1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Laporan UN: Israel menzalimi tahanan hamil

Beberapa kumpulan Hak Asasi Manusia mengutuk keras kerajaan pengganas Israel kerana memberi layanan buruk terhadap wanita-wanita Palestin yang mereka penjarakan. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Addameer Prisoner Support dan Human Rights Association yang ditaja oleh  United Nations Development Fund for Women (UNIFEM,) wanita-wanita hamil yang dipenjarakan di Israel dihalang dari mendapatkan bantuan melahirkan anak di hospital. Laporan tersebut juga menyebut bahawa wanita-wanita Palestin ditempatkan di penjara dan pusat-pusat tahanan Israel yang dibina untuk tahanan lelaki, yang langsung tidak memenuhi keperluan wanita. Tahanan wanita yang mengandung tidak mendapat rawatan atau layanan yang diperlukan merangkumi keperluan makanan mahupun kemudahan untuk dipindahkan ke hospital. Malahan mereka juga dirantai ke katil sehinggalah mereka memasuki bilik bersalin, dan akan dibelenggu lagi sejurus selepas selamat bersalin. "Pemakanan yang tidak seimbang, makanan yang tidak cukup protin, kekurang cahaya dan pergerakan, pengalihan udara yang amat buruk dan persekitaran yang lembap menyebabkan keadaan bertambah buruk dan meningkatnya masalah kesihatan seperti penyakit kulit, anemia, lelah, di samping sakit perut, sendi dan belakang yang berpanjangan," jelas laporan tersebut. Dalam pada itu, laporan tersebut juga mendedahkan bahawa majoriti tahanan wanita terpaksa berhadapan dengan tekanan mental dan siksaan semasa ditangkap, termasuklah tindakan melibatkan teknik memukul, hinaan, ugutan dan gangguan seksual. Kesan secara langsung terhadap anak-anak yang bakal dilahirkan adalah amat membimbangkan. Laporan yang ditaja oleh United Nations ini adalah berdasarkan kepada kajian melibatkan 125 wanita Palestin yang pernah ditangkap, ditahan atau dipenjarakan di Israel antara bulan November 2007 dan November 2008. Separuh daripada mereka masih lagi dikurung, menjadi sebahagian daripada 11000 tahanan Palestin di penjara dan pusat-pusat tahanan Israel laknatullah. Dalam perkembangan lain, Kementerian Hal-Ehwal Tahanan mengesahkan tahanan berbangsa Palestin dan Arab di Israel kini melebihi 11 ribu orang, termasuk 65 wanita dan sekurang-kurangnya 440 kanak-kanak. Kementerian juga menyangkal dakwaan bahawa hanya terdapat 58 tahanan wanita yang dipenjarakan.

Larangan Umat Islam Palestin Memasuki Masjid Al Aqsa terus berkuaskuasa di sepanjang Ramadhan

Sedih dan duka buat umat Islam di Palestin di bulan Ramadhan ini. Penjajah Israel laknatullah telah melarang uamt Islam Palestin memasuki Masjidil Aqsa . Penjajah Israel telah melarang dan membatasi pergeralam muslim Palestin yang ingin beribadah di Masjidil Aqsa , hanya dibolehkan bagi mereka yang usianya sudah diatas 50 tahun. Perlakuan yang sangat keji ini, dikemukakan oleh Uri Mendes, yang mengetuai koordinasi keamanan daerah dan sebagai penghubung di wilayah Jerusalem dan Tebing Barat. Menurut Mendes, tentera Israel telah menetapkan bagi para pengunjung yang ingin memasuki tempat suci Islam ini, iaitu Masjidil Aqsa  hanya kepada mereka yang umurnya sudah  diatas 50 tahun. Sedangkan bagi para pemuda muslim yang usianya masih dibawah 50 tahun, tidak diizinkan masuk ke Masjidil Aqsa . Manakala untuk kaum wanita yang diizinkan masuk ke Masjidil Aqsa  hanyalah kepada yang sudah berumur 45 tahun. Wanita yang usianya masih dibawah 30 tahun dilarang masuk ke Masjidil Aqsa . Sementara itu,  anggota Parlimen dari HAMAS, Mona juga turut menegaskan bahawa Al-Aqsa  dalam ancaman Israel, dan keadaannya sangat mencemaskan. (m/pic)

