1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Haniyya Seru Raja Moroko Adakan Pertemuan Darurat Untuk Bincang Masa Depan Al Aqsa

ismail haneyyaAl-Aqsa dalam bahaya, pelbagai pihak semakin gelisah atas tindakan penjajah Israel yang mencabul kesucian Masjid Al-Aqsa yang menjadi kiblat pertama umat Islam itu. Justeru,  Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya, pada Isnin (28/9), menyeru agar Jawatankuasa Al Quds Organisasi Konferensi Islam (OKI) yang dipimpin oleh Raja Moroko untuk mengadakan pertemuan segera bagi mengambil keputusan yang bertanggung jawab untuk melindungi Masjid Al-Aqsa. Serangan-serangan keji yang ditujukan ke Masjid suci Al-Aqsa memerlukankan tindakan segera akan kejelasan mekanisme yang berlaku bagi masyarakat Arab dan Muslim untuk melindungi Masjid tersebut dan kota suci Jerusalem, tegas Haneyya yang ditujukan kepada Raja Maroko. "Ada bahaya yang mengancam dari segala arah dan jika bangsa Arab dan Muslim tidak segera mengambil tindakan maka dikhuatirkan pengaruh pendudukan akan semakin lebih jauh selangkah demi selangkah mempengaruhi keadaan masa kini dan masa depan masjid serta keberadaannya," tambah Haneyya. Perdana Menteri Haneyya juga pada 28 Sept lepas telah menghubungi Ekmeleddin Ihsanoglu, Setiausaha Agung OKI, dan memohon beliau agar menerbitkan sebuah rencana komprehensif demi mempertahankan kota Jerusalem yang dicerobohi. (mirzah/pic)

Yahudi Israel terus menceroboh Masjid Al Aqsa di Bulan Ramadhan

al qudsYayasan Al Aqsa untuk Waqaf dan Warisan melaporkan pada Ahad (23 Ogos) bahawa sekumpulan peneroka kalangan Israel telah memecah masuk ke dalam Masjid Al Aqsa melalui Al Mughrabi Gate. Mereka telah melawat dalam kawasan tersebut dan bersembahyang dalam halaman-halaman masjid. Pihak yayasan juga  menyatakan bahawa tindakan ini adalah amat serius terutama di saat kehadiran bulan Suci Ramadan. Sebelum ini pihak Israel pernah mengeluarkan arahan untuk tidak mengizinkan kumpulan-kumpulan Yahudi memasuki kawasan masjid Al Aqsa semasa Ramadan. Pihak Yayasan juga merasakan bahawa tindakan ini adalah sebahagian dari langkah dan perancangan jahat Israel untuk menodakan kesucian masjid Al Aqsa, dan pihak yayasan menyeru rakyat Palestin Baitulmuqaddis dan orang-orang Arab dalam negara itu untuk berhimpun di masjid dan melindunginya. Sebelum ini pada Khamis lepas sekumpulam Yahudi telah menjalankan upacara-upacara mereka mengenai perancangan untuk membina sebuah kuil, dan mereka merancang untuk membina semula di atas keruntuhan Masjid Al Aqsa. Kumpulan-kumpulan itu juga pernah mengadakan satu majlis perkahwinan dalam masjid dan mengambil sedikit pasir di Masjid Al Aqsa. Mereka juga telah mengadakan seminar berkenaan arkeologi di kawasan Masjid Al Aqsa dan mendakwa bahawa “semua penunjuk dan ramalan menunjukkan bahawa Sulaiman Temple ada di bawah masjid tersebut”. Baru-baru ini Temple Institute, yang disokong untuk ‘membina semula' kuil selepas keruntuhan Masjid Al Aqsa telah mengadakan satu mesyuarat untuk ahli-ahlinya tidak berapa jauh dari kawsasan Masjid Al Aqsa. Pernyataan misi Temple Institute adalah untuk ‘membina semula kuil'. Ia menambah yang tumpuan utamanya ialah untuk memulakan kerja-kerja sebenar membina semula kuil tersebut. Kumpulan itu telah ditubuhkan pada 1987. imemc

