1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Israel Semakin Hampir Merobohkan Masjid Al Aqsa

Yayasan Aqsa untuk Warisan dan Amal (AFEH) mengatakan bahawa pihak berkuasa penjajah Israel (IOA) sedang giat melakukan penggalian baru di sebelah barat Masjid Al-Aqsa, di wilayah yang dikenal dengan nama Kolam Sultan. Dalam kenyataan yang diterbitkan pada Selasa (25/5), AFEH mengatakan IOA mendakwa telah menemui “barang peninggalan” dari era “kuil kedua” dan oleh kerana itu mereka meneruskan aktiviti penggalian. al qudsYayasan tersebut mengatakan, IOA mengendalikan kawasan tersebut sejak tahun 1948 dan menghancurkan sebahagian kawasan itu, Israel bahkan mengubah kolam itu sendiri menjadi taman umum dan teater terbuka. Menteri Wakaf di Gaza, Dr. Taleb Abu Shaar, mengecam penggalian yang dilakukan IOA, beliau mendesak para penduduk Palestin, Arab, dan Islam untuk melakukan desakan bagi menghentikan kejahatan Israel terhadap sejarah Arab dan Islam di Jerusalem. Yehiel Zelinger, arkeologi Israel yang bertanggung jawab atas penggalian tersebut, pada 11 Mei lalu mengatakan bahawa mereka menemui sesuatu yang luarbiasa. Pasukan penggali Israel mendakwa menemukan bahagian-bahagian dari jambatan dan peninggalan yang mengalirkan air ke kuil dalam period “kuil kedua.” Menurutnya, ketika itu diperkirakan ada 50,000 Yahudi yang kembali dari pengasingan di Babilon dan “membangun kuil kedua” di atas “kuil pertama” yang hancur. “Kami betul-betul menggali peninggalan di sini, yang menghubungkan Betlehem hingga ‘kuil’,” kata Zelinger dalam penggalian yang disebutnya sebagai “penggalian penyelamatan” dan dimulai dua minggu sebelumnya. Penggalian Israel di Silwan, berhampiran dengan penempatan 55,000 penduduk Palestin, yang dijajah Israel bersama Jerusalem Timur pada 1967, bahkan telah dijadikan objek pelancongan. Silwan saat ini merupakan salah satu lokasi “panas” kerana terjadi perbalahan antara hak-hak penduduk asli Palestin dan perancangan penjajah Israel. Gerakan Hamas pada awal Mac lalu menyerukan kepada negara-negara Arab dan Muslim untuk mendesak Israel yang semakin meningkatnya usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa. Hamas juga menyeru kepada dunia antarabangsa untuk memaksa Israel menghentikan penjajahan terhadap tanah Palestin serta tempat-tempat suci.(smc/dn/pi/gd/sm)

InsyaAllah Kami Akan Tiba Di Gaza, Walaupun Dengan Berenang!

ISTANBUL, 23 Mei “Meskipun diancam oleh Israel, kami tetap akan berusaha menuju ke Gaza, walaupun kami terpaksa harus berenang ke pantai. Begitulah ungkapan luarbiasa yang disampaikan oleh wakil LL4G dari kawasan Asia Tenggara, Noorazman Mohd Shamsuddin dari HaluanPalestin Malaysia, saat upacara besar melepaskan keberangkatan kafilah kapal kemanusiaan Lifeline for Gaza di dermaga Sarayburnu, Istanbul, siang tadi (22/5). Beliau memberikan ucapan sambutan mewakili masyarakat Malaysia dan Indonesia. Di hadapan ribuan hadirin Noorazman mengatakan, bahawa rakyat Malaysia dan Indonesia telah menyatakan perasaan bencinya kepada sekatan ini dengan memberikan infaq, melakukan demonstrasi, serta memberi dukungan penuh bagi kafilah kemanusiaan ini. Noorazman mendoakan agar berkah Allah terlimpah kepada harta mereka yang telah mendukung kafilah kemanusiaan ini. “Saya berdiri di sini mewakili lebih dari 50 organisasi masyarakat besar di Malaysia dan Indonesia yang jumlah penduduknya hampir 300 juta manusia,” katanya dalam bahasa Inggeris. Noorazman menegaskan, kerana besarnya amanah itu, maka tekad mereka untuk menyampaikan amanah itu pun sangat besar. Meskipun diancam oleh Israel, mereka akan berusaha mencapai Gaza, walaupun kami terpaksa harus berenang ke pantai.” Diantara yang memberikan sambutan saat upacara besar melepas keberangkatan kafilah kapal kemanusiaan Lifeline for Gaza di dermaga Sarayburnu, Istanbul, itu juga adalah Syeikh Raid Salah, ulama Palestin yang sudah berkali-kali dipenjara dan disiksa oleh Israel. Syeikh Ra’id akan ikut serta dalam kafilah kapal kemanusiaan ini. Dalam sambutannya, Syeikh Ra’id meminta izin kepada yang hadir khususnya ribuan warga Turki, untuk menyampaikan kepada para anak yatim, janda-janda, orang cacat, orang sakit, dan seluruh warga Gaza, bahawa mereka tidak sendirian akibat sekatan oleh Israel dan Amerika Syarikat. “Tunggulah wahai saudara-saudaraku warga Gaza, kami akan datang menemani kalian yang sedang tertimpa kezaliman!” teriak beliau dengan penuh semangat. (Sahabatalaqsha.com/DP,SS,SF)

