1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Lagi Kisah Kejam Tentera Israel Ke Atas Warga Gaza Di Bongkar...

sabra shatila2Koordinator Umum Gerakan Rakyat untuk Kebajikan Tahanan dan Hak-hak Palestin menuduh Israel telah melakukan pelbagai tindakan kejahatan selama penjajahan mereka di Tebing Gaza pada musim dingin lalu. Di antaranya pembunuhan sebuah keluarga Palestin secara kejam sebaik sahaja pengepungan dilakukan ke atas rumah mereka. Israel juga menghilangkan jejak beberapa anggota keluarga itu, sehingga nasib mereka belum diketahui hingga saat ini. "Israel telah melakukan pembunuhan terhadap sejumlah tahanan di mana mereka terbunuh setelah dikepung oleh tentera Yahudi Israel," ujar Nasat Wahidi, Peneliti dan Koordinator Umum Gerakan Rakyat untuk Kebajikan Tahanan dan Hak-hak Palestin, seperti yang dilaporkan oleh Maannews, pada Isnin (19/10). "Penjajah Israel telah melakukan kejahatan perang terhadap tahanan dan yang tercedera dari sebuah keluarga Palestin, di mana selama pendudukan tentera Israel di Desa al-Zaitun di timur Gaza, mereka mengubur orang-orang yang tercedera yang masih hidup, seperti yang pernah terjadi pada 11 Mei 2004 yang lalu dengan para korban antaranya Ihab Mohamed Abdel Karim Saeed Malkah dari Desa al-Zaytoun, Waleed Khaled Azzam yang juga dari Desa al-Zaytoun, dan Ihab Mohammad Amer dari Khan Yunis. Wahidi menilaikan bahawa tindakan kejam Israel itu telah menyebabkan hilangnya warga  Gaza dalam jumlah yang besar, yang nasib mereka itu masih belum jelas sehingga hari ini. Justeru menurut Wahidi situasi ini menuntut dan mengharuskan kita untuk membuka agenda orang-orang Palestin yang hilang, untuk membongkarkan penjara-penjara rahsia dan nasib orang-orang yang hilang itu, untuk memburu dan menuntut para penjahat perang Israel itu. Wahidi secara khusus memberikan penjelasan berkenaan pembantaian Israel terhadap keluarga Sammouni di al-Zaitoun sebagai saksi atas kejahatan perang yang dilakukan Israel. Beliau mengatakan bahawa 27 dari 90 dari anggota keluarga itudirtahan di sebuah rumah seorang warga Wael Tarif Sammouni Hamdi (32 tahun), yang akhirnya mereka semua terkapar akibat hentaman 3 peluru dari pesawat tempur Israel yang ke atas rumah Hamdi. Serangan kejam itu juga telah menyebabkan kecederaan parah ke atas puluhan penghuhi di rumah tersebut, yang kemudiannya sebahagian besar dari mereka meninggal dunia setelah beberapa hari. Beliau menambahkan, "Kejahatan perang yang dilakukan oleh tentera penjajah dan terhadap warga Palestin yang tidak berdosa amat melampau. Antaranya mereka menghalangi kedatangan seorang ibu hamil untuk mendapatkan rawatan di Hospital Shifa, iaitu isteri kepada seorang warga petani Palestin, Maged Hamdi Mahmoud Sammouni, dan usianya 42 tahun, dimana warga itu menghubungi hospital, namun pihak Hospital tidak dapat menghantar ambulan kerana rumah Maged Hamdi sedang di kepung oleh tentera penjajah Israel, lalu isteri Maged akhirnya melahirkan seorang bayi perempuan yang dia menamainya dengan Sujud.” Wahidi mengatakan, seorang saksi memberikan keterangan bahawa tentera penjajah yang sedang mengepung sebuah rumah dari keluarga Sammouni diketahui melakukan pembunuhan terhadap Attia Helmi Sammouni setelah pintu rumahnya terbuka. Saat Attia mati terkapar, Ahmed, anak Attia yang baru berusia 5 tahun berteriak histeria sambil mengatakan “Kenapa kalian bunuh ayahku?”. Namun apakan daya, protes si kecil itu tidak mampu meluluhkan hati tentera Israel, malah dua biji peluru panas menembus dada anak yang tidak berdosa itu dan ia pun gugur.(milyas/maannews)

Mengenali Musuh: Yahudi, Bani Israel atau Zionisme?