Para Rabi Yahudi Cemas, Semakin Ramai Remaja Yahudi Memeluk Islam

Laman sesawang Al-Hayat menulis, para rabi Yahudi semakin khuatir dengan fenomena para remaja puteri Yahudi yang berpindah memeluk agama Islam. Sebagaimana dilaporkan IRNA, Al-Hayat menambahkan, seorang rabi Yahudi berusaha menyembunyikan kebimbangan ini dan mendakwa bahawa para remaja puteri  Yahudi yang telah memeluk agama lain tetap menjadi orang Yahudi. Berdasarkan data yang diberikan, antara tahun 2005 hingga 2007, Jabatan Kehakiman Zionis Israel mencatat terdapat 249 kes permintaan mengubah agama dan 83 kes melibatkan perpindahan agama kepada Islam. Namun tahun lalu jumlah permintaan untuk menukar agama kepada Islam bertambah menjadi 112 kes yang menunjukkan kenaikan 35 peratus kecenderungan untuk memeluk Islam di kalangan remaja puteri Yahudi. Berdasarkan laporan ini, antara faktor mengapa mereka berpaling dari agama Yahudi adalah kerana mereka mendapati semakin bertambahnya kes pembunuhan, aksi kekerasan dan rompakan di kalangan orang-orang zionis sendiri. Wanita Yahudi Seorang wanita Yahudi dari kota Akka, yang memasuki dalam kawasan Palestin yang masih diduduki Israel sejak 1948, menyatakan keIslamannya dan menegaskan kesiapannya unutk memberi komitmen sepenuhnya dengan seluruh ajaran Islam. Dilaporkan, ‘Mauran’ yang keluar dari agama Yahudi telah mengubah namanya menjadi ‘Ayah’ (tanda kebesaran, ayat) akan menghadap para rabi Yahudi di kota Quds dalam beberapa hari lagi untuk menyatakan keluarnya dia dari agama Yahudi. Ayah telah mengucapkan dua kalimat syahadat di hadapan sejumlah ulama Islam di salah satu pengadilan Islam di Akka. Ayah berkeras untuk terus komitmen dengan agama Islam sekalipun dirinya bakal mendapat penentangan keras dari kalangan Yahudi mengenai hal ini. Di samping itu, beliau juga menjangkakan akan mendapat tekanan dari sejumlah rabi agar dirinya keluar dari Islam dan kembali kepada agama Yahudi. Ayah menegaskan, dirinya sekarang merasakan manisnya iman dan diliputi rasa senang tiada terkira, sebuah perasaan yang belum pernah dirasakannya sepanjang hidupnya selama ini. Ia menyatakan sikapnya memeluk Islam atas dasar kehendak dan kepuasan diri sendiri. Selain itu beliau juga telah banyak membaca tentang Islam dan Nabi Muhammad SAW. Ia mengatakan, dirinya memutuskan untuk pergi menuju sebuah masjid dan melaksanakan solat di sana dan kemudian memutuskan akan memilih ajaran Islam.(Irb//lsf/sbl) Laman sesawang Al-Hayat menulis, para rabi Yahudi semakin khuatir dengan fenomena para remaja puteri Yahudi yang berpindah memeluk agama Islam. Sebagaimana dilaporkan IRNA, Al-Hayat menambahkan, seorang rabi Yahudi berusaha menyembunyikan kebimbangan ini dan mendakwa bahawa para remaja puteri  Yahudi yang telah memeluk agama lain tetap menjadi orang Yahudi. Berdasarkan data yang diberikan, antara tahun 2005 hingga 2007, Jabatan Kehakiman Zionis Israel mencatat terdapat 249 kes permintaan mengubah agama dan 83 kes melibatkan perpindahan agama kepada Islam. Namun tahun lalu jumlah permintaan untuk menukar agama kepada Islam bertambah menjadi 112 kes yang menunjukkan kenaikan 35 peratus kecenderungan untuk memeluk Islam di kalangan remaja puteri Yahudi. Berdasarkan laporan ini, antara factor mengapa mereka berpaling dari agama Yahudi adalah kerana mereka mendapati semakin bertambahnya kes pembunuhan, aksi kekerasan dan rompakan di kalangan orang-orang zionis sendiri. Wanita Yahudi Seorang wanita Yahudi dari kota Akka, yang memasuki dalam kawasan Palestin yang masih diduduki Israel sejak 1948, menyatakan keIslamannya dan menegaskan kesiapannya unutk memberi komitmen sepenuhnya dengan seluruh ajaran Islam. Dilaporkan, ‘Mauran’ yang keluar dari agama Yahudi telah mengubah namanya menjadi ‘Ayah’ (tanda kebesaran, ayat) akan menghadap para rabi Yahudi di kota Quds dalam beberapa hari lagi untuk menyatakan keluarnya dia dari agama Yahudi. Ayah telah mengucapkan dua kalimat syahadat di hadapan sejumlah ulama Islam di salah satu pengadilan Islam di Akka. Ayah berkeras untuk terus komitmen dengan agama Islam sekalipun dirinya bakal mendapat penentangan keras dari kalangan Yahudi mengenai hal ini. Di samping itu, beliau juga menjangkakan akan mendapat tekanan dari sejumlah rabi agar dirinya keluar dari Islam dan kembali kepada agama Yahudi. Ayah menegaskan, dirinya sekarang merasakan manisnya iman dan diliputi rasa senang tiada terkira, sebuah perasaan yang belum pernah dirasakannya sepanjang hidupnya selama ini. Ia menyatakan sikapnya memeluk Islam atas dasar kehendak dan kepuasan diri sendiri. Selain itu beliau juga telah banyak membaca tentang Islam dan Nabi Muhammad SAW. Ia mengatakan, dirinya memutuskan untuk pergi menuju sebuah masjid dan melaksanakan solat di sana dan kemudian memutuskan akan memilih ajaran Islam.(Irb//lsf/sbl)