Tentera Israel 'menculik' rakyat Palestin untuk mendapatkan organ

Sebuah akhbar utama Sweden, Aftonbladet, mendakwa tentera rejim pengganas Israel menculik rakyat Palestin untuk mencuri organ mereka dan menjual organ tersebut di pasaran gelap. Dalam satu artikel bertajuk "They plunder the organs of our sons," akhbar harian tersebut menyatakan bahawa tentera Israel melarikan pemuda-pemuda Palestin dari Tebing Barat dan Gaza dan kemudiannya menyerahkan mereka semula kepada keluarga masing-masing setelah mengambil organ-organ. "Anak-anak kami digunakan sebagai penderma organ secara paksa," saudara-saudara kepada seorang rakyat Palestin, Khalid yang berasal dari Nablus, memberitahu Donald Boström yang menulis artikel tersebut. Kes serupa turut dilaporkan oleh ibu kepada Raed dari Jenin dan juga pakcik kepada Machmod dan Nafes dari Gaza. Donald Boström turut melaporkan beberapa keterangan dari rakyat Palestin di mana saudara mereka menjadi mangsa kepada operasi menyeludup organ. Menurut laporan itu, semua mangsa telah dibunuh dan mayat mereka dijalankan autopsi. Kejadian sama yang pernah berlaku pada tahun 1992, iaitu ketika Intifadah pertama, turut dilaporkan. Dalam kejadian tersebut, seorang aktivis muda Palestin, Bilal Ahmad Ranian, telah ditangkap oleh tentera pengganas Israel di kawasan Nablus kerana membaling batu. Dia di tembak di bahagian dada, kedua kaki dan perutnya, kemudian dipindahkan menggunakan helikopter tentera ke sebuah distensi yang tidak diketahui. Mayat anak muda tersebut dijumpai lima malam kemudianya, dibungkus dengan cadar hospital berwarna hijau. "Bila Bilal dimasukkan ke dalam pusaranya, dada beliau dibuka dan tiba-tiba orang dapat melihat dengan jelas penderaan yang beliau lalui. Bilal bukanlah satu-satunya yang dikebumikan dengan kesan dibelah dari perut hingga ke dagu, dan spekulasi tentang punca yang menyebabkan keadaan mayat mereka mula diperkatakan," tulis artikel tersebut. Artikel tersebut juga mengaitkan isu jenayah yang baru ditemui di New Jersey, di mana ia melibatkan penyeludupan organ manusia. Beberapa rabbi Amerika, termasuk Levy Izhak Rosenbaum, telah ditangkap berhubung dengan kes tersebut. Seperti dijangka, akhbar Aftonbladet mendapat kecaman hebat dari dalam mahupun luar negera, dan didakwa bersikap anti-Semitik. (mn/PressTV/Jerusalem Post/Aftonbladet)

Kebangkitan Salahudin Membebaskan Al Quds

Ilmu kerohanian yang berkembang seiring amalan kerohanian yang kuat adalah antara ramuan yang perlu diadun dengan harapan masyarakat Islam pada zaman datang akan lebih berupaya menterjemahkan kemenangan sebagai yang dijanjikan Tuhan lewat lidah rasulNya yang mulia.

Hal inilah yang menjadi sebab utama kepada pembebasan di bumi Palestin. Kini, bumi yang masih diratah penjajahan Yahudi Zionis itu masih mengaum kelaparan tanah dan dahagakan darah warga Palestin.

Matlamat umat Islam akhir zaman ini ialah barangkali mengarahkan seluruh kekuatannya ke arah kemerdekaan bumi Palestin tanpa mengesampingkan isu-isu lainnya di selatan Thai, Filipina dan wilayah-wilayah yang lain.