Dalam memahami sengketa antara dunia Islam dengan Zionist, kita perlu memahami perbezaan Istilah yang biasanya merujuk kepada mereka. Perkara ini penting bagi memestikan kita berhadapan dengan musuh yang sebenarnya, dan tidak meletakkan permusuhan itu kepada yang bukan musuh. Ada 4 istilah yang biasanya digunakan untuk merujuk kepada mereka, seperti berikut: 1. Israel Israel adalah nama gelaran kepada nabi Allah Ya’qub A.S. Ada yang menyatakan maksud Israel itu sebenarnya ialah kekasih Tuhan. Perkataan Israel juga banyak kali digunakan di dalam al-Quran dengan istilah Bani Israel, dengan merujuk kepada bangsa Israel atau anak-anak dan pengikut Ya’qub yang beriman dan juga yang kufur dengan ajaran Allah. Justeru, ramai berpendapat yang perkataan Israel itu lebih merujuk kepada bangsa mereka secara umum tanpa kaitan dengan agama yang mereka anuti. Ada juga yang berpendapat bangsa Yahudi sekarang di Palestin tidak layak menggunakan perkataan Israel sebagai nama negara haram mereka, kerana Israel itu adalah nama nabi, pemimpin orang yang beriman. Ada juga pendapat lain yang menyatakan perkataan Israel itu bermaksud ‘kamu mengalahkan Tuhan’, dengan merujuk kepada kisah mengarut mereka apabila Ya’qub mengalahkan Tuhan bernama Yahwu di dalam satu sengketa. 2. Yahudi Ada beberapa pendapat mengenai istilah Yahudi ini. Ada yang menyatakan ianya merujuk kepada anak keempat nabi Ya’qub yang bernama Yahuza. Raja Nebuchadnezzar II adalah pemimpin kerajaan Babylon yang mengalahkan kuasa bangsa Yahudi ini yang ketika itu dikenali dengan nama Kerajaan Yahuza. Ada yang berpendapat Yahudi itu merujuk kepada pengikut nabi Allah Musa. Bagi yang percaya dengan kitab Taurat dan Zabur, serta Kitab Talmud yang dikarang-karut oleh Hakham (pendita) mereka, mereka dipanggil Yahudi. Semua yang lahir daripada ibu atau bapa berbangsa Yahudi, dianggap Yahudi oleh mereka. Pendapat lain menyatakan yang Yahudi itu merujuk kepada keluarga Hud, yang merupakan pecahan daripada keturunan Ibrahim. Sebahagian keturunan Ibrahim percaya dengan seruan Musa yang akhirnya mereka ini menganggap ianya sebagai agama baru. Ibrahim mempunyai keturunan yang ramai, daripada anaknya Ismail lahirnya keturunan Arab dan nabi Muhammad, sementara daripada anaknya Ishaq lahirnya bangsa Yahudi ini. Banyak kajian mendapati yang perkataan Yahudi ini banyak merujuk kepada bangsa mereka yang percaya dengan agama mereka yang telah diseleweng. Ini bermakna, Yahudi lebih merujuk kepada pengikut agama, dan bukannya sinonim dengan bangsa. Sebahagian ulamak menyatakan yang di dalam al-Quran, apabila Allah ingin menceritakan kisah jahat bangsa Yahudi ini, Allah banyak menggelar mereka dengan perkataan Yahudi. Dan apabila Allah ingin menceritakan mengenai kisah bangsa ini yang beriman dengan Tuhan mereka, maka Allah akan gunakan perkataan Bani Israel. Saya dapati yang pandangan ini tidak tepat seluruhnya, kerana ada juga ayat di mana Allah menggunakan perkataan Bani Israel merujuk kepada bangsa berkenaan yang mengingkari ajaran Tuhan, seperti dalam surah al-Ma’idah ayat 78: لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُدَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ (٧٨) Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Walaupun ayat di atas menggunakan istilah min bani Israel - sebahagian daripada bani Israel – merujuk kepada bangsa Yahudi yang kufur, akan tetapi Allah tetap menggelar mereka sebagai bani Israel. Saya bersetuju sekiranya dikatakan kebanyakan ayat dalam al-Quran yang melaknat bangsa Yahudi menggunakan kalimah Yahudi, tetapi tidak semua. 