1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Komander NATO Mengadakan Pertemuan Balas Dengan Tel Aviv

nato-commander21 Nov - Media Hebrew melaporkan bahawa Komander NATO, Admiral James Stavridis, telah mengadakan lawatan balas rasmi ke Tel Aviv, sebagai tanda penerimaan atas jemputan yang diajukan kepadanya oleh Ketua Staf Tentera Israel, Leftenan Jeneral Gabi Ashkenazi. Sumber-sumber keselamatan Israel menilai bahawa kunjungan yang berlangsung pada hari Rabu, 18 November itu, sebagai salah satu situasi yang membawa mesej tertentu dan mempunyai petanda sangat penting, menurut mereka. Ketua Staf Tentera Israel itu sempat mengungkapkan bahawa hubungan antara Israel dan NATO sangat penting, saat makan malam yang diadakan untuk menghormati Komander NATO tersebut. "Tentera Israel dan NATO berhadapan dengan cabaran biasa dan cabaran yang sama," kata komander NATO tersebut. Menurut sumber-sumber media Hebrew, Komander NATO memeriksa "perancangan strategik" dan perancangan multi-tahunan tentera Israel. MEMO

32 Remaja Palestin Mati Di Bawah Terowong Gaza-Mesir

18 Nov - Satu kajian terbaru telah melaporkan bahawa seramai 32 anak-anak remaja Palestin telah mati di sepanjang dua tahun lepas dalam terowong-terowong penyeludupan yang di bina antara Semenanjung Gaza dan Mesir. gazasmugglerLaporan itu, dijalankan oleh Persatuan Masyarakat Palestin Kebangsaan untuk Demokrasi dan Undang-Undang. Mereka melaporkan bahwa 32 remaja itu adalah di kalangan 117 rakyat Palestin yang terbunuh dalam terowong-terowong sejak dua tahun lepas. Terowong-terowong itu menjadi sumber kepada penerusan kehidupan dan berfungsi sebagai satu jalan perhubungan untuk penduduk Palestin di Gaza, yang dipenjarakan dalam sebuah penjara terbesar dunia akibat sekatan dan tekanan Yahudi Israel. Semenanjung Gaza mempunyai keluasan 7 batu, pergerakan mereka terhad akibat pengawasan dari menara-menara pengawal Israel sentiasa mengawasi. Bot-bot peronda Israel pula menguatkuasakan 3 had batu dalam Mediterranean, dan menembak ke arah semua bot-bot nelayan Palestin yang berdekatan 3 had batu. Manakala tentera Udara Yahudi Israel akan sentiasa terbang merentasi ruang udara Gaza mengancam kebebasan warga Palestin. Disebabkan oleh sekatan Israel ke atas Gaza, kebanyakan bekalan makanan adalah diseludup melalui terowong bawah tanah. Larangan pada bekalan-bekalan memasuki Gaza termasuklah alat-alat permainan kanak-kanak, alatulis, bekalan keperluan sekolah, dan bahan-bahan pembinaan seperti simen, kaca dan paip plastik, di mana pihak Israel percaya bahawa barangan tersebut boleh digunakan untuk membuat roket-roket. IMMEC/HP