Temubual wakil LL4G Malaysia Bersama wakil IHH Yang Baru Dibebaskan dari Penjara Israel

AlhamdulliLlah kami telah berkesempatan mengunjungi  İzzet Şahin’i, wakil IHH di Tebing Barat yang baru dibebaskan dari penjara Zionis Israel. Banyak perkara yang sempat kami bincang walaupun jadual beliau begitu ketat akibat kerja-kerja tertunggak ekoran daripada tahanan tersebut. Kami juga merasa amat teruja dengan kesungguhan beliau membahagikan masa untuk kerja dan juga keluarga dalam kesibukan kerja-kerja amal yang beliau berikan dengan penuh komitmen ini. Berikut adalah sedutan temubual bersama beliau: Boleh tuan terangkan secara ringkas tentang diri tuan, apa peranan tuan di dalam IHH, dan apa yang telah tuan lakukan di Tebing Barat sebelum ditangkap dan ditahan oleh Israel? Nama saya İzzet Şahin’i. Saya pernah tinggal di Johanesberg, Afrika Selatan selama 2 tahun. Kemudian saya tinggal di Kanada selama 5 tahun, di mana saya bekerja untuk  Islamic Foundation di Montreal. Pada tahun 2005 saya kembali ke Turki dan saya mula bekerja dengan IHH. Saya mula bekerja di IHH sebagai Koordinator kepada negara-negara Eropah, Amerika, dan Amerika Selatan. Kemudian pada 28 November 2009 saya pergi ke Palestin untuk menjalankan projek sembelihan qurban selama kira-kira seminggu. Selepas selesai projek tersebut, saya menuntut di Universiti Hebrew di Jerusalem untuk pelajari bahasa Hebrew. Selepas itu IHH minta saya menguruskan pembukaan sebuah pejabat cawangan IHH di Tebing Barat, iaitu satu cawangan baru selepas pembukaan cawangan di Gaza. Selepas peperangan di Gaza, kami telah membuka pejabat IHH di Gaza pada awal tahun 2009. Segala kerja dan urusan kami untuk membuka cawangan baru di Ramallah dilakukan mengikut prosedur. Berikutan dengan pembukaan pejabat itu, saya menjadi wakil IHH di Tebing Barat. Kami dapat tahu bahawa tuan fasih bertutur dalam beberapa bahasa asing. Bahasa ibunda saya adalah bahasa Turki. Kemudian saya belajar bahasa Arab, saya juga tahu bahasa Inggeris, dan saya juga belajar bahasa Perancis semasa tinggal di Kanada. Saya juga telah mula belajar bahasa Hebrew. Apa yang sebenarnya berlaku ketika tuan ditangkap oleh Israel? Sebenarnya perkara itu merupakan suatu yang mengejutkan buat saya. Saya tinggal di Jerusalem, dan saya tahu mereka sentiasa memberi perhatian kepada parti-parti politik, pergerakan Islam, malahan juga individu-individu tertentu. Jadi saya tidak sekali-kali melibatkan diri dengan mereka itu. Tapi nampaknya mereka (Israel) tidak mahu mana-mana NGO dari luar membantu rakyat Palestin. Ini adalah suatu yang bertentangan dengan cita-cita mereka. Mereka mahu rakyat Palestin meninggalkan negara mereka seberapa segera, supaya dapat mereka ambil-alih. Pada 27 April, saya telah membuat lawatan ke beberapa tempat di Bethlehem. Ketika itu saya dalam perjalanan ke Jerusalam. Apabila sampai di satu sekatan, mereka menahan dan terus membawa saya ke sebuah penjara di Jerusalem. Pada hari berikutnya mereka bawa saya ke Tel Aviv, di mana saya dipenjarakan selama 20 hari. Jadi saya telah dipenjarakan selama 21 hari. Saya disoal-siasat selama kira-kira 60 jam, sebanyak 14 kali. Bagaimana pula tindakan keluarga dan IHH bila mereka mendapat berita penahanan tersebut? Alhamdulillah, keluarga saya, isteri, anak-anak, ibubapa, saudara-mara dan kawan-kawan semuanya tahu apa yang dilakukan oleh Israel selama ini, sebelum mereka menangkap saya. Mereka menangkap saudara-saudara di Palestin sejak hampir satu abad yang lalu. Jadi, dalam satu panggilan telefon sebelum saya ditangkap saya memberi tahu mereka supaya bersedia untuk sebarang kejutan kerana kita berhadapan dengan Israel. Mereka tidak memerlukan sebarang alasan atau bukti untuk menahan sesiapa saja ke dalam penjara. Alhamdulillah, mereka berjiwa kental, dan mereka menghadapi semuanya dengan penuh