1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Kanak-kanak Sepanyol: Hentikan Pembunuhan Rakyat Palestin

Kedutaan Israel di Sepanyol baru-baru ini menerima ratusan keping surat yang dihantar oleh kanak-kanak sekolah yang menentang tindakan dan layanan Israel terhadap rakyat Palestin. Salah satu daripada surat-surat tersebut telah dihantar oleh Rafael Shotz yang bertanyakan, "Berapa orang raykat Palestin yang telah kamu bunuh hari ini?" Tulisan dalam satu surat yang lain berbunyi, "Tuan Embasador, tuan harus berfikir bagaimana untuk tidak membunuh kanak-kanak dan orang-orang tua Palestin. Saya tidak pasti samada (perkara) ini tidak memberi sebarang peduli kepada tuan, (iaitu) untuk membunuh manusia. Tuan harus beredar meninggalkan Palestin." Tindakan kanak-kanak Sepanyol telah membangkitkan kemarahan daripada kerajaan haram Israel, dengan menuduh kerajaan Sepanyol sebagai menggalakkan "anti-Semitik." Pegawai-pegawai Kementerian Luar Israel mendakwa surat-surat bertulisan tangan itu menunjukkan penulisnya berumur dalam lingkungan 6 hingga 9 tahun, dan mengkritik pihak berkuasa Sepanyol kerana memberi kebenaran kepada aktiviti "anti-Semitik" dan "anti-Israel" untuk beroperasi di sekolah. Pada mulanya kerajaan Israel membuat keputusan untuk memanggil Embasador Sepanyol di Israel, Alvaro Iranzo. Namun mereka menukar strategi dengan hanya menalipon pegawai berkenaan untuk menyatakan bantahan. Dalam kenyataannya, Timbalan Pengarah Kementerian Luar Israel, Naor Gilon menyatakan bahawa "Israel sangat sedih (dengan kejadian penulisan surat oleh kanak-kanak Sepanyol)." Bagaimanapun, Embasador Sepanyol membantah dengan menyatakan bahawa kejadian penulisan surat-surat berkenaan tidak termasuk dalam mana-mana program Kementerian Pendidikan Sepanyol, tetapi ianya digerakkan oleh individu-individu tertentu. Israel menutup semua pintu masuk ke Gaza sejak lebih dua tahun lalu. Sekatan yang dikenakan oleh Israel dan sekutunya itu semakin diketatkan sejak tahun 2007, memberi impak yang teruk ke atas situasi kemanusiaan dan ekonomi Gaza. Seramai 1.5 juta penduduk Gaza dinafikan hak-hak asasi mereka, termasuklah kebebasan untuk bergerak, mendapatkan kerja, perubatan, mahupun pendidikan. Kadar kemiskinan dan pengangguran adalah sekitar masing-masing 80% dan 60%. Keadaan semakin teruk dengan serangan selama 3 minggu akhir tahun 2008 yang menyebabkan kematian seramai lebih 1400 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan kemusnahan teruk instrastruktur awam. Serangan brutal oleh Israel itu telah memusnahkan lebih kurang USD1.6 bilion ekonomi Gaza. Kedutaan Israel di Madrid juga telah menerima surat-surat daripada pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty, supaya menghentikan sekatan ke atas Gaza dan menyelesaikan isu-isu kritikal yang dihadapi oleh penduduk Gaza, termasuklah masalah bekalan air bersih.  (mn/Hareetz/PressTV)

