1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Israel rancang tukar kejiranan Al Bustan menjadi sebuah taman

Sebuah taman yang dipenuhi bungaan, pepohonan, laluan tiupan bayu dan kedai-kedai untuk menikmati kopi: inilah perancangan Zionis Israel untuk melitupi runtuhan kejiranan Al Bustan, iaitu sebahagian daripada kejiranan Silwan di timur kota suci Baitul Maqdis. Kejiranan Silwan ini semakin terdedah kepada ancaman kemusnahan, dengan arahan meruntuhkan rumah kediaman dan pengusiran secara paksa semakin meningkat. Apabila kemusnahan kepada kejiranan ini telah semuanya selesai, sebuah taman akan dibina di atas runtuhan kejiranan tersebut. Tidak jauh dari Masjid Al Aqsa, ke arah Selatan, Silwan adalah sebuah kejiranan yang menyaksikan lantai sebuah sekolah perempuan milik Bangsa-bangsa Bersatu runtuh akibat kerja-kerja menggali yang dijalankan oleh Israel di bawah kompleks masjid yang suci itu. Di situlah juga berlakunya peristiwa 40 buah rumah mendap tenggelam, angkara kerja-kerja Zionis tersebut. Kawasan Silwan menempatkan 80 buah rumah yang dihuni oleh 1,500 orang. Rumah-rumah mereka telah dibina berabad-abad dahulu, di atas tanah yang diwarisi dari ibubapa dan nenek-moyang mereka. Mereka kini bakal kehilangan tempat tinggal memandangkan proses 'pengambil-alihan' kawasan tersebut kini semakin rancak. Menurut laporan Fakhri Abu Diab, seorang ahli jawatankuasa mempertahankan Daerah Silwan dan pengarah kepada Pusat Al Bustan, isu pemusnahan kawasan kejiranan Silwan ini bukanlah suatu perkara yang baru. Pada tahun 2000 Israel telah mengeluarkan arahan meruntuhkan semua rumah-rumah atas alasan tidak mempunya permit. Bagaimanapun, arahan tersebut mendapat penentangan hebat melalui khemah-khemah solidariti, kempen media dan tunjuk perasaan. Abu Diab adalah antara mereka yang mengambil tindakan undang-undang untuk menghentikan kerja merampas dan merobohkan rumah mereka. Walaupun kediaman mereka kini memenuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan oleh Israel hasil dari bantuan pasukan jurutera, mereka masih lagi gagal mendapatkan kelulusan permit. "Dua minggu lalu, seseorang yang digelar Datuk Bandar Jerusalem telah berjumpa dengan beberapa orang penduduk di kawasan Al Bustan dan mengarahkan mereka supaya meninggalkan rumah untuk ditukarkan dengan tanah di kawasan lain. Sekiranya tidak, mereka akan dipaksa mengosongkan rumah untuk diruntuhkan. Semua penduduk menolak tawaran tersebut," jelas Abu Diab. "Pagi Ahad lalu datang polis dan askar dalam satu pasukan yang besar bersama pekerja-pekerja bandaran. Mereka mula memeriksa dan mengukur rumah-rumah di kejiranan tersebut. Mereka juga mengambil gambar dan melukis peta rumah-rumah di kawasan Al Bustan dan sekitarnya, termasuk jalan-jalan dan lorong-lorong. Mereka mengambil masa kira-kira lima jam." Bukan sahaja kemusnahan warisan Jerusalem yang menjadi kebimbangan Abu Diab, tetapi juga nasib penduduk yang akan kehilangan tempat untuk berteduh. "Perlaksanaan skim untuk membina taman di Al Bustan ini merupakan satu kepentingan politik dan keagamaan Israel, yang mengakibatkan penduduk di sini kehilangan rumah tanpa tempat berteduh. Semua helah berkaitan permit pembinaan rumah hanyalah untuk