Palestin: Kayu Ukur Keutuhan Iman Kita

Hari demi hari berlalu, tanah suci ketiga ummat Islam ini terus-terusan berdarah. Entah apa dosanya, ditinggalkan keseorangan walaupun ia salah sebuah tempat penting di dalam Islam. Kehangatan boikot, kepanasan demonstrasi, semuanya sudah surut. Itu semua bermusim. Tetapi Israel menyerang tanah bernama Palestin tanpa musim-musim tertentu. Tinggal mendapat perhatian atau tidak sahaja. Pejuang-pejuang mujahidin mempertahankan tanah suci itu juga tanpa musim, hari-harian ada sahaja yang tumbang. victory-for-palestineMuslimin di negara lain senang hati dengan kehidupan mereka. Cukup makan, dapat buat ibadah solah, zakat, puasa, haji, mereka sudah rasa kehidupan mereka lengkap. Mereka rasa merekalah yang bertaqwa, mereka lah yang soleh, mereka lah yang terbaik. Mereka rasa, dunia hari ini sudah bagus, Islam hari ini sudah kuat. Namun, Palestina itu hakikatnya antara meter keimanan ummah. Tanda kelemahan Palestina, dari segi geografinya dikelilingi negara-negara Islam, bukannya negara-negara barat atau pemerintah-pemerint ah kafir. Mesir, Jordan, Syria, Lubnan, itu adalah negara-negara yang mempunyai sejarah peperangan yang agak hebat. Semua negara itu majorriti penduduknya adalah muslim. Bersebelahan pula negara-negara itu terdapat negara-negara Islam lain, antara negara Islam terkuat dan terkaya yang ada berdekatan Palestina adalah Arab Saudi. Ada pula negara yang mempunyai ketenteraan yang hebat seperti Yaman. Jauh dari Palestina, terdapat banyak lagi negara Islam yang mempunyai kekuatan gagah seperti Iran, Indonesia dan Malaysia. Negara-negara di dalam OIC mempunyai lebih dari 200 buah negara semuanya. Namun, Palestina yang kecil jika hendak dibandingkan negara-negara arab yang lain itu, dijajah pula oleh Israel yang bilangannya jauh lebih sedikit, yang negaranya jauh lebih kecil, tidak mampu dibebaskan oleh muslimin yang ramai di sekelilingnya. Adakah ini tanda kekuatan? Ini tanda kelemahan. Rasulullah SAW bersabda: “Satu hari nanti, kamu akan dihurungi musuh seperti mana makanan dihurungi semut” Sahabat-sahabat bertanya, “Apakah kami sedikit ketika itu ya Rasulullah?” Rasulullah SAW menjawab: “Bahkan kamu ramai, tetapi ibarat buih di lautan” Meter keimanan Jika kita ini beriman pada Allah SWT dengan keimanan yang sebenar, pastinya kita akan menjaga hak-hak Allah, menjalankan segala perintah-Nya, meninggalkan segala larangan-Nya, dan bergerak mencari redha-Nya. Namun, Palestina, Al-Quds yang diberkati oleh Allah SWT sekelilingnya, kini dibasahi darah saudara-saudara kita, diinjak-injak pula oleh musuh-musuh Allah yang durjana, dan kita berdiam diri sahaja. Maka di manakah keimanan kita? Palestina, sebenarnya meter keimanan kita. Tanda keimanan ummah hari ini belum sempurna, belum di tahap selamat. Tanah suci yang hebat sebegitu, dibiarkan ternoda? Maka apakah ummahnya bagus? Membiarkan Masjidil Aqsa dinodai, sama sahaja dengan membiarkan Masjidil Haram dicerobohi. Apakah kita menyangka, kita menjaga Masjidil Haram dan Masjidin Nabawi sebaik mungkin, Masjidil Aqsa boleh kita biarkan hancur? “Kita dah ada dua masjid dah, biar lah satu lagi tu” Begitu kah? Palestina adalah kayu ukur keimanan kita, Palestina kayu ukur sensitiviti kita, Palestina kayu ukur kepekaan kita. Berapa hari sekali kita memikirkan Palestina dan saudara-saudara kita di dalamnya? Berapa banyak kali kita berusaha menyumbang dan menyokong perjuangan sahabat-sahabat kita di sana? Pernahkah dalam hidup kita, kita merancang cara untuk membebaskannya? Atau kita hanya duduk goyang kaki, dan meninggalkan urusan itu kepada mereka? “buat apa nak sibuk-sibuk…” Begitu kah? Maka