1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Dr. Yusuf Al Qaradhawi: Bersatu Untuk Palestin

datafiles_cache_tempimgs_2009_1_qaradawy_turki_300_0Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Presiden Persatuan Ulama Sedunia menyeru agar semua pertubuhan, lembaga dan badan kemanusiaan bersegera dan konsisen membantu Palestin. "Kami ingin mengumpulkan semua orang yang mahu menolong Palestin di seluruh dunia dari timur dan barat," ungkapnya. Hal tersebut disampaikan oleh Syeikh Yusuf al Qaradhawi dalam pidato pembukaan "Konferensi Antarabangsa untuk Membantu Palestin" yang diselenggarakan di Istanbul pada Jumaat, 22 Mei ynag lalu. Konferensi ini dihadiri oleh hampir lima ratus tokoh. Syeikh Qaradhawi mengatakan, "Agar persoalan Palestin menang, kita harus menghimpung kekuatan umat dan menyatakan umat. Inilah yang kita lakukan dalam Konferensi ini. Kita kumpulkan pelbagai aktivis dari Arab, Islam, Kristian dari seluruh dunia. Kita kumpulkan mereka ini membela kebenaran agar berdiri satu barisan seakan mereka bangunan yang kukuh." Syeikh Qaradhawi menegaskan lagi, "Ini adalah tugas kita dalam hal ini. Kita satukan dan kita rapatkan barisan dalam menghadapi masalah ini laksana satu tubuh. Inilah yang dilakukan dalam Konferensi ini. Menghimpun usaha dan memobilisasi pelbagai kekuatan, semuanya untuk mendukung kebenaran dalam masalah ini." Qaradhawi mengingatkan bahawa kebenaran dalam masalah ini tidak ada perbezaan apapun antara dua orang. Yang ada hanya satu kebenaran. Tokoh Ulama dunia ini juga menyanjung bangsa Palestin. "Inilah bangsa yang panjang kesabaran dan ketahanannya, sabar atas bencana," jelasnya. Hal itu, selanjutnya, dibuktikan dalam perang terakhir. Mereka tetap sabar hingga mendapatkan kemenangan. Puji syukur kepada Allah Tuhan semesta alam. Namun dia menyerukan kepada fraksi-fraksi Palestin untuk bertakwa kepada Allah dalam negara mereka sendiri, bertakwa kepada Allah dalam keluarga mereka. Dia meminta agar fraksi-fraksi Palestin mencapai kesepakatan dan kesatuan, serta mengakhiri perpecahan yang mencabik-cabik entiti Palestin. Qaradhawi juga berbicara panjang lebar tentang ancaman Zionis yang terus meningkat terhadap kota suci al Quds dan tempat-tempat sucinya. Dia memperingatkan bahaya yang dilakukan oleh pemerintah Zionis Israel terhadap al Quds berupa penggalian, penghancuran, pengusiran dan penafian hak warganya. Qaradhawi menyimpulkan, "Kita ingin bantuan tetap ke Palestin." Sehingga tidak ada pemberian yang bersifat sementara dan tidak berkesinambungan. Dia mengatakan bahawa "Menolong Palestin bukan merupakan sumbangan atau sukarela. Namun ianya merupakan tanggungjawab yang telah ditetapkan atas bahu kita." (seto/pic/fn)