Tapak Warisan - PBB dan Russia Turut Kecam Israel

PBB dan Russia turut bersama-sama mengutuk tindakan Zionis menyenaraikan beberapa tapak suci di Tebing Barat sebagai warisan kebangsaan negara haram Israel. "Kami telah berkali-kali menyatakan pendirian kami menentang sebarang langkah dan tindakan yang mempengaruhi hasil rundingan berkenaan persetujuan penempatan Palestin-Israel, dan tindakan ini jelas akan menghalang usaha-usaha meneruskan dialog antara Pelastin dan Israel," kata jurucakap Menteri Luar Russia, Andrei Nesterenko, Jumaat lalu. Andrei Nesterenko turut menyaran supaya Israel berhati-hati dan menghormati isu-isu yang mempunyai kaitan dengan perihal agama. Keputusan Israel memasukkan Masjid Ibrahimi di Al Khalil dan Masjid Bilal bin Rabah ke dalam senarai 150 tapak warisan Yahudi telah mendapat bangkangan dan kutukan dari pelbagai pihak. Beberapa pemimpin PBB, termasuk Ban Ki-Moon, dan Ketua UNESCO, Irina Bokova, mengutuk keputusan Israel itu. Makanala Kesatuan Eropah (European Union -- EU) juga turut menyeru supaya Palestin dan Israel menyambung semula perbincangan. Pegawai-pegawai tinggi EU memetik bahawa tindakan Israel (menyeraikan dua masjid berkenaan) akan menjadi penghalang kepada penerusan rundingan. Pengarah Polisi Antarabangsa EU, Catherine Ashton menganggap tindakan kerajaan Israel memasukkan tapak-tapak di Hebron dan Bethlehem ke dalam senarai warisan mereka sebagai merosakkan usaha-usaha menyambung semula rundingan damai. Demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap beliau, Lutz Guellner. (mn/PressTV)

Israel Mempersiapkan Yahudisasi Al Quds

Ahli Parlimen Palestin, Fadl Hamdan, mendedahkan perancangan Israel untuk membina penempatan baru di atas tanah Palestin yang mereka rompak di daerah kejiranan Beit Safafa, selatan Jerusalem. Dalam satu kenyataan media yang diterbitkan Isnin lalu, beliau memberi amaran bahawa perancangan Israel tersebut adalah bertujuan merampas lebih banyak tanah milik Palestin dan seterusnya membawa masuk lebih ramai pendatang Yahudi ke Jerusalem dan sekitarnya, sebagai langkah-langkah akhir dalam peracangan mereka untuk meyahudisasi Jerusalem. Sementara itu, persatuan Ir Amin (City of Nations: www.ir-amim.org.il) Israel mengesahkan bahawa majlis perbandaran Israel di Jerusalem telah meluluskan satu perancangan untuk membina 549 unit kediaman di kejiranan Beit Safafa. Menteri Pelancongan dan Warisan Palestin, Dr Mohamed al Agha, emnyerus semua kaum Arab dan orang Islam supaya melakukan protes bagi menekan kerajaan-kerajaan mereka supaya turut menyelamatkan masjid Aqsa dan tempat-tempat suci umat Islam yang lain di bumi Palestin yang terjajah. Beliau juga menyeru suapay setiap langkah yang perlu harus diambil begi menentang Israel dalam tindakan mereka memasukkan masjid Ibrahimi dan masjid Bilal dalam senarai tapak-tapak warisan dan sejarah Yahudi. Beliau juga mengingatkan bahawa keputusan zionis itu dibuat hanya beberapa hari sebelum ulang-tahun ke-16 petistiwa pembunuhan di Masjid Ibrahimi yang telah menorbankan 29 nyawa rakyat Palestin yang sedang beribadah di dalam masjid berkenaan.