mencapai objektif politik mereka. Perkara ini sangat jelas," kata Abu Diab. Ibu Abu Diab tinggal di sebuah rumah berukuran 40 meter persegi yang dibina 200 tahun dahulu oleh nenek-moyangnya. Dalam isu berkaitan, sumber-sumber Zionis Israel melaporkan bahawa hak-milik 14 hartanah di Silwan yang merangkumi keluasan 28 dunums (10 dunum bersamaan 1 hektar) telah dipindahkan ke pihak Zionis tanpa mendapat sebarang kebenaran daripada penasihat undang-undang kerajaan. (Sumber: Palestine News Network)

Tayangan Filem Perdana Pertama di Gaza

Gaza buat pertama kalinya melancarkan pertunjukan Tayangan Filem Perdana untuk tontonan para penduduk Gaza. Menurut Menteri Dalam Negeri Palestin, Fathi Hamad, ”Kami cuba melakukan kegiatan seni melalui filem yang berkualiti lagi Islamik dengan mengetengahkan isu perjuangan tanpa ada unsur-unsur provokasi dan adegan seksual.” Beliau berkata demikian setelah menyaksikan tayangan perdana filem tersebut di Universiti Gaza. Pertunjukan perdana tayangan filem di Gaza telah menarik minat ramai warga Gaza untuk menonton, dengan bintang filemnya adalah warga tempatan. Suasana semakin hangat apabila diadakan juga sesi berfotografi bersama para pelakon, suasana Gaza hampir mirip dengan aksi kemuncak tayangan perdana filem-filem di Hollywood. Industri perfileman di Gaza mulai tumbuh, namun dengan kawalan dan seliaan yang ketat oleh pemerintah di Gaza. Filem perdana yang ditayangkan adalah sebuah filem yang didedikasikan terhadap para pimpinan pejuang Palestin yang telah syahid, dengan kos pembiayaan sekitar 200,000 dolar. Filem perdana yang ditayangkan di Gaza menceritakan tentang Imaq Aqil, salah seorang komander Briged Al-Qassam yang telah syahid dalam sebuah serangan udara pesawat tentera Zionis Israel di Gaza pada tahun 1993. Aqil yang pada saat itu baru berumur 23 tahun, lebih dikenal sebagai "hantu" atas kepintarannya dalam menyamar. Pada awal tahun 90-an dirinya menjadi orang yang paling dicari oleh Zionis Israel atas keterlibatannya dalam satu pembunuhan 11 tentera Israel. Dalam filem yang yang mengambil masa 2 jam yang berjudul "Imad Aqil" ini penuh dengan adegan aksi layaknya seperti filem-filem buatan Hollywood. Pahlawan ini dengan gayanya keluar dari jendela kenderaan kemudian menembaki tentera-tentera Israel, setiap ada tembakan yang diarahkan ke pasukan Israel para penonton berteriak takbir dan memberikan sorakan. Tidak ada adegan percintaan dalam filem ini, dan seluruh penonton wanitanya mengenakan jilbab yang tertutup rapi. Hamad dan Zahar merancang akan membuat filem tentang seorang pejuang lagenda Palestin, Syaikh Izzuddin Al-Qassam, tetapi sehingga saat ini mereka belum memiliki lokasi yang tepat untuk pembuatan filem tersebut, berkaitan dengan tempat tinggal pahlawan tersebut pada tahun 1920 an di kota Haifa yang sekarang telah menjadi sebahagian dari negara zionis Israel. Zahar mengatakan bahawa membuat filem perjuangan seperti ini hanya salah satu cara lain untuk membangkitkan semangat rakyat Palestin untuk melawan Israel. "Perjuangan boleh ditampilkan melalui kata-kata, sebuah puisi dan lainnya," katanya lagi. (fq/sunsentinel)

Palestin, satu teguran daripada Allah