jelas lah bahawa keimanan kita ada gangguan, apabila kita rasa hari ini adalah satu kesempurnaan. “Barangsiapa yang berpagi-pagi bukan memikirkan permasalahan ummat Islam, maka dia bukan dari kalangan kami” – Al-Hadith. Kebenaran yang diselimuti Hari ini, media mati-matian berusaha menunjukkan kepada manusia betapa kehidupan mereka hari ini sempurna, bagus, sudah baik dan tidak memerlukan perubahan. Isu di Palestin, hanya masuk di dalam akhbar dalam keratan yang sangat kecil. Kematian-kematian di sana, dianggap sajian harian yang sudah menjadi rutin. Kita dididik bahawa, yang luar dari sempadan negara kita, adalah orang lain. Pasport, Boarder, Sempadan, semua itu adalah dididikan halus, memutuskan hubungan ummat Islam sesama kita. Negara aku negara aku, negara kau bukan negara aku. Maka hal negara kau aku malas ambil tahu. Kebenaran bahawa Ummat Islam ini satu negara, satu tali saudara, ditutup oleh dunia. Menjadikan saudara kita terbunuh, merupakan satu perkara biasa kepada kita. Media pula memainkan peranan, memburuk-burukkan pejuang-pejuang di sana. BBC, CNN dan segala macam media massa global mati-matian mencari peluang memburukkan mujahidin dalam rancangan mereka. Rancangan 11/9 disusun dengan baik agar segala bentuk pembelaan Islam dianggap satu keganasan, terorrisma. Akhirnya, perjuangan di Palestina dianggap sesuatu yang busuk hatta oleh orang Islam sendiri. “Apalah mereka tu, perjanjian damai sudah lah” “Ish, apa la bom-bom diri. Nanti terbunuh anak kecil, perempuan macam mana?” “Tak baik bunuh-bunuh ni. Serah diri sudah la” Begitu akhirnya. Dididik oleh dunia, bahawa membela diri itu salah. Sedangkan siapa yang penceroboh? Siapa pemegang hak tanah? Adakah orang melihat apa yang dilakukan oleh askar-askar Israel? Anak kecil, perempuan Israel kita kira, bagaimana anak kecil, perempuan Islam di Palestina yang hari-hari mati? Perjanjian damai? Sudah berapa kali Israel merosakkan perjanjian damai? Kita ditipu dunia, akhirnya kita mengatakan mujahidin itu terorris? Sedangkan apa bezanya mereka dengan pejuang-pejuang pembebasan kita seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Haji Abdurrahman Limbong yang kita masukkan dalam buku sejarah memuji-muji kepahlawanan mereka menentang Inggeris? Kita ini ditipu sebenarnya. Kita diberikan suasana selesa, agar kita lupa perjuangan kita. Kita ini, raksasa yang sudah disuntik pelali agar tidur tidak bangkit lagi. Melihat pembuka-pembukanya Manusia akhirnya termanggu-manggu mencari penyelesaian kepada Palestina. Boikot sahaja tidak akan ke mana. Demonstrasi sahaja tidak akan ke mana. Mari kita lihat sebentar kepada pembuka-pembuka Palestina. Pembuka pertama adalah Saidina Umar Al-Khattab. Kita lihat dia, tenteranya, ummah di zamannya bagaimana? Itu lah ciri-ciri yang kita perlu ada untuk membebaskan Palestina hari ini. Kekuatan yang ada pada ummah, tentera, pemimpin di zamannya adalah keimanan. Iman itu, akar kepada kekuatan mereka. Kita lihat selepas itu, keadaan ummat Islam melemah. Lama kelamaan, kelemahan itu seperti kita hari ini, tidak hiraukan orang lain, tidak mengamalkan Islam dengan benar, perpecahan ummat Islam dan sebagainya, akhirnya Allah jatuhkan Palestina kepada tentera salib. Lihat. Lihat bila Palestina jatuh. Bila ummah rosak. Kemudian muncul Salahuddin Al-Ayubi. Dia ibarat Umar yang kedua. Diceritakan pemerintahannya sangat adil sehingga tiada yang memberontak. Akhlaknya sangat bersih. Hatta di dalam manuskrip sejarah Eropah, tiada yang menghinanya. Dia mentarbiyah tenteranya dengan baik. Yang berqiamullail adalah jeneral walau tidak sasa. Sasa keimanan itulah yang dipilihnya. Diceritakan oleh King