3. Hebrew Di dalam bahasa Arab, ianya dikenali dengan perkataan Ibrani. Asal perkataannya bermaksud menyeberang, kerana orang Yahudi mengikut sejarah dikenali sebagai bangsa yang berpindah-randah dan menyeberangi sungai. Contohnya, nabi Allah Ya’qub menyeberangi Sungai Furat, dan juga nabi Allah Yusuf dan nabi Allah Ibrahim A.S, semuanya terkenal dengan kisah berpindah randah dari satu tempat ke tempat yang lain. Sebahagian golongan sekular bangsa ini lebih menggelar diri mereka dengan istilah Hebrew, kerana bagi mereka Hebrew adalah nama lama sebelum lahirnya agama Yahudi. 4. Zionisme
Propaganda Zionist untuk membina Temple of Solomon di atas runtuhan al-AqsaPropaganda Zionist untuk membina Temple of Solomon di atas runtuhan al-Aqsa
Zionisme adalah berasal daripada perkataan Bukit Zion, merujuk kepada tapak paling suci di dalam agama Yahudi. Mereka percaya di Bukit Zion itulah tapak sebenarnya Temple of Solomon (Haikal/Kuil Sulaiman). Tapak itu sekarang ialah betul-betul di Dome of The Rock (Qubbah al-Sakhrah) yang merupakan sebahagian daripada Masjid al-Aqsa. Zionisme adalah sebuah pergerakan kebangsaan yang ditubuhkan oleh orang berbangsa Yahudi. Ianya merupakan sebuah ideologi politik sempit berasaskan perkauman yang meletakkan sasaran merampas serta menubuhkan sebuah negara bangsa Yahudi di atas tanah milik rakyat Palestin. Ditubuhkan pada tahun 1897 di Basel, Switzerland. Dalam persidangan pertama mereka pada tahun penubuhannya, Theodor Herzl telah dilantik sebagai pemimpin pertama pergerakan tersebut. Modus operandi utama pergerakan ini ialah membawa masuk bangsa-bangsa Yahudi dari seluruh dunia terutamanya dari Amerika dan Eropah Timur, masuk ke dalam negara Palestin. Mereka akan menggunakan apa sahaja cara, seperti merampas tanah dan juga perjanjian politik dengan kuasa penjajah, bagi membolehkan mereka menguasai seinci demi seinci tanah Palestin. Mereka berusaha untuk menzioniskan atau mengyahudikan identiti kawasan berkenaan, lalu mengubah demografi tanah suci tersebut. Kajian mengenai perubahan demografi di Palestin hasil rancangan licik mereka boleh dicapai di sini. MENGENALI MUSUH SEBENAR Islam adalah agama yang membawa rahmat ke seluruh alam. Sebahagian orientalis dan musuh Islam cuma mewujudkan imej yang kandungan al-Quran itu menganjur permusuhan mutlak kepada orang Yahudi dan non-Muslim yang lain. Lalu mereka datangkanlah beberapa potong ayat atau tafsiran ayat al-Quran, seperti ayat ketujuh daripada surah al-Fatihah yang menyatakan bahawa orang yang dimurkai itu merujuk kepada Yahudi, dan orang yang sesat itu merujuk kepada penganut Kristian. Adalah tidak tepat kalau kita masuk ke dalam jerat musuh ini. Sekiranya diperhatikan di dalam al-Quran dan al-Sunnah, maka kita akan dapati bahawa Islam tidak pernah mengajar kita bermusuh secara mutlak kepada non-Muslim termasuklah juga bangsa Yahudi. Nabi sendiri pernah berkahwin dengan Safiyyah binti Huyai, seorang puteri kepada pemimpin Yahudi di Madinah. Islam juga membenarkan kita makan daging sembelihan Yahudi, menggambarkan betapa rapatnya hubungan kita dengan mereka. Selain itu, wanita mereka juga boleh dinikahi. Islam juga menganjurkan kita melakukan urus niaga perdagangan dengan mereka, sehinggakan ada satu bab khusus di dalam Sahih Bukhari bertajuk ‘Bab Berurusniaga Dengan Musyrik dan Yahudi’. zionismeYang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang memusuhi kemanusiaan. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang memandang hina bangsa selain Yahudi yang dipanggil Goyem oleh mereka. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang merampas tanah milik orang Palestin termasuklah tanah waqaf seinci demi seinci demi cita-cita politik mereka. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang menghalalkan pertumpahan darah orang awam, kanak-kanak, wanita dan orang tua yang tidak berdosa demi haloba perjuangan mereka. anti zionistItulah yang diperjuangkan oleh pergerakan Zionisme. Kini, simbol Zionisme itu disemat erat di dalam bendera negara haram Israel. Bukan semua Yahudi bersama-sama dengan Zionisme. Ramai juga yang menentang Zionisme terutamanya daripada kumpulan orthodox mereka. Dan bukan semua yang Zionisme itu adalah berbangsa Yahudi. Di dalam artikel akan datang, saya akan dedahkah bangsa selain Yahudi yang menjadi pendokong pergerakan Zionisme, termasuklah daripada orang Islam itu sendiri. Sumber

Israel Telah Penjarakan 70 Ribu Warga Palestin Semenjak Intifadah Tahun 2000

penjara israelTahukan anda bahawa semenjak meletusnya Intifadah pada 28 Sept 2000, penjajah Israel telah menangkap sekitar 70 ribu warga Palestin, termasuk di dalamnya lebih dari 800 orang wanita, 7900 orang anak-anak dan 56 anggota Parlimen. Juga meningkatnya tahanan yang meninggal dunia kepada 74 orang akibat penyiksaan, tidak mendapatkan rawatan yang sewajarnya atau pembunuhan yang disengajakan sebaik sahaja mereka ditahan. Demikian menurut laporan Direktor Jabatan Pengurusan Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, Reyad Ashqar. Gelombang penangkapan di Tebing Barat sendiri meliputi pelbagai lapisan warga Palestin, dimulai dari anak-anak, remaaja, pemuda, wanita, orang sakit, orang cacat,  nelayan, petani dan warga tua. Sehingga kini jumlah tahanan setelah 9 tahun berlalu mencapai lebih dari 12 ribu orang, termasuk lelaki dan wanita, dan jumlah itu masih mendekam di penjara-penjara Israel walaupun sekitar 1800 orang tahanan sudah dibebaskan Israel dalam proses cuba bersikap  ber‘niat baik’. Ashqar mengisyaratkan bagaimana sejak Intifadah meletus itu tahanan Palestin menghadapi pelbagai penindasan yang tidak berlaku sebelumnya, seperti pembunuhan langsung dengan cara ditembak, dibiarkan sakit sampai mati, mengeluarkan pelbagai keputusan pengadilan yang mensabitkan kesalahan ke atas tahanan tanpa perbicaraan, tindakan kejahatan seperti larangan lawatan dari sanak saudara, pengesahan penyiksaan dengan dalih tahanan itu sangat berbahaya atau yang kerap mereka sebut dengan bom waktu, penahanan tanpa proses pengadilan atau tanpa tuduhan yang jelas, yang biasanya diterapkan terhadap tahanan dari Jalur Gaza, penyitaan aset-aset tahanan dan pelbagai lagi tindakan luar kemanusiaan. Berkaitan dengan 800 orang tahanan wanita, Ashqar menjelaskan, di antara mereka ada yang usianya belum genap 16 tahun, 60 lainnya hidup dalam keadaan penjara yang sangat teruk dan buruk, hak-hak pengadilan mereka dicabul dan dinafikan, pelbagai penghinaan, penyiksaan dan tekanan diterapkan, sehinggakan kepada penderaan seksual dan pemerkosaan seperti yang terjadi di Penjara Hasharon. Tercatat juga beberapa tahanan wanita yang dibiarkan sakit tanpa mendapatkan rawatan dari pihak hospital, seperti yang dialami Amal Fayez Jam’ah yang menderita kanser rahim.(milyas/paltimes)