Israel tingkatkan serangan ke atas penduduk Palestin

Sejak tiga bulan yang lalu, tentera pengganas Israel telah meningkatkan serangan ke atas bandar-bandar Palestin, memecah masuk ke dalam rumah dan menangkap penghuninya walaupun mereka tidak terlibat dalam sebarang aktiviti ketenteraan. Sebagai menyokong tindakan mereka, rejim Zionis mendakwa mereka yang ditangkap adalah merupakan individu-individu yang tersenarai dalam mereka yang dikehendaki. Dalam masa yang sama Israel dengan sikap hipokritnya mengulangi gesaan supaya rakyat Palestin menghentikan sebarang perhimpunan protes secara aman terhadap Israel. Dalam siri serangan terbaru, tentera pengganas Zionis telah memasuki perkampungan Bil'in pada pukul 2:30 pagi 8 September lalu. Mereka didakwa mencari seorang remaja berumur 16 tahun, Hamaza Bornat, iaitu saudara kepada ketua Popular Committee Against the Illegal Separation Wall, Eyad Bonat. Walau bagaimanapun, tidak diketahui samada Israel berjaya atau tidak dalam usaha mereka untuk menangkap Hamaza. Bil'in, sebuah bandar perladangan kepada 1,700 orang penduduk, terletak di Ramallah di bawah pemerintahan al-Bireh yang ditakluk sejak tahun 1967. Bil'in menjadi pusat penentangan dan perhimpunan secara aman, di mana penduduknya mengadakan protes secara aman setiap hari Jumaat sejak empat tahun yang lalu. Mereka sering disertai oleh aktivis keamanan Israel dan antarabangsa yang merentasi Tembok Aparthied "secara haram" setiap hari Jumaat untuk memberi sokongan kepada rakyat Palestin. Sebagai langkah menangani protes, tentera pengganas rejim Zionis menyerang aktivis keamanan ini dengan peluru anti-rusuhan yang sangat merbahaya dan juga senjata-senjata ujian yang lain. Bagaimanapun, perhimpunan protes secara aman ini tetap berterusan tanpa gagal. Walaupun perkampungan Bil'in telah berjaya memenangi kes di Mahkamah Tinggi Israel pada tahun 2006 yang mengarahkan tentera Israel untuk memindahkan laluan Tembok Aparthied yang memisahkan penduduk kampung tersebut, ketetapan arahan mahkamah itu tetap tidak dihormati sehingga ke hari ini. Penduduk tidak ada pilihan lain kecuali mengadakan protes secara aman walaupun sering mendapat provokasi oleh pihak Zionis. Mac lalu, tentera Israel telah menembak peluru gas pemedih mata berkelajuan tingi ke arah seorang ketua aktivis keamanan Amerika, Tristan Anderson. Beliau cedera parah akibat terkena peluru tembakan tersebut, sehingga kini masih lagi terlantar di hospital dan dijangka tidak akan dapat pulih seperti sedia-kala. Bulan berikutnya, tentera Israel sekali lagi menyasarkan peluru gas pemedih mata berkelajuan tinggi secara tepat kepada aktivis aman Bassem Abu Rahme. Kali ini, Bassem terbunuh akibat tembakan tersebut. Sejak bulah Ogos, tentera Zionis menyerang perkampungan Bil'in di waktu malam untuk beberapa kali dalam seminggu, memusnahkan harta benda dan menggangu penduduk Palestin dengan cara menembak secara rambang dan memecah masuk ke dalam rumah-rumah. (mn/PressTV)

Pelawat Penjara Israel Kalangan Wanita Al Quds diarah Berbogel

wanita palestin6 Sept - Sebuah penjara ketenteraan Israel Aufar di Tebing Barat didapati melakukan tindakan yang sangat tidak bertamadun. Pihak pengurusan penjara di sana memaksa para wanita Palestin dari Al-Quds dan Tebing Barat untuk berbogel sebagai syarat untuk menemui sanak saudara mereka yang berada di sel penjajah Israel. Pusat Keadilan Perundangan Palestin dalam suratnya meminta pihak berkuasa penjara-penjara Israel dan pihak Penjara Aufar untuk segera menghentikan perilaku binatang itu. Dalam isu yang memalukan itu, seorang peguam wanita dari sebuah lembaga yang berkedudukan di Palestin 48 itu telah mengirimkan surat atas nama wanita-wanita Palestin Al-Quds. Menurut peguam itu, mereka terpaksa membatalkan niat untuk bertemu sanak keluarga kerana ada syarat yang sangat menjijikan dan menghinakan itu. Dalam surat itu dikatakan, dua orang wanita Palestin telah pergi ke Penjara Aufar untuk menziarahi saudaranya. Setelah keduanya diperiksa secara ketat oleh pengawal penjara, salah seorang pengawal tersebut meminta keduanya untuk masuk ke sebuah ruangan sebelah dan mengarahkan mereka untuk berbogel. Kedua wanita Palestin itu menemukan sebuah tingkap yang memanjang ke ruangan lainnya. Beberapa detik kemudian terdengar suara wanita Israel melalui alat pembesar suara memberikan perintah agar keduanya melucuti semua pakaiannya. Justeru kedua wanita Al-Quds itu pun menolak mentah-mentah arahan tersebut. Israel sendiri berdalih bahawa perkara itu adalah untuk pemeriksaan mendalam agar pengunjung penjara betul-betul diperiksa dengan rapi. Kedua wanita AL Quds telah membatalkan hasrat untuk menziarahi saudara mereka. Menurut lembaga itu, peristiwa yang dialami kedua wanita itu bukan hanya sekali, namun berulang-ulang dan dilakukan kepada wanita-wanita dari Al-Quds Timur dan Tebing Barat. Akhirnya, ramai dari mereka lebih memilih pulang ke rumah daripada terpaksa berbogel dan mereka terpaksa melupakan hasrat menemui orang tersayang di penjara tersebut.(milyas/qudspress)