Penglibatan Mossad Terus Di Bongkar Dalam Pembunuhan Mabhuh di Dubai

Sebuah majalah Jerman, Der Spiegel menyatakan bahawa unit "kidon" Mossad yang bertanggungjawab terhadap misi pembunuhan dan penculikan, mungkin berada di sebalik pembunuhan komandan senior Brigade Al-Qassam, Mahmud Al-Mabhuh di Dubai. Menurut Der Spiegel, Mossad menggunakan "Kidon" selama operasi jahat tersebut berjalan dengan menggunakan pasport Jerman yang dikeluarkan pada tahun 2009 di Kota Cologne yang dimiliki oleh seorang Israel bernama Michael Bodenheimer. Spiegel menambahkan lagi bahawa Bodenheimer menggunakan pasport tersebut pada awal musim panas tahun lalu untuk dokumen perjalanan Jerman dengan pihak imigresen di Cologne dan beliau diberi pasport tersebut setelah beliau mengajukan dokumen peribadi yang membuktikan bahawa dirinya memang berasal dari Jerman. Dalam konteks yang sama, Gordon Thomas, seorang pakar dalam bidang risikan Israel, mengatakan bahawa ada bukti yang menyatakan bahawa unit "kidon" lah yang membunuh Mabhuh, di mana nama Mabhuh termasuk dalam daftar orang teratas yang harus dilenyapkan oleh Mossad. Thomas menyatakan bahawa "kidon" adalah termasuk dalam unit pasukan Mossad yang paling terlatih, yang sering menggunakan cara-cara penyamaran dalam aksinya, serta mereka dapat bekerja keras di bawah tekanan fizikal dan psikologi, anggota unit ini benar-benar terasing dari agen-agen Mossad yang lain. Thomas juga berpendapat bahawa hasil dari operasi mereka di Dubai telah berjaya di bongkar oleh pihak keselamatan Dubai, di mana sepertiga dari anggota unit ini telah berjaya di kenalpasti. Hal ini merupakan pukulan berat bagi Mossad. Menurut Ketua Polis Dubai, Dahi Tamim Khalfan, mengatakan kepada akhbar Bayan UEA, bukti yang diperoleh pihak polis menunjukan adanya panggilan telefon yang terjadi di antara para pembunuh Mabhuh dan telah terbukti bahawa mereka juga menggunakan simkad pra bayaran untuk membeli tiket perjalanan dengan menggunakan nama-nama pasport yang sama . Akhbar Israel, Haaretz, mengecam aksi para anggota Mossad tersebut dengan menyebut mereka sebagai agen amatur yang hidup di masa lalu dan menggunakan teknik-teknik kuno, dan menyatakan lagi bahawa era operasi perisikan Israel telah berakhir ketika mereka gagal dalam operasi ini, kerana operasi mereka berjaya dibongkar. (fq/pic/era)

Israel Akan Kembali Serang Gaza Pertengahan 2010: Ibrahim Habib

Pakar permasalahan keamanan nasional Palestin, Ibrahim Habib membuat jangkaan bahawa Israel akan kembali melakukan operasi ketenteraannya ke Gaza pada pertengahan tahun 2010. Menurutnya, serangan akan dilakukan dengan sasaran untuk melemahkan kestabilan pemerintahan Gaza oleh Hamas. Dalam satu seminar yang dianjurkan oleh Yayasan Ebda’ pada beberapa hari lalu, Ibrahim mengatakan,”Sasaran serangan Israel yang akan datang tidak bermaksud untuk menjatuhkan pemerintahan Hamas di Gaza, tetapi sebagai langkah awal kearah melemahkan pemerintahan Hamas, sehingga apabila sampai waktunya tatkala ketenteraan Israel sudah mampu masuk kembali ke dalam Gaza. Menurut Ibrahim Habib, dalam huraiannya, pendahuluan serangan yang dilakukan oleh Israel itu bertujuan untuk menjatuhkan pemerintahan Hamas di Gaza. Ini perlu dilakukan kerana Israel telah menerima tekanan yang teruk akibat di tuduh melakukan pembunuhan rakyat awam. Tiga fasa sasaran Israel dijangkakan akan berlaku. Pertama, melakukan serangan udara ke atas berbagai bangunan pemerintahan dan ketenteraan Hamas, termasuk bangunan awam dan pihak penguasa polis tempatan. Kedua, melakukan serangan terhadap sejumlah tempat yang dianggap memiliki informasi penting bagi penduduk gaza, seperti pejabat data penduduk dan pemerintahan, penempatan pegawai Hamas, jabatan penting seperti kementerian komunikasi, pengangkutan dan lainnya. Sedangkan ketiga adalah melakukan serangan membunuh sejumlah tokoh berpengaruh dari kalangan pemerintahan Gaza, dan tokoh perjuangan Palestin. Habib menambahkan bahawa Israel akan lebih berhati-hati mengatur strategi perangnya ke atas pejuang Palestin, setelah laporan Goldstone melaporkan kejahatan perang Israel kepada PBB. (mln/pic)