ketabahan. IHH pula telah melakukan suatu yang terbaik. Di peringkat awal, mereka cuba menyelesaikan perkara ini secara senyap-senyap. Tetapi selepas tidak ada sebarang kejayaan, mereka mula membuat hebahan bahawa penahanan ini adalah merupakan suatu ketidak-adilan yang sangat bertentangan dengan hak-hak asasi manusia, suatu yang menghina kemuliaan diri dan kemanusiaan. Mereka mula bertindak di Istanbul, di seluruh Turki dan negara-negara luar. Mereka menghantar faks dan mengadakan protes ke atas Israel dengan pelbagai cara. Jadi perkara ini membantu ke arah pembebasan saya. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Turki, termasuklah Perdana Menteri, Menteri Luar dan Kedutaan kami di Tel Aviv. Mereka telah melakukan suatu yang terbaik sejak dari awal sehinggalah saya dibebaskan. Mereka berhubung dengan kerajaan dan menteri-menteri Israel. Alhamdulillah saya akhirnya bebas. Apa perasaan tuan bila ditangkap dan diletak dalam tahanan? Ia merupakan hari-hari yang malang bagi saya kerana itu merupakan kali pertama saya ditangkap oleh polis, bukan polis, tetapi sebenarnya tentera. Bayangkan seseorang dimasukkan ke dalam penjara tanpa diberi sebarang peluang untuk berhubung dengan keluarganya, malahan tidak langsung tahu apa kesalahannya. Hingga kini mereka masih tidak memberi tahu kami sebab-sebab saya ditahan. Malahan mereka terus memanjangkan tempoh tahanan saya di dalam penjara sebanyak 3 kali melalui keputusan di mahkamah. Satu perasaan yang sangat menyedihkan bagi saya. Saya adalah seorang yang aktif. Saya bukan saja berkhidmat di sini, malahan di merata dunia. Mereka penjarakan saya dalam kurungan seluas 5 meter persegi. Kadang-kadang bersama tahanan lain, dan sebahagian besarnya berseorangan. Mereka tidak pernah memberitahu saya apa yang akan berlaku esok hari, ataupun minggu depan. Itu merupakan kejadian yang malang bagi saya, dipenuhi dengan berbagai-bagai kesusahan. Tapi sekarang saya berada di sini, di Turki, tapi saya tidak merasakan diri saya sudah dibebaskan kerana saya tinggalkan ratusan saudara-saudara di dalam penjara. Saya juga tinggalkan 12 hingga 14 ribu tahanan saudara-saudara Palestin saya yang majoritinya dipenjarakan tanpa sebarang sebab. Mereka hanya mempertahankan diri, harta, kehidupan dan tanahair mereka. Adakah tuan dicederakan ketika dalam tahanan? Secara fizikalnya tidak. Tapi mereka siksa pemikiran dan jiwa saya. Memenjarakan seseorang di dalam bilik kecil, membuat ugutan untuk dipenjarakan sehingga 15 tahun, soal-jawab berterusan sehingga 9 jam. Mereka tidak pernah menyoal tentang diri saya. Mereka juga tidak pernah membuktikan saya telah melakukan sesuatu bertentangan dengan undang-undang sepanjang 5 bulan saya berada di sana. Mereka hanya menyoal soalan-soalan tentang IHH, mengapa saya bekerja di Gaza, kenapa saya bekerja di Tebing Barat, dan kalau kamu mahu bekerja di sini, kamu harus mendapatkan kebenaran kami (Israel). Mereka sebenarnya tidak mengiktiraf negara Palestin di bumi tersebut. Pada mereka, semua bumi di situ adalah hak milik Israel. Jadi bila mereka kata di sana tidak ada negara Palestin, sebarang pekerjaan di bumi Palestin walaupun kerja-kerja amal kemanusiaan akan dikira sebagai menentang mereka. Saya dimasukkan ke dalam penjara bukan kerana apa-apa yang telah saya lakukan, tetapi kerana saya rasa ianya berkaitan dengan apa yang kami rancang berkenaan misi kapal-kapal ke Gaza. Bagaimana tuan dapat bersabar ketika dalam tahanan mereka? Pertamanya, AlhamduliLlah saya tidak melakukan apa-apa yang bertentangan dengan kehendak Allah SWT dan juga kawan-kawan saya. Keduanya, saya sebenarnya bukan  berseorangan di sana. Saya bukanlah orang yang pertama di tahan, dan malang sekali saya juga bukan orang yang terakhir. Ribuan saudara-saudara saya yang melalui nasib seperti saya. Saya sendiri telah