1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Wanita Palestin, Dibebas dan Di Tangkap Semula

Pada hari Sabtu (29/8) kelmarin, pasukan pendudukan Israel (IOF) menangkap tujuh warga Palestin dari pelbagai wilayah Tebing Barat termasuk seorang wanita muda berhampiran Nablus yang sebelumnya baru dibebaskan dari penjara oleh Presiden Palestin Mahmoud Abbas, yang juga pemimpin Fatah. Wanita tersebut adalah Ghufran Al-Zamel yang beberapa kali telah merasakan penderitaan di dalam tahanan penjara Israel. Sumber-sumber tempatan mengatakan bahawa Ghufran Al-Zamel pernah bekerja sebagai Setiausaha di akhbar Kemerdekaan Palestin sebelum penguasa Ramallah menutupnya. Manakala empat pemuda lainnya ditahan di Nablus bersama dengan dua orang dari desa Bil'in, Ramallah . The Ahrar Centre yang merupakan pusat kajian tentang tahanan dan hak asasi manusia mengecam IOF kerana telah menahan Zamel, hal ini menunjukan bahawa IOF sengaja menjadikan keluarga Zamel sebagai sasaran penangkapan. Sebelum ini sebahagian besar anggota keluarga Zamel telah ditahan dan kakak Zamel juga telah dibunuh oleh tentera IOF pada tahun 2004. Fuad Al-Khafsh, Direktor The Ahrar Centre, mengatakan bahawa penahanan Zamel telah meningkatkan jumlah tawanan wanita Palestin menjadi 70 orang yang bertebaran di tiga buah penjara. Para tawanan wanita tersebut terdiri dari remaja, kaum muda dan para ibu. Sikap kekerasan dan penangkapan terhadap perempuan Palestin ini merupakan lanjutan dari kejadian sehari sebelumnya iaitu pada hari Jumaat (28/8). Saat itu sebuah kenderaan tentera IOF memukul dua orang perempuan muda Palestin berhampiran Ramallah, sumber perubatan setempat mengatakan bahawa akibat tindakan keji tentera IOF, kedua wanita muda tersebut terpaksa menjalani rawatan serius di hospital. Sebuah lagi kisah pilu lainnya yang berlaku pada hari yang sama adalah apabila warga daerah Nablus kembali mengalami penindasan. Mereka mengatakan bahawa penduduk Yahudi yang bersenjata telah menyerang rumah-rumah warga di selatan kota Nablus pada Jumaat malam, Ketika itu juga pihak tentera IOF menangkap seorang pemuda Palestin yang berusaha menghentikan penghancuran rumah keluarganya yang dilakukan oleh warga Yahudi tersebut. (mrz/VOP)

Isu Kecurian Organ Pemuda Palestin: Pusat HAM Swirtzerland Menyeru Israel Di Heret Ke Mahkamah Antarabangsa

Pusat Hak Asasi Manusia Swirtzerland meminta beberapa buah organisasi antarabangsa Hak Asasi Manusia dan WHO mengadakan respon secepatnya berikutan laporan akhbar Sweden tentang tindakan sejumlah tentera Zionis yang mencuri organ tubuh para pemuda Palestin yang terbunuh di kota Palestin. Dalam keterangannya pada hari Selasa lalu(25/8), Pusat Hak Asasi Manusia Swirtzerland menyebutkan, sejumlah wartawan di akhbar Sweden telah mengumpulkan data tentang sejumlah kejadian di Daerah Amatain, Tebing Barat. Mereka menegaskan, tentera Zionis mencuri organ tubuh para pemuda Palestin yang terbunuh. Sebelumnya, pemerintah Zionis mengambil alih jenazah sejumlah pemuda Palestin tersebut dan kemudian diambil semua organ tubuhnya, lalu menjahitnya dengan cara yang kejam, sebelum dikembalikan ke pangkuan keluarga mereka. Dalam pada itu, Pusat Hak Asasi Manusia Swirtzerland memuji langkah akhbar Sweden tersebut dalam usaha mereka membongkarkan kebenaran tentang kebiadaban tentera Zionis  yang amat bertentangan dengan semua prinsip kemanusiaan yang melarang memperjualbelikan organ tubuh manusia. Justeru Pusat Hak Asasi Manusia Swirtzerland meminta masyarakat antarabangsa bertindak untuk membongkar kejahatan Zionis yang terus berlanjutan terhadap hak-hak Palestin. Ia juga meminta dibentuknya Jawatankuasa Antarabangsa untuk menyeret entiti Zionis ke mahkamah antarabangsa di atas semua kejahatan mereka selama ini. (asy/pic/fn)