Richard sendiri bahawa, ketika dia ditangkap di dalam kem orang Islam, sewaktu malam dia mendengar bunyi seperti lebah berdengung-dengung di setiap khemah orang Islam. Bunyi apakah itu? Bunyi tentera-tentera Salahuddin membaca Al-Quran. Suasana ummah ketika zaman Salahuddin pula adalah bersatu. Tiada pula tentera Islam lain yang berusaha merosakkan tentera Salahuddin. Selepas jatuhnya Kerajaan Fatimid, walaupun ada banyak kerajaan Islam, mereka seakan-akan bersatu menyokong perjuangan Salahuddin. Ummah ketika itu, bersatu. Macam zaman Umar Al-Khattab. Itulah dia kualiti, kualiti pembuka Palestina. Akhirnya Salahuddin berjaya menawannya. Dan kerosakan ummah selepas itulah yang menjatuhkannya semula. Maka, adakah anda sudah nampak apa solusi untuk membuka semula Palestina? Saya rasa anda sudah nampak. Maka apakah tindakan anda? Solusinya adalah… Palestina, solusinya bukan semata-mata mengangkat senjata. Memang, akhir sekali untuk menundukkan yahudi yang keras kepala itu kita perlu kepada peperangan. Namun, siapakah yang layak untuk berperang? Sementara saudara kita di Palestina berusaha bertahan, kita di luar Palestina sepatutnya mengambil peluang membina semula keimanan. Kunci pembebasan Palestina adalah keimanan kita kepada Allah SWT, kefahaman kita terhadap deen Allah SWT. Hanya yang beriman dan yang faham sahaja, yang sanggup menyumbang dan membantu. Hanya yang beriman dan yang faham sahaja akan berfikir dan bersusah payah terhadap urusan saudaranya. Hanya yang beriman dan yang faham sahaja akan bermati-matian menjaga saudaranya. Kerana dia beriman. Kerana hubungan kita, dengan saudara kita di Palestina, adalah hubungan keimanan. Titik penyatuan antara kita dengan orang lain adalah keimanan. Allah kita adalah Yang Esa, andai kita balik kepada Allah SWT, maka kita akan bertemu dengan titik penyatuan yang ampuh. Semua hendak mengejar apa yang Allah redha, semua hendak menjaga hak-hak Allah SWT. Hanya yang bersatu dalam keimanan ini boleh melancarkan boikot yang maha hebat, hanya yang bersatu dalam keimanan ini boleh menyediakan ketenteraan yang maha kuat, hanya yang bersatu dalam keimanan ini boleh merancang satu solusi untuk menyelesaikan masalah. Sebab itu, musuh-musuh Islam mati-matian cuba memadamkan obor keimanan ini. Mereka tidak kisah kita tidak murtad menjadi kafir. Sudah cukup pada mereka, kita Islam tetapi Islam pada nama sahaja seperti kebanyakan kita hari ini. Sudah tiba masanya kita serius dengan keimanan kita, sudah tiba masanya kita bergerak mengajak lebih ramai lagi untuk kembali kepada keimanan ini. Kita satukan fikrah-fikrah kita atas dasar keimanan dan keredhaan Allah SWT. Apabila kita sudah kembali kepada apa yang Allah mahu, Allah akan berikan kita apa yang kita mahu. Kita mahu Palestina bebas, dan hak-hak Allah terjaga. Penutup: Jangan tunggu lagi Palestina saban hari berdarah. Hari ini, ada lagi darah tumpah. Sehari kita lewat, rekahan di Majidil Aqsa bertambah. Masa, yang lepas tidak akan kembali. Lebih lewat kita lambat, lebih buruk keadaan. Sepatutnya kita bangkit dan menyedari keadaan genting hari ini. Palestina itu negara kita. Rakyat di dalamnya adalah saudara mara kita. Kematian mereka, kematian keluarga kita. Jangan tunggu lagi. Bergeraklah, asahkan keimanan kita, kembali kepada Allah SWT sambil mengajak manusia di keliling kita untuk turut bersama. Hanya apabila kita beriman dengan sebenarnya, barulah Allah akan membuka pintu kemenangan pada kita. Jangan tunggu lagi. Bukanlah mustahil, untuk Allah merobohkan masjid-Nya, sebagai pengajaran kepada ummat-Nya. Jangan sampai Allah bertindak sedemikian kepada kita. Jangan. Nukilan: Hilal Asyraf