menjadi saksi kepada situasi mereka di dalam penjara, membuatkan saya merasa lebih kuat. Saya berpegang kepada Allah SWT. Saya berkhidmat untuk kemanusiaan saudara-saudara kita di Palestin. Jadi bila saya ditangkap dan disiksa atas sebab-sebab itu, maka saya berasa sangat bersemangat. Saya hanya mampu ucapkan AlhamduliLlah. Bagaimana agaknya peristiwa penangkapan ini memberi kesan kepada kehidupan tuan? Sebenarnya, mereka memberi tekanan kepada saya untuk bekerja dengan lebih gigih lagi. Jika mereka benarkan saya untuk pulang ke Turki tanpa masalah seperti itu, tidak akan ada siapa yang tahu tentang diri saya. Saya hanya seorang rakyat biasa. Tetapi Israel telah melakukan satu kesilapan yang besar. Sejak pertama saya menjejakkan kaki semul ke Turki, hingga sekarang saya mendapat perhatian daripada puluhan program-program media di TV dan akhbar-akhbar. Saya gunakan peluang ini untuk menjelaskan masalah saudara-saudara kita di Palestin, di mana keadaan mereka jauh lebih teruk daripada apa yang saya telah alami. Saya tidak akan berhenti, saya akan teruskan kerja membela saudara-saudara kita di Palestin hinggalah saya dipanggil pulang oleh Allah. Itulah pengajaran yang saya ambil daripada kejadian ini. Apakah impak penangkapan tuan terhadap konvoi yang akan kita lakukan? Betul, mereka tangkap saya kerana mereka ingin menghalang konvoi ini. Itulah tujuan mereka. Saya faham perkara tersebut kerana mereka tidak ada apa-apa alasan untuk menangkap saya. Ya, penangkapan itu mengganggu perancangan konvoi ini untuk tempoh 21 hari, ia juga mengganggu rakyat Turki. InsyaAllah kes saya ini membuatkan pasukan kita lebih kuat dan bersemangat. InsyaAllah kita akan sampaikan semua bantuan ini kepada saudara-saudara kita di Gaza dalam masa terdekat. Apa nasihat tuan kepada saudara-saudara kita yang ingin membantu rakyat Palestin? Bagi saudara-saudara kita di Palestin, bantuan kemanusiaan sahaja adalah tidak mengcukupi. Kita jangan lupa terhadap isu hak asasi kemanusiaan, kerana isu tersebut di Palestin adalah lebih penting daripada program bantuan kemanusiaan. Jika Israel membenarkan mereka hidup bebas, mereka tidak perlu kepada sebarang bantuan dari luar. Jadi masalah sebenarnya adalah tentang penafian hak saudara-saudara kita di Palestin. NGO dari seluruh dunia harus menyuarakan permasalahan untuk mempertahankan hak saudara-saudara kita di Palestin. Saya harap Israel akan balik ke pangkal jalan, dan biarkan rakyat Palestin hidup bebas, InsyaAllah. Kalau diberi peluang, adalah tuan akan pergi lain ke Palestin? Hari ini pun saya akan pergi! Malangnya mereka masih menyimpan paspot saya. Kalau saya ada paspot, dan mereka beri kebenaran, saya akan kembali ke Palestin hari ini juga. Palestin tetap berada di dalam hati saya. Kita tidak akan lupakan Palestin dan saudara-saudara kita di Palestin, dan InsyaALlah tidak lama lagi saya akan kembali ke sana. Apa nasihat tuan kepada masyarakat di Malaysia? Pertama sekali, kami sedar bahawa saudara-saudara kita di Malaysia tidak pernah lupakan isu Palestin dan saudara-saudara mereka di Palestin. Kehadiran anda semua di sini membuktikan rakyat Malaysia sentiasa merasai penderitaan yang di alami oleh saudara-saudara di Palestin. Semoga Allah membantu mereka. Kita semua merupakan satu badan, jadi kita perlu merasai apa yang dideritai oleh saudara-saudara kita di Palestin dan juga lain-lain tempat di dunia ini. Tetapi isu Palestin adalah merupakan isu yang sangat penting. Sekiranya orang Islam dapat menyelesaikan permasalahan Palestin, bukan sahaja orang Islam malahan seluruh dunia akan hidup dengan penuh kemuliaan dan kebebasan. Saya harap rakyat Malaysia dapat terus menyokong NGO-NGO Malaysia yang membantu saudara-saudara di Palestin. Jangan sekali-kali lupakan saudara-saudara kita itu di dalam doa anda. JazakumuLlahu Khairan.