Salah seorang watak pembebasan Palestin yang terkenal adalah Salahuddin al-Ayyubi. Sebenarnya, manusia agung seperti Salahuddin ini tidak muncul mendadak. Ada seseorang berada di belakangnya yang turut memberikan ruang untuk kefahaman diri tentang betapa pentingnya usaha membebaskan bumi Palestin itu.

Manusia yang telah mencetak Salahuddin sebagai wira agung itu bernama Nuruddin Zanki. Pemerintah inilah yang telah pun mengisi ke dalam ruang batinnya untuk memberikan penjelasan kepada Salahuddin agar membebaskan Masjid al-Aqsa.

Riwayat Nuruddin tamat ketika baginda belum sempat menyaksikan kemerdekaan Palestin. Waris Nuruddin, as-Salih Ismail al-Malik masih kecil ketika itu. Dan, waris Nuruddin juga tidak berusia panjang.

Kebangkitan Salahuddin

Sebagai lelaki biasa, Salahuddin dan bala tenteranya pernah tewas di tangan musuh. Hal ini bukanlah suatu keganjilan jika diperhatikan betapa banyaknya pertempuran di yang menyaksikan kekekalahan dalam perang antara umat Islam di zaman Rasulullah s.a.w sendiri.

Namun kekalahan itu bukan titik noktah bagi watak seperti Salahuddin ini untuk segera menamatkan usaha merebut kembali Palestin. Dalam Perang Montgisard pada 1177, misalnya, bala tentera Islam ditewaskan oleh gabungan tentera Baldwin IV dari Baitulmuqaddis, Raynald dari Chatillon dan Knights Templar atau dikenali sebagai Tentera Salib.

Namun, selepas tamat Perang Hattin, Salahuddin berjaya merebut kembali hampir kesemua kota-kota yang dikuasai tentera Salib. Beliau berjaya menawan semula Baitulmuqaddis (Jerusalem) pada 1187 selepas hampir 88 tahun kota itu dikuasai tentera Salib.

Perang Hattin dan kejayaan tentera Islam menawan kembali Baitulmuqaddis mengakibatkan terjadinya Perang Salib Ketiga yang dibiayai England melalui cukai khas yang dikenali sebagai 'Cukai Salahuddin'.

Tentera kufar ini tidak berdiam diri. Akhirnya, mereka berjaya menawan semula Acre, dan tentera Islam memerangi semula tentera Raja Richard I dari England (dikenali sebagai Richard The Lion Heart) dalam Perang Arsuf pada 1191.

Baitulmaqdis berada selama 88 tahun dalam genggaman musuh Islam sebelum berpindah ke kuasaan Salahuddin. Kini semenjak 1948 sehingga 2009, daerah yang bergolak ini telah menyaksikan darah pejuang Islam menggelegak selama 61 tahun.

Adakah kita ada kira-kira 30 tahun lagi untuk merebut ketuanan ke atas wilayah itu menjelang 2040 atau 2050?

Sejauhmanakah kita telah menyalakan kempen secara besar-besaran dalam kalangan negara-negara Islam untuk membebaskan Al-Quds bersama wilayah-wilayah Muslim di belahan benua dan dunia lain yang turut sama tertindas?