Pembongkaran Penjualan Organ Pemuda Palestin: Israel Saman Akhbar Sweden

Israel berusaha menutup pembongkaran isu penjualan organ badan pemuda Palestin apabila menuntut pampas an sejumlah  $7.5 juta terhadap laporan sebuah akhbar Sweden ‘Haafton Bladet’ di mana wartawan mereka telah mendakwa yang tentera Israel telah memotong  organ-organ pemuda Palestin selepas menembak mati mereka. Sebelum ini, akhbar ‘Haafton Bladet’ telah melaporkan bahawa terdapat kewujudan suatu perniagaan organ tubuh manusia yang laris di Israel kerana keperluan yang mendesak terhadapnya. Ia juga menunjukkan keterlibatan pihak berkuasa rasmi dan para doktor yang utama dalam hal ini. Ia juga menegaskan wujud bukti kehilangan beberapa pemuda Palestin selama 5 hari sebelum jenazah mereka dihantar pulang ke kawasan kediaman secara rahsia pada waktu malam dengan terdapat kesan pembedahan pada badan mereka. Donald BOSTRÖM, bekerja dengan akhbar Sweden ‘Haafton Bladet’, berkata yang dia telah menemubual sebuah keluarga rakyat Palestin di mana anak muda mereka telah dibunuh oleh tentera Israel, dan beliau juga telah mengambil gambar-gambar badan pemuda tersebut yang menunjukan telah di belah di Pusat Forensik Israel. Israel berkata yang laporan ini adalah anti-Yahudi dan cuba menggambarkan kezaliman dan kejahatan negara mereka. Menurut wakil peguam Israel, Guy Ohpir, artikel tersebut adalah anti-Yahudi, bersifat perkauman, dan fitnah besar, dan artikel itu juga adalah dianggap hasutan menentang orang Yahudi dan tentera Israel. Peguam itu menambah bahawa tuntutan mahkamah di buat di New York kerana akhbar tersebut di sebarkan di sana.