Hampir 10 Ribu Hadir Perhimpunan Perdana Palestin

SHAH ALAM, 8 Mei - Hampir 10,000 orang telah hadir dalam Perhimpunan Perdana Palestin yang dianjurkan oleh Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN) bersama-sama dengan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Yayasan Amal, Palestinian Center of Excellence (PACE), Aqsa Syarif, Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda), Pertubuhan Mawaddah Malaysia, Global Peace Mission, Muslim Care dan Viva Palestina Malaysia (VPM).

Pengarah projek LL4G, Tuan Haji Noorazman Mohd Samsuddin

Perhimpunan dimulai dengan ucapan aluan oleh Pengarah projek LL4G, Tuan Haji Noorazman Mohd Samsuddin. Beliau menjelaskan objektif program LifeLine4Gaza iaitu mempertahankan bumi Al Quds dari penjajah Zionis, memberikan kesedaran kepada masyarakat berkenaan Konvoi Menerobos Tembok Kematian di Gaza, solidariti NGO-NGO dan rakyat yang prihatin dengan Palestin, dan menjadikan Majlis Kemuncak Projek Pengumpulan Dana untuk Konvoi LifeLine4Gaza . Menurut beliau lagi, aktiviti-aktiviti LifeLine4Gaza yang dibuat sebelum ini antaranya ialah siri pengumpulan dana dari aktiviti-aktiviti yang dibuat sejak 2 bulan lalu seperti konsert nasyid amal, jamuan makan malam, ceramah-ceramah Palestin di masjid-masjid dan di surau-surau di seluruh negara.

Presiden Haluan Malaysia, Dr Abdullah Sudin Bin Abd. Rahman

Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan oleh Presiden HALUAN Malaysia, Dr Abdullah Sudin Bin Abd. Rahman. Di dalam ucapan ringkas tersebut beliau menegaskan bahawa usaha membawa Palestin ini ada hubungkaitnya dengan permasalahan aqidah ummah Islam. Setiap daripada ummat Islam perlu merasai dan prihatin terhadap isu Palestin.

Encik Tuan Mokhtar Hani, Timbalan Datuk Bandar, Bandaraya Shah Alam.