Ramadhan dan Penjara Israel Menyatukan Kami

penjara israelHampir dapat dipastikan bahawa 11 ribu tahanan Palestin yang kini memnuhi penjara-penjara Israel sedang menapaki hari-hari Ramadhan mereka dengan penuh penderitaan. Selain itu, mereka jauh dari sanak keluarga dan kaum kerabat. Saat saudara-saudara mereka di luar penjara sibuk menyiapkan pelagai hidangan berbuka, para tahanan itu hanya dapat menikmati makanan alakadarnya sahaja. Selain itu, para tahanan juga cuba mengatur program-program kerohanian yang dengan harapan untuk meringankan tekanan betapa kejam dan sakitnya berada di penjara. Salah seorang tahanan yang telah dibebaskan telah menceritakan kepada Aljazeera, pada Rabu (2/9), berkaitan pengalamannya di Penjara padang pasir Naqb. Ia mengatakan, di bulan Ramadhan para tahanan semuanya berkumpul dalam satu hidangan di halaman penjara, lalu mereka berjamaah menunaikan solat Tarawih. Tambahnya lagi, para tahanan itu bargantung kepada kocek sendiri dan sedikit bantuan dari Jabatan Tahanan Palestin untuk membeli makanan berbuka dan sahur. Mereka juga terpaksa mencatu makanan yang sangat minimum yang disediakan oleh pihak berkuasa penjara agar dapat mencukupi untuk berbuka dan bersahur. Lebih jauh dikatakan, secara umum para tahanan memanfaatkan Ramadhan dengan ibadah, membaca Al-Quran dan mendekatkan diri kepada Allah. “Mereka memanfaatkan waktu senggang di penjara untuk membaca Al-Quran, menghafalnya, solat, mendengarkan ceramah dan beriadah,” katanya . Sementara tahanan lainnya yang sudah dibebaskan, Hassan Raghub menjelaskan bahawa para tahanan Palestin di bulan Ramadhan memanfaatkannya dengan saling mengukuhkan hubungan di antara mereka. Segala perselisihan dinyahkan. Di dalam penjara itu, pelbagai kelompok Palestin terlihat sangat akrab dan bersatu, khususnya antara Hamas dan Fatah. Ditegaskan Raghub, para tahanan yang berasal dari pelbagai organisasi itu sangat menginginkan adanya kesatuan dan penyatuan, untuk menyamakan persepsi dalam melawan segala bentuk kejahatan penajajah Israel.(milyas/Aljazeera)

Haniyya: Kami Tidak Akan "Menjual" Darah Syuhada

1 Sept - Ismail Haniyya, Perdana Menteri bagi kerajaan Gaza, menyatakan yang amanah kerajaannya yang diberikan oleh rakyat Palestin adalah “supaya tidak melepaskan hak penduduk Palestin ke atas Baitul Maqdis, agar tidak menjual darah syahid yang membela Palestin, dan agar tidak mengiktiraf entiti Zionis”. Haniyya menambah bahawa rintangan dan kemenangannya terhadap serangan Israel di Gaza, akan mengatasi dan akan mengetuai rakyat Palestin untuk pembebasan. “Rintangan akan kekal teguh, kami tidak akan mengiktiraf entiti Zionis”, katanya, “Rakyat kita di Gaza adalah pejuang-pejuang kebebasan yang mempertahankan negara, dan mengorbankan diri mereka untuk mencapai kebebasan dan untuk masa depan yang lebih baik bagi rakyat mereka, mereka mempertahankan agama mereka dan tanah air mereka”, tegas Haniyya. Haniyya juga berkata bahawa dengan izin Allah, kami akan berkumpul di dalam halaman-halaman masjid Al Aqsa, bersolat dan berdoa agar masjid suci ini bebas dari cengkaman Yahudi.

Muammar Gadhafi: Israel Dalang Krisis di Afrika

Laporan Berita AFP dari Tripoli, Muammar Gadhafi,  pada Isnin (31/8) menuduh Israel berada di sebalik pelbagai krisis dan konflik di Afrika. Menurut Gadhafi, Israel terlibat dalam semua konflik di Afrika dan seluruh kedutaan besar regim itu di benua ini harus dibubarkan. Kenyataan Gadhafi ini disampaikan pada acara pembukaan Sidang Darurat Kesatuan Afrika di Tripoli untuk membahaskan krisis di benua itu. Gadhafi juga mengatakan, konflik yang sudah enam tahun di Darfur, Sudan barat, adalah urusan dalam negeri. Konflik kekuasaan adalah sebahagian dari sejarah kebanyakan negara Afrika. Menurut Gadhafi, yang juga Ketua Kesatuan Afrika, perang di Darfur tidak menimbulkan bahaya sesungguhnya, kecuali jika negara lain menggunakannya sebagai dalih untuk campurtangan dan mendapat akses sumber-sumber di Afrika. Pertempuran di Darfur, krisis Somalia, dan kawasan danau-danau besar Afrika, merupakan pembahasan utama para pemimpin Kesatuan Afrika pada sidang darurat tersebut. Presiden Sudan, Umar Al-Basyir dan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe turut hadir dalam sidang yang berlangsung di bandar Tripoli itu. Namun Presiden Afrika Selatan, Sinegal, dan Nigeria tidak hadir dalam sidang tersebut. Presiden Sudan Umar al-Basyir tersenyum tatkala Gadhafi mengemukakan pandangan itu. Mahkamah Kejahatan Internasional telah meminta Basyir ditangkap kerana dituduh melakukan kejahatan perang di Darfur. Dalam kesempatan berpidato, Gadhafi juga menghambat habis-habisan Israel dan menyeru supaya diplomat-diplomat Israel diusir dari kedutaan-kedutaan di Afrika.