Perhimpunan Perdana Palestin Membakar Semangat Menuju Pembebasan Al Quds

Kuala Lumpur, 6 Februari 2010. - Majlis Perhimpunan Perdana Palestin yang julung-julung kalinya telah diadakan di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah, Kuala Lumpur. Perhimpunan tersebut adalah anjuran bersama NGO-NGO Malaysia, antaranya HALUAN, HALUAN Palestin, JIM, Pertubuhan MAWADDAH Malaysia, Palestine Excellent Centre Malaysia (PACE), Pemuda Masjid Malaysia, Viva Palestina Malaysia (VVM) dan Komite Indonesia Untuk Solidariti Palestina (KISPA). Perhimpunan tersebut turut mendapat kerjasama dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Perhimpunan Perdana Palestin ini diserikan dengan kehadiran 2 orang ulama dari Palestin, Syeikh Hussein KS Awawidah (Syeikh Abu Bakar), Penasihat Kanan Rabithah Ulama Palestin dan Syeikh Abu Ahmad, Koordinator Bantuan Kemanusian Rabithah Ulama Palestin. Kedua-dua mereka berasal dari Gaza Palestin.

Suasana kedinginan penghawa dingin di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 6 Februari, Sabtu, 2.30 petang yang lalu digegarkan dengan suara yang bersemangat dari Pengerusi Majlis Perhimpunan Perdana Palestin, Dr. Hj. Azizan Ahmad, yang juga merangkap Naib Presiden 3 HALUAN Malaysia. Dr. Azizan mengajak para peserta ‘Perhimpunan Perdana Palestin’ untuk mengimbau kembali nasib rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang telah lebih satu tahun berlalunya serangan besar-besaran Regim Zionis Yahudi terhadap Gaza. Beliau juga mengingatkan akan nasib yang begitu malang sekali yang bakal menimpa Masjid Al-Aqsa berikutan penggalian terowong yang intensif di dasar masjid oleh regim Israel tersebut. Suasana pada hari itu bertambah hangat dengan laungan  yang penuh semangat keimanan dari barisan pemuda dan mahasiswa yang membanjiri di setiap ruang dewan, begitu juga semangat yang menakjubkan yang ditunjukan oleh para muslimah dan mahasiswi yang hadir. Laungan “Allahu Akbar, Allahu Akbar, Khaibar…Khaibar Ya Yahud, Khaisu Muhammad Saufa Yahud…”. Laungan itu disambut oleh ribuan hadirin yang hadir dengan mengibarkan bendera Palestin dan bendera Malaysia.
alt alt
Tn. Hj. Norazman B Mohd Samsuddin, Pengerusi Biro Haluan Palestin, merangkap Pengarah Perhimpunan Perdana Palestin, dalam ucapan aluan beliau telah menjelaskan bahawa setelah setahun berlalu serangan besar-besaran regim Zionis Yahudi ke atas Gaza pada Disember 2008 yang lalu, penduduk Gaza semakin menderita dengan keadaan yang sangat serba kekurangan dan kesusahan mendapatkan bekalan makanan. Keadaan ini bertambah parah lagi apabila Kerajaan Mesir membina tembok tambahan iaitu tembok besi setebal 5 kaki dan sedalam 30 meter di sepanjang persempadanan mereka dengan Gaza. Ini telah mengakibatkan penduduk Gaza menghadapi ancaman bekalan makanan asasi dan kelaparan sedikit demi sedikit akibat laluan terowong bawah tanah ke Mesir yang tersekat. Sebelum ini terowong-terowong tersebut digunakan untuk membawa masuk bekalan makanan ke Gaza akibat dari penutupan pintu persempadanan Mesir-Gaza oleh kerajaan Mesir.