Perhimpunan ini dirasmikan oleh Datuk Bandar Shah Alam Datuk Bandar Shah Alam, Y.Bhg Datuk Mazelan bin Md Noor diwakili oleh Encik Tuan Mokhtar Hani, Timbalan Datuk bandar, Bandaraya Shah Alam. Beliau menjelaskan kesungguhan dan keazaman yang ditunjukkan oleh gabungan puluhan NGO tempatan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam ini boleh menjadi contoh kepada rakyat Malaysia betapa kita boleh bersatu untuk Palestin dan mengetepikan perbezaan politik dan fahaman peribadi demi bersama-sama dengan rakyat Palestin.

Setiausaha Agung Jamaah Islah Malaysia (JIM), Tuan Haji Nahar b Mohd Nor

Naib Pengerusi Muslim Care, Encik Zulkifli bin Mohd Nani

Sesudah majlis perasmian, majlis bermula dengan pidato dari wakil-wakil NGO Jamaah Islah Malaysia(JIM) Tuan Haji Nahar b Mohd Nor, Setiausaha Agung Jamaah Islah Malaysia(JIM), Encik Zulkifli bin Mohd Nani, Naib Pengerusi Muslim Care merangkap Ahli Majlis MBSA diselangseli dengan persembahan multimedia dan nasyid oleh In-Heart, Muadz, Raihan dan Shoutul Harakah.

In-Heart

Bro Muadz

Raihan

Shoutul Harokah

Turut berucap adalah Syeikh Abu Ahmad, Koordinator Bantuan Antarabangsa Ikatan Ulama Palestin dan Naib Presiden Foundation For Human Right & Freedom Relief (IHH) dari Turki, Saudara Hussain Oruc. Mereka berdua menyampaikan salam perjuangan dan terima kasih tidak terhingga dari rakyat Palestin kerana sanggup memberikan sumbangan dan doa di atas mala petaka yang dikenakan ke atas mereka selama ini.

Koordinator Bantuan Antarabangsa Ikatan Ulama Palestin, Syeikh Abu Ahmad

Untuk rekod, krisis kemanusiaan selama ini di Palestin membangkit rasa kebersamaan kepada rakyat dan NGO prihatin negara ini yang menggerakkan konvoi Lifeline4Gaza – Break The Siege ataupun Talian Hayat Untuk Gaza – Menerobos Tembok Kematian. Bagi menjayakan misi menghantar bantuan ke Gaza ini, mereka akan menyertai usaha konvoi antarabangsa yang diketuai oleh sebuah NGO dari Negara Turki iaitu Foundation for Human Rights & Freedoms & Humanitarian Relief (Insan Hak ve Hurriyetleri – atau lebih dikenali sebagai I.H.H.) bersama-sama NGO-NGO antarabangsa yang lain seperti Free Gaza Movement dan European Campaign to End the Siege on Gaza (ECESG).

Naib Presiden Foundation For Human Right & Freedom Relief (IHH) dari Turki, Saudara Hussain Oruc

Kini, IHH dengan sokongan penuh kerajaan Turki dan NGO-NGO antarabangsa dari lebih 17 buah negara lain telah memulakan usaha untuk melaksanakan konvoi talian hayat Gaza yang ke-empat iaitu Lifeline4Gaza. Satu usaha besar-besaran iaitu satu konvoi yang akan merentasi Laut Mediterranean bermula dari Istanbul, Cyprus dan akhirnya terus ke Gaza mengikut jalan laut. Konvoi ini akan membawa lebih daripada 9 buah kapal dan bot. Kempen ini diketuai oleh Perdana Menteri Turki sendiri, Recep Tayyip Erdogan. Konvoi kemanusiaan terbesar di dunia ini akan membawa bantuan asas keperluan seperti bahan pembinaan hospital, bahan perubatan, peralatan sekolah dan bahan-bahan makanan. Mereka juga akan diiringi oleh tokoh-tokoh politik dan kemanusiaan sedunia yang prihatin terhadap krisis kemanusiaan di Gaza. Bantuan tersebut akan dibawa terus ke Gaza dengan menggunakan hubungan diplomatik kerajaan Turki yang memang mempunyai Perjanjian Keselamatan dengan rejim Israel semenjak peperangan dunia yang ke-dua lagi. Mengikut butiran perjanjian tersebut, Israel tidak boleh mengganggu kapal-kapal daripada Turki. Kemuncak majlis ialah penyerahan cek NGO-NGO kepada Naib Presiden IHH. HALUAN Malaysia telah menyumbangkan RM800 ribu ringgit, JIM menyumbangkan RM200 ribu ringgit di samping sumbangan cek oleh Muslim Care dan lain-lain NGO. Pada malam itu juga Dr. Abdullah Sudin bin Abd. Rahman telah melancarkan kad sumbangan RM10 ringgit sebulan untuk diedarkan kepada seluruh warga Malaysia yang prihatin.

