1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

2010 Tahun Keruntuhan Masjid Al Aqsa?

al aqsa under attackJawatankuasa Jerusalem dari Dewan Legislatif Palestin (PLC) pada hari Rabu (27/1) yang lalu memperingatkan bahawa tahun 2010 akan menjadi saksi lebih banyak pelanggaran Israel ke atas Palestin dan meningkatnya serangan terhadap kota Jerusalem yang diduduki, terutama berkaitan dengan perancangan jahat mereka untuk menghancurkan Masjid al-Aqsa . Dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan, jawatankuasa itu mengatakan bahawa penggalian yang dilakukan Israel di bawah tanah semakin meningkat sehingga akan menyebabkan lubang dan rekahan dalam skala besar di dalam Masjid Aqsa. Jawatankuasa tersebut mengekspresikan akan kekhuatiran mereka bahawa Israel akan segera menghancurkan Masjid suci itu melalui penciptaan gempa bumi buatan di wilayah Negev. Jawatankuasa tersebut menyeru kepada organisasi konferensi Islam dan Liga Arab untuk mengadakan konferensi dan pertemuan darurat bagi membahas situasi yang semakin kritikal di Jerusalem serta ancaman Israel terhadap Masjid Aqsa. Jawatankuasa juga meminta agar PBB membahas masalah kota suci dan masjid Al-Aqsa ke dewan keamanan PBB untuk mengaktifkan tekanan undang-undang antarabangsa ke atas Israel. Jawatankuasa juga mendesak dewan keamanan, sidang umum PBB dan UNESCO untuk menghantar pasukan pencari fakta ke kawasan Masjid Al Aqsa agar dapat mengeluarkan laporan lengkap tentang pelanggaran yang dilakukan Israel di kota tersebut. (mirzah/pic)

Akmaludheen Seru Umat Islam Bersatu dan Selamatkan Masjid Al Aqsa

Akmaludheen Ihsan Uglo, Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam, menyeru kepada umat Islam di seluruh dunia pada kesempatan Idul Adha untuk bersatu dan membela tempat-tempat suci mereka, terutamanya Masjid al-Aqsa. Beliau juga menyeru umat Islam untuk membantu saudara-saudara mereka dalam mengembalikan hak-hak mereka yang dirampas dan memberi mereka saranan dna bantuan yang diperlukan untuk kehidupan yang bermaruah. Dalam sebuah pernyataan yang dikeluarkan hari Jumaat (5 Dis), Uglo mengatakan bahawa kesempatan Idul Adha dan manifestasinya adalah seperti berkumpulnya jutaan umat Islam di Gunung Arafah di Makkah, merupakan peringatan bagi umat Islam daripada tugas mereka untuk bersatu. . "Sesungguhnya kesatuan bererti kekuatan dan kemenangan manakala pertikaian dan berbohong-bohongan adalah benih-benih kelemahan dan penghinaan. Umat Islam saat ini sangat memerlukan saat ini lebih daripada waktu yang lain untuk bersatu untuk menghadapi arus yang sedang melawan mereka, untuk mempertahankan tempat suci mereka, khususnya Masjid Aqsa yang diberkati, dan untuk membantu saudara-saudara mereka kembali merebut hak-hak mereka dan menyediakan mereka dengan cara-cara untuk kehidupan yang bermaruah, "kata Uglo dalam kenyataan beliau. Uglo juga mengatakan bahawa kaum muslim merasa sedih saat menonton dunia Islam yang kian di robek oleh perang dan kehancuran di samping ekstremisme yang telah menyebabkan umat Islam dilihat ganas, sementara Islam, pada kenyataannya, tidak ada hubungannya dengan sikap orang-orang yang ekstremis, sedangkan Islam  itu adalah agama damai dan rahmat. Dia menyerukan negara-negara Muslim untuk bekerja ke arah pembangunan di semua peringkat dan untuk memanfaatkan sumber daya alam dan manusia di Negara masing-masing untuk mencapai kebangkitan yang nyata yang akan menjamin masa depan yang cerah bagi umat Islam. Dia menyimpulkan kenyataannya dengan berdoa kepada Allah, bahawa masa depan akan menyaksikan kebangkitan ummat Islam seperti sejarah gemilang Islam yang lalu dan mengambil tempat yang terhormat di antara persada antarabangsa.

Larangan Pembangunan Menara Masjid di Swiss - Ketua Rabbi Perancis Kecam

rabbi(5)Ketua Rabbi Yahudi di Perancis telah mengecam hasil referendum di Swiss yang melarang pembangunan menara masjid. Gilles Bernheim, Rabbi Perancis itu mengatakan, Eropah harus mulai mengubah pandangan mereka tentang Islam. Bernheim juga mengatakan bahawa hasil referendum itu tidak adil. "Kita harus melakukan sesuatu sekarang agar orang-orang Eropah, tidak hanya Swirtzerland, mengubah cara berfikir mereka tentang Islam. Perlu adanya dialog dan keterbukaan," ujar Bernheim seperti dilaporkan Le Figaro. Sebelum ini, isu larangan pembangunan menara masjid di Swirtzerland telahmengejutkan minoriti muslim Swiss.” Muslim Swiss terkejut dengan  hasil tersebut dan kami berada dalam suatu ujian”, ujar  Hisyam Maizar, Presiden Federasi Organisasi Islam di Swiss pada Ahad (29/11) lalu, Menurut Ketua Rabbi Perancis tersebut, dialog dan keterbukaan itu harus dilakukan oleh Eropah, juga negara-negara Muslim. Menurutnya, sukar mengharapkan hasil yang positif jika Eropah tidak mengubah pandangan mereka. "Saya menentang larangan pembangunan menara masjid di Swiss. Setiap keputusan yang berusaha mengurangi hak-hak umat beragama adalah keputusan yang tidak adil," tambah beliau. (ln/mol)