Gadis Palestin: Mereka Penjarakan Ayah Saya Hanya Kerana Perjuangan Pembebasan Tanah Air Kami Yang Dirampas

Akhir November lalu menandakan hari kemenangan bagi umat Islam sempena Idul Adha. Di hari tersebut adalah kesempatan untuk bersama keluarga bagi meraikan hari yang mulia. Namun bagi kebanyakan warga Palestin, Idul Adha tidak terlalu meriah. Rajaa Abu Rahmah, berusia 19 tahun, hanya mempunyai satu keinginan di hari mulia tersebut  - untuk melihat ayahnya dibebaskan dari penjara Israel.

[caption id="attachment_3392" align="alignleft" width="262" caption="Adeeb Abu Rahme ketika berdemonstrasi berhampiran di tembok pemisah di Bilin. (Hamde Abu Rahme)"]Adeeb Abu Rahme ketika berdemonstrasi berhampiran di tembok pemisah di Bilin. (Hamde Abu Rahme)[/caption] Pada10 Julai 2009, Adeeb Abu Rahmah, seorang aktivis dan penganjur demonstrasi terkemuka daripada Tebing Barat yang diduduki desa Bilin, ditangkap ketika mengadakan demonstrasi mingguan. Adeeb sentiasa komited dengan aksi demonstrasi yang beliau anjurkan tanpa kekerasan. Beliau didakwa dengan kesalahan "hasutan yang mengarah pada kekerasan," alasan yang sering digunakan untuk mendakwa para demonstrasi kalangan masyarakat Palestin yang menentang penyitaan dan rampasan terhadap tanah mereka.

Seorang hakim memutuskan bahawa Adeeb boleh dilepaskan namun dengan syarat melarang beliau daripada menghadiri sebarang tunjuk perasaan, malangnya pendakwa raya berjaya meeyakinkan mahkamah bahawa Adeeb perlu di tahan, maka Adeeb akan ditahan sehingga akhir proses undang-undang. Adalah menjadi kebiasaan mana-mana kes yang di bentangkan di mahkamah tentera Israel akan berlangsung selama lebih dari satu tahun, bererti Addeb terpasa meninggalkan keluarganya yang tercinta dan merengkok di penjara.

Jody McIntyre (wartawan dari UK) telah mewawancara Rajaa, puteri sulung Adeeb, untuk melihat bagaimana keluarga itu menghadapi saat Idul Adha tanpa kelibat ayah tercinta.

Rajaa Abu Rahmah (RA): Saya ada tujuh adik perempuan dan dua orang adik lelaki. Saya belajar perubatan di Universiti al-Quds.