Sumber: pmram.org

Membunuh rakyat Gaza adalah suatu 'kewajiban' - Israel

Kementerian Luar Israel telah mengeluarkan satu laporan lengkap yang mempertahankan serangan habis-habisan tentera pengganas Israel selama tiga minggu ke atas Gaza. Laporan yang diterbitkan pada hari Khamis itu mendakwa bahawa Israel mempunyai "gandingan hak dan kewajipan untuk menyerang" rakyat Gaza yang sudahpun sekian lama dikenakan berbagai bentuk sekatan, sebagai membalas serangan roket yang dilancarkan dari Gaza ke atas wilayah Israel. Israel mendakwa sebanyak 12000 roket telah dilancarkan antara tahun 2000 dan 2008. Oleh itu, serangan mereka ke atas Gaza adalah suatu yang perlu dan setimpal. Di dalam laporan setebal 163 mukasurat yang bertajuk "The Operation in Gaza - Factual and Legal Aspects" itu Israel mengaku buat pertama kalinya bahawa mereka telah menggunakan peluru yang mengadungi fosfur putih dalam serangan mereka ke atas Gaza. Walaupun begitu, laporan tersebut tetap mendakwa tentera Israel telah melakukan serangan bersandarkan kepada Undang-undang Kemanusian Antarabangsa, yang antara lain perlu memastikan serangan hanya dilakukan ke atas objektif ketenteraan, dan orang awam dan kemudahan awam tidak dimusnahkan. Walaupun bukti-bukti jelas dapat dilihat, samada bukti dalam bentuk gambar, pengakuan tentera mereka dan juga laporan perubatan ke atas mangsa, Israel selama ini tetap menafikan bahawa mereka telah menggunakan senjata kimia fosfur putih dan juga sisa uranium. Mereka mendakwa serangan tersebut sebagai satu tindakan yang mulia. Malahan, laporan itu turut menyebut bahawa Israel telah bersusah-payah memastikan bantuan kemanusiaan dihantar kepada penduduk Palestin, termasuklah penghantaran 1511 buah trak yang membawa 37162 tan bekalan. Pembunuhan rakyat awam secara sengaja, pengeboman kawasan kediaman dan serangan ke atas sekolah PBB yang digunakan sebagai kem pelarian adalah merupakan sebahagian daripada pencabulan hak asasi manusia yang didakwa berlaku semasa serangan ke atas Gaza. Menurut laporan tersebut juga, Israel sedang menjalankan siasatan ke atas 100 aduan, termasuk 13 siasatan jenayah, selepas desakan oleh PBB dan beberapa kumpulan hak asasi manusia. Akhbar Hareetz Daily melaporkan bahawa dokumen tersebut dikeluarkan dua minggu lebih awal daripada "laporan tegas" yang dijangka dikeluarkan oleh PBB tidak lama lagi. Mungkinkah ini satu strategi licik Israel untuk terus  mempengaruhi dunia luar, seterusnya menghina dan memperbodohkan manusia lain? Sumber: Israel Ministry of Foreign Affairs, Press TV. Laporan yang dinyatakan boleh dimuat-turun dari laman web Kementerian Luar negara haram Israel.

