Ummu Shalah menjelaskan, iaitu adalah untuk menyatukan dan merapatkan ukhwah antara peserta dan membangkitkan perasaan bahawa mereka masih upaya membantu agama, bangsa dan negara. Ummu Shalah juga menegaskan, perkhemahan tersebut juga bertujuan untuk mengatakan kepada dunia bahawa mereka akan tetap tabah di tanah yang suci ini meski mengalami kecederaan dan kecacatan, pembunuhan dan kekejaman menimpa mereka. Di sepanjang program, peserta melalui pelbagai modul dan pendekatan aktiviti yang menarik. Selain itu, acara perkhemahan juga diisi dengan pelbagai diskusi, tazkirah, pendidikan dan siri dialog bersama agensi Pertubuhan , kementerian dan tokoh-tokoh tertentu untuk mendengar keluhan-keluhan dan keperluan para peserta tersebut.(milyas/aljazeera

Tembok Pemisah Binaan Isral Penjara Terbesar Dunia

Pada 20 Februari, 2005, kerajaan Israel telah meluluskan usul untuk membina Tembok Pemisah di Tebing Barat. Tembok yang bertemakan pemisahan, pengasingan dan memberikan kesan drastik kepada penduduk di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Merujuk kepada rancangan itu, Tembok Pemisah adalah sepanjang 645 km di Tebing Barat. Selepas tembok ini siap, ia akan memisahkan 565km2 di Tebing Barat (kira-kira 10% dari kawasan keseluruhan) di Zon Barat Pemisah di antara tembok dan Garis Hijau 'Israel' akan menguasai Zon Timur Pemisah sehingga 1,555 km persegi (27% dari Tebing Barat) sehingga ke Lembah Jordan dan kawasan Barat pantai Laut Mati. Secara keseluruhannya, Rancangan Tembok meliputi kira-kira 37% Tebing Barat.Jumlah kepanjangan Tembok Pemisah: - 645 km di Tebing Barat - 102 km di Semenanjung Gaza Kawasan tembok yang telah disiapkan: - 178 km (28% dari panjang keseluruhan) di Tebing Barat - Semenanjung Gaza: 102 km - 182 km (28% dari panjang keseluruhan) masih dalam proses pembinaan di Tebing Barat - 126 km (19.5% dari panjang keseluruhan) terletak di kawasan Garis Hijau Komuniti Palestin yang terganggu akibat pembinaan Tembok Pemisah: - 55 komuniti Palestin termasuk 90,000 orang terpisah di bahagian Barat tembok - 42 komuniti Palestin termasuk 42,000 orang terpisah di bahagian Timur tembok - 172 komuniti Palestin termasuk 550,000 menerima kesan teruk dari pembinaan tembok Tembok Pemisah dan penempatan haram Israel: - 98 penempatan Israel dengan jumlah penduduk kira-kira 375,000 orang (83% daripada pendatang haram Israel di Tebing Barat) mendiami Zon Barat Tembok Pemisah.

Askar Israel Telah Menangkap 65 Warga Palestin Daerah al-Khalil Pada Bulan April

Pasukan Pendudukan Israel (IOF) telah menangkap 65 orang warga Palestin di daerah Al-Khalil pada April sahaja termasuk seorang ibu dari empat orang kanak-kanak, demikian dilaporkan oleh Persatuan Tawanan Palestin (PPA). PPA mengatakan dalam laporan bulanan yang diterbitkan pada hari Isnin lalu bahawa tentera IOF menggunakan anjing polis dalam serangan mereka di rumah Al-Khalil untuk menakutkan  penduduk dan menyerang sejumlah besar dari para tahanan. Laporan tersebut menunjukkan bahawa penangkapan itu juga termasuk tiga penduduk yang menderita akibat penyakit ginjal, jantung, dan penyakit asma. Dilaporkan juga bahawa seorang wanita Palestin berusia 48 tahun ijuga ditahan selama dua hari untuk memberi tekanan kepada anak lelakinya agar menyerah diri kepada IOF. Pasukan IOF juga menangkap dua orang kanak-kanak dan memindahkan sembilan orang dari tahanan tersebut ke pusat-pusat siasatan di Askalan dan Maskobeh. Sementara itu, radio Israel melaporkan pada hari Isnin (3/5) bahawa unit IOF pada malam tersebut telah berjaya menangkap empat warga Palestin di kampung Beit Ummar di Al-Khalil kerana disyaki membaling batu beberapa kali sejak dua minggu lalu di pemukiman mereka. Tentera Israel juga dilaporkan telah menahan 5 orang warga Palestin di daerah Qalqilia, Ramallah dan Bethlehem. (PIC)