Jody McIntyre(JM): Pada pandangan anda mengapa ayah kamu ditangkap? RA: Kerana dia berjuang melawan kewujudan tembok pemisahan dan penempatan haram Israel, dan untuk mempertahankan tanah air kami. Mereka berkata dalam penghakiman terhadap ayah saya bahawa mereka akan menjatukan hukuman yang keras untuk ayah saya untuk menjadikan pengajaran kepada orang lain yang menyertai perlawanan tanpa kekerasan, jadi saya kira mereka menggunakan ayah saya sebagai simbol untuk menghalang orang lain daripada meneruskan perjuangan mereka. JM: Pihak berkuasa Israel berusaha mensabitkan ayah anda sebagai seorang yang penghasut kepada rusuhan keganasan, tetapi bolehkan anda ceritakan siapa yang sebenarnyar karektor ayah anda secara peribadi? RA: Semua orang yang berjuang dengan beliau pada setiap minggu boleh memberitahu anda bahawa ayah saya  bukan lelaki yang menganjur kekerasan. Namun yang lebih penting, kami punya hak untuk berada di tanah air kami, anda tidak boleh menghentikan mereka yang berjuang ini daripada menolak mereka daripada menentang pendudukan secara haram yang dilakukan Israel yang merampas tanah mereka. Ayah saya berjuang untuk haknya dengan caranya sendiri, dengan pergi ke tembok pemisahan tersebut untuk berdemonstrasi, dan berteriak-teriak agar suaranya didengar. Anda tidak boleh mengatakan bahawa itu salah bagi seorang lelaki untuk membela hak-haknya. JM: Bagaimana kehidupan keluarga anda sejak ayah anda dimasukan ke penjara? RA: Saya anak sulung, jadi tidak ada saudara untuk mengurus keluarga. Sebahagian besar adik-adik saya adalah anak-anak kecil. Sejak ayah di penjara, kami tidak mempunyai sumber pendapatan, sehingga sokongan kewangan kami semakin meruncing. Kejadian ini mempengaruhi perasaan kami, kami tidak mempunyai perasaan aman dan bimbang keselamatan kami.

Adik bongsu saya selalu menangis ketika teringatkan ayah kami, dan semua adik-adik sangat ketakutan ketika mereka melihat pasukan pendudukan Israel. Saya merasakan apabila mereka melihat tentera mengingatkan mereka tentang mengapa mereka tidak dapat bersama ayah mereka.

Kami berhadapan hari yang sukar, khususnya semasa Aidilfiti yang lalu dan sekarang Idul Adha ... ini adalah hari kedua kami telah dipaksa untuk menghabiskan saat bersama keluarga tanpa ayah kami. Hari-hari kegembiraan ini seharusnya menjadi waktu untuk keluarga bersama dan meraikan kebahagiaan, tetapi tanpa ayah kami di sisi, tidak ada kegembiraan lagi buat kamu. Bahkan kami menajdi lebih sedih memikirkan bahawa ayah berada di dalam keadaan yang tidak selesa, malahan menderita kesejukan penjara tentera Israel. Adik saya Duaa berusia 18 tahun, beliau dijangka akan berkahwin pada musim panas ini, tetapi sekarang ayah kami telah dipenjarakan, maka kami harus menangguhkan perkahwinan ini sehingga ayah dibebaskan.

JM: Apakah anda tahu bila ayahmu akan dibebaskan?

RA: Mahkamah mengatakan bahawa kemungkinan ayah saya dipenjara selama14 bulan, tetapi mereka boleh memperbaharui keputusan tanpa batas waktu, sehingga tak satu pun daripada kami yang tahu bila kami akan bersua dengan ayah kami lagi. JM: Apakah penangkapan ayah anda mejjejaskan pengajian anda? RA: semester ini saya menghadapi banyak masalah untuk membayar yuran pengajian universiti saya, dan saya selalu terlepas tarikh akhir untuk membayar. Ianya  mempengaruhi perasaan saya, sukar untuk saya memberikan tumpaun pada pemnelajaran saya kerana memikirkan ayah di penjara. Namun, pengalaman juga membuat saya merasa lebih kuat. Sebagai anak sulung, saya tahu bahawa saya bertanggungjawab atas adik-adik, dan saya ingin berusaha untuk mengisi kekosongan yang telah ayah kami tingalkan. JM: Apakah mesej anda kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk menmenjarakan ayah anda? RA: Ayah saya tidak melakukan apa-apa kesalahan pun untuk anda, dan dia mempunyai hak untuk membela tanah air yang telah anda rampas, maka anda harus melepaskan dia. JM: Saat ayahmu dibebaskan kelak, apa yang akan menjadi perkara pertama yang anda katakan kepadanya? RA: Bahawa saya merindukannya. (Diterjemahkan oleh Mohd Razali Maarof.)