16 Sept 1982: 27 Tahun Pembantaian Shabra & Syatila Masih Tiada Penghujungnya...

[caption id="attachment_3046" align="alignleft" width="300" caption="Pembantaian di Shabra dan Syatila (PIC)"]Pembantaian di Shabra dan Syatila (PIC)[/caption] 17 Sept - Peristiwa memilukan yang tidak mungkin terhapus dari ingatan, pembantaian 16 September 1982, masih segar dalam memori warga Palestin yang penuh dengan penderitaan dan sarat dengan bencana dan kemunduran, kerana penjajah Zionis masih bermaharajalela sehingga sekarang. Peralatan yang mereka miliki untuk berbuat kejam pun terus dikembangkan. Pembantaian manusia, perobohan rumah dan bangunan serta penghancuran dan pembakaran ladang kebun adalah pemandangan sehari-hari. Kini, pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, di tengah-tengah lautan penderitaan dan kepedihan, kita diingatkan akan peristiwa pembantaian di Shabra dan Syatila. Pembantaian Shabra dan Syatila Pada 16 September, pada tahun 1982, Ariel Sharon dan tenteranya melakukan pembantaian paling biadab terhadap penghuni perkhemahan pelarian Palestin di kawasan Shabra dan Syatila di Libanon. Ribuan nyawa melayang di tangan makhluk-makhluk kejam. Tempat-tempat tinggal dirobohkan, sementara para penghuninya ada di dalamnya. Lalu, hari demi hari berlalu, begitu pun tahun demi tahun. Kini 27 tahun telah berlalu yang di dalamnya berderet rangkaian pembunuhan, penghancuran rumah dan pengusiran yang tidak diketahui sampai bila akan berakhir. Seorang warga Palestin, Sufyan Ali yang berasal dari al Khalil (Hebron) berkata, “Pembantaian Shabra dan Syatila terus berlangsung sampai sekarang, akan tetapi sekarang ini di tempat yang berbeza. Kawanan Si Yahudi laknatullah itu setiap hari melakukan pembantaian dan kekejaman tanpa batas. Pelbagai bentuk penyerangan terus-menerus mereka lakukan hari demi hari. Di setiap sudut tanah wilayah kami, mereka mengganggu, menghancurkan, memusnahkan, merampas tanah dan menumbangkan pepohonan. Mereka hanya mengulangi saja apa yang dulu mereka lakukan…dari zaman ke zaman, sama saja…pemandangan yang terjadi, itu-itu juga…dari Aril Sharon Sang Pembantai, sampai Netanyahu, sang murid “pandai” yang pakar di bidang ketenteraan dan aksi ganas terhadap warga Palestin.” Ditambahkannya bahawa terhadap pelbagai pembantaian itu -yang menggunakan bermacam-macam cara dan dilakukan secara berulang-ulang terhadap bangsa Palestin- sejarah tidak akan pernah memberi toleransi kepada siapa saja yang hanya diam menonton, baik itu dari bangsa Arab, umat Islam pada umumnya, bahkan masyarakat antarabangsa. Nilai-nilai peradaban manusia seharusnya mampu memaksa mereka untuk menolong bangsa Palestin yang terzalimi. Pembantaian Terus Berlangsung! Warga Palestin bernama Qahir Muhammad dari Nablus berkata, “Sebelum ini, kita mengenang pembantaian Hebron (Al Khalil), hari ini pembantaian Shabra dan Syatila, beberapa bulan lalu bahkan terjadi pembantaian atas Gaza yang telah menyebabkan terbunuhnya 1500 warga Palestin di tangan tentera Yahudi laknatullah, sedangkan dunia hanya menonton. Nampaknya, dunia ini masih terlalu lemah, bahkan tak mampu, meskipun mungkin hanya untuk menjaga dirinya sendiri. Kita ini seperti hidup di hutan belantara.” Muhammad menambahkan, “beberapa bulan terakhir ini, terjadi peningkatan yang ketara pada serangan-serangan yang dilakukan oleh para perompak Zionis itu di tanah wilayah warga Palestin, khususnya di bahagian selatan Nablus. Mereka didukung penuh oleh tentera Yahudi. Para “pemukim” Yahudi membakar kebun-kebun, mencuri haiwan ternak dan menghancurkan perusahaan pertanian.” Salamah Amir, penduduk Bait Al Maqdis (Jerusalem) berkata, “Setiap hari terjadi pembantaian di Al Quds (Jerusalem) dengan bentuk berbeza dari pembantaian Shabra dan Syatila. Para “pemukim” Yahudi merompak rumah-rumah, mengusir warga Palestin di Al Quds, menggali terowong-terowong untuk merobohkan Masjid Al Aqsa lalu membangun Haikal yang mereka dakwa” Penghancuran Kebun-kebun Zaitun! Seorang petani bernama Ibrahim Musa dari desa Al Lin, sebelah utara Ramallah, berkata, “Pembantaian Shabra dan Syatila masih terus berlangsung sampai sekarang, termasuk terhadap kebun pertanian. Terutama pohon zaitun. Setiap kali datang musim petik buah, semakin meningkat serangan yang dilakukan para “pemukim” Yahudi itu. Seakan-akan mereka selalu ingin menggantikan setiap kebaikan yang Allah berikan kepada warga Palestin, menjadi kesedihan dan kematian. Ia menambahkan tentang para perompak Yahudi itu, “beberapa hari yang lalu mereka membakar lebih dari 100 pohon zaitun di desa Al Maghayyar dan 100 batang lainnya di dekat Qalqiliya.” PIC/RAL.