HAMAS: Kami Rela Mati dari Terus Tunduk Pada Israel

Hassan Salama, pemimpin Brigade Al Qassam, sayap ketenteraan HAMAS, yang sekarang menjadi tahanan Israel, mengatakan bahawa bagi tahanan HAMAS, lebih baik mati daripada terus tunduk kepada Israel. Kenyataan ini merupakan isyarat jelas yang telah diberikan oleh semua anggota HAMAS yang ditangkap Israel dan dipenjarakan. Kelompok mereka ini juga dipaksa mengenakan baju khas tahanan yang berwarna oren. Hassan Salama yang telah dihukum penjara selama 48 tahun oleh penghakiman Israel, mengatakan bahawa semua tahanan HAMAS biasanya dibunuh dalam kegelapan penjara oleh tentara Zionis Israel. HAMAS dan semua gerakan pembebasan di dunia akan terus istiqamah memerangi penjajahan Israel. Dan HAMAS tidak akan pernah menyerah atau kecewa dengan perjuangan mereka.” ujarnya. (sa/imra)

Aktivis Amerika Adakan Kempen Boikot Produk Israel

boikotmerahPada hari Sabtu, 20 Jun, kumpulan aktivis yang dikenali sebagai Don't Buy Into Apartheid-QUIT (Queers Undermining Israeli Terrorism) berkumpul di Trader Joe di Oakland dan San Francisco, Amerika Syarikat bagi menuntut pemberhentian syarikat-syarikat pasaraya dari menjual barangan Israel. Para aktivis membuang produk buatan Israel dari rak-rak jualan sebagai satu protes dan isyarat keapda para pelanggan untuk tidak membeli produk Israel. Mereka juga bertemu dengan pengurus-pengurus kedai dan memohon agar mereka memaklumkan kepada ibu pejabat mereka bahawa mereka tidak lagi membekalkan produk-produk buatan Israel, seperti herba dan keju. Tindakan-tindakan serupa telah diadakan di Pittsburgh, Pennsylvania, Seattle, Washington, dan Sacramento, California. Aktivis tersebut telah mendapat inspirasi bagi mengadakan kempen tersebut setelah mengetahui pendekatan tersebut dilakukan oleh aktivis dari Wales dan Perancis. [caption id="attachment_2725" align="alignleft" width="300" caption="Aktivis mengeluarkan produk Israel dari rak jualan"]Aktivis mengeluarkan produk Israel dari rak jualan[/caption] Salah seorang pengurus yang bekerja di Trader Joe memberitahu aktivis-aktivis itu, "Jika anda meyakinkan pelanggan-pelanggan kami untuk berhenti membeli produk Israel, kita akan berhenti menjual kepada mereka." Kumpulan aktivis ini memberikan kupon-kupon untuk para pelanggan kepada petugas juruwang di situ agar mengagihkan kepada pelangan mereka untuk tidak membeli produk Israel. - Menurut Sunaina Maira, Profesor Madya dari Asian American Studies at University of California-Davis, Israel merupakan antara Negara yang mengamalkan polisi penghapusan etnik dan dasar aparteid, dan masih meneruskan pelanggaran resolusi-resolusi Bangsa-Bangsa Bersatu sehingga hari ini. Pemulauan produk mereka adalah satu strategi yang berkesan dan tidak ada unsur keganasan. Melalui pendekatan ini akan dapat memberi tekanan kepada mereka bagi mematuhi undang-undang antarabangsa."ei

Entiti Israel adalah Entiti Syaitan - Mantan Ketua Parlimen Israel

datafiles_cache_tempimgs_2009_1_burg_300_0Al-Quds  - Mantan Ketua Parlimen Knesset (Israel), Avraham Burg mengumpamakan entiti Israel dengan entiti "syaitan" kerana mengamalkan sikap fasisme. Ia mengkritik ideologi Israel yang sangat perkauman. Dalam diskusi bertajuk "Kekhuaatiran dan sikap serta kesan konflik di wilayah" yang diselenggarakan oleh Lembaga Israel "Sikui", sebuah lembaga awam Israel yang didirikanpada  tahun 1991 untuk mewujudkan kesetaraan penuh antara warga Palestin dan warga Yahudi. Program telah dijalankan pada hari Sabtu yang lalu (20/6). Beliau menyampaiakan kritikan pedas terhadap kebijakan Israel dan ideologinya yang disebutnya sebagai perkauman. Akibat dari penyampaian beliau, para peserta yang hadir marah dan memaksanya keluar dari tempat program. Burq mengingatkan bahawa dakwaan yang mengatakan bahawa segala sesuatu indah tidak menutupi pandangan yang sebenarnya; yakni bahawa 30 % perusahaan senjata di dunia adalah milik Yahudi, 10 % nya adalah warga Israel. "Ini adalah sebahagian dari pekerjaan syaitan Israel", tegas Burg. (bn-bsyr/pic/fn)