Sheikh Abu Bakar Al-Awawidah , Penolong Kanan Rabithah Ulama’ Palestin, seorang tokoh ulama’ Gaza yang buta menjelaskan bahawa permasalahan Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis yang menanti runtuh itu bukan hanya permasalahan umat Arab atau orang Palestin sahaja tetapi ia adalah permasalahan umat Islam di seluruh dunia. Al-Aqsa penghubung langit dan bumi, masjid kedua yang dibina selepas Masjid Al-Haram, kiblat pertama umat Islam, pada hari ini masjid suci ini menerima ancaman akan runtuh sekiranya umat Islam di seluruh dunia tidak berusaha melakukan desakan kepada Zionis Israel agar memberhentikan segala bentuk kerja dan usaha  meruntuhkan masjid suci ini. Ini kerana penggalian terowong yang sedang berlaku secara intensif dan destruktif oleh regim Israel sejak sekian lamanya mengakibatkan masjid suci ini kehilangan asas fondasi yang kukuh. Beliau menegaskan umat Islam mesti bangkit.
alt alt
Beliau juga menjelaskan keadaan penduduk Gaza yang semakin menderita tanpa ubatan yang mencukupi, makanan yang kurang serta tahap pengangguran yang tinggi. Walaupun rumah mereka telah ranap tetapi penduduk Palestin tetap tidak mahu berhijrah ke tempat lain. Para hadirin mula mengalirkan air mata terutamanya kaum ibu tatkala mendengarkan penjelasan Sheikh Abu Bakar akan nasib penduduk Palestin dan pengorbanan mereka menentang serangan berterusan dari regim Zionisme. Beliau menceritakan bagaimana peranan para ibu di Palestin turut serta dalam jihad melawan Zionis Yahudi di Gaza. Para ibu di Palestin telah kehilangan ramai orang lelaki di dalam keluarga mereka kerana terkorban menentang askar-askar zionisme yang ganas itu. Syeikh Abu Bakar mempersoal kepada para hadirin terutama kepada para ibu, apa peranan anda untuk Palestin, sedangkan kami telah mengorbankan harta kami, anak-anak kami, para pemuda kami dan diri kami.
Syeikh Abu Bakar, yang buta matanya akibat seksaan tentera Zionis Yahudi ketika beliau dipenjarakan bertanyakan kepada kita....
` Atas dasar apa kamu nak cagarkan untuk mengharapkan dan mendapatkan syurga Allah yang begitu mahal harganya di akhirat nanti ?
kami disini telah cagarkan semua yang ada demi perjuangan suci ini.
Alhamdulillah hampir RM 54,000 dan 20 utas rantai, cincin dan gelang emas telah diinfakkan oleh para peserta ketika majlis berlangsung.
HALUAN dan PACE  juga telah menyampaikan sumbangan cek kepada Syeikh Abu Bakar. HALUAN menyumbangkan RM450,000 hasil dari kutipan yang telah dijalankan dengan kerjasama pelbagai pihak samada dengan pihak kerajaan mahupun dengan orang ramai. Manakala PACE dan JIM telah menyumbangkan RM100,000.
alt alt
Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid yang penuh bersemangat oleh Sdr Muadz sebagai `icon` remaja dengan persembahan mantap berjaya memukau hadirin.
Satu sidang akhbar telah diadakan setelah majlis dengan dipengerusikan oleh Dr. Hafidzi Mohd Noor (PACE) bersama Sdr Norazman (HALUANPalestin) dan Hj Taqiuddin (Dewan Pemuda Masjid). Wakil-wakil media yang hadir adalah dari Sinar Harian, Harian METRO dan Bernama News.
alt alt
HALUAN Malaysia dan HALUAN Palestin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Pertubuhan Bukan Kerajaan yang berganding bahu menjayakan program ini secara bersama dengan perasaan mahabbah dan ukhwah, semoga Allah swt memberkati usaha kecil kita semua, dan semoga permasalahan Palestin akan terus diperjuangkan dari masa ke semasa.
Laporan disediakan oleh Dr Mohd Arba’ai B Shawal, Setiausaha Biro Haluan Palestin