Alhamdulillah, kita amat bersyukur kepada Allah kerana diberikan masa dan peluang untuk terus hidup. Sesungguhnya peluang kehidupan ini perlulah kita isi dengan sebaiknya, diisi dengan amal-amal yang berguna kerana sesungguhnya manusia yang rugi itu adalah manusia yang kehidupannya tidak dikira oleh Allah SWT. Penghujung tahun 2008 dan awal tahun 2009, menyaksikan bahawa kita Sekali lagi dicalarkan dengan sikap durjana Yahudi dan kuncu-kuncunya yang dengan terang-terangan, dengan tanpa segan silu hendak memusnahkan Gaza, satu-satunya tanah yang masih bebas dari cengkaman mereka dan hendak melepaskan Masjidil Aqsa dari pegangan tangan Muslim seluruhnya. Hati siapa yang tidak pilu apabila melihat perkara tragis yang berlaku ini. Hakikatnya Gaza itu tidak seluas mana, tetapi diserang oleh 200 buah jet pejuang yang melepaskan bom secara membuta tuli pula. Angka kematian meningkat mendadak mencecah ribuan. Saya yakin, angka sebenar adalah lebih tinggi dari apa yang terpampang di dalam akhbar mahupun sumber internet. Dan angka kematian dalam tragedi itu akan terus meningkat, meningkat dan meningkat sehinggalah seluruh Gaza itu hangus seperti padang jarak padang terkukur, sehingga orang Islam tunduk menyerahkan Masjidil Aqsa kepada Yahudi. Allah SWT berfirman: “Dan tidak akan sekali-kali redha ke atas kamu yahudi dan nasara, sehinggalah kamu mengikuti ajaran mereka” Al-Baqarah ayat 120. Tidakkah askar Israel mempunyai belas ihsan? Tidak. Ketika serangan hari pertama yang mengorbankan manusia sebanyak 120 orang, mereka menyatakan bahawa, “Ini baru permulaan” Ini menunjukkan mereka memang bernafsu besar untuk menghapuskan segala tentangan mereka pada masa ini. Masjidil Aqsa pula sedang berada di hujung tanduk sahaja. Yang membelanya akan pergi tidak lama lagi. Sebahagian orang berharap akan munculnya rasa belas ihsan daripada Israel, maka sukalah saya memberitahu di sini, mereka tidak akan mempunya belas. Peristiwa ini hakikatnya adalah satu teguran Allah kepada kita. Pada saya, kita tidak sepatutnya memandang remeh akan hal ini. Cuba kita ingati kembali peristiwa tsunami yang berlaku pada 26hb Disember 2004. Malaysia juga terasa akan gegarannya, sehingga menganggu Pulau Pinang dan sebahagian negeri Kedah. Kita fikir semula pada saat itu, ramai yang menyatakan bahawa itu adalah teguran Allah SWT. Ada orang kata, manusia telah lalai dari mengingati Allah menyebabkan Allah menghantar amaran. Saat itu, kerana dasyatnya tsunami yang berlaku, maka manusia menggelar peristiwa itu sebagai kiamat kecil. 4 tahun selepas itu, pada tarikh yang lebih kurang sama 27 Disember 2008, Israel telah memulakan serangannya yang terdasyat ke atas tanah kecil bernama Gaza. Kalau kita perhatikan persamaan antara dua-dua tempat, Aceh dan Gaza, kita akan nampak bahawa kedua-dua tempat itu adalah tempat orang Islam, bumi orang Islam. Kalau kita boleh namakan Tsunami Disember 2004 sebagai teguran Allah, kenapa serangan Israel ke atas Gaza Disember 2008 bukan merupakan teguran Allah? Ketahuilah saudara-saudari yang saya hormati, Masjidil Aqsa, tanah Palestin itu adalah salah satu dari tiga tanah suci kita. Allah SWT berfirman, “Maha Suci Allah yang telah mengisra’kan hambaNya (Muhammad) pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, yang