Muslimat turut bersama

Sebelum majlis berakhir, resolusi membantu perjuangan Palestin telah dibacakan oleh pimpinan Pemuda dan Mahasiswa yang prihatin diketuai oleh Saudara Anaqi bin Salleh, Presiden Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) dan Saudara Abdullah Omar bin Ahmad Fuad, Presiden Karisma-JIM. Rayuan ringkas kutipan yang penuh semangat dikendalikan oleh Dr. Azizan Ahmad, Naib Presiden 3 HALUAN. Alhamdulillah, jumlah kutipan semasa Perhimpunan Perdana Palestin ialah RM123,869.00. Sebelum bersurai majlis dibacakan dengan doa penutup oleh Ustaz Daniel Salehi, pengajar Sek Menengah Ibnu Khaldun.

Kepimpinan HALUANSiswa & KARISMA-JIM

Terima kasih diucapkan kepada rakyat Malaysia yang prihatin. Namun jumlah yang dikutip itu masih perlu ditingkatkan lagi bagi menjayakan projek LL4G ini. Sumbangan derma bagi menjayakan bantuan ini boleh disalurkan terus melalui akaun khusus untuk projek Lifeline4Gaza seperti berikut: Nama akaun : "TABUNG PALESTIN HALUAN" Nombor akaun: 5644 9020 8528 Bank : Maybank Berhad