Sumber: http://electronicintifada.net

EU Sokong BaituMuqaddis di Bahagi Dua Antara Israel dan Palestin

10 Dis - Menteri Luar Kesatuan Eropah (EU) pada Rabu (9Dis) menyatakan sokongan untuk membahagi Baitulmuqaddis menjadi ibu negara Israel dan masa depan negara Palestin. Mereka mengatakan bahawa penyelesaian harus dicarikan untuk menghidupkan konsep ini. Kenyataan Kesatuan Eropah ini telah menyebabkan kemarahan kalangan pemimpin Israel apabila EU menganggap Baitulmuqaddis, suci bagi umat Islam, Yahudi dan Kristian, sebagai ibu kota abadi dan tidak terpisah hanya kepada Israel.

Keputusan EU tersebut tercapai selepas Sweden membentangkan draf resolusi yang menyeru membahagi Baitulmuqaddis.. Israel mengatakan bahawa cadangan UE ini akan merosakan hubungannya dengan Kesatuan Eropah dan Kesatuan Eropah akan kelihatan negatif terhadap kemampuan untuk menjadi orang tengah dalam perundingan perdamaian Timur Tengah. Dalam draft tersebut juga dmenyebutkan untuk menubuhkan negara Palestin di Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan Jerusalem Timur. Namun, Israel tidak menganggap Baitulmuqaddis sebagai sebahagian daripada wilayah-wilayah pendudukan dan menegaskan bahawa bandar ini adalah ibukota abadi dan tidak akan tunduk pada rundingan damai.

Jean Asselborn, Menteri Luar Negeri Luxembourg, mengatakan bahawa Israel mempunyai hak untuk hidup di Israel dan Palestin mempunyai hak untuk hidup di Palestin, dan menambah bahawa Israel harus menerima kenyataan Palestin terdiri daripada Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan Baitulmuqaddis Timur.

Selanjutnya, Menteri Luar Negera Finland, Alexander Stubb, mengatakan bahawa Kesatuan Eropah menentang kegiatan pemukiman Israel dan percaya bahawa Israel harus menghentikan semua pembinaan. Menteri Luar Kesatuan Eropah menyambut baik tindakan Israel telah 10bulan membekukan kegiatan pemukiman dan menganggap itu sebagai langkah ke arah yang benar. Mereka juga menyerukan perjanjian yang komprehensif untuk mencapai perdamaian antara Israel dan Dunia Arab. immec

Rakyat Gaza turut menghulur bantuan ke Haiti

Mereka disekat dan dipisahkan dari dunia luar, samada sekatan ekonomi, sosial mahupun kemanusiaan sejak bulan Jun 2007 yang lalu. Mereka juga ditindas secara berterusan oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya, serangan demi serangan, rampasan dan tangkapan. Namun rakyat Gaza masih lagi dapat menzahirkan kasih sayang mereka sesama manusia lain yang ditimpa bencana. Isnin lalu, mereka berkumpul di ibu pejabat Red Cross di Gaza untuk menghulur bantuan kepada mangsa-mangsa gempabumi di Haiti. Mereka menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan, barangan keperluan, selimut, makanan dan susu untuk kanak-kanak. Malahan ada juga dari kalangan mereka yang menghulurkan bantuan ini mempunyai saudara-mara sendiri tersiksa di dalam penjara Israel. Menurut kenyataan Ketua Jawatankuasa Popular Menentang Sekatan, Jamal El Khodary, rakyat Gaza masih ingin menyertai kempen kemanusiaan ini kerana mereka adalah satu bangsa yang cintakan kedamaian dan kehidupan, walaupun mereka sendiri dilanda kemiskinan dan kemusnahan. "Kami mengalami satu bentuk gempabumi yang berbeza ketika diserang Israel, " kata El Khodary, "kami bersimpati dengan mangsa-mangsa gempa di Haiti, dan kami datang ke sini untuk membantu mereka." Bagaimanapun, menurut El Khodary, Red Cross tidak dapat menerima barangan bantuan kerana sekatan yang dikenakan oleh Israel, namun mereka menerima sumbangan dalam bentuk kewangan.