Tentera Yahudi Israel Menyukarkan Umat islam Hebron Meraikan Ramadhan

3 Sept - Bagi Palestin, Ramadhan merupakan keceriaan. Tetapi keceriaan itu terasa sangat berbeza di Hebron, sebuah bandar di selatan Tebing Barat yang masih dalam cengkaman Israel. Hebron sendiri merupakan bandar paling kuat dalam berpegang teguh dengan adat dan tradisi, khususnya di Baldah Qadimah. Namun, keceriaan Hebron pada saat Ramadhan sekarang ini jauh berbeza dengan sebelumnya. Ini kerana jika dahulu mereka dapat fokus untuk menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan ibadah, kini mereka disibukkan untuk berhadapan situasi kontra para pemukim Yahudi yang menunjukan sikap permusuhannya yang semakin menggila. Para penindas itu kerap menyerang warga Palestin dan aset-aset mereka. Menurut Jawatankuasa Pengembangan Hebron kepada Qudspress, Khamis (3/9), para pemukim Yahudi itu semakin meningkatkan kejahatan mereka sejak beberapa minggu ke belakang ini. Mereka menyerang rumah-rumah warga Palestin, menghalangi mereka untuk mendapat akses bahan makanan, menghalang warga Palestin untuk melawati sanak saudara serta tidak membenarkan mereka untuk solat Tarawih di Masjid Ibrahimi. Di samping itu juga penjajah Yahudi itu sering melakukan perampasan di atas tanah seperti yang menimpa tanah keluarga Harbawi berhampiran Jalan Syuhada yang tertutup sejak 10 tahun lalu. Di tanah itulah para penindas Yahudi itu membangunkan kolam-kolam dan tembok pemisah, lalu mereka membina tiang elektrik, tangki air lalu menanam pohon zaitun seolah-olah tanah itu sudah menjadi kepunyaan mereka. Kesemua tindakan yang mereka lakukan adalah untuk memiliki tanah milik keluarga Harbawi secara perlahan. Amat menyedihkan apabila para penguasa Israel juga tidak menghormati bulan Ramadhan. Mereka menghalangi umat Islam Hebron untuk memaksimakan peluang beribadah di sepanjang Ramadhan. Salah satu modus operandi  yang mereka lakukan adalah melarangi umat Islam mengumandangkan azan dari Masjid Ibrahimi. “Mengumandangkan azan dilarang pada acara-acara keagamaan Yahudi, pada hari majlis perkahwinan mereka atau pada hari majlis keraian mereka. Alasan mereka laungan azan menyebabkan bising dan mengggangu majlis mereka. Tentera Yahudi Israel mengepung Masjid Ibrahimi dan terus mengawasi pintu-pintunya. Malahan pada hari Sabtu, umat Islam langsung tidak dibenarkan memasuki Masjid Ibrahimi.” papar sebuah sumber di Dewan Waqaf Hebron. Di sepanjang bulan Ramadhan juga, penjajah Zionis Israel juga memperbanyakan pondok-pondok tentera mereka, sehingga ruang gerak warga Palestin di Hebron sangat terbatas. Di Hebron telah dibahagikan kepada 2 zon,  Hebron1 dan Hebron 2. Hal ini terjadi bagi memenuhi kehendak Protokol Tahun 1997. Hebron 2 adalah kawasan yang tunduk di bawah pentadbiran keamanan dan awam Israel di atas kawasan tanah seluas sekitar 20 peratus dari luas keseluruhan Hebron. Di Hebron 2 itu terdapat sekitar 40 ribu Palestin dan 500 pemukim ”haram” Yahudi yang dikawal oleh 2000 tentera Yahudi. Sementara baki sekitar 80 peratus adalah di bawah jagaan keamanan Palestin. Namun setelah wilayah-wilayah di Tebing Barat kembali dimasuki oleh penjajah Israel pada April 2002, seluruh Hebron kini berada di bawah pentadbiran keamanan Israel.(milyas/quds press)