Seluruh umat Islam wajib membebaskan Palestin – Sheikh Abu Bakar

13 September 2009, Shah Alam - Suasana di Masjid Negeri Shah Alam begitu hening sekali,walaupun pada ketika itu hampir 300 orang jemaah berada di dalam dewan solat utama. Sheikh Abu Bakar, seorang ulama yang buta matanya telah memecah keheningan subuh hari itu dengan ucapan sepatah demi sepatah yang mudah difahami oleh mereka yang berbahasa Arab.Beliau memulakan ucapan dengan berdoa kepada Allah dan memohon rahmat Allah kepada seluruh para hadirin. Ucapan beliau diikuti oleh Ustaz Irham yang menterjemahkannya ke dalam bahasa Nusantara Melayu.... Di sana sini kelihatan insan-insan yang mula menitikkan air mata mendengar tazkirah dari Sheikh yang buta itu. Sheikh Abu Bakar baru berusia 47 tahun, tetapi oleh kerana hebatnya siksaan yang diterima ketika dipenjara Israel, beliau kelihatan seakan lebih dari 70 tahun. Beliau telah 13 kali keluar-masuk penjara Israel. Matanya buta setelah berhari-hari dipukul di penjara dan dikenakan renjatan elektrik ketika pertama kali beliau ditangkap dan disiksa selama 53 hari tanpa henti. “Al-Aqsa adalah bukan hanya milik umat Palestin atau ummat Arab, tetapi ia adalah milik umat Islam seluruh dunia. Ummat Islam wajib berusaha dan berjihad untuk membebaskannya dari cengkaman musuh-musuhnya seperti apa yang berlaku pada hari ini. Al-Aqsa telahpun diwariskan kepada umat Islam oleh Khalifah Islam yg kedua iaitu Syaidina Ummar Al-Khatab kemudian oleh Panglima Sallehuddin Al-Ayubi setelah beliau dapat membebaskan kembali Al-Aqsa dari tentera Salibi. Umat Islam di Palestin telah mendapat amanah untuk mempertahankan Al-Aqsa sejak dari Sultan Abdul Hamid ke-2,setelah beliau diturunkan dari tahtanya dalam tahun 1927.” “Al-Aqsa adalah kiblat pertama ummat Islam seluruh dunia, Al-Aqsa adalah penghubung bumi dan langit, Al-Aqsa adalah tempat yang diberkahi oleh Allah seperti di dalam surah Al-Isra’:1, Palestin adalah tempat lahir, tempat jihad dan semadinya Rasul-rasul dari kalangan Bani Israel, Al-Aqsa adalah masjid ketiga suci di dalam Islam setelah Masjid Al Haram dan Masjid An Nabawi, Al-Aqsa adalah tempat di mana baginda Nabi SAW mengimami Rasul-rasul yang lain yang menandakan berlakunya perubahan kepimpinan dunia dari Bani Israel kepada Umat Islam.” "Saudara-saudari yang dikasihi, umat Islam di Palestin telahpun berjihad mempertahankan Al-Aqsa dengan harta, kehormatan dan nyawa. Allah akan tanya ummat Islam seluruh dunia apakah yang telah mereka lakukan untuk membebaskan Al-Aqsa. Doa juga adalah satu satu bentuk jihad, berdoalah untuk membebaskan Al-Aqsa dan Palestin....” Beliau juga mengingatkan kepada muslimah di Malaysia bahawa Muslimah di Palestin telah berpesan kepada mereka bahawa mereka telah rela mengorbankan suami-suami dan anak-anak lelaki mereka demi mempertahankan Gaza dan Al-Aqsa serta Palestin. Apakah yang telah dilakukan oleh muslimah di Malaysia? Sungguh Allah akan mempersoalkan mereka. Hadirin semakin sebak dan terdengar suara tangisan kecil di sana sini apabila Tn Haji Norazman selaku Pengerusi HALUAN Palestin menyampaikan berita tentang Kem Pelarian Tanf, iaitu sebuah kawasan gersang yang tidak bertuan yang terletak diantara Syria dan Iraq. Tiada tanaman yang boleh hidup disini dan sumber air pun dibawa oleh lori dari Syria. Sesungguhnya perjuangan membebaskan Palestin ini menguji aqidah seluruh umat Islam. Apakah kita ambil peduli dengan saudara-saudari kita yang disiksa dan dihina sedemikian rupa? Apakah kita sengaja memejamkan mata, memekakkan telinga, apabila mendengar laungan anak-anak Palestin yang kehilangan ayah ibu, yang sekian lama disekat dan diasingkan dari dunia luar, tanpa makanan, tanpa ubatan? Mereka di Palestin tidak meminta-minta ihsan dari kita, mereka hanya berharap kepada Allah, mereka merasa bangga dengan Islam yang mereka pegang kukuh. Tidak ada apa yang mereka risaukan tentang keperitan hidup yang mereka alami. Yang pasti, insyaAllah mereka akan pulang menemui Allah dengan penuh kemuliaan. Yang seharusnya merasa risau adalah kita yang hidup dalam serba kemewahan ini. Apalah erti kemewahan tanpa kasih sayang kepada saudara-saudari kita di Palestin ini. Apakah kita akan dapat menemui kemuliaan di hadapan Allah kelak? ___________ Tulisan Dr Mohd Arba’ai B Shawal, Setiausaha Sekretariat HALUAN Palestin.