PRC Lancar Lamanweb Khas Sebarkan Laporan Goldstone

4 Dis, London- The Palestinian Return Center (PRC) di London melancarkan sebuah website baru untuk menyebarkan informasi pertemuan luar biasa dari Laporan Goldstone dan menyajikan analisis yang sangat informatif. Perkara ini disampaikan langsung oleh organisasi tersebut dalam sebuah kenyataan mereka kepada para wartawan.. 4.12.09-Laporan-Goldstone-PIC-DataFiles_Cache_TempImgs_2009_2_images_News_2009_12_03_goldstone-rep_300_0Menurut bahagian media PRC, telah ada begitu banyak website yang dilancarkan oleh lobi-lobi pro Israel dan kelompok-kelompok yang mentah-mentah memakai informasi dan sudut pandang Israel dalam menanggapi laporan Goldstone. Termasuk di dalam website-website pro Israel itu adalah website-website yang menyesatkan yang penuh dengan informasi dusta mengenai sekatan dan serangan Israel terhadap Jalur Gaza. PRC melihat website baru yang mereka lancarkan ini sebagai sebuah dimensi baru strategi PRC dalam melaporkan langsung realiti di lapangan kepada mata dunia. PRC berusaha menyoroti bagaimana situasi para warga Palestin yang menjadi korban, khususnya para pelarian, kerana merekalah yang menjadi korban terbanyak pada serangan biadab Israel Disember 2008 - Januari 2009 di Jalur Gaza. Laporan hasil siasatan hakim antarabangsa, Richard Goldstone dan pasukannya itu, membongkar sejumlah penemuan yang sangat serius dalam serangan Israel tersebut seperti serangan terhadap sekolah milik UNRWA (organisasi PBB yang menangani pelarian Palestin), penghancuran gudang penyimpanan barangan PBB, mensasarkan warga awam, penggunakan senjata-senjata yang dilarang oleh perundangan antarabangsa, penggunaan kekuatan dan kekerasan yang luar biasa besar (masif) dan penghancuran total terhadap semua infrastrukur. “PRC sedar adalah sangat menyedihkan bahawa media arus utama (media yang biasa menjadi rujukan) tidak mengungkapkan hal yang sebenarnya terjadi. Manipulasi dan penyesatan fakta yang dilakukan Israel berhasil mengelirukan masyarakat antarabangsa, sedangkan kesengsaraan terus di tanggung oleh penduduk Palestin yang sebenarnya adalah korban kebiadaban Israel, sebagai teroris,” jelas PRC. Bahagian media PRC menambah lagi bahawa fokus website mereka adalah tuntutan penarikan keluar ketenteraan Israel, sekatan dan serangan agresif Israel. Aksi-aksi Israel dalam hal yang disebutkan ini, adalah bukti bahawa sehingga sejauh ini tidak ada kebaikan atau kemajuan yang di capai dalam kehidupan rakyat Palestin; yang hingga kini masih di bawah pendudukan Israel, masih di bawah penjajahan Israel. PIC/ EZ