Tahanan Palestin Di Penjara Israel Terus Dianiaya

25 Mei - Pusat Hak Asasi Manusia Al Mezan pada hari Isnin (24/5) mengutuk kelulusan Mini-Kabinet Israel pada hari Ahad atas peruntukan 'Shalit Law Bill ', yang menetapkan langkah-langkah lebih keras ketika dalam penahanan terhadap tahanan Palestin di penjara-penjara Israel. Al Mezan menyeru untuk memperhebat usaha-usaha antarabangsa bagi menghapuskan undang-undang ini kerana melanggar hak asasi manusia terhadap tahanan Palestin dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengikut Peraturan Standard Minimum untuk Perlakuan terhadap Tahanan dan hak-hak dasar para tahanan Palestin di penjara-penjara Israel. Undang-undang baru tersebut, yang dikuatkuasakan pada hari Ahad lalu, menghalang tahanan Palestin dilawatai oleh peguam dan keluarga dan menyekat lawatan oleh wakil-wakil Palang Merah sekali pada setiap tiga bulan. Undag-undnag itu juga menghalang hak tahanan untuk meneruskan pendidikan mereka di penjara dan melarang tahanan dari menonton televisyen, membaca buku dan majalah, dan penggunaan perkhidmatan kantin. Menurut undang-undang ini, tahanan Palestin perlu akur pada tempoh kurungan yang tidak terhad sebagai prosedur hukuman. Dalam RUU ini juga, dan jika diluluskan oleh Knesset Israel, tahanan Palestin akan menjadi tebusan di mana kerajaan Israel boleh memberi tekanan kepada mana-mana fraksi Palestin dan tahanan boleh digunakan sebagai tawar-menawar untuk menekan mereka. Menurut kajian dari seorang penyelidik yang mengkaji isu-isu tahanan, Abduel Nassir Farwana, ada sekitar 7,000 tahanan Palestin yang berada di penjara-penjara Israel dan pusat-pusat tahanan. 735 daripada mereka adalah dari Jaluran Gaza. Sejak tahun 2006, keluarga di Gaza belum dapat melawat kaum kerabat mereka di penjara-penjara Israel. Meskipun Israel menerima kecaman antarabangsa dari pelanggaran Israel terhadap tahanan Palestin, Israel tetap meneruskan pelanggaran terhadap mereka. Tindakan Israel jelas menunjukkan pengabaian Israel terhadap komuniti antarabangsa dalam memenuhi kewajipan undang-undang di bawah Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa dan Undang-undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa. Al Mezan menekankan hak yang yang wajar diterima oleh para tahanan dalam menikmati hak-hak mereka, terutama hak untuk mendapatkan pengadilan yang adil, hak ekonomi, sosial dan budaya, dan hak untuk tidak dikenakan penyeksaan dan penganiayaan. Selain itu juga menekankan hak tahanan untuk berkomunikasi dengan orang-orang luar penjara, termasuk hak mereka untuk menerima lawatan keluarga. (PAN)