Ayuh Bersatu Ke Perhimpunan Menerobos Tembok Kematian

Sudah sampai saatnya bagi umat Islam untuk menghentikan sekatan jahat dan keji yang dilakukan oleh Yahudi Israel terdapap umat Islam di Palestin. Kita harus berdiri dengan sikap tegas tanpa melupakan matlamat asasi kita dalam memperoleh redha Allah swt. Dan hendaklah seluruh pertubuhan masyarakat untuk bergerak dan bekerja dengan memanfaatkan kecerdasan akal mereka untuk melakukan pelbagai inovasi, mekanisme dan cara-cara baru untuk mengatasi sekatan di Jalur Gaza. Setiap individu atau organisasi hendaklah melimpahkan kekuatan untuk menghentikan sekatan yang hina tersebut dan belum pernah terjadi sebelumnya. Kepada kalangan pemimpin umat dan para pemikir serta cendekiawan diseru memainkan peranan mereka dalam memimpin dan menjadi penguasa umat, maju dan masuklah ke dalam barisan untuk menghentikan sekatan, dan untuk memimpin umat seluruhnya dengan memberikan kemudahan kepada para pembawa bantuan sehingga para utusan dan kafilah-kafilah bantuan tersebut dapat masuk dengan mudah, mulai dari samudera menuju teluk, sehingga dapat mewujudkan keinginan dan cita-cita umat, menyampaikan ucapan dan perkataan mereka, tanpa rasa takut atau malu, sehingga tidak masuk dalam kehinaan dan aib di dunia dan akhirat. Sudah saatnya kita memperlihatkan diri yang terbaik dihadapan Allah; tanpa ragu-ragu atau enggan atau merasa hina, dan bahawa para pemimpin Arab dan Islam hendaklah bertaqwa kepada Allah di tengah umat mereka dan menaikakn citra diri mereka dihadapan umat dan untuk mengangkat aspirasi dan harapan mereka di hadapan dunia. Wahai para pemimpin terhormat di mana saja kalian berada.. Sesungguhnya situasi di Gaza saat ini tidak menentu, dan menuntut kita tidak hanya mengeluarkan kata; kerana mereka di Gaza tidak hanya makan kata-kata kita, atau tidak memerlukan lembaran surat perjanjian dan surat berharga lainnya, sebagaimana mereka tidak memerlukan atau meminum air mata kesedihan kita ketika melihat situasi yang menghimpit ke atas mereka. Namun yang diperlukan oleh penduduk Gaza saat ini sesuatu yang konkrit dan nyata, usaha yang lebih membumi yang mampu untuk dirasai; memerlukan tindakan konkrit untuk menghentikan sekatan kejam yang tidak adil terhadap satu setengah juta jiwa warga di sana , dan ini semua adalah tanggung jawab semua tanpa terkecuali. Hendaknya kita semua melihat kembali daftar hitam nama-nama orang yang hina dan perihal mereka untuk ditimpakan pada mereka kehinaan, aib dan kekerdilan pada hari kiamat.. Allah berfirman: وَلا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ غَافِلاً عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الأَبْصَارُ. مُهْطِعِينَ مُقْنِعِي رُءُوسِهِمْ لا يَرْتَدُّ إِلَيْهِمْ طَرْفُهُمْ وَأَفْئِدَتُهُمْ هَوَاءٌ “Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahawa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak, mereka datang bergegas-gegas memenuhi panggilan dengan mangangkat kepalanya, sedang mata mereka tidak berkedip-kedip dan hati mereka kosong”. (Ibrahim:42-43) Wahai umat manusia seluruhnya… Marilah kita kembali kepada Allah..!! Marilah kita melakukan usaha yang terbaik untuk menyatukan kekuatan dalam rangka menghentikan sekatan terhadap warga Palestin di Jalur Gaza, mobilisasikan kafilah-kafilah dan bala bantuan kepada mereka dan lakukan pelbagai tekanan kepada pertubuhan antarabangsa dan tempatan, dan pertubuhan / agensi kalangan institusi kerajaan untuk turut serta mendesak Israel membenarkan bantuan memasuki Gaza. Tidak ada alasan bagi kita pada saat ini, kecuali bergerak, bergerak dan bergerak; masing-masing sesuai dengan kemampuannya, sebagaimana yang diungkapkan oleh ulama salaf: “Sebaik-baik kemampuan yang dimiliki manusia adalah yang kuat imannya.” Maka dari itu marilah semuanya bergerak; individu, institusi, pertubuhan sosial, pertubuhan bukan kerajaan atau organisasi kemasyarakatan. Bangun dan bersatu untuk mengangkat dan menghilangkan ketidakadilan dan kezaliman yang terjadi di Jalur Gaza dan di seluruh dunia, dan tidak ada alasan sedikitpun untuk merendahkan para pejuang yang mulia وَإِنَّ اللهَ عَلَى نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ “Dan Sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu”. (Al-Hajj:39) Marilah kita berlumba-lumba untuk menuju dan menggapai redha Allah, berkorban dan berjuang untuk membela saudara kita, tidak berusaha untuk menghambat kegagalan orang-orang yang gagal, atau menghinakan orang-orang lemah, dan ketahuilah bahawa Allah pasti akan menyempurnakan cahaya-Nya walaupun bukan pada saat ini.. Allah berfirman: وَاللَّهُ غَالِبٌ عَلَى أَمْرِهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يَعْلَمُونَ “Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya”. (Yusuf:21)

Siapa Dalang Membunuh Mahmud Mabhuh, Tokoh Brigade Al-Qassam

mahmudSebuah laman sesawang Israel, "Central Issues" dalam laporannya menyatakan bahawa agen-agen Mossad bertanggung jawab penuh atas pembunuhan keji terhadap Mahmud Mabhuh yang merupakan salah seorang tokoh terkemuka dalam sayap ketenteraan Hamas, Brigade Al-Qassam. Beliau juga dan termasuk sebagai komandan senior serta salah seorang pendiri Brigade Al-Qassam. Mahmud memasuki Universiti Emirat Arab pada 19 Januari yang lalu, namun jasadnya ditemui telah meninggal dunia di sebuah hotel tempat ia menginap selama beliau berada di Dubai. Mnurut lawan sesawang Israel tersebut, pembunuh Mahmud berjumlah empat orang dan merupakan agen-agen Mossad yang dilengkapi dengan informasi yang tepat mengenai keberadaan Mahmud selama kunjungannya di Dubai. Laman itu juga menyatakan bahawa penyelidikan kes pembunuhan terhadap Mahmud, kemungkinan besar ada kaitannya dengan perancangan Mahmud untuk membeli senjata dari Iran dan perancangan menyeludup senjata-senjata tersebut ke Tebing Barat. Walaubagaimanapun menurut hasil penyelidikan rasmi dari polis Dubai, mereka mendakwa telah berhasil mengungkap misteri kematian Mahmud Mabhuh. Mereka berpandangan bahawa kempulan jenayah terkenal dari Eropah yang terlibat dalam konspirasi pembunuhan Mahmud.(fq/imo)