Kajian Universiti Israel: Jaringan Dakwah Menjadi Tunjang Kekuatan HAMAS

imyordanSatu kajian yang di buat oleh Israel yang disiapkan oleh Institute Jaffa dari University of Tel Aviv telah membuat satu kesimpulan bahawa sistem gerakan dakwah adalah faktor strategik politik paling penting bagi gerakan Hamas. Kajian itu menunjukkan bahawa Hamas mengaktifkan infrastruktur dakwahnya melalui pelbagai lembaga-lembaga dakwah umum di Tebing Barat dan Jalur Gaza. Demikian seperti disebutkan Akhbar El-Quds Al-Arabiy(30/11). Kajian itu juga melaporkan bahawa lembaga-lembaga ini mendukung perlawanan dan memberikan bantuan kepada mujahidin dan keluarga mereka, keluarga para syuhada dan tahanan serta mereka yang termasuk dalam daftar buruan Israel dan mereka yang tercedera. Dinyatakan juga bahawa sistem dakwah itu juga melibatkan seruan melalui khutbah dan mendorong perlawanan serta pengukuhan keimanan Islam di kalangan generasi muda, melalui pengaktifan institusi pendidikan  dan melalui masjid yang membentuk benteng-benteng kekuasaan Hamas. Kajian itu menegaskan, Hamas di Jalur Gaza menjalankan kaderisasi secara massif yang membentuk gerakan dakwah yang secara tradisional telah digunakan untuk mengangkat dan memperluaskan pengaruh politik dan ideologi Hamas. Lebih jauh lagi kajian itu menambahkan bahawa sistem dakwah itu telah mengakar di kalangan penduduk dan beroperasi di bawah pengurusan khusus yang dibentuk untuk kepentingan Hamas sebagai jaringaan pengaman sosial, yang pada saat yang sama berusaha untuk memperluas dan mengembangkan populariti dan dukungan politik kepada pemerintah Hamas. Kajian itu menunjukan bahawa model tersebut amat berbeza sepenuhnya dengan kegiatan di Tebing Barat, di mana infrastruktur Hamas di Tebing Barat lebih berfokus sebagai Pemerintah Berkuasa Palestin yang sekarang dipimpin oleh Ismail Haneeya. Dalam kajian itu juga menunjukkan kutipan-kutipan zakat telah menjadi tulang belakang utama dalam infrastruktur Hamas, dan yang paling ketara adalah lembaga zakat Ishlaah, Majma Islami dan Jamiyyah Falaah. Dijelaskan bahawa lembaga-lembaga zakat Hamas tersebut telah mengaktifkan pelbagai kegiatan sosial, kesihatan, pendidikan dan keagamaan, serta layanan kepada masyarakat secara yang lebih sistematik. Lembaga zakat Hamas ini juga didapati mendapat donongan dari sumbangan dan dana yang besar dari suluruh dunia melalui hebahan di laman sesawang internet.(milyas/mi)

Rundingan Pertukaran Tahanan Israel-HAMAS Masih Tidak Ada Kepastian

26 Nov - Shimon Peres, Presiden Israel, mengatakan telah ada "kemajuan" dalam usaha untuk membebaskan Gilad Shalit, tentera Israel yang ditangkap oleh Hamas tiga tahun lalu. Pendedahan oleh Peres dibuat selepas dia bertemu Hosni Mubarak, presiden Mesir, di Kaherah pada hari Isnin lalu. "Ada rundingan antara kedua belah pihak. Saya tidak rasa rundingan memerlukan perbincangan tambahan. Seperti kita semua tahu, ada kemajuan. Saya berharap ia akan berakhir dengan positif," kata Peres. Sebelum itu pada hari Isnin lalu, seorang pegawai senior delegasi Hamas yang dipimpin oleh Mahmoud Zahar dan dua ahli sayap bersenjata kumpulan berkenaan menyeberangi Mesir, dalam rangka untuk mengadakan pertemuan dengan para pegawai keselamatan Mesir. Mesir dan Jerman adalah orang tengah utama dalam rundingan pertukaran tawanan. Wartawan Al Jazeera, Zeina Awad  melaporkan Hamas telah menyatakan bahawa telah ada kemajuan dalam isu tersebut, tetapi perlu berhati-hati terhadap apa yang mereka lakukan agar pihak media tidak melampau dalam melaporkan perkembangan hal tersebut. Namun, kesepakatan nampaknya masih jauh memandangkan Israel masih menolak untuk melepaskan para tahanan Arab, penduduk Baitulmuqaddis dan Israel, dan masih menolak untuk melepaskan pemimpin Fateh, Marwan Barghouthi, dan Setiausaha Agung Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin , Ahmad Saadat. Manakala satu laporan lagi yang diterima, Ketua Organisasi Friends of the Palestinian Detainee Society, Munir Mansur mengungkapkan Gilad Shalit akan dibebaskan pada Hari Raya Aidiladha kelak, kesepakatan itu tercapai setelah Mesir berhasil menyelesaikan sejumlah persoalan yang selama ini menjadi halangan bagi pembebasan Shalit dan pembebasan para tahanan Palestin yang berada di penjara-penjara Israel. Dalam kesepakatan itu, Israel setuju untuk membebaskan 22 warga Arab atas dasar "kemanusiaan" yang berada di penjara-penjara Israel di Dataran Tinggi Golan dan Jerusalem, akan dibebaskan secara bertahap dengan jaminan Mesir dan Jerman. Sementara itu, laman sesawang Pusat Media Antarabangsa Timur Tengah melaporkan pula bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata pada Isnin lalu, usaha-usaha sedang dilakukan untuk pembebasan tentera yang ditangkap, Gilad Shalit, tetapi setakat ini tidak ada kesepakatan dicapai, dan apa sahaja keputusan yan dicapai perlu mendapat keluluskan cabinet Israel terlebih dahulu. Netanyahu menambah bahawa perlu diteruskan usaha-usaha untuk mencapai kesepakatan, tetapi perkembangan terbaru dan kemajuan harus dibahas dan diselesaikan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan mutakhir di buat. Kenyataan beliau di buat ketika pertemuan dengan para pemimpin dan ahli-ahli parti Luar. Dia mengatakan bahawa Israel ingin membawa para perajurit mereka kembali ke kampong halaman, tetapi pada saat yang sama beliau ingin bertindak untuk mengelakkan sebarang  penculikan tentera mereka pada masa mendatang. (immec/aljazeera/ln/hrz/imemc/eramuslim/fn)