400 anak-anak remaja Palestin Merana di Penjara Israel

anak palestin di tangkapPusat Kajian Tahanan melaporkan bahawa ada sekitar 400 anak Palestin ditahan di penjara-penjara tahanan Israel. Anak-anak tersebut telah dihadapkan ke mahkamah Israel dan mereka amat memerlukan bantuan langsung dari pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia. Pusat kajian tersebut dalam sebuah kenyataan mereka pada hari Rabu (23/9) juga mengatakan bahawa Badan berkuasa penjara Israel (IPA) telah melanggar semua garis panduan norma antarabangsa dan undang-undang yang melindungi anak-anak di bawah umur. Pusat kajian itu juga menuntut agar di saat Israel berurusan dengan para tahanan aak-anak ini, mereka harus diperlakukan sebagai anak-anak bukan sebagai teroris. Mana-mana anak remaja yang berjaya dibebaskan oleh Pusat Kajian mengatakan bahawa IPA telah melanggar hak-hak anak-anak yang paling asasi. Dia menambahkan bahawa secara rutin penguasa Israel memukuli anak-anak, mengancam mereka dengan melarang kunjungan dari ahli keluarga, menempatkan mereka dalam sel yang penuh sesak, memprovokasi tahanan remaja tersebut serta menafikan hak mereka untuk mendapatkan pendidikan. Pusat kajian tersebut juga menjelaskan dalam laporannya bahawa anak-anak Palestin yang berada di penjara-penjara Israel tidak pernah mendapatkan rawatan perubatan. Justeru, siapakah yang harus bertanggung jawab atas pendidikan anak-anak itu? Bagaimana masa depan mereka? Sampai bilakah mereka harus mendekam dalam penjara Israel yang tidak berperikemanusiaan? (mirzah/pic)

Liga Ulama Palestin Kecewa Sikap Diam Dunia Terhadap Kenyataan Rabi Yitzhak Syabira

hakhom12 Nov - Liga Ulama Palestin (The League of Palestinian Scholars), merasa kecewa atas sikap diam dunia terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh rabi Yahudi yang membolehkan pembunuhan dilakukan ke atas mereka yang bukan Yahudi, meskipun mereka itu bayi kecil, jika mereka “mengancam” Israel. Dalam satu kenyataan pada Selasa (10/11), Liga Ulama Palestin menyatakan bahawa maklumat yang diterbitkan dalam buku Taurat Raja (The King’s Torah) yang ditulis oleh rabi Yitzhak Syabira mencerminkan mentaliti penumpah darah dengan membolehkan membunuh bayi semata-mata untuk mencapai kepentingan politik mereka yang rasis itu. Diingatkan oleh Liga Ulama Palestin bahawa dalam serangan besar-besaran terakhir tentera Yahudi Israel ke Gaza pada akhir tahun lalu sehingga pertengahan Januari tahun ini, Israel telah menyerlahkan mentaliti ganas dengan membunuh anak-anak, menghancurkan kebun, lading, perumahan dan infrastruktur, sehingga serangan itu merupakan pembantaian terancang Israel terhadap rakyat Palestin. Liga Ulama Palestin itu menyatakan sikap hairan mereka dengan sikap diam pihak-pihak yang disebut sebagai “dunia yang beradab.” Menghadapi maklumat sejelas itu, yang, jika ianya dikeluarkan oleh ulama Islam, maka dunia segera akan memberi reaksi dengan melabel Islam sebagai teroris dan haus darah. “Benar-benar pelik apabila PBB, UNICEF, Vatican, dan kelompok-kelompok pejuang hak-hak asasi manusia tidak memberi sebarang reaksi terhadap maklumat yang membolehkan pembunuhan anak-anak seperti itu,” ungkap Liga Ulama Palestin. Liga Ulama Palestin mengatakan bahawa rabi yang mengeluarkan maklumat itu harus di di ambil tindakan dan bukunya itu wajar ditarik dari edaran pasaran. PIC/ EZ