Bandar Qalqilia Menjerit: Kami Penghuni Penjara Terbesar Dunia, Tiada Tempat Hidup dan Mati

QalqiliaWilayah di utara kota Tebing Barat yang bernama Qalqilia, sejak beberapa tahun lalu telah dikelilingi oleh dinding yang tinggi. Sudah lebih dari 35 mil persegi tanah milik rakyat Palestin itu diambil secara paksa oleh pendudukan haram Israel. Kota yang pada awalnya luas itu kini tidak lagi cukup untuk menjadi tempat hidup, bahkan demakin menuju kepada kematian. Di sana sudah tidak ada ruang lagi bagi kuburan. Qalqilia kini menjerit dan meminta tolong untuk diselamatkan sebelum kota itu runtuh. Ketua Daerah Qalqilia menjelaskan bahawa masa depan kota tersebut sangat terancam. Qalqilia benar-benar dikepung seluruhnya. Kota ini terasing di belakang tembok pemisah dan sentiasa berada di bawah pengawasan pos pemeriksaan. "Pada awalnya, kota ini masih nampak di peta meskipun kecil. Namun kini, luas kota Qalqilia semakin menyempit. pembangunan rumah-rumah penduduk hanya diperbolehkan berdiri empat kilometer dari dinding pemisah. Sedangkan terdapat 50000 penduduk yang tinggal disini. Mereka semua bergerak bersama-sama dalam ruangan yang amat sempit ini." ulasnya. Sangat menyedihkan. Rasanya tidak ada kota di mana pun di dunia ini yang Qalqilia2senasib seperti Qalqilia. Bahkan disini orang mati pun tidak mempunyai tempat, kecuali jika membuka kuburan baru di atas kuburan yang lama di tapak perkuburan utama kota. "Kami tidak upaya lagi membuka kubur tambahan. Semua tanah telah di rancang melalui pelan induk yang diperuntukkan bagi bangunan penempatan." Tambah Ketua Daerah Qalqilia tersebut. Sudah jelas menunjukkan tembok pemisah yang di bina oleh Yahudi Israel telah memberi kesan buruk kepada penduduk Qalqilia. Ketua daerah Qalqilia tersebut berkata, "Apa pun yang kita katakan tentang kesan dinding apartheid ini, kita tidak dapat menutupi sebuah kenyataan bahawa daerah dan bandar ini telah menjadi penjara terbesar di dunia. Bayangkan, ada lebih dari lima puluh ribu warga yang bergerak di dalamnya dan saya sendiri terkejut melihat betapa dunia tidak mampu menghentikan kejahatan yang dilakukan terhadap warga kota kami setiap harinya. Ini adalah kehidupan di bawah tekanan, dan tidak ada seorang pun dapat bergerak tanpa pengawasan dari penjajah Israel. Ini adalah tragedi yang nyata bagi orang-orang yang hidup di antara empat dinding, tanpa diperbolehkan untuk memperluas wilayahnya. " Tragedi Qalqilia ternyata belum mampu mengetuk banyak pihak terutama negara-negara besar untuk dapat memberikan tekanan terhadap Israel atas kejahatan kemanusiaan yang selalu dipertontonkan hari demi hari. Mungkin masih banyak lagi pihak yang belum mengetahui lebih dekat nasib penduduk yang hidup dalam himpitan dinding pemisah di mana mereka bahkan tidak memiliki tempat lagi untuk perkuburan. Atau mungkin bukan tidak mengetahui, melainkan tidak mahu mengetahui. (mrz/pnn)