kami berkati sekelilingnya untuk diterangkan kepadanya dari ayat-ayat KAMI” Surah Al-Isra’ ayat 1. Allah menurunkan bala dan kesusahan atas tanah suci yang diberkati olehNya sendiri. Apakah maksud ini? Inilah namanya teguran. Teguran yang hendak menyatakan bahawa ummat Islam hari ini telah jauh dari pegangan Islam yang sebenar. Inilah teguran, yang menyatakan bahawa ummat Islam hari ini telah berpecah belah. Inilah teguran, yang menyatakan bahawa ummat Islam hari ini semakin melemah. Apakah perbezaan antara Masjidil Haram dengan Masjidil Aqsa? Apakah perbezaan Masjid Nabawi dengan Masjidil Aqsa? Bukankah ketiga-ketiga tempat itu adalah tanah suci kita? Tetapi kenapa kita masih berdiam diri? Kenapa kita menganggap itu adalah satu lagi pembunuhan biasa? Inilah hakikatnya, bukti yang menunjukkan betapa lemahnya kita. Hati kita sudah tidak sensitif. Sehinggakan teguran Allah pun tidak kita rasakan. Kalau Tanah Suci pun kita boleh biarkan, tidak berani untuk mempertahankan, apa lagi dengan tanah-tanah yang lain? Menjeritlah,meraunglah, memanggil-manggil nama Salahuddin ke-2. Saya sebenarnya naik muak dengan sikap beberapa orang yang asyik menyebut, “Bilakah Salahuddin ke dua hendak sampai,” “Nanti bila muncul Salahuddin ke dua, dia akan menewaskan yahudi,” “ Salahuddin ke dua,” Ketahuilah bahawa, tidak akan ada Salahuddin ke dua selepas Salahuddin Al-Ayubi. Yang ada hanyalah kita. Kita. Salahuddin ke dua tidak akan datang. Tetapi yang perlu datang itu kita. Allah SWT berfirman, “Dan sekiranya mereka meminta pertolongan kalian (ketika mereka diserang) kerana Islam, kalian mestilah sudi menolong mereka.” Kenapa kita serahkan tanggungjawab ini pada Salahuddin ke dua itu? Ini semua adalah tanggungjawab kita bersama sebenarnya. Kita lah sebenarnya, yang perlu menjadikan diri kita Salahuddin ke-dua! Masalah Palestin bukanlah masalah nasionalisma, bukanlah masalah negara, bukanlah masalah tanah. Masalah Palestin hakikatnya adalah masalah ummah. Masalah kita. Rasulullah SAW bersabda, “ Muslim itu adalah saudara kepada muslim yang lain, janganlah kamu menzaliminya, janganlah kamu mengkhianatinya, dan janganlah pula kamu serahkannya kepada sesiapa yang ingin menzaliminya” Al-Hadith. Allah SWT juga berfirman, “ Sesungguhnya mu’min itu bersaudara” Surah Al-Hujurat ayat 10. Kejadian di Palestin sepatutnya kita muhasabah dan melihat kembali kepada diri kita. Telinga saya sakit sebenarnya dengan kutukan demi kutukan, belasungkawa demi belasungkawa yang hanya terawang-awang di udara. Itu semua tidak akan membawa makna sekiranya ummat Islam sendiri tidak berubah. Ummat Islam terperangkap di dalam masalah mereka sendiri. Mereka sudah terasa seperti berada di zon selesa tetapi hakikatnya keselesaan itu hanyalah rekaan musuh kita semata-mata. Saya lihat dengan jelas betapa benarnya kata-kata Rasulullah SAW mengani wahn (cinta dunia takut mati.) Itulah yang menyebabkan tangan dan kaki kita tergari. Bahkan ada antara orang Islam sendiri yang menyokong tindakan Israel dan menyalahkan pula Hamas yang berjuang bermati-matian mempertahankan deen dan Masjidil Aqsa kita. Deen kita, bukan deen mereka sahaja. Masjid kita, bukan masjid mereka sahaja. Ummat Islam yang