PPS: Kesihatan tahanan di penjara Israel semakin teruk

Bagi Akram Abdul Aziz Mansour, hukuman penjara seumur hidup ke atasnya mungkin akan berakhir tidak lama lagi. Beliau adalah antara ratusan tahanan politik Palestin yang dinafikan rawatan kesihatan oleh rejim pengganas Israel, walaupun mereka jelas sakit atau mengalami masalah kesihatan. Mansour adalah seorang tahanan di penjara Al Naqab, sebuah penjara di kawasan gurun, di mana dia dan beberapa orang lain menemui peguam dari Palestinian Prisoners Society (PPS.) Peguam PPS melaporkan bahawa baru-baru ini Mansour telah pengsan ketika melakukan latihan di waktu pagi, dan dipindahkan ke klinik penjara. Doktor di klinik tersebut menegaskan bahawa Mansour adalah sihat. Pegawai-pegawai penjara diminta untuk membawa masuk pegawai perubatan pakar untuk merawat masalah alahan kulit dan tekanan darah tinggi yang dihidapi oleh Mansour, yang kini telah ditahan dalam penjara selama 30 tahun. Beliau juga dilaporkan mengalami masalah insomnia dan pendengaran di telinga kirinya. Peguam tersebut turut berkata bahawa pihak pentadbiran penjara telah membiarkan masalah kesihatan Mansour sejak 4 tahun lalu. Mansour juga disyaki mengalami masalah ketumbuhan dan serangan sawan. Keadaan Mansour kini sangat kurus dan tidak dapat menyuap makanan kerana masalah sakit gigi. Seorang tahanan lain, Tarik Ghanem Zidane, bimbang akan kesihatannya yang semakin teruk akibat batu karang. Beliau mendakwa penyakitnya itu menyebabkan beliau mengalami tekanan darah tinggi dan masalah debaran jantung (palpitasi) di samping sakit kepala teruk dan cirit-birit. Dia memerlukan pembedahan dan jagaan susul di Hospital Penjara Ramle, tetapi pengurusan penjara Israel menghalang beliau dari mendapat rawatan tersebut. Mohammed Rafat Ali Sari dari kampung Beit Souriek dipenjarakan sejak bulan April 2002. Beliau yang dihukum hampir 10 tahun penjara terpaksa berhadapan dengan serbuan waktu malam di penjara, yang merupakan satu jenis penyiksaan yang kejam, termasuklan penghinaan dan hukuman dera sembarangan. Seorang lagi tahanan, Abdel Jawad, 20 tahun, yang berasal dari Jericho telah dikenakan hukuman penjara selama 20 bulan pada bulan April 2008. Beliau memberitahu PPS bahawa keadaan di penjara Al Naqab adalah sangat teruk. Peguam PPS mendesak pentadbiran Israel sekurang-kurangnya membenarkan tahanan mendapat pakaian bermusim dari keluarga mereka. Hatem Suleiman Asad dari kem pelarian Jenin yang sedang menjalani hukuman penjara sembilan tahun sejak Mei 2004 mendesak pertubuhan kemanusiaan antarabangsa khususnya Red Cross supaya memastikan rawatan ke atas tahanan diberikan secukupnya. Asad menyebut bahawa dia mengalami masalah sakit mulut dan gigi rosak kerana penjagaan gigi yang tidak baik, yang juga mengakibatkan muka bengkak dan sakit gusi. Mahmoud Abdullah Faqih dari Ramallah pula mendakwa kesihatannya terus meruncing dan kini mengalami kesakitan sista (cyst) yang teruk di bahagian belakangnya. Penyakit tersebut diketahui sejak 3 tahun lalu,dan lazimnya memerlukan pembedahan. Bagaimanapun, Faqih tidak pernah menerima rawatan, dan doktor di penjara yang menemui penyakit tersebut tidak memberi sebarang rawatan. Faqih yang sedang menjalani hukuman penjara selama 50 tahun tidak akan mampu untuk menunggu lagi. Hinggakan Presiden Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Salam Fayyd pernah melobi supaya beliau mendapat rawatan. Peguam PPS tersebut juga telah menemui seorang ahli sayap kiri Popular Front yang berasal dari kampung Qabatia. Beliau ditahan selama 32 bulan tanpa sebarang dakwaan mahupun pembicaraan. Beliau mendesak penguasa penjara Israel supaya mengambil tindakan undang-undang ke atasnya sebagaimana seharusnya dibuat, dan tidak sewenang-wenangnya menghalang hak beliau sebagai seorang tahanan. Beliau juga mendakwa terdapat 27 orang tahanan yang senasib dengannya. Belaiu juga mendakwa bahawa Red Cross dengan sengaja tidak mengambil perhatian apabila beliau memberitahu tentang keadan tahanan-tahanan tersebut. Beliau terpaksa berhadapan dengan berbagai kerenah pentabdiran penjara,  terutamanya ketika pegawai-pegawai mememtar-belitkan maklumat supaya tahanan yang seharusnya dibebaskan terus berada dalam tahanan. Peguam PPS juga menyentuh tentang masalah memindahkan tahanan. Perjalanan untuk memindah tahanan yang sepatutnya mengambil masa hanya beberapa jam boleh berlarutan sehingga beberapa hari dan sering melibatkan penderaan fizikal dan emosi, satu masalah yang terpaksa dihadapi oleh ribuan tahanan Palestin yang kini dalam tahanan penjara Israel. (mn/IMEM)