Tragedi pembunuhan di atas Mavi Marmara - kenangan bergambar

Tidak mungkin aku dapat melupakan tragedi serangan tentera Israel ke atas Mavi Marmara, 31 Mei 2010. Tidak sekali-kali! Wajah-wajah mereka yang dibunuh kejam dan brutal itu tetap segar dalam ingatan, lebih-lebih lagi tatkala melihat gambar susuk Mavi Marmara. Senyuman mereka, kesungguhan mereka, pengorbanan mereka... masyaAllah! Ingatan seperti itu sering membuatkan air mataku menitis. Saudara-saudaraku yang mulia -- Ibrahim Bilgen, Haydar Bengi Ali, Cevdet Kiliçlar, Çetin Topçuoglu, Necdet Yildirim, Yaldiz Fahri, Songür Cengiz, Akyüz Cengiz, dan Furkan Dogan -- insyaAllah bumi Palestin tercinta dan masjid al-Aqsa yang mulia akan menjadi saksi kepada darah yang tertumpah dan jiwa yang terkorban. Semoga Allah memuliakan kamu semua bersama para syuhada. Semoga Allah memberi kekuatan dan kemuliaan kepada keluarga yang kamu ditinggalkan, orang-orang yang kamu cintai dan yang mencintai kamu. Dan aku? Ya Allah! Tetapkanlah aku bersama perjuangan mereka dengan penuh ikhlas, sehingga nanti bumi Palestin dan masjid al-Aqsa juga menjadi pembela di hari hisab.   Pelancaran Mavi Marmara di Istanbul   Pelayaran yang dipenuhi dengan ketaatan dan pengharapan kepada Allah!   Serangan Israel di waktu subuh yang gelap di tengah lautan luas milik Allah untuk semua makhlukNya   Kami diserang dan dibunuh hanya kerana... ingin membantu manusia yang dizalimi di Gaza.

Nakhba 15 Mei - rakyat Palestin tetap akan pulang ke tanahair mereka!

Di merata pelusuk dunia, ratusan pertubuhan sedang bersiap-sedia untuk menyambut ketibaan 15 Mei sebagai mendukung sepenuhnya usaha pembebasan dan kemerdekaan Palestin, sekaligus membuka laluan kepada 9 juta rakyat Palestin yang terusir untuk kembali ke tanah air mereka.
15 Mei merupakan salah satu titik hitam dalam sejarah kebinatangan Zionis — An-Nakbah, hari di mana negara haram Israel ditubuhkan pada tahun 1948 dengan cara menghancurkan 500 buah perkampungan rakyat Palestin, dan seterusnya menghalau keluar ratusan ribu rakyat Palestin sehingga terpaksa menumpang hidup di Gaza dan negara-negara jiran.
Pada hari itu juga telah jatuhnya Masjid al-Aqsa yang mulia, dijajah, dihina dan dikotori oleh penjajahan Zionis. Kaum Muslimin dilarang daripada memasukinya.
Pemuda-pemuda Palestin di Lubnan dan negara-negara jiran Palestin yang lain kini sedang menjalankan kempen “Masiirat al ‘Awdah” — Gerak Jalan Menuju Pulang. Pada 15 Mei nanti, rakyat Palestin yang terusir di Lubnan, Mesir, Syria dan Jordan akan mara bergerak menuju ke sempadan-sempadan Palestin dan berdemonstrasi di sana, menuntut masyarakat dunia agar menyokong kepulangan mereka ke tanah-air asal mereka, Palestin.
Di samping itu, demonstrasi seumpama itu akan turut diadakan di hadapan kedutaan-kedutaan Israel di beberapa negara Barat. Ma’an News Agency melaporkan satu tunjuk perasaan akan diadakan di England, di mana pemimpin Viva Palestina, George Galloway, akan mengetuai usaha tersebut.
Dianggarkan sekitar sejuta orang aktivis akan terlibat dalam tunjuk perasaan di negara-negara Barat.
Manakala di New York, satu tunjuk perasaan secara besar-besaran akan diadakan di pejabat PBB. Para aktivis di bawah gabungan The Organizing Committee for Al-Nakba Commemoration 2011 sedang aktif merancang tunjuk perasaan tersebut dengan menggunakan berbagai jaringan sosial, mengundang bangsa Palestin, Arab dan semua mereka yang mendukung hak rakyat Palestin untuk kembali ke tanah air mereka supaya berkumpul di Plaza Dag Hammarskjold pada 15 Mei.