lain buat apa? Semuanya hanya menjaga poket dan periuk nasi masing-masing. Tidak menyumbang malah ada yang mengeji. Tidak bersatu malah ada lagi yang masih bersengketa mengenai sunnah bid’ah. Sedangkan hal wajib yang dikhianati dalam kehidupan tidak ditegur, sedangkan hal-hal haram yang berleluasa tidak diperbaiki. Dengan keadaan kita yang jauh daripada Allah SWT ini. Bagaimana Allah hendak memakbulkan segala doa kita untuk Palestina? Adakah Allah hendak membantu kita dala keadaan kita sendiri lupa kepadaNya? Allah SWT berfirman di dalam Surah Toha, ayat 125-126. “Dan KAMI bangkitkan mereka pada hari kiamat nanti sebagai orang buta, berkata mereka itu kenapa kami dibangkitkan buta sedangkan kami di dunia dulu boleh melihat, (Allah menjawab) beginilah dahulu kamu melupakan ayat-ayat KAMI, dan pada hari ini kamu dilupakan.” Masalah Palestin tidak pernah berubah, malah semakin teruk semenjak pertama kali dijajah pada 1948. Adakah tiada muslim yang berdoa sepanjang 60 tahun ini? Ramai... Tetapi ummat itu tidak berubah. Kita tidak berubah... Maka Allah pun tidak akan mengubah nasib kita. Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah terlebih dahulu apa yang ada pada diri mereka” Surah Ar-Ra’d ayat 11. Nah... Sekarang, Palestin hanya tinggal Gaza. Gaza yang berdiri walaupun dihentam hancur oleh pejuang Israel awal tahun lalu. Palestin yang sudah cacat, tempang, yatim, sebatang kara, ditinggalkan saudara-saudaranya yang lain. Apakah yang dilakukan oleh Ummat Islam? Masih terasa seperti biasa. Masih terasa serangan ke atas Gaza itu adalah sama seperti serangan-serangan terdahulu. Bagaimana Allah hendak membantu kita, mengubah nasib kita andai kita sendiri tidak berusaha untuk ubah diri kita? Kita sendiri yang tidak hendak mengubah nasib kita. Kita masih terus leka dengan dosa dan dunia. Kita masih rasa senang lenang dan tidur lena tanpa berusaha apa-apa. Kita telah melakukan banyak kesilapan. Dan Allah sedang menegur kesilapan kita ini. Allah menegur dengan bala yang sedang diturunkan ke atas Palestin masa kini. Ketahuilah, saya tidak pernah rasa takut jika tiada sesiapa yang hendak membantu saudara kita di sana. Kerana saya yakin Allah itu tidak akan mengecewakan hamba-hambaNya. Tetapi yang saya takut adalah, kita ini,yang tiada sensitiviti ini akan digantikan dengan satu kaum yang lebih baik dari kita, dan diri kita terlepas peluang untuk menjadi HAMBA yang baik di sisi Allah SWT. Ada satu kata-kata, saya sendiri terlupa ianya hadith atau sekadar bicara hikmah, ia berbunyi, “Kalau kamu melepaskan tanggungjawab ini, maka Allah tidak akan rugi. Bahkan kamulah yang rugi. Allah akan menggantikan kamu dengan kaum yang lebih baik dari kamu,yang lebih beriman, yang lebih taat dalam menjalankan perintah Allah dan menjaga deenNya.” Kitalah yang rugi wahai saudara saudariku. Kitalah yang rugi. Adakah kita masih tidak terasa bahawa ini merupakan satu teguran daripada Allah? Adakah kita masih hendak meneruskan kehidupan yang penuh dengan kelalaian dan kemaksiatan seperti yang kita sedang lalui hari ini? Palestin, satu teguran daripada Allah. Kalau masih tidak sedar juga, ketahuilah bahawa hati kita telah mati sebenarnya. Tulisan: Hilal Ashraf

