1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Regim Mesir Terus Di Bidas Bersekongkol Dengan Israel

palestine-the-wall-lgAhmed Jibril, Setiausaha Agung Barisan Rakyat Untuk Pembebasan Palestin, menuduh regim Mesir berkomplot dengan beberapa pihak untuk melawan rakyat Palestin melalui pembinaan tembok besi di sepanjang persempadanan dengan Jalur Gaza. Jibril dalam kenyataan akhbarnya pada hari Ahad (10/1) meminta rakyat Mesir untuk mengekspresikan penolakan mereka berkaitan keputusan pemerintah Mesir terhadap rakyat Palestin. Sementara itu, Dr Salah al-Bardawil, salah seorang pemimpin Hamas, menyatakan bahawa Kaherah telah melancarkan kempen negatif terhadap Hamas yang berjalan selaras dengan Pihak Berkuasa Palestin di Ramallah. Padahal selama ini Hamas tidak pernah melakukan sebarang hubungan negatif terhadap Kaherah. Sementara itu, Jawatankuasa Rakyat Mesir Untuk Pembebasan Pengepungan Terhadap Gaza mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan sebuah konvoi bantuan kemanusiaan menuju Gaza pada hari Jumaat ini. Mohammed Al-Sakhawi, salah seorang pemimpin Parti Buruh Mesir dan anggota jawatankuasa, mengatakan bahawa jawatankuasa telah sepakat dalam pertemuan terakhir mereka untuk menolak pembinaan tembok besi yang dibina oleh Kaherah di persempadanan Gaza. Beliau berharap pihak keselamatan Mesir tidak menghalang konvoi bantuan ini dan tidak menahan sebahagian dari aktivisnya sebagaimana yang telah terjadi terhadap aktivis-aktivis antarabangsa. (mirzah/plcron)

Anjing-anjing Tentera Zionis Dilatih Menerkam Sesiapa Yang Menyebut Allahu Akbar

Zionis Israel bukan sahaja mendidik anak-anak mereka memusuhi Islam, malahan mereka juga mahukan supaya binatang dibentuk dengan perangai menentang apa sahaja yang boleh dikaitkan dengan Islam. Seorang ahli parlimen Israel (Knesset) berbangsa Arab, Ahmed Tibi, mendakwa dalam sidang Knesset Isnin lalu bahawa dalam satu upacara demonstrasi oleh Unit Pasukan Anjing tentera pengganas Zionis Israel yang disaksikan oleh ibubapa pelatih pada hari Ahad lalu, ternyata anjing-anjing mereka dilatih untuk menerkam dan menyerang sesiapa sahaja yang menyebut 'Allahu Akbar.' "Anjing-anjing tentera Israel dilatih untuk menyerang mana-mana orang Arab yang menjerit "Allahu Akbar" sebagai satu reaksi Pavlovian [tindakbalas kepada persekitaran]. Jadi sekarang saya menjerit: Allahu Akbar. Mana anjing-anjing yang hendak menyerang saya?," usik Ahmed Tibi dalam sesi Knesset. Spekulasi mengenai latihan anjing-anjing ini pada mulanya didedahkan oleh seorang wartawan tentera Radio Israel, Carmela Menashe. Tentera pengganas Zionis Israel menyangkal dakwaan ini. Bagaimanapun, pihak tentera Israel mengeluarkan satu kenyataan berbunyi: "Salah satu daripada kebolehan unit pasukan anjing adalah melatih anjing-anjing mengenal-pasti lokasi musuh, samada mereka berpakaian tentera ataupun pakaian awam. Ini adalah satu kebolehan yang telah terbukti dalam banyak kes." [mn/Hareetz]

Al Qaradhawi: Pembinaan Tembok Besi di Persempadanan Mesir Adalah Haram

al qaradhawiKetua Persatuan Ulama Muslimin Antarabangsa, Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi, telah mengeluarkan fatwa bahawa pembangunan tembok besi yang sedang dilakukan oleh kerajaan Mesir di persempadanan Mesir-Gaza adalah haram berdasarkan syari’ah. Al Qaradhawi menegaskan dalam kenyataannya yang disampaikan kepada sejumlah media informasi pada hari Isnin (28/12) yang lalu, bahawa pembangunan tembok besi itu adalah perbuatan yang diharamkan menurut syari’ah (agama), kerana ianya bertujuan menghalangi rakyat Gaza dari mendapatkan bahan keperluan asasi bagi menruskan kehidupan mereka, seterusnya menjadi penyambung kepada sekatan yang telah dikenakan ke atas mereka Situasi ini akan semakin membuatkan warga Gaza semakin kelaparan, terhina dan tertindas; yang mana semua hal tersebut dilakukan demi memenuhi dan mempersetujui permintaan Israel. av/ral.

Tembok Besi Binaan Mesir Satu Hukuman Kejam Ke Atas Gaza

[caption id="attachment_3455" align="alignleft" width="300" caption="Dr. Ahmed Bahr"]Dr. Ahmed Bahr[/caption] 31 Dis - Dr. Ahmed Bahr, wakil pertama Pengerusi Badan Perundangan Palestin (PLC), menyatakan pada Rabu (30/12) bahawa pembinaan tembok besi di sempadan Palestin-Mesir adalah sebahagian daripada polisi hukuman yang dikenakan Mesir ke atas Semenanjung Gaza. Beliau mengatakan pada sidang akhbar yang diadakan di pejabatnya menjelaskan bahawa tembok ini memberikan penunjuk negatif tentang permulaan tercetusnya perang baru di Gaza. Beliau juga mengatakan bahawa pembinaan tembok ini bertentangan dengan saranan Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang telah secara terbuka menyatakan bahawa beliau tidak akan membiarkan rakyat Palestin di Gaza kebuluran. Dr. Bahr menyeru masyarakat antarabangsa menghormati keputusan Konvensyen Geneva dan menamatkan hukuman terhadap rakyat Gaza, serta menyeru sidang parlimen tergempar untuk membincangkan implikasi pembinaan tembok ini. Dalam pada itu, pihak pembangkang Palestin mengecam keras keputusan Mesir untuk membina sebuah tembok dan memberi amaran bahawa langkah ini merupakan tanda berbahaya niat untuk memperketat sekatan terhadap Gaza. Dalam sidang akhbar, pihak pembangkang mengatakan bahawa kegagalan negara-negara Arab dan dunia Islam lain untuk memenuhi janji bagi memecah sekatan mendorong pihak-pihak tidak bertanggungjawab untuk mengetatkan lagi sekatan terhadap Gaza. Mereka juga meminta kerajaan Mesir untuk menghentikan langkah ini yang membangkitkan kemarahan rakyat Palestin, dan memberi amaran bahawa pengepungan terhadap Gaza tidak akan melindungi keselamatan Mesir sama sekali, tetapi sebaliknya, mengakibatkan rakyat Palestin mati kebulurang perlahan-lahan. palestine-info

Obama Luluskan Bantuan USD2.775 Bilion Kepada Israel

Presiden Amerika, Barack H. Obama, telah meluluskan Undang-undang Bajet Bantuan Luar bagi Tahun 2010 yang melibatkan bantuan keselamatan kepada negara haram Israel berjumlah USD2.775 billion. Ini merupakan bajet yang kedua diluluskan untuk negara haram Israel, yang merupakan sebahagian daripada bantuan Amerika berjumlah USD30 bilion untuk tempoh sepuluh tahun akan datang. Agensi berita Israel, Ynet News melaporkan bahawa bajet yang telah ditanda-tangani oleh Obama tersebut buat pertama kalinya turut melibatkan peruntukan sebanyak USD500 juta kepada pihak berkuasa Palestin. Sebanyak USD100 juta daripadanya akan digunakan oleh Jeneral Keith Dayton yang bertanggung-jawab melatih pasukan keselamatan Palestin di Tebing Barat. Kerajaan Amerika menegaskan bahawa bantuan ini akan hanya diberikan kepada kerajaan Palestin yang menerima syarat-syarat dalam Quartet Committee (Amerika, PBB, Rusia dan Kesatuan Eropah.) Syarat-syarat tersebut antara lain termasuk mengiktiraf negara haram Israel, menghentikan keganasan dan menerima semua perjanjian yang telah dipersetujui dengan Israel. Ynet News menambah lagi bahawa, buat pertama kalinya juga Undang-undang Bantuan Luar Amerika memasukkan satu klausa yang menghalang ekspot dan impot matawang Amerika untuk kegunaan bank-bank yang memberi jaminan, insuran dan pinjaman kepada syarikat-syarikat yang berurusan dalam jualan minyak dengan negara Iran. Amerika mula menyalurkan bantuan tahunan sebanyak USD3 bilion kepada Israel setelah negara haram itu menanda-tangani perjanjian damai dengan Mesir pada tahun 1973. Sebanyak USD2 bilion diperuntukan kepada "bantuan keselamatan" dan USD1 bilion lagi untuk "bantuan awam." Tetapi selepas Banjamin Netanyahu mengambil-alih pemerintahan, beliau sedikit demi sedikit mengurangkan kegunaan bantuan umum dan dalam masa yang sama meningkatkan kegunaan untuk bantuan keselamatan sehingga mencecah USD2.4 bilion. Mantan Perdana Menteri negara haram Israel, Ehud Olmert, telah menanda-tangani satu memorandum persefahaman dengan pentadbiran Bush bagi mendapatkan tambahan bantuan keselamatan dari Amerika untuk tempoh sepuluh tahun akan datang. Penambahanan ini dijustifikasi oleh Israel sebagai sebahagian daripada usaha untuk menangkis "ancaman Iran" dan "sokongan Iran kepada kumpulan pengganas." Walaupun berhadapan dengan krisis kewangan yang serius, Amerika tidak mungkin akan mengurangkan, apalagi menghentikan, bantuan kepada Israel pada bila-bila masa sekalipun. Israel tertakluk kepada persetujuan untuk menggunakan 75% daripada bantuan keselamatan dalam matawang Amerika -- dalam kata lain, untuk mengeluarkan peralatan ketenteraan di Amerika bagi mewujudkan peluang pekerjaan di Amerika. Tambahan lagi, Presiden Obama dan Kongres Amerika meluluskan tambahan khas kepada industri pertahanan Israel bagi mengeluarkan teknologi baru, terutama sekali dalam bidang pertahanan misil. Amerka telah membantu, dan terus membantu, Israel mengeluarkan produk dari projek pertahanan misil "Arrow 2" yang dibangunkan hasil kerjasama Boeing dan Israel Aerospace Industries. Sejak dua tahun lepas, Amerika mengeluarkan dana bagi menaja pembangunan "Arrow 3" - sistem pertahanan berperingkat bagi menghadapi misil jarak jauh oleh Iran.

Ketua Institut Hak Asasi Britain: Israel Tiada Hak Protes Tindakan Britain Mengeluarkan Surat Perintah Penangkapan Terhadap Livni

LivniAdalah sama sekali tidak menghairankan apabila kerajaan Israel sangat marah tatkala bekas Menteri Luar Negeri mereka, Tzipi Livni mendapat surat perintah penangkapan terhadap beliau sekiranya beliau memasuki Britain. Karakter mereka itu sebagai tanda "pencabulan diplomatik" antarabangsa. Mereka yang datang ke Britain perlu akur kepada undang-undang Britain. Hal ini diperlukan kita lihat dari setiap sudut pandang bagi kes tersebut dan melihatnya dengan gambaran yang lebih luas. Kejahatan perang dan jenayah terhadap kemanusiaan adalah jenayah antarabangsa yang melampaui batas-batas kebangsaan. Jenayah seperti itu nampaknya tidak akan ditebus di negara tempat pelaku memegang kuasa politik. Justeru, mereka hanya boleh diputuskan di mahkamah negara lain, atau dalam sebuah mahkamah antarabangsa atau mahkamah tribunal.

Sejak Perang Dunia Kedua berlaku pemantapan mekanisme perundangan telah dibentuk untuk memastikan bahawa tidak ada tempat persembunyian bagi para pelaku kejahatan antarabangsa. Sesuai dengan perjanjian PBB, seperti Konvensyen Geneva, banyak negara, termasuk Britain, memberikan bidang kuasa mahkamah untuk mendakwa penjenayah tertentu di luar wilayah mereka sendiri.

Terdapat pergeseran rapat antara kedaulatan negara dan aspirasi undang-undang antarabangsa. Maka sudah tentu hal ini menuntut hari demi hari kepraktisan diplomasi antarabangsa antara negara bangsa di bawah ancaman prosecutif. Saling berkompromi telah berlaku dan akan terus dilakukan.

Tradisional kekebalan - daripada ketua negara, daripada perwakilan diplomatik, dan negara itu sendiri - sudah cukup untuk membolehkan hubungan antara negara dapat diteruskan. Namun kekebalan ini sedang semakin merosot jauh di mana jenayah antarabangsa yang bersangkutan, dan Tzipi Livni nampaknya tidak mempunyai hak untuk salah satu daripada tradisi kekebalan perundangan. Beliau bukan ketua negara; juga kunjungannya bukan atas tujuan diplomatik.

Mantan Presiden Chile gagal dalam cabaran terhadap untuk mengekstradisi beliau ke Sepanyol untuk diadili atas penyeksaan. Kes beliau mendorong kemajuan bidang kuasa universal atas jenayah terhadap kemanusiaan. tindakan protes kerajaan Israel seharusnya tidak dibenarkan untuk mencampuri perkembangan kemajuan perundangan antarabangsa. Tulisan oleh Geoffrey Bindman, beliau adalah Ketua Institut Hak Asasi Britain.