HAMAS Merupakan Nadi Bagi Arab dan Muslim Bagi Perjuangan Menentang Zionis Israel di Palestin

hamas(16)Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Musa Abu Marzuq mengungkapkan dalam pidatonya di Damaskus, menegaskan bahawa Hamas merupakan nadi bagi bangsa Arab dan Muslim kerana Hamas merupakan gerakan perlawanan Islam yang terus mendorong penentangan terhadap penjajahan Zionis Israel dan tetap teguh mempertahankan dan memperjuangkan tuntutan rakyat Palestin. "Hamas mengutamakan kepentingan rakyat Palestin ketika memutuskan untuk menggunakan perlawanan sebagai alat perjuangan," tegas Abu Marzuq. "Hamas memainkan peranan besar dalam menggali terowong-terowong di bawah perbatasan Gaza sebagai langkah dan usaha untuk menyediakan keperluan utama berupa makanan dan pakaian bagi warga Gaza," sambungnya. Dalam pidatonya Abu Marzuq mengkritik Abbas yang seharusnya berupaya menekan Israel agar menghentikan sekatan ekonomi yang dilakukan terhadap warga Gaza dan menghalang serangan-serangan Israel ke atas terowong-terowong milik warga Gaza di perbatasan Rafah. Malangnya hal itu tidak dilakukan Abbas, yang cenderung tunduk kepada kemahuan Israel dan Barat dengan bersembunyi disebalik alasan dialog dan perundingan perdamaian. (ln/prtv/eramuslim/fn)

Kerajaan Mesir Memberi Kebenaran Persempadanan Rafah Di Buka Bagi Menyalurkan Daging Korban

22.9.09-AV-Hari-Raya-di-Gaza-2020Kesatuan Doktor Arab memaklumkan bahawa pemerintah Mesir telah mengeluarkan keizinan untuk membuka persempadanan Rafah dengan Gaza yang selama ini melarang dan mengurung lebih dari 1.5 juta penduduk Gaza. Namun pembukaan itu hanyalah bersifat sementara, khusus bagi menyalurkan daging korban bagi rakyat Palestin yang kelaparan sejak dari tiga tahun lepas akibat kekejaman dan tindakan Yahudi Israel Israel. Islamonline menyebutkan kenyataan Abdulah Ibrahim, Ketua Biro Hubungan Luar Negeri dari Lembaga Bantuan dari Kesatuan Doktor Arab. “Sudah ada kesepakatan dari pelbagai pihak Mesir yang bertanggung jawab dalam hal ini, untuk membuka persempadanan Rafah bagi menyalurkan 150 ekor sapi yang sudah disembelih dari Mesir ke Gaza,” ujarnya. Beliau menambahkan lagi bahawa perundingan yang dilakukan oleh pasukan medik Arab kepada pemerintahan Mesir bagi membuka persempadanan itu, adalah salah satu bentuk bantuan untuk meringankan rakyat Palestin di Gaza yang tidak berdosa. Kempen yang telah dilancarkan oleh Kesatuan Doktor Arab ini dilakukan dengan tema “Korbanmu adalah Ketaatan pada Tuhan, Makanan bagi Hamba AlLah.” Program ini meliputi wilayah seperti Mesir, Somalia dan Gaza. Mereka menyerukan umat Islam untuk menyalurkan korban mereka kepada penduduk yang memang amat memerlukan agar mereka dapat mengukirkan senyuman di wajah mereka di hari raya Aidiladha nanti. Di Gaza, daging-daging korban itu akan disalurkan ke Rafah, Khan Yunis, Gaza Tengah, Gaza Utara dan kota Gaza. Sasarannya adalah sekitar dua puluh keluarga Palestin, yang akan dapat antara satu ke tiga kilogram daging per keluarga. Ini adalah yang pertama berlaku, di mana Mesir mengizinkan pembukaan pintu persempadanan Rafah bagi menyalurkan daging korban. Dan untuk kali ini pihak Mesir mewarkan agar orang-orang yang melewati persempadanan Rafah terbatas dan hanya dibolehkan membawa sejumlah alatan perubatan dan jumlah daging korban yang sudah disepakati. Pihak Mesir melarang keras bila ada bahan makanan yang masuk melalui Rafah ke Gaza. (mln/iol)

Kekejaman dan pencabulan di penjara Israel berterusan

Gerakan-gerakan perlawanan Palestin akan menangkap lebih ramai tentera Zionis Israel untuk dijadikan tahanan sekiranya dunia terus tidak memperdulikan isu penyeksaan yang berterusan dilakukan ke atas tahanan Palestin di dalam penjara-penjara dan pusat-pusat tahanan tentera Zionis Israel. Khamis lalu, Jurucakap Kanan Kerajaan Gaza, Sami Abu Zuhri menyebut bahawa dunia hanya memberi perhatian kepada  dengan isu pembebasan Gilad Shalit, tetapi mereka tidak lansung mengendahkan rakyat-rakyat Palestin yang disiksa dan terus menderita di dalam penjara-penjara Zionis Israel. "Sekiranya penyiksaan ini berterusan dan dunia terus tidak menghiraukan perkara ini, kami terpaksa mencari 'teman-teman baru' untuk Shalit", tegas beliau memberi amaran. Sementara itu lebih 7000 orang tahanan di 13 buah pusat tahanan tentera Israel melancarkan mogok lapar bagi membantah penyiksaan, penodaan dan pelbagai lagi perlanggaran hak asasi manusia ke atas mereka. Kenyataan akhbar The Palestinian Prisoners Club (Nadi Al-Asir) menyebut seramai lebih 7000 tahanan lelaki dan wanita di 10 buah penjara dan 3 buah kem tahanan tidak akan mengambil makanan yang disediakan. Mereka akan meneruskan mogok ini pada 17 dan 27 April sekiranya keadaan dan layanan di penjara tidak berubah. Menurut laporan Palestinian Information Center (PIC) pula, mereka menerima laporan kes-kes penderaan dan penafian hak terhadap ahli-ahli kelurga yang datang menziarahi tahanan. Terdapat juga laporan bahawa pihak Zionis Israel menghalang keluarga daripada menziarahi tahanan atas alasan-alasan keselamatan yang tidak berasas. PIC turut mengecam tindakan Israel menghalang media-media Arab daripada menemui tahanan Palestin, mengharamkan buku-buku di pusat tahanan dan juga menafikan hak tahanan untuk menduduki peperiksaan akhir persekolahan. Menurut Ketua Jabatan Perangkaan di Kementerian Hal Ehwal Tahanan Palestin, Abdul Nasser Farawna, Israel memenjara seramai 7,300 orang Palestin. Mereka termasuklah lebih 360 orang kanak-kanak, 33 orang wanita, 17 ahli politik dan 2 orang bekas menteri. Tahanan Palestin telah beberapa kali mengadakan protes mogok lapar sejak Zionis mula menakluk daerah-daerah Palestin pada tahun 1967. Adbulqader Abu Al-Fahem merupakan tahanan yang pertama meninggal dunia selepas 15 hari menjalankan mogok lapar di penjara Asqlan pada tahun 1970. Pada tahun 1980, tiga tahanan iaitu Rasim Halaweh, Alial-Ja'fari dan Ishaq Maragheh meninggal dunia setelah berlapar selama 32 hari. Terkini, Anees Douleh dan Hussein Obaidat juga meninggal dunia pada tahun 1992 selepas 15 hari melancarkan mogok lapar. Sebagai respon terhadap "mogok lapar" yang telah dilancarkan oleh tahanan Palestin dalam Penjara Israel pada 15 Ogos 2004, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah menyeru